Wednesday, October 28, 2009

kesibukan kembali

pergh, at last da abes menda tuh...
entah kenapa internet suka je nk cari gadoh smpai aku tpaksa online pkol 3 pagi tadi baru ok..
thanks for those keep following this story...

now busy for course registration..
(having headache thinking on choosing one of "malaysian politics", "information literacy skills" or "english for pre-degree"...)

7 november, my muet..
13 november, back to shah alam..
15 november, college registration..
16 november, start having lecture..

need to go to bsn to buy the pin number.. for upu registration..

apakah ini????? kesibukan kembali..

yang abadi... (last post)

continued from previous post...

“Dah boleh mula rasanya..” Soal imam itu.
“Ya, dah boleh rasanya. Yang ditunggu pun dah sampai.” Jawab Datuk Zamri.
“Yang mana nak mula dulu ni?” imam tersebut membelek belek borang yang berada di depannya.
“Yang tua lagi tu dulu tok imam..” Amirul berjenaka. Semua di situ ketawa. Afiq mengalih pandangan kearah Amirul.
Ada saja modal untuk menyakatnya.
“Bos dulu..” Eizy tersenyum.
“Yang nama Mohammad Afiq yang mana satu?” soal imam tersebut.
“Ya, saya.” Afiq memandang imam tersebut.
“Mula dululah ye. Yang satu lagi sabar dulu lah ye. Takpe, Datuk Jamal booking saya sampai petang, kalau lima enam orang nak menikah pun boleh.” Semua tertawa di situ.
Afiq tersenyum lalu bangun untuk duduk di atas bantal besar yang berada di hadapan imam.
“Pasangannya yang bernama Anis Farhah binti Mustafa, betul?” Soal imam inginkan kepastian.
“Ye, tok imam..” Afiq tersenyum.
“Moleklah tu, takut tersilap dengan yang seorang lagi pulak..” Masih sempat imam itu bergurau.
“Jangan tok imam. Merana nanti orang tu..” Amirul masih menyampuk.
“Dah boleh mula ye.” Imam memandang kedua dua orang saksi di sebelahnya.
“A’aa.. Boleh, boleh..”

Dear diary,
It’s been five days I became his wife. Everything is so wonderful. Papa baik sangat dengan aku. Actually aku dah lupa semua perkara yang dah lepas tu, cuma dia masih rasa bersalah. So how?
We just move in in this beautiful house. Kecik je, bukanlah bungalow or whatsoever but just nice lah untuk dua orang. Aku yang mintak just nak duduk dekat kondo. And guess what, bukan kitorang je yang duduk dalam rumah. It’s also mr frog n miss frog.. opss! Madam frog already. Haha..
Honeymoon?? Aku yang pilih tau. Buat umrah. Kat situ kali pertama aku dipertemukan dengan dia, so dekat situ aku nak lahirkan kesyukuran aku yang teramat sangat. insyaAllah, dua minggu lagi kami berangkat.
I’ve to go right now. Malam ni nak celebrate burfday my hubby dekat secret receipe. Simple party je, just aku, dia, Eizy and Sara. Tomorrow papa sponsor big party dekat rumah dia. Aku dah tempah dua kek.. banyak?? Satu tu special punya. Untuk aku tekup kat muka dia larh. Haha.. opss! Dia tak tau pun aku order dua biji. Kalau tak mesti dia dah syak kan?? Ok, got to go.. thanks diary..


“Sayang! Cepatlah!” Laung Afiq dari ruang tamu.
“Yelah, nak keluar lah ni..” Dia menutup diary tersebut. Diletak kedalam laci meja. Dia bergegas keluar bilik.
“U order dua biji kek ke?” Soal Afiq.
“Mana ada.” Mereka bergerak keluar. Afiq menutup pintu, lalu dikunci.
“Ye ke, tu resit tu tulis dua biji.”
“Takdelah, nak buat apa dua biji. Empat orang je.”
“Betul ke? Karang u kasi muka I pulak sebijik.”
“Tekdelah, tu time dulu, tak matured..”
“Ye ke?”
“Yelah..”
“Betul ni..”
“Betul lah..”
“I dah pakai baju baru ni, karang kotor..”
“I tak buatlah. Kotor pun takpe, sabun basuh ada.”
“U serious ni.. Dahla kek coklat.”
“Haha.. Tu la yang best..”

Do we deserve to each other??? You tell me..

THE END...

Tuesday, October 27, 2009

yang abadi... (15th post)

continued from previous post..

“Kenapa? Apa yang berlaku?” Datuk Jamal yang baru tiba menghampiri tapak projek, ingin melihat apa yang berlaku melihatkan ramai yang berkerumunan di situ.
“Datuk..” Idris terkejut dengan kehadirannya.
“Kenapa? Ada apa ni?” Soal Datuk Jamal cemas dapat menjangkakan sesuatu berlaku daripada mulut mulut pekerja binaan di situ.
“Encik Afiq dan Cik Anis kemalangan. Datuk, boleh Datuk tinggalkan kawasan ni dulu. Bahaya. Datuk tak pakai safety helmet..” Idris cuba menenangkan keadaan.
“Kemalangan? Mana? Mana anak saya? Mana anak saya?” Datuk Jamal tidak menghiraukan Idris yang cuba menenangkannya. Dia tetap ingin menghampiri kawasan itu.
“Datuk, saya faham Datuk risau. Datuk tolong bersabar..” Tiba tiba kedengaran bunyi siren ambulans yang sampai. “Datuk duduk dulu. Nanti diorang uruskan Encik Afiq. Datuk, bawak bertenang Datuk.”
“Awak nak saya bertenang? Awak tau tak tu anak saya?!” Suara Datuk Jamal makin meninggi.
“Datuk, bertenang Datuk..” Idris masih cuba menghalang Datuk Jamal menghampiri kawansan tersebut.
Beberapa attendant yang datang cuba mengenalpasti kecederaan Anis dan Afiq sebelum mengangkat masuk ke dalam ambulans. Kekecohan semakin reda.

Amirul melangkah pantas ke bilik di mana Afiq ditempatkan, dia baru sampai dari Australia. Dia datang bersama Nisa. Langkahnya makin perlahan apabila melihat Datuk Jamal yang sedang duduk di kerusi menunggu di luar bilik itu. Amirul menghampiri Datuk Jamal.
“Uncle, Afiq macam mana?” Soalnya. Lelaki itu memandangnya. Jelas merah mata lelaki itu, menangis. “Uncle, uncle ok ke?, uncle balik berehat dulu.” Amirul terkejut melihat wajah itu. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam.
“Takpe, uncle nak tunggu di sini.” Lemah suara itu.
“Afiq macam mana?” Soal Afiq sekali lagi.
“Dia dah sedarkan diri tadi. Dia selamat. Dia dah..” Ayatnya terhenti.
“Kenapa uncle?”
“Dia dah ingat balik. Dia dah ingat semuanya..” Masih perlahan suara itu.
“Alhamdulillah..” Amirul menggosok gosok bahu lelaki tua itu.
“Dia mintak uncle explain kenapa uncle tak pernah beritahu dia pasal Anis.” Amirul terkejut. Dia mengeluh, mula yakin kenapa lelaki itu menangis.
“Uncle, uncle balik dulu. Biar Mirul tunggu dia di sini. Esok pagi Mirul cuba cakap dengan dia. Dia masih terkejut lagi tu. Nanti bila emosi dia dah stabil, dia akan mula faham. Uncle balik dulu..” Amirul berusaha memujuk.
“Amirul janji akan cuba cakap dengan dia ye..” Lelaki itu bersuara mengharap.
“Ye, Mirul janji. Uncle ikut Pak Majid balik dulu.” Amirul memandang Majid, mengharapkan lelaki itu bertindak sesuatu.
“Datuk, kita balik hotel dulu. Esok pagi kita datang semula. Datuk pun dari tengahari tadi belum makan.” Majid mula bersuara.
“Uncle balik dulu. Nanti ada apa apa Mirul call uncle.” Lelaki itu mengangguk. Dia kemudian mula melangkah perlahan berlalu dari situ. Amirul memandang Nisa.
“Anis macam mana?” Soal Nisa.
“Entahlah. I pun tak tau. Takkan I nak tanya uncle tadi. takpe, nanti I tanya nurse dekat depan. I hantar u balik dulu. Nanti I datang semula.”
“Takpe, I tunggu sini dengan u.” Nisa duduk di situ.
“Nisa u balik la berehat. U pun bukan sihat sangat, I boleh tunggu sini sorang sorang. U pun belum makan ubat.” Amirul melarang.
“Oklah, tapi I boleh balik sendiri. U tunggu je kat sini. Esok pagi I datang.”
“Tak, I hantarkan. Dah lewat ni. Jom..” Mereka berjalan beriringan berlalu.
“U rasa uncle masih marahkan Anis?” Soal Nisa.
“Entahlah. Tapi dalam hal ni, takde siapa yang salah. Tak adil untuk salahkan Anis.”
“Boleh ke uncle faham. Dia accident sebelum ni pun bukan salah Anis.”
“Sekarang Afiq dah ingat semua. Uncle dah tak boleh nak manipulasi perkara sebenar.” Amirul menekan punat lift untuk turun ke tingkat bawah. Mereka menunggu.
“Afiq is in the middle. Anis or uncle.” Mereka melangkah masuk ke dalam lift sejurus pintu lift terbuka. Terdapat dua orang jururawat di dalam. Mereka terdiam menunggu untuk sampai ke tingkat bawah. Akhirnya mereka melangkah keluar.
“Afiq dah besar untuk buat keputusan.”
“Lepas lapan bulan ni, Afiq masih cintakan Anis ke?”
“Kenapa u tanya macam tu? Mestilah..” Amirul yakin.
“Macam mana kalau dalam masa lapan bulan ni Afiq dah sukakan orang lain?” Nisa menyerkap jarang.
“He won’t.”
“Ye ke? U never know..”
“Kalau betul pun apa kita boleh buat..” Amirul mengeluh.
“Anis sekali lagi kecewa. Anis sekali lagi terluka..”

Sara berulang alik di ruang tamu. Dia resah. Terasa ringan sahaja kakinya ingin melangkah ke hospital. Dia masih tertanya tanya perkhabaran lelaki itu. Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi, nama ‘papa’ tertera di situ.
“Papa!” Dia bersuara pantas sejurus menjawab panggilan itu.
“Ye, Sara call ke tadi? kenapa? Dah lewat ni, tak tidur lagi ke?” Soal Datuk Zamri.
“Papa, tadi Encik Afiq kemalangan dekat site.” Dia memberitahu. Datuk Zamri terkejut.
“Accident? Langgar kereta ke? Lori?” Soal lelaki itu.
“Papa, bukan car accident. Accident dekat site. Konkrit jatuh.”
“MasyaAllah. Macam mana boleh jadi macam tu. Dah tu, macam mana sekarang? Dia ok tak?” Soal Datuk Zamri lagi.
“Papa, Sara call papa untuk mintak tolong papa tanya Datuk Jamal.” Dia meminta.
“Papa? Eyh, papa pulak. Awak tu yang kerja dekat situ. Awaklah tanya. Kenapa tak pergi melawat di hospital?” Datuk Zamri hairan.
“Sara dah kena pecat petang tadi papa.” Perlahan suaranya.
“Ya Allah, kenapa pulak ni Sara? Apa sebenarnya berlaku? Cerita dekat papa. Kata Afiq accident, bila pulak dia pecat Sara?” Datuk Zamri keliru.
“Panjang ceritanya papa. Sekarang papa call lah Datuk Jamal, tanya pasal Encik Afiq..” Dia memohon.
“Takde, takde.. Papa nak dengar dari mulut Sara sendiri. Sara ada buat salah ke?” Suara Datuk Zamri serius.
“Papa, kalau papa sayangkan Sara, papa call Datuk Jamal, tanya pasal Encik Afiq.” Sara terus menghentikan panggilan. Dia terduduk di sofa. Dia memandang sepi ruang tamu itu. Dia buntu.

“Kau nak makan apa apa tak?” Soal Amirul memandang Afiq. Lelaki itu cuma menggeleng. Sejak bangun dari tidur pagi tadi lelaki itu masih mendiamkan diri. Amirul sendiri tidak tau apa yang harus di lakukan. “Makanlah sikit. Nanti macam mana nak makan ubat.” Amirul bersuara lagi. “Sakit kepala lagi ke?” Amirul menyoal. Dia akhirnya putus asa tatkala melihat lelaki itu masih mendiamkan diri.
Tiba tiba pintu bilik itu di buka, Nisa menjengukkan muka. Dia tersenyum kepada kedua dua lelaki itu kemudian melangkah masuk.
“Dah breakfast?” Soal Nisa.
“Belum, eloklah u dah sampai, I nak turun breakfast.” Amirul mencapai beg kertas di meja sisi itu untuk mengambil telefon bimbit dan dompetnya.
“Ok.. Afiq dah breakfast?” Soal Nisa kepada suaminya.
“Belum. U cakaplah dengan dia. Dia tak nak makan.” Amirul berlalu keluar. Nisa menggeleng geleng kepala.
“U nak bubur ke? I boleh mintak nurse hantarkan..” Nisa bersuara. Afiq tidak mengendahkan pertanyaannya. Nisa mendiamkan diri. Mencari cari sesuatu untuk diperkatakan. “I tau, semua ni terlalu sukar untuk u. tapi u kena tau, ada sebab kenapa uncle buat macam tu. Kalau u sayangkan Anis, dia pun sayangkan u.”
“Entahlah..” Itu saja yang terkeluar dari mulutnya.
“Kalau u nak apa apa u cakaplah. Nak makan apa apa ke..” Nisa sudah malas membuka cerita tentang lelaki itu.
“Anis macam mana sekarang?” Soal lelaki itu tiba tiba. Nisa memandangnya.
“Anis.. Dia masih tak sedarkan diri.” Nisa bersuara perlahan. Lelaki itu berubah riak muka. Mungkin terkejut.
“Tak sedar? Teruk ke dia?” Soalnya lagi.
“Afiq, boleh I tanya something?” Nisa tidak menjawab soalan tadi.
“Apa?”
“U masih sayangkan dia? Macam dua tahun lepas?” Lelaki itu terdiam memandang sekeliling.
“I harap yang I takkan kehilangan dia buat kali ke tiga..”
“Kalau Allah beri dugaan untuk u kehilangan dia, u kena terima.”
“She’s not in a good condition right?” Afiq memandang Nisa menantikan jawapan.
“I tak nak beri u harapan, sebab tak nak nanti u kecewa. What can I say, kita boleh berdoa untuk dia.” Terus tertunduk lelaki itu.
“I wanna see her..” Dia mengharap. Nisa mengangguk.

Alia mengalihkan pandangan kea rah pintu bilik itu apabila terdengar ianya di buka. Dia melihat Afiq dan seorang wanita masuk.
“Can I see her?” Soal Afiq pada Alia. Alia mengangguk.
“Duduklah.” Alia mempelawa. Dia bangun dari duduknya. “Saya keluar dulu. Tapi Encik Afiq tak boleh lama. Family dia dah on the way ke sini.” Alia memberitahu.
“A’a.. Thanks.” Afiq mengangguk. Dia memandang wajah itu. Terbaring lemah. Dia menggunakan alat bantuan pernafasan.
“I keluar dulu.” Nisa pula mengundurkan diri.
“Anis, saya tak boleh hidup tanpa awak. mungkin awak mampu tunggu saya untuk sepuluh tahun, tapi saya dah tak mampu nak tunggu awak walaupun lagi sesaat. Tolong buka mata awak, cakap pada saya kali ni awak takkan tinggalkan saya.” Air mata lelaki itu akhirnya mengalir. Dia tewas di hadapan insan itu.
“Tolong bangun dan marah saya sebab tak ingat sedikitpun tentang awak. Marahkan saya sebab saya dah cakap pada awak kalau insan yang saya pernah sayang tu muncul di depan saya, saya akan mintak maaf sebab dah tak ada perasaan pada dia. Marahkan saya sebab tak jemput awak di KLIA. Marahkan saya sebab awak jadi begini.. Sedarlah Anis.. Tolonglah..” Dia terus merintih. Air matanya masih turun.
Tiba tiba pintu bilik itu di buka. Alia muncul. “Encik Afiq, family Anis dah sampai, boleh tak kalau Encik Afiq keluar dulu.” Afiq memandang Alia. Dia mengangguk.
Dia memandang sekilas pada Anis. Dia kemudian bangun untuk beredar. Dia berhenti sebentar di hadapan Alia.
“Benda yang paling saya kesal dalam hidup saya, saya tak dapat ingat tentang dia dalam lapan bulan ini.” Dia terus melangkah keluar.

Afiq berjalan jalan di kawasan sekitar hospital. Dia ingin mengambil angin. Dia kemudian duduk di kerusi bangku di situ. Memandang sekitar kawasan itu. Ramai pesakit yang berada di situ. Dia melepaskan keluhan.
“Boleh saya duduk di sini?” Soal Alia. Afiq memandang sebentar wajah itu.
“Duduklah..” Itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya.
“Encik Afiq dah ok ke? Dah sihat?” Soal Alia.
“Saya takde cedera apa pun. Cuma doctor nak buat final check petang ni, kalau takde apa apa, saya dah boleh balik esok.”
“Ouh, baguslah. Encik Afiq dah ok, pasal tadi?” Soal Alia lagi.
“Awak kawan Anis?”
“A’a, dari sekolah menengah lagi.” Alia tersenyum.
“Ouh, tak payah lah ber encik dengan saya. Awak bukan pekerja saya. Panggil Afiq je.” Dia berhenti di situ.
“Ouh, ok..” Alia mengangguk.
“Awak kawan dengan dia dari sekolah menengah? Awak tau pasal..” Ayatnya terhenti. Dia tidak tahu bagaimana ingin menyoal lagi.
“Pasal dia dah lama sukakan awak?” Alia menduga. Afiq mengangguk. “Awak cinta pertama dia. Dan satu satunya orang yang dia pernah cintakan. Dari kitorang belajar dekat sekolah, sampai sekarang.”
“Saya dah kecewakan dia.” Lelaki itu tersenyum tawar.
“Tak, itu takdir dari Dia. Kita tak boleh salahkan sesiapa.”
“Saya nak tanya awak sesuatu, dan nak jawapan yang jujur dari awak.” Dia memandang Alia. Alia mengangguk.
“Apa?” Dia menunggu soalan itu.
“Lepas dia balik dari Jerman, apa yang dia fikir bila saya tak jumpa dia di KLIA?” Afiq menanti jawapan.
Alia terdiam lama. Dia sendiri tidak pasti jawapan apakah yang harus diberikan.
“Kecewa, putus asa. Cari kekuatan untuk lupakan orang yang dah lupakan dia.”
“Lepas dia jumpa saya di sini?” Soal Afiq lagi. Alia tersenyum, teringat detik detik dia dengan Anis meneka apa yang sedang berlaku.
“Macam macam..” Alia tersenyum menahan tawa.
“Macam macam?” Afiq hairan.
“Yea.. Kitorang tiap tiap malam meneka apa sebenarnya yang jadi pada awak. Awak saja buat macam tu sebab takut dia marah. Sampai dia ingat awak dah kena bomoh.” Alia ketawa.
“Bomoh?” Afiq turut ketawa.
“Sampai Sara yang cerita pada dia apa yang berlaku.”
“Lepas tu?”
“Dia mula faham apa yang berlaku. Mungkin jodoh bukan milik awak dan dia. Mungkin sekadar seorang majikan dan pekerja.”
“I owe her my life twice. Saya tak nak kehilangan dia.” Afiq memandang jauh kawasan rehat itu.
“Takde siapa nak kehilangan dia. Sama sama kita..”
“Kak Lia!” Laungan itu menghentikan kata katanya. Amira berdiri di situ. “Kak Anis…”

Afiq turun dari kereta, ramai orang yang sudah menunggu di dalam masjid. Amirul yang sudah lama menunggu menghampirinya.
“Pesal lambat bro? ingatkan dah tak nak nikah. Boleh je aku gantikan tempat kau..” Amirul mengusiknya.
“Amboi, baru dapat baby ada hati nak pasang lagi satu.” Afiq membetulkan sampinnya.
“Dah la tu, dah hensem pun. Karang balik jugak tok imam tu penat tunggu kau.”
“Yelah, nak masuklah ni.” Amirul berjalan beriringan dengan Afiq. Dia melangkah masuk ke dalam masjid.
Dia tersenyum sebentar pada ayahnya yang sedang menunggu. Datuk Jamal duduk di sebelah Datuk Zamri. Dia kemudian duduk di hadapan imam.
Amirul mengambil tempat di sebelah Datuk Jamal.
“Uncle, bersemangat hari ni nampak.” Amirul menyindir.
“Ni haa, Datuk Zamri ni lagi bersemangat. Uncle steady je.” Datuk Jamal senyum.
“Mestilah, menantu sulung.” Datuk Zamri tersenyum gembira pada hari bersejarah anaknya.
Amirul mengerling sepintas kebelakang, melihat Nisa yang sedang meribakan anak mereka yang baru berumur empat bulan. Wanita itu duduk bersebelahan Sara yang cantik berbusana putih dengan bertudung. Dia kelihatan anggun berseri dengan wajah bakal seorang isteri.
“Tahniah, Sara..” Alia mencium kedua belah pipi Sara.
“Terima kasih.”

to be continue...

Wednesday, October 21, 2009

Memekak Untuk Elak Tekanan (MUET)..

aku telah menduduki test yang unik lagi pelik pagi tadi..
to my luck, aku 1 group dengan eman melina..
so, dia yg byk citer kt aku cmne bnda nk bakal berlaku..
aku pon dgn sedikit pemahaman lagi tak paham berserah je..
group aku 3 org, sorg lagi one gurl yg kitorg tak kenal...

lpas masuk bilik test tu, aku dpt cndidate b, eman cndidate c n of dourse gurl tu cndidate a..
maka berjalan lah task a..
almaklum, cndidate a start dlu.. dia pun mula.. (2 minit bermula)

"gud morning, the topic is the effective way for malaysian food facturer to sell their product overseas and my point is improve the packaging." dia diam sebentar dan tengok examiner. lpas tu dia kta,
"Continue to candidate b." aku yang tengah nak berpura pura take note apa yg dia nk ckp trus terbangak.. aku??? baru 5 saat.. apakah aku yg tak paham format atau apakah yang sedang berlaku??

maka examiner tu suroh aku plak yg buat task a tu.. dahla dapt point, maintain high standard quality..
aku pun tak tau nak high quality apanya..
kang aku suroh jugak tukar tin aluminium tu pakai gold ke platinum ke kowt..
aku dengan serba merapunya gi suroh buat lempuk ar.. mana nak tau larh!!!

lepas termengah mengah (bukan sebab banyak bercakap, tapi bnyk "err", "arr",) aku pun menamatkan 2 minit tuh.. dengan isi yang examiner tu sniri tak paham aku rasa..

eman pun mula la buat pulak.. pergh.. yg ni lancar lagi bermutu lar..
law student sejati..
siap dengan conclusion beb..

lepas tu task b..
aku pun buat la isyarat suwoh eman mula..
task b not so go0d jugak..
tapi tkpelah, the important thing, da habes.. muahaha.. lantak engko la muet..
overall eman banyak mnyelamatkan keadaan dengan membalancekan part discussion supaya everybody got the chance to talk..
or sebelum examiner tu tendang aku kluar sebab tension dengan ke broken an english aku..
huhu..

yang abadi... (14th post)

comtinued from previous post..

“Anis, macam mana dengan projek tu? Dah banyak jalan?” Andrew bertanya.
“A’a.. Boleh la. Baru habis footing, piling. Tengah ready untuk beam. Datanglah tengok..” Anis mengajak.
“Kalau baru nak buat beam, I tak pergi lagi kot. Bila dah nak siap baru I nak pergi tengok. I tak pandai lah, construction.” Andrew senyum.
“Alah, Nampak tiang pun dah boleh Nampak bentuk jugak.”
“Memanglah, tapi I banyak kerja sekarang. Nak pergi site pun tak sempat. Tengoklah nanti.lagipun I takutlah time time construction ni. Bahaya. Yelah, pasang tiang semua. Sekarang kan guna IBS kan? Lagi I takut.” Bebel Andrew.
“Mana ada nak takut pulak. Pakai safety helmet lah.” Anis menjelaskan.
“Yelah, kalau tiang IBS tu jatuh atas kepala u,helmet tu pun hancur la.”
“Isy, u ni.. Mulut tu kan. U patut doa kitorang selamat tau.” Anis marah.
“Memanglah, tapi tu bahaya. Sebab tu perempuan tak sesuai krja macma tu.”
“Siapa cakap. I boleh je..”
“Anis, apa kata kita mintak tiga bilik nanti, hotel tu. Empat bintang tu..” Andrew bergurau.
“Yelah tu. Kalau u nak, cakap lah nak yang mana, nanti I suruh diorang buat tandas yang besar punya untuk bilik u, nak?” Anis ketawa.
“Anis, petang ni ada hal tak?” Soal Afiq tiba tiba muncul di situ.
“Petang?”
“A’a, lepas lunch hour..” Afiq bersuara lagi.
“Lepas lunch hour tak de hal. Kenapa?” Soal anis hairan.
“Pergi site, ada problem. Pasal beam tu. Saya ada hal pergi lambat sikit.” Afiq memberitahu.
“Problem apa? Bukan dah start pasang ke?”
“Ye, tapi tadi Idris call, beam yang sampai tu macam tak kukuh je. Awak pergi check. Nanti saya pergi kita bincang lah nak contact supplier ke macam mana.”
“Baik bos.” Anis mengangguk. Afiq berlalu.
“Kenapa dengan beam?” Soal Andrew.
“Manalah I tahu, kan kejap lagi I baru nak pergi.” Yang sorang ni pun sibuk je.. hish…

Sara terkejut melihat Datuk Jamal masuk ke pejabat itu. Dia mendekati lelaki itu.
“Datuk, bila Datuk sampai? Encik Afiq tak cakap pun Datuk nak datang.” Sara menyambut lelaki itu.
“Kenapa tak boleh datang syarikat sendiri?” Soalnya.
“Bukan, bukan macam tu. Datuk nak jumpa Encik Afiq ke?” Soal Sara.
“Ye, dia ada?” Soalnya serius.
“Takde. Dia ada hal dekat luar. Datuk nak tunggu dalam bilik dia ke?” Soal Sara lagi.
“Takpe, saya tunggu dalam bilik tetamu.” Datuk Jamal menuju ke bilik itu. Sara mengikutnya.
“Datuk nak air ke?” Soal Sara lagi.
“Buatkan saya kopi segelas.”
“Baik. Saya pergi buat air dulu, Datuk.” Sara meminta diri lalu pergi dari situ. Dia berjalan pantas menuju ke tempat Anis.
Dia melihat tempat Anis kosong. Di pandangnya Zul disebelah tempat itu.
“Encik Zul, Cik Anis mana?” Soalnya.
“Cik Anis? Ouh, dia pergi site. Kenapa?” Soal lelaki itu.
“Dia pergi lama tak?” Soal Sara semula.
“Lama saya rasa, dia baru je pergi. Rasanya lepas lunch hour dah tak masuk ofis kot. Balik terus nanti dari site.” Zul memberitahu. Sara mengurut dada lega. Dia takut Datuk Jamal terserempak dengan Anis.
“Takpe lah. Terima kasih Encik Zul.”
“Takde hal lah..” Lelaki itu tersenyum.

Sara menuju ke pantry. Dia berfikir fikir perlukah dia memberitahu Encik Afiq, Datuk Jamal datang. Dia yakin jika dia memberitahu, pasti Afiq bercerita tentang engineer yang membantunya dalam projek sekarang, Anis.
Ini bukan sesuatu yang baik. Sara masih berfikir fikir.
“Sara, awak tak buat air Datuk lagi ke?” Tiba tiba Christine muncul di situ.
“Haa? Kenapa Datuk dah mintak air ke?” Soalnya. Dia terus mula membancuh air.
“Takde. Tadi saya masuk bilik tetamu, nak hantar newspaper. Tengok Datuk ada dalam tu, saya tanyalah dia nak air tak, dia cakap awak dah ambilkan. Tu yang saya pelik kenapa awak tak buat lagi.” Christine menjelaskan.
“Cik Christine, dia ada tanya pasal Encik Afiq tak?”
“Takde pun. Kenapa?” Soal Christine hairan.
“Ada tanya pasal engineer baru ke?” Soalnya benar benar risau.
“Awak ni kenapa? Takde, dia tak tanya apa pun.” Christine rimas dengan soalan.
“Yelah, yelah. Saya nak pergi hantar air dulu.” Sara berlalu. Membawa pergi secawan kopi.

Sara membuka pintu itu. Tersenyum kepada Datuk Jamal yang memandangnya.
“Minum, Datuk.” Sara mempelawa.
“Afiq tengah buat projek apa sekarang?” Soal Datuk Jamal.
“Projek? Err.. Arr.. Projek hotel. Hotel empat bintang.”
“Awak ni kenapa tergagap gagap ni?” Datuk Jamal hairan.
“Bukan.. Bukan.. Saya tak berapa ingat. Yelah, banyak kan projek syarikat ni.” Sara tersenyum.
“Memanglah banyak, tapi awak tu setiausaha Afiq, je bukan semua orang.”
“Ye, Datuk..” Sara malas membantah lagi.
“Berapa harga projek tu?” Soal Datuk Jamal lagi.
“Dua puluh juta.” Perlahan suara Sara.
“Besar tu. Siapa engineer lain?” Soal Datuk Jamal. Sara terkelu.
“Hah? Erm.. Saya tak pasti Datuk.” Sara mengelak.
“Tak pasti? Awak ni makan gaji buta ke apa?” Berang Datuk Jamal.
“Bukan. Projek tu ramai yang tolong. Saya tak tau sangat, lagipun Encik Afiq tak bagi saya masuk campur hal projek ni.” Sara berbohong.
“Dah, awak pergilah buat kerja awak. Saya tunggu di di sini.” Arah Datuk Jamal. Emosi nya tidak stabil bila membabitkan anak tunggalnya itu.
“Saya pergi dulu Datuk.” Sara keluar dari bilik itu.
Dia risau memikirkan Anis. Perlukah dia menghubungi gadis itu. Supaya dia tidak terkejut jika bertemu Datuk Jamal dan tidak ada perbalahan antara mereka.

Datuk Jamal membelek belek surat khabar, tiada berita yang menarik untuk di baca. Tiba tiba pintu bilik tetamu itu di buka. Andrew berdiri di situ.
“Eh, Datuk..” Dia tersenyum.
“Awak Andrew kan?” Soal Datuk Jamal.
“Ye, ingat lagi Datuk pada saya. Datuk tunggu Encik Afiq ke?” Soal lelaki itu.
“Ye, dia keluar. Saya tunggu dia dekat sini.” Ujar lelaki itu.
“Saya rasa dia dah tak masuk ofis hari ni.”
“Kenapa?”
“Sebab tadi dia cakap ada masalah dekat site. Dia suruh engineer baru dekat sini, yang handle projek tu dengan dia pergi check. Dia cakap lepas tu dia pergi.” Andrew memberitahu.
“Engineer baru? Encik Afiq ambik engineer baru ke?” Soal Datuk Jamal.
“Ye, Cik Anis..” Nama itu menkejutkan Datuk Jamal.
“Anis? Anis Farhah?” Dia menyoal.
“A’a, betullah tu. Terlupa pulak, dia pernah kerja di Assway kan? Patutlah Datuk kenal.” Becok lelaki itu membocorkan segalanya.
Datuk Jamal mendengus geram. Sampai ke sini dia kejar anak aku.. Datuk Jamal bangun, mencari kelibat Sara.

“Sara!!!” Sara tersentak mendengar jerkahan itu. Beberapa staf memerhatikan turut terkejut.
“Datuk…” Sara memandang wajahnya.
“Betul awak tak tau siapa engineer yang tolong Afiq??” Berang Datuk Jamal.
“Saya.. Saya bukan tak..” Sara mencari jawapan.
“Sekarang saya nak alamat tapak projek tu. Sekarang jugak!” Tengking Datuk Jamal. Sara tewas, dia tidak dapat lagi membantu Anis.
Dia menarik laci mejanya dan mengeluarkan sebuah buku nota kecil. Di tarik keluar sehelai muka surat tertulis alamat tapak projek itu. Di hulurkan pada Datuk Jamal. Datuk Jamal merentap kertas itu.
“Hari ni hari last awak kerja di sini. Saya pecat awak..” Sinis suara lelaki itu. Dia mula melangkah ingin berlalu.
“Datuk..” Sara bersuara. Datuk Jamal menghentikan langkah. “Bukan salah dia apa yang berlaku, tu takdir dari Tuhan, Datuk kena terima.” Sara mengingatkan lelaki itu. Lelaki it uterus berlalu.
Sara terduduk di situ. Beberapa staf yang tidak tahu apa apa berbisik bisik sesame sendiri. Sara membiarkan.
Dia kemudian pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg tangan dia cuma mendail Anis, dia hampa apabila telefon bimbit gadia itu ditutup.
Anis mendekati Idris di tengah tengah tapak pembinaan.
“Macam mana?” Soal Anis kepadanya.
“Nilah Cik Anis, beam ni. Ada yang retak. Tu yang saya risau.” Idris memberitahu.
“Retak? Dah tu yang dah pasang ni macam mana?” Anis menyoal.
“Yang dah pasang tu, rasanya ok.”
“Mana boleh ok. Kalau ada yang tak ok, yang lain pun tak ok. Supplier yang sama kan?” Anis menyoal.
“A’a, supplier yang sama. Dah tu Cik Anis, nak buang semula ke?”
“Kita tunggu dulu Encik Afiq tengok dia cakap macam mana.” Anis memberi arahan.
“Saya suruh diorang berhenti dulu pasang beam tu.”
“A’a..” Anis membuat keputusan. Dia memandang ke atas, beberapa pekerja sedang memasang konkrit pasang siapa itu. Dia kemudian kebelakang tapak pembinaan. Memerhatikan kerja kerja di situ.
“Cik Anis!!” Tiba tiba namanya di panggil. Dia menoleh, ternampak Afiq sudah sampai di situ. Dia mendekati lelaki itu, yang agak jauh dari tapak projek.
“Macam mana?” Soal lelaki itu.
“Ada konkrit yang retak. Saya ingat kita buang balik yang dah pasang tu, mintak tukar. Bahaya ni.” Anis memberi cadangan.
“Banyak ke dah pasang?” Soalnya.
“Tak banyak, dalam lima. Tu pun Idris dah check, takde masalah. Tapi risiko lah bos.”
“Idris, tolong ambilkan saya safety helmet, saya nak pergi tengok construction. Takpe. Nanti saya cakap dengan supplier.” Idris mengikut arahan, dia pergi ke pejabat kontraktor sementara di situ, mengambil topi keselamatan. Afiq dan Anis mula menuju ke tapak pembinaan.
“Tapi nanti lari dari schedule. Lambat jugak boleh siap. Nak tunggu beam baru sampai lama jugak tu Encik Afiq.” Anis risau.
“Tak pe, nak buat macam mana. Dari kita ambil risiko. Nanti tak dapat QC jugak.” Mereka memerhatikan kerja kerja pasang tiang.
“Baik bos. Bila bos nak contact..” Bang!!! Mereka terkejut. Anis berpaling ke atas, tiang konkrit besar retak dan dan jatuh ke arah mereka. “Bos!!!” Anis menolak kuat Afiq yang berdiri di situ.
Afiq jatuh bersandar di dinding konkrit, kepalanya terhantuk kuat pada tiang.anis jatuh terbaring di situ, bersebelahan tiang konkrit yang jatuh. Topi keselamatannya tertanggal, kepalanya berdarah. Dia tidak sedarkan diri.

Pandangan Afiq mula kabur, dia masih dapat melihat Anis yang terbaring dengan pandangan yang samar samar..
“Cepat, telefon ambulans.. Cik Anis dan Encik Afiq cedera..”
“Cik Anis berdarah teruk..”
“Encik Afiq, Encik Afiq..”
Pelbagai suara kedengaran keadaan menjadi riuh rendah. Pelbagai suara bermain di otaknya..

“Kenapa kalau besar pun? Bukan awak nak junjung atas kepala awak pun bangunan tu. Bukan awak ke yang cakap, kebijaksanaan awak tu yang penting. Bukan tenaga awak. Ada masalah Cik Anis??”

“Bos tau tak, diorang dah susah payah nak buat surprise ni untuk bos, macam tu bos cakap. Sampai hati bos...”
“Anis!!!! Woi!!!”

“Gosh! I can’t believe I’m trapped inside here with this stupid engineer!”
“What? Stupid engineer? Then who is the stupid boss that give this stupid engineer this stupid project?”

“Kalau awak dah tak kenakan saya, dah takde oranglah saya boleh marah. Awak je yang selalu buat saya marah.”
“Takpe, bos mesti dah penat nak marah saya kan..”

“Kalau bos betul betul cintakan saya, bos janji dengan saya, bos akan tunggu saya dua tahun lagi..”
“Saya akan tunggu awak..”
“Saya nak bos jadi orang pertama untuk jumpa saya di sini dua tahun lagi. Bos boleh janji dengan saya?”
“Saya janji Anis. Saya akan tunggu awak sampai bila bila..”

“Anis.. Saya sayangkan awak..” matanya akhirnya terpejam.

to be continue...

yang abadi... (13th post)

continued from previous post...

“So, macam mana?” Soal Alia.
“Entah..” Dia sendiri tidak tau bagaimana ingin menjawab soalan itu.
“Aku pun pening kepala dengan kes kau ni.” Alia mengambil remote tv. Mamilih channel untuk di tonton. Anis masih berbaring diatas sofa.
“Kau rasa macam mana?” Anis menyoal.
“Selalunya, orang yang hilang ingatan ni, dia lepas lemas or accident balik, dia ok.”
“Kau jangan bagi idea gila lah.”
“Yelah, kau tak percaya sudah.”
“Kau tau tak, tu semua tv menipu kau. Percaya la sangat.”
“Or kadang kadang, bila orang hilang ingatan tu jumpa kekasih dia, dia ingat balik. Tapi tak tau la kenapa dia tak ingat kau.” Alia ketawa.
“Kau dah kena penyakit sawan ke?” Dia bersuara marah.
“Bukan. Tapi aku kan, pelik la orang yang hilang ingatan ni. Cuba kau fikir, kalau diorang hilang ingatan, diorang tak ingat mak, ayah, orang sekeliling diorang. Tapi diorang ingat pulak cara membaca, menulis, memandu. Tengok, dia boleh pulak pergi handle projek berjuta juta. Kau tak pelik ke?” Alia menyoal.
“Kau ni kan, aku lempang jugak karang. Dia hilang memory, ingatan. Bukan semua kebolehan. Kalau macam tu, orang hilang ingatan pun tak reti nak bercakap.”
“Ahaaa.. Sepatutnya macam tu.”
“Kau ni kan, aku hempuk dengan sofa ni, kita tengok apa yang kau ingat.” Anis berang.
“Aku tak boleh bayang bila orang hilang ingatan ni kan, kalau diorang tak ingat semula sampai mati, maknanya diorang memang tak tau apa apa pasal zaman silam diorang.” Alia masih membebel.
“Lia, kau boleh diam tak?” Anis mula marah..

Anis berjalan ke tempat letak kereta. Dia ingin pergi ke tapak projek. Tiba tiba dia terlihat seseorang yang benar benar dikenalinya. Amirul.. Lelaki itu, terkejut melihatnya. Dia menghampiri lelaki itu.
“Encik Amirul..” Anis menegur.
“Anis, awak kerja di sini?” Dia terkejut.
“A’a.” Anis mengangguk.
“Saya tak tau pulak, uncle tak..”
“Datuk tak tau.” Anis memotong percakapannya.
“Ouh, awak dengan Afiq ok?” Soal lelaki itu.
“Encik Amirul, boleh tak kalau kita bercakap di tempat lain. Saya ada banyak benda nak cakap.” Anis berharap.
“Ouh, ok. Saya tak kisah.” Amirul mengikut.

“Cik Nisa apa khabar?” Soalnya.
“Baik, khabar baik. She’s pregnant.” Amirul tersenyum.
“Wow, congrats! Mesti happy dia sekarang.” Anis tersenyum.
“Awak tau kitorang ke Australia?” Soal Amirul.
“Tau, Cik Nisa ada e-mel saya pasal tu.” Nisa memberitahu.
“Ouh.. Kitorang balik kejap je. Uncle baru bagi tau pasal dia accident, dan hilang ingatan. Datuk tak cakap pulak awak dah balik.”
“Amirul accident masa nak jumpa saya di KLIA. Datuk salahkan saya pasal hal tu. saya bawak diri ke sini, nak lupakan semua tu. Tak sangka saya dapat kerja dengan dia di sini. Saya pun baru je tau, dia hilang ingatan. Mula mula saya pun tak faham kenapa dia tak kenal saya.”
“Datuk masih tak tau?”
“Tak, kalau tak mesti saya dah dipecat rasanya.”
“So, sekarang awak dengan Afiq macam mana?” Soal Amirul ingin tahu.
“Macam pekerja dengan majikan. Tak lebih dari tu. Dia tak ingat pun saya.”
“Awak tak beritahu dia?”
“Tu takkan ubah keadaan. Dia tetap tak ingat saya. Dalam keadaan dia tak tau apa apa, siapa pun boleh mengaku jadi orang yang dia cintai. Nak ke dia percaya saya?” Anis mengeluh.
“Sekurang kurangnya dia tau.”
“Tak, Encik Amirul tak faham. Dia bukan Afiq yang dulu. Dia dah lain. Encik Amirul sendiri mungkin tak kenal dia.”
“Kenapa?”
“Pernah ke Encik Amirul kenal Afiq yang panggil client dia monyet sebab cancel meeting, Afiq yang menyapu icing kek pada muka staf staf masa hari jadi dia, Afiq yang lepak di Old Town lepas kerja, Afiq yang mempermainkan orang, Afiq yang sudah mula percaya pada kawan baik.. Dia bukan Afiq yang dulu. Dia bukan Afiq yang cintakan saya..” Anis melepaskan segalanya yang tergalas.
“So, apa yang awak nak buat?” Amirul mengeluh. Keliru dengan apa yang berlaku.
“Saya takkan buat apa apa. Semua akan terus macam ni. Mungkin saya di takdirkan untuk jadi pekerja dia, tapi bukan untuk dia.”
“Kalau macam tu sekali dia berubah, saya tak pasti sama ada saya perlu berjumpa dia ke tak..” Amirul berfikir fikir.
“Pergilah Encik Amirul. Dia tetap sepupu Encik Amirul.”
“Saya rasa saya perlu berfikir dulu. Dia gembira sekarang? Dengan kerja, hidup, kawan?” Anis mengangguk.
“Lebih dari tu. Saya yakin dia gembira dengan hidup sekarang.” Anis tersenyum.
“Kalau macam tu baguslah. Biarlah dia teruskan hidup dia begini. Dia yang pilih cara ni.”

Anis mencari cari wajah wajah mereka. Eizy, Afiq dan Sara mengajaknya makan di Danga Bay. Penat dia menolak, akhirnya akur selepas di pujuk pujuk mereka. Anis masih tercari cari. Mana pulak diorang ni, takkan nak main hide and seek dengan aku. Tiba tiba dia ternampak kelibat Afiq di situ. Di kawasan kedai makan berdekatan.
“Bos..” Anis menyapa.
“Haa.. Datang pun. Lambatnya.” Afiq menegur.
“Lambat? Ni yang dua orang lagi mana? Takde la lambat sangat, diorang pun tak datang lagi.”
“Diorang tak jadi datang, tu yang saya cakap awak lambat.”
“Tak jadi datang? Kenapa bos tak call cakap awal awal, kalau tak, saya dah tak datang.” Anis mengomel.
“Manalah nak tau. Diorang baru call.” Afiq membalas.
“Dahtu, kita dua jelah ni?” Soal Anis.
“Yelah, dahtu?”
“Mana lah nak tau, kalau bos ada ajak sesiapa lagi.”
“Tekde, awak tak payah risau, saya bukan nak mengorat awak pun. Nak makan makan je.” Afiq menyindir.
“Ada ke saya cakap bos nak mengorat saya..”
“Memanglah takde, sebab tu saya cakap siap siap.. Dah, dah. Order makan lah..” Afiq memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.

Mereka berdua memandang permandangan malam di Danga Bay. Cantik dengan cahaya lampu.
“Awak dah tau kan saya hilang ingatan, Sara beritahu..” Afiq tiba tiba bersuara. Anis memandangnya sekilas.
“Dah..” Anis mengaku.
“Awak dah puas hati tau kenapa saya tak kenal awak?”
“Saya tak kisah. Bos tetap bos saya.”
“Macam mana saya dulu? Afiq yang awak kenal?” Soalnya. Anis mengerutkan dahi.
“Yang saya kenal.. Macam sekarang, Cuma dulu lebih pendiam, tak ramai kawan, hidup untuk kerja dan ayah Encik Afiq.”
“Awak kenal ayah saya?”
“Mestilah, dia yang ambil saya kerja dulu.”
“Dia baik ke?” Soalnya lagi. Anis serba salah.
“Saya bukan sesiapa untuk menilai ayah orang lain. Yang pasti dia sayangkan bos.”
“Dia ayah saya, tapi saya tak kenal dia.”
“Encik Afiq cuma lupa.”
“Dia dah tipu saya. Itu tandanya dia sayangkan saya?” Soal Afiq lagi.
“Tipu? Saya tak faham.” Anis keliru.
“Dia cakap saya accident masa perjalanan balik ke rumah, tapi Sara beritahu, masa tu saya nak ke KLIA, jemput orang yang saya sayang.”
“Mungkin orang tu bukan yang terbaik untuk bos, sebab tu ayah bos taknak bos tau.”
“Tapi saya ada hak untuk tau.”
“Dan dia yang memilih untuk beritahu atau tak. Sekarang bos dah tau, bos tak nak cari orang tu?” Anis menduga.
“Kalau saya sayangkan dia, dia mesti sayangkan saya jugak. Kalau dia sayang saya, kenapa dia tak cari saya. Saya tak mampu nak cari dia, saya tak tau apa apa.”
“Mungkin dia tak tau. Dia sendiri tak dapat cari bos..” Anis masih membela diri sendiri.
“Kalau macam tu biarlah keadaan macam ni saja.”
“Bos tak terfikir kalau dia masih menanti bos?”
“Saya dah tak nak fikir. Ada beza ke kalau saya jumpa dia atau tak. Apa pun dia pada saya dulu, sekarang dah takde apa apa. Saya dah tak sayangkan dia dan saya tak kenal dia. Perasaan tu dah takde.” Afiq berterus terang. Anis mengalihkan pandangannya kearah lain. Cuba menahan air matanya dari jatuh.
“Dan kalau suatu hari dia muncul di hadapan bos, apa bos akan buat?” Afiq terdiam lama mendengar soalan.
“Saya hanya mampu mintak maaf. Saya dah tak de perasaan pada dia, dan langsung tak ingat tentang dia.”
“Biarkan dia terluka?”
“Saya sendiri masih terluka dengan apa yang berlaku Anis. Saya sendiri masih tak mampu nak ubati luka saya bila saya hilang segala galanya, saya hilang ingatan, memori, kenangan hidup saya.”
“Sekurang kurangnya bos gembira dengan hidup sekarang.”
“Saya tak boleh bayangkan hidup saya dulu bila ayah saya cakap saya hanya ada dia. Saya takde mak, adik beradik, kawan. Saya tak dapat nak fikir apa yang akan saya buat dengan hidup yang tak mengenali sesiapa. Cuma kenal ayah saya dan pemandu kami. Sebab tu saya nak datang sini, cari identity sendiri. Cuba mengenali orang, nak dikelilingi kawan. Dan itu yang buat saya rasa gembira sekarang.”
“Mungkin tu yang bos cari selama ni. Cuma di KL bos tak dapat nak buat semua tu.” Anis tersenyum.
“Mungkin. Setiap yang berlaku ada hikmahnya kan..”
“Ye, setiap yang berlaku ada hikmahnya..” Anis mengiakan.
“Awak, takde orang yang tersayang?” Soal lelaki itu. Anis terdiam, mencari cari jawapan.
“Ada. Tapi dulu, sekarang dah takde.” Anis menjawab.
“Kenapa? Dia tinggalkan awak?” Soal Afiq.
“Tak jugak. Mungkin takdir pisahkan kami.”
“Dia terlalu jauh untuk awak?”
“Tak, tak. Pada dasarnya dia dekat dengan saya, dekat sangat. Tapi pada hakikatnya, kami terlalu jauh.” Anis tersenyum tawar.
“Dia ada orang lain?” Afiq masih menyoal.
“Tak, dia takde orang lain. Cuma..” Dia terdiam. Kelu mencari ayat. “Saya cuma anggap ni sebagai takde jodoh. Tak kisahlah dia ada orang lain atau apa, kami tetap takkan bersama.”
“Awak tak kisah?” Anis tersenyum.
“Kenapa bos asyik tanya saya pasal ni?” Dia hairan.
“Tak, saya cuma terfikir fikir perasaan bila kita ditinggalkan.”
“Kalau macam tu bos tak perlu tanya saya pasal ni. Lelaki dan perempuan tak sama. Perempuan lebih sensitive, lelaki lebih cepat menerima.”
“Ok.. So, awak sedih tak tak dapat bersama dengan dia?”
“Entah.. Kalau itu yang buat dia gembira sekarang, saya terima.”

to be continue...

Tuesday, October 20, 2009

apakah nasibku???

tajuk: 50% ada kena mengena..

esok, muet bakal tiba..
entah apa bakal aku mengarutkan besok..
nasib baek eman melina turut amik kat stu..
so ada kawan jugak..

melihatkan kawan kawanku yg sudah buat td..
aku xde la rasa takot sangat.. bukab sebab aku terer.. no no no...
tapi sebab diorang semua xleh buat, so klau aku xleh buat esok kira standard ar kn?? hehe
aku rsa mang xleh buat, so tak kesahlah, sama ja ngan org len..

x dpt band 6, ben 10 ada, comey lagi tuh.. muahaha..

cite yang abadi pulak dah jadi tunggang langgang..
ntah apa aku dah buat pun ntah lah..
lantaklah..

wish me luckkkzzzzz!!!

Monday, October 19, 2009

yang abadi... (12th post)

continued from previous post..

Alia memerhatikan Anis yang memakai mask pada mukanya.
“Tu la kau, takde pasal, cari pasal. Kang dah kena masker cake. Padan muka tu.” Alia menyindir.
“Diam.. Diam.. aku tengah fikir..” Anis memejam mata.
“Fikir apa pulak. Aku rasa kau tak payah nak fikir fikir dah. Kau buat je kerja kau. Tak payah nak kisah pasal dia.”
“Tak boleh.. Tak boleh..” Anis menggeleng.
“Apa yang tak boleh pulak, aku takut kau tu yang gila lama lama.”
“Kau ada terfikir tak, kalau Datuk Jamal tu buat bomoh bomoh dekat dia supaya lupakan aku?” Anis meneka.
“Ada ke macam tu?” Soal Alia pelik.
“Isy, ada la. Pesal takde pulak. Orang cakap kalau kena bomoh, dia jadi macam biol biol sikit. Macam Afiq sekarang lah..”
“Kau ni biar betul. Takkan Datuk Jamal tu nak buat macam tu.”
“Unta tu bukan boleh kira.” Anis mendengus.
“Apa? Unta? Unta apa pulak ni?” Alia hairan.
“Kau tak tau ke? Dalam bahasa arab, Jamal tu maksud unta.”
“Kau ni menipu ke apa?” Alia tidak percaya.
“Aku tak tipulah. Kau pergi bukak dictionary tengok.. Aku tau la. Dulu kan aku belajar arab kat sekolah. Bukan macam kau, masuk kelas jerman asyik tidur je.” Dia menyindir.
“Eyh, kau sedapnya mengata aku. Ouh, unta ye.. Memang macam unta orang tua tu.”
“Takpe, aku yakin, aku akan tau jugak nanti.”
“Yelah tu. Kau tu tiap tiap hari yakin, tapi tak pernah jugak tau.”
“Kau tunggulah Lia. Akan ku korek habis habisan kenapa jadi macam ni..”

Anis memerhatikan kerja pembersihan tapak pembinaan. Panas terik. Dia sesekali berlindung di bawah pokok berdekatan. Seorang penyelia pembinaan mendekatinya.
“Cik Anis seorang?” Soalnya.
“A’a. Bos ada hal dekat luar.”
“Boleh saya tengok pelan tak Cik Anis?” Soal lelaki itu.
“Saya tak bawak. Takde dengan saya. Encik Afiq yang pegang. Esok saya mintak dia datang.” Anis senyum.
“Eh, takpe. Nanti saya pergi ofis sendiri. Lagipun datang sini bukan ada apa lagi. Baru clearance.”
“Takpe, bos awak tu rajin.” Anis tersenyum.
“Takpelah Cik Anis, lagipun saya nak balik kampung petang ni, balik Kedah. Hantar anak isteri balik kampung. Tengah cuti sekolah ni.” Lelaki itu memberitahu.
“Ouh, mesti jam jalan. Cuti sekolah dah start.” Anis berbual ramah.
“Mestilah Cik Anis, tapi takpelah, anak anak pun dah rindu kampung.”
“Boleh saya tanya something tak?” Soalnya.
“Tanya apa?” Soal lelaki itu.
“Pada pendapat awak la kan, awak percaya tak benda bomoh bomoh ni?” dia terdiam sebentar. “Maksud saya, yelah awak kan pernah duduk dalam komuniti kampung.. Er jangan salah faham, saya pun asal kampung jugak cuma tak pernah ambik tahu hal hal ni. Awak percaya ke?” Dia menyoal. Lelaki tersenyum sedikit ingin ketawa.
“Kenapa Cik Anis tanya pasal benda benda ni?” Soalnya kembali.
“Saja, saya nak tau..”
“Ada je benda benda macam ni Cik Anis. Tapi bergantunglah. Kalau yang kuat amalan, banyakkan berdoa, InsyaAllah dilindungi dari benda benda macam ni.”
“Ada tak yang boleh buat orang tu, lupa pada orang lain. Maksud saya, lupakan kawan kawan ke, ahli keluarga ke, kekasih ke?” Soalnya lagi.
“Benda benda macam ni melibatkan makhluk halus Cik Anis, rasanya takde yang mustahil. Kenapa ni Cik Anis? Ada yang terkena ke?” Soalnya ingin tahu.
“Haa? Eh, takde.. Tekde.. Saja tanya.” Anis tersenyum.
“Kalau terkena tu, kata orang bomoh yang buat tu je yang boleh sembuhkan. Tapi entahlah boleh percaya ke tak. Saya yakin dengan kuasa Allah, takde yang lebih berkuasa. Kalau kita berdoa, insyaAllah, Allah tu lagi berkuasa untuk sembuhkan.” Terang Idris panjang.
“Saya, ada sorang kawan. Tiba tiba dia tak ingat siapa saya, lepas tu dia berubah perangai. Jadi lain, lain sangat.” Anis bercerita semangat.
“Kalau orang bomohkan ni, dia ada sebab. Untuk manfaat dia. Cik Anis rasa ada manfaat ke orang nak bomohkan dia macam tu?”
“Mungkin orang tu tak suka saya kawan dengan dia?” Anis meneka lagi.
“Entahlah Cik Anis susah nak cakap. Tapi, lebih baik kita fikir positif. Mungkin ada sebab lain.. Bomoh bomoh ni, sekarang orang pun dah tak percaya..” Nasihat Idris.
“Ye ke? Tapi saya..”
“Oi.. Macam mana?” Anis terkedu di situ, ayatnya terhenti. Afiq tiba tiba berada di situ.
“Macam mana?” Soal Anis kembali, tidak mengerti.
“Macam mana clearance lah, takkan tanya pasal awak.” Anis mencebik. Mamat ni memang sengal lah sekarang..
“Ok je bos. Dalam dua hari insyAllah setel. Tinggal pokok pokok besar ni je yang nak kena tumbangkan. Ambil masa sikit. Lagipun, bahaya jugak ni, pokok ni tinggi, besar.” Ujar Idris.
“A’a.. Susah. Susah..” Anis mengangguk. Afiq tidak berpuas hati dengan reaksi itu.
“Apa susah, cangkuk je gigi awak dekat situ Anis, cabut pokok keluar.” Lancang dia bersuara. Anis memandang wajah itu, terkejut. Idris tersenyum menahan ketawa. “Semua susah..” Afiq menyindir lagi.
Kau ni bukan takat dah kena bomoh, kau dah kena rasuk sekali aku rasa…

Anis mengemas ngemas mejanya. Dia ingin pulang. Penat seharian bekerja, pagi tadi turun tapak projek, tengahari berjumpa Andrew untuk baiki pelan. Dia mengeluh seketika. Terasa berat untuk melangkah pulang mengingatkan jalan pasti sesak pada waktu ini.
Tiba tiba dia terdengar beberapa tapak kaki sedang menghampirinya. Dia menoleh. Afiq, Sara dan Eizy sedang berjalan beriringan. Sudah ingin pulang mungkin. Di biarkan saja mereka, malas dia untuk menegur.
“Cik Anis..” Tiba tiba Sara menegur. Anis tersenyum.
“U tak balik lagi?” Soal Eizy. Lelaki itu makin rapat dengan Afiq sekarang. Seringkali menghabiskan masa bersama.
“A’a, dah nak balik. Cuma nak tunggu kejap lagi. Jalan tengah jam kan.”
“Joinlah kitorang. Makan makan, lepak Old Town. Jomlah!” Ajak Sara beria ria. Anis menggelengkan kepala.
“Takpe, u all pergilah. Saya dah nak balik pun.”
“Jomlah, esokkan cuti. Awak ni..” Afiq mengajak. Ingin saja dia menyoal, sejak bila lelaki itu sudah pandai melepak di Old Town.
“Takpe lah bos..” Anis masih menolak.
“Awak jangan sampai kitorang tarik karang..” Afiq mengugut.
“Cik Anis, jomlah..” Sara masih memujuk.
“Oklah.. Saya pergi..” Anis mengalah akhirnya.

Seorang pelayan meletakkan empat potong kek dan empat cawan kopi di atas meja, Sara senyum pada pelayan tersebut.
“What a long day..” Eizy mengeluh.
“Yup..” Itu saja yang terkeluar dari mulut Afiq.
“Guys, lets play a game..” Eizy memberi cadangan. Anis mengalihkan pandangannya ke arah lain. Entah apa la lagi, idea budak budak gila ni..
“Sounds great! What is it?” Soal Sara.
“True or dare..” Eizy memberi cadangan.
“Yeah! Bagus bagus..” Afiq menyokong.
“No big deal..” Sara turut bersetuju. Mereka memandang Anis menanti reaksinya.
“Ok, fine..” Anis mengalah. Tapi dia sendiri tidak setuju dengan benda ini. ini cuma untuk kanak kanak.
“Ok, lets start. First, take out our phone.. then we call anybody of us. Then who get the phone call first have to do the task. The one who call, become the task maker. Alright?” Eizy memberi arahan. Anis dan Afiq mengangguk faham. Anis cuma mendiamkan diri. “Ok, lets start.” Mereka masig masing bertindak pantas mendail telefon. Tiba tiba telefon Eizy berbunyi.
“Yes! Haha..” Afiq tersenyum gembira. “I want u to order six more cups of coffe and finish it..” Anis terlopong mendengar arahan itu. Sara pulak terus ketawa.
“Haha, u’re not gonna sleep for three days friend..” Sara masih ketawa.
“No big deal..” Dia terus memanggil seorang pelayan. Seorang pelayan perempuan datang. “I want six cups of coffee. Original please..” Dia senyum pada pelayan yang melihat sepintas lalu kopi di atas meja itu yan belum habis. Pelayan itu, mengangguk.
“Ok, sir. Anything else?” soalnya. Eizy menggeleng. Seketika kemudian, enam cawan kopi di hantar oleh pelayan yang sama ke meja itu. Eizy tersenyum sejenak kepada mereka dan terus meminum kopi kopi itu. Sehingga habis keenam enam.
“Eizy, u’re killing yourself. Tomorrow is holiday and u should sleep until the mid day..” Anis bersuara tersenyum.
“Gosh! Afiq kau memang kurang asam.” Afiq dan Sara ketawa.
“Ok, lets start again..” Afiq bersuara. Masing masing terus mendail sepantas yang mungkin. Tiba tiba telefon bimbit Anis berbunyi, tertera nama Afiq. Sesaat kemudia, telefon Sara berbunyi, tertera nama Eizy.
“Anis got the call first..” Sara tersenyum.
“Ok, what is it boss?” Dia menyoal Afiq. Dia sendiri gementar menunggu soalan.
“Did u see that waiter?” Afiq menunjuk ke arah seorang pelayan berbadan besar yang sedang berdiri di kaunter. Mereka semua berpaling ke arah itu. “Go and get his number..” Anis benar benar terkejut. This is too much..
“Bos, mana boleh. Tak naklah..” Anis enggan.
“Eyh, mana boleh tak nak. Kena jugak…” Afiq bertegas. Eizy dan Sara sudah mula ketawa terbahak bahak.
“Pergi la Cik Anis, senang je tu.” Sara mengusiknya.
“Ok, fine..” Anis bangun. Dia melangkah pergi. Tiga pasang mata tadi memerhatikannya.
“Yes miss, may I help u..” Soal lelaki berbadan besar itu.
“Yes, u may. Kawan saya, yang duduk dekat sana tu,” Dia menunjukkan jarinya pada Sara, “Nak kenal dengan awak, dia mintak nombor awak. If u don’t mind..” Anis tersenyum pada lelaki itu.
“Ouh, I think I cant help u that way.” Lelaki itu menolak.
“Pleaseee..” Anis tersenyum mengharap. Ni kalau bukan mamat bangang tu punya pasal, sumpah aku tak buat kerja bodoh ni.. kenapalah aku boleh ikut diorang ke sini..
“Ok, may I have your phone?” Lelaki itu mengalah.
“Yeah, of course..” Anis menyerahkan telefon bimbitnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menekan punat telefon itu. Telefon diserahkan kembali kepada Anis. Anis melihat sekilas screen telefon bimbitnya, tertera nombor telefon lelaki itu di situ.
“Thanks..” Anis senyum lalu berlalu.
“Guys, here it is..” Anis menunjukkan screen telefon bimbitnya kepada mereka.
“Great!” Eizy ketawa. Anis menurunkan telefonnya ke bawah meja. Di terus mendail nombor Afiq.
“Ok, lets start.” Eizy bersuara. Sesaat kemudian telefon bimbit Afiq berbunyi. Afiq terkejut.
“Cepatnya..” Sara terkejut.
“Gotcha!” Anis tersenyum puas.
“So What is it?” Soal Afiq.
“What was the last project u handled with me in Assway?” Soal Anis.
Afiq terdiam di situ. Sara memandang Anis.
“Anis, still talk about business? Come on!” Eizy menyindir.
“It’s okay, just a simple question isn’t? takkan bos tak ingat.” Kata Anis. Afiq masih terdiam, Sara memandang pelik pada Anis.
“It just an office with 10 floors.” Suara itu perlahan, suara itu keliru..

Anis memandang permandangan cantik dari Danga Bay. Hatinya sedikit tenang. Dia sedang menunggu seseorang.
“Cik Anis.” Sara muncul di situ.
“Sara.” Anis tersenyum padanya.
“Dah lama ke Cik Anis tunggu?” Soalnya.
“Tak, baru je..” Anis memandangnya. “Apa hal awak nak jumpa saya?” Anis menyoal.
“Saya tau, ada yang Cik Anis nak tau dan saya tau benda tu.” Sara menjawab.
“Yeah, memang saya nak tau sesuatu, dan kalau awak tau, boleh awak beritahu saya.”
“Pasal Encik Afiq kan?” Soal Sara.
“Ye, pasal Encik Afiq.” Pantas Anis menjawab.
“Saya tau, Cik Anis ada kerja di Assway dua tahun sebelum ni. Sebab tu Cik Anis keliru kenapa Encik Afiq tak kenal Cik Anis.”
“Ye, memang saya keliru dan saya tak faham kenapa..”
“Saya patut rahsiakan hal ni. Tapi disebabkan Cik Anis kenal Encik Afiq dan perkara ni dah buat Cik Anis tertanya tanya, saya akan beritahu.” Sara bersuara yakin.
“Saya bersedia nak mendengar.”
“Lima bulan lepas, Encik Afiq kemalangan. Kemalangan teruk. Masa tu dia nak pergi ke KLIA. Dia cakap pada saya, nak jumpa orang tersayang.” Sara diam sebentar. Anis terdiam, terkejut.
“Lima bulan lepas?” Anis tertanya tanya.
“Ye, saya masih ingat tarikh tu, 12 januari, hari lahir saya. Lepas kemalangan tu, Encik Afiq tak sedarkan diri dua hari, lepas sedar doctor sahkan Encik Afiq hilang ingatan.” Sara berterus terang.
“12 January..” Anis terkelu. Dia masih ingat tarikh itu, tarikh dia pulang ke Malaysia.
“Memang orang itu adalah Cik Anis.”
“Awak tau?” Anis pelik.
“Saya dah siasat penerbangan hari tu. Sebab saya tertanya tanya siapa orang tu. Yang ada penerbangan dari Jerman, Singapore, dan Johor. Saya lupakan perkara tu sebab saya tak dapat nak cari siapa orang tu. Semalam masa Cik Anis soal macam tu pada Encik Afiq, saya mula tertanya tanya. Kenapa Cik Anis tanya soalan tu. Mesti Cik Anis nak pastikan Encik Afiq ingat atau tak masa lalu. Maknyanya Cik Anis pernah kenal Cik Afiq. Saya check semula fail peribadi Cik Anis. Cik Anis pernah kerja di Assway. Jadi saya anggap Cik Anis tertanya tanya kenapa majikan Cik Anis tak ingat Cik Anis. Tetapi saya terpandang sebab perletakan jawatan Cik Anis, sambung belajar ke Jerman. Tarikh Cik Anis tamat belajar, awal bulan januiari lepas. Jadi saya buat kesimpulan di sini, Cik Anis orang tu. Dan sebab itu saya nak berjumpa Cik Anis dan terangkan semua ni. Sebab saya rasa Cik Anis berhak untuk tau..” Sara berterus terang.
“Jadi dia hilang ingatan?” Anis benar benar tidak menyangka.
“Ye Cik Anis, dia tak ingat apa apa. Saya harap Cik Anis faham. Takde siapa yang bersalah dalam hal ni. Dia sendiri tak mintak untuk lupakan Cik Anis.”
“Saya tak salahkan sesiapa Sara. Cuma ni buat saya sedar, apa pun yang berlaku saya dah di takdirkan bukan untuk dia.. Bila dia mengaku cintakan saya, saya terpaksa ke Jerman. Bila sayang pulang untuk cinta dia, dia ditakdirkan untuk lupakan saya.. Cinta dia bukan untuk saya..” Anis mengesat air matanya.
“Cik Anis masih cintakan dia?”
“Saya cuba sedaya upaya saya untuk lupakan dia.. mencintai dia sepuluh tahun, saya tak dapat lupakan dia dalam lima bulan.. Saya cuma dapat menipu diri saya..”

to be continue...

yang abadi... (11th post)

continued from previous post..

Anis bangun bila namanya di panggail untuk di temuduga. Dia melangkah masuk ke ruang pejabat itu. Langkahnya terhent apabila melihat panel penemuduga di hadapannya. Dia terkejut. Tekelu.
“May I have your file please..” Lelaki itu bersuara. Anis masih kaku di situ. Afiq. “Miss may I have your file?” Anis tersedar. Dia menyerahkan failnya kepada lelaki itu. “Sila duduk.” Dia duduk mendengar arahan itu.
Matanya belum teralih dari wajah lelaki itu. Dia pelik, adakah lelaki itu lelaki yang sama di kenalinya dulu. Kenapa dia tak mengenali Anis, dan kalau dia lelaki yang sama, kenapa dia di sini, Johor Bahru.
“Cik Anis, Cik Anis..” Anis tersedar.
“Ah? Ye, saya..”
“Cik Anis pernah kerja dengan Assway dua tahun lepas?” Anis berdebar debar mendengar soalan itu. Kenapakah lelaki itu tidak mengenalinya.
“Ye, saya.” Dia menjawab.
“Pernah handle projek yang besar.” Dia membaca lagi. Anis Cuma mengangguk.
“Apa kebolehan Cik Anis yang buat Cik Anis rasa saya perlu ambil Cik Anis bekerja?” Afiq menyoal.
“Kalau Encik nak tau, ambiklah saya bekerja.” Anis menjawab malas. Dia sudah tawar hati untuk bekerja di situ. Dia tidak mahu di bayangi lelaki itu. Dia ingin cepat cepat keluar dari situ.
“Kalau macam tu, baiklah, saya ambik awak bekerja dengan saya.” Anis membeliakkan biji matanya. Apa yang sedang berlaku. “Sara, suruh semua dekat luar balik. Kita dah dapat engineer baru.” Dia mengarahkan satiausaha itu. “Tahniah, kejap lagi setiausaha saya berikan awak surat dan butiran yang awak perlukan.” Anis masih tidak dapat berfikir. Kegilaan apakah yang sedang berlaku ini!!!!

“Dah tu, kau nak terima tak kerja tu?” Soal Alia.
“Aku tak tau. Kau tau tak, aku dah hampir gila tadi. Aku yakin, tu dia. Aku dah siasat, memang tu cawangan Assway. Dia memang tak kenal aku.” Anis memandang Alia.
“Kalau betul dia Afiq, kenapa tak kenal kau. Logik ke dia dah tak ingat.” Alia membebel.
“Entah, and u know what, cara dia terima aku bekerja tu. Orang gila je yang ambik orang kerja macam tu.” Anis besungguh sungguh.
“Dah tu, betullah tu, dia dah gila. Agaknya gila lepas kau tinggal dia dulu tak.” Alia menyindir.
“Kau ni, aku serius ni. Atau dia saja buat buat tak ingat aku sebab dia takut aku marah dia sebab dia lupakan aku.” Ania meneka lagi.
“Kalau dia takut, pesal dia nak ambik kau kerja.”
“Tu yang aku musykil. Kenapa boleh jadi macam ni.” Anis berlagak seperti penyiasat.
“Dah tu, nak kerja ngan orang sewel tu tak?” Alia tersenyum.
“Sewl pun sewellah.. aku nak siasat apa yang berlaku sebenarnya.”
“Yelah tu, karang ada orang nanges aku tak nak terlibat.” Alia menyindir.
“Takde, takde. Ni betul betul serius.”
“Kau jangan pergi buat gila pulak. Kan kena makan penyepak pulak.”

Anis masuk ke bilik Afiq. Ini hari pertama dia bekerja. Dia sudah di arah masuk berjumpa dengan Afiq.
“Kenapa Encik Afiq?” Soal Anis.
“Takpe, panggil saya bos je.” Afiq tersenyum. Anis terdiam seketika. Ni nak perlia aku kea pa dia ni.
“Ada apa bos?” Anis menyoal. Dia duduk setelah lelaki itu member isyarat untuk duduk.
“Saya nak awak tolong saya handle projek yang baru dapat ni. Hotel empat bintang, bernilai 20 juta ringgit.” Afiq memberitahu. Anis terkelu. Projek itu bukan projek biasa.
“Saya?” Soal Anis.
“Dah tu, awak ingat saya mintak tolong kerusi tu?” Soal lelaki itu. Anis mengeluh.
“Bukan. Saya masih baru dekat sini. Projek tu besar.” Anis mengaku jujur.
“Kalau macam tu awak tak payah kerja lah. Saya cari engineer untuk tolong saya dalam projek ni.” Pantas lelaki itu menjawab.
“Eyh, bukan bos. Saya akan berusaha bos.” Anis bersuara takut di ugut.
“Haa.. macam tu lah.” Afiq tersenyum. Anis turut tersenyum tawar.
Apakah yang sedang berlaku. Siapakah yang gila sebenarnya.. apakah ini???

Anis membetulkan duduknya. Sudah dua puluh minit mereka menunggu wakil dari Best Furniture untuk datang.
“Ni nak datang ke tak ni.” Afiq membebel. Anis terkejut, sejak bilakah Afiq pandai merungut tentang client.
“Sabarlah bos..” Anis bersuara.
“Yelah, tapi kita pun ada benyak lagi benda nak buat..” Lelaki itu melihat jam di tangan.
Masing masing terdiam lama. Anis tiba tiba mengambil keputusan, dia ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku. Dia harus bertanya sendiri kepada Afiq.
“Bos, boleh saya tanya sesuatu tak?” Soalnya.
“Apa?” Afiq memandangnya.
“Bos memang tak..” Tiba tiba pintu bilik mesyuarat di buka. Sara muncul.
“Bos, tadi Mr Lim call, dia cakap tak dapat datang hari ni, ada masalah dekat kilang. Dia mintak maaf.” Sara memberitahu.
“Monyet!!!” Laung Afiq. Anis terlopong di situ. Sejak bilakah dia berperangai begitu. Kenapa?? “Kenapa awak pandang saya macam tu?” Soal Afiq.
“Bos panggil diorang monyet?” Soal Anis.
“Biarlah, bukan diorang dengar.” Afiq bangun berlalu meninggalkan bilik mesyuarat itu.
Anis masih berfikir di situ. Adakah aku bekerja dengan orang orang gila sekarang?

Anis memandang Alia menanti reaksi kawannya itu.
“Aku rasa betullah, dia dah gila.” Alia bersuara.
“Kau ni, kalau dah gila, dah lingkup lah company tu.”
“Kau jumpa Datuk Jamal dua bulan lepas kan? Afiq kerja situ lagi tak?” Alia menyoal.
“Kau ni dah jadi penyiasat lah pulak.”
“Aku tanya betul betul ni.”
“Manalah aku tau. Aku tak jumpa Afiq pun.”
“Haaa.. Sekarang, Afiq guna e-mel yang dulu tak? E-mel yang kau hantar pada dia masa kau nak balik tu..” Anis berfikir sejenak mencari jawapan.
“Ye tak ye jugak. Dia tak pakai e-mel tu.”
“Maknanya dia tak tau kau dah balik..”
“Dia bukan setakat tak tau aku dah balik, dia dah lupa aku pun..” Anis menjawab.
“Betul jugak, kalau tak dapat e-mel pun, mesti ingat kau lagi.” Alia masih mencari jawapan.
“Takpe, aku yakin, satu hari mesti terbongkar cerita sebenar.” Anis bersuara yakin.
“Tapi memang misteri kan??” Alia masih bersemangat.
“Takpe, aku akan cari jugak cerita kenapa dia dah jadi pelik macam tu..”

Andrew menghulurkan pelan yang telah disiapkan pada Anis.
“How is it?” Soalnya.
“I tak boleh comment. Apa pun bos yang decide.” Anis tersenyum.
“It’s okay, I just want your opinion. Kena tak dengan konsepnya.”
“Okay. Cantik. Tak sabar pulak nak tengok bila dah siap nanti.” Anis memuji.
“Takdelah. Tu pun takut bos tak luluskan.” Andrew risau.
“Taklah, ok ni. Nanti I siap calculate load and strength aku beritahu.”
“Harap macam tu lah. I pun banyak lagi pelan nak siapkan. Ni pun belum I siapkan landscap, pagar..”
“Takpe, nanti I bincang dengan bos.”
“Ok..”
“Andrew, I nak tanya sikit boleh?”
“Apa?” Andrew hairan.
“Bos tu dah lama ke kerja sini?”
“Takdelah baru je. Baru sebulan dari u.” Andrew memberitahu.
“Ouh.. Kenapa dia tukar sini?” Soal Anis lagi.
“I tak taulah Anis. Takkan I nak tanya dia pulak. Ni kan company ayah dia, dia punya pasallah..”
“Tak, dulu I kerja dekat Assway. Tapi dua tahun lepaslah.”
“Ouh, so u dah kenal bos lah sebelum ni? Patut lah bos pilih u kerja sini, dah kenal u.” Andrew meneka.
“I memang kenal dia, tapi dia macam tak kenal I.” Anis bersuara hairan.
“Ha?? Macam mana tu? I tak dak faham.”
“I kenal dia, tapi dia tak kenal I. I mean, maybe dah lupa kot.”
“Ouh, ada ka macam tu? Dua tahun sudah lupa pekerja, u engineer kan mesti dia ingat punya.” Andrew menggulung semula pelan itu.
“Tu yang I pelik. Tapi takpelah, nak buat macam mana.” Dia terseyum..

Anis pulang ke tempat duduknya. Dia masih terfikir fikir kata kata Andrew. Awal sebulan dari aku? Baru je tukar maknanya. Dia tiba tiba ternampak sekeping kad di atas mejanya. Dia ambil lalu di baca.. jemputan hari jadi Encik Afiq..
Tiba tiba dia ternampak Sara yang lalu di situ.
“Sara..” panggilnya.
“Kenapa Cik Anis?” dia berdiri di situ.
“Kad ni..” Dia terhenti di situ.
“Ouh, yang tu. Birthday bos. Dia nak celebrate. Jomlah Cik Anis.” Ajak gadis itu.
“InsyaAllah. Kalau saya free..” Anis tersenyum. Dia tiba tiba teringat peristiwa dia menekup lelaki itu dengan kek.. dia terfikir sesuatu.. kalau aku buat lagi, dia akan ingat aku tak??

Anis duduk di sebelah Cathrine. Agak jauh dengan Afiq. Mereka masih menunggu tetamu yang hadir. Ramai yang sudah mengambil tempat. Entah kenapa Pizza Hut menjadi pilihan lelaki itu.
“Ok, nampaknya semua orang dah datang. Kita mulakan jelah..” Afiq tersenyum. Anis memandang lelaki itu. Apa tidak adakah orang lain untuk jadi mc, sehingga tuan punya badan yang menjadi mc. Semua orang terdiam menanti kata kata seterusnya dari Afiq. “Apa lagi, nyanyilah untuk saya.. haha..” tawanya disambut staf staf pejabat. Anis masih diam di situ.
“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to boss, happy birthday to you.” Semua bertepuk tangan. Afiq tersenyum. Dia mengambil pisau untuk memotong kek.
Anis nekad, kali ini dia perlu berbuat sesuatu. Dia perlu hentikan kegilaan ini. ini bukan Afiq yang dikenalinya. Dia bangun mendekati Afiq. Dengan selamba dia mengangkat kek tersebut lalu di tekup ke muka Afiq. Dia meletakkan kek itu semula di atas meja. Semua terdiam. Terkejut. Seraya itu afiq mengangkat kek tersebut dan menekupnya ke muka Anis. Anis terkedu. Apakah ini..
Lantas Afiq mengambil sebahagian kecil kek itu di calit ke muka Sara di sebelahnya. Mereka bersorak kembali. Hancur kek itu di kerjakan mereka, mencalit ke muka masing masing.. suasana menjadi riuh.. Anis ingin menjerit.. Wargh!!! Gilaaaa!!!!

to be continue..

yang abadi... (10th post)

continued from previous post..

“Malam esok flight pukul berapa?” Soal Shikin.
“Lapan.” Jawabnya ringkas. Dia masih terfikir fikir tentang lelaki itu.
“Kalau kau nakkan kepastian, kau pergi lah jumpa dia esok.” Shikin memberi cadangan.
“Perlu ke?” Soalnya perlahan. Lemah suara itu.
“Kalau itu je caranya untuk kau tau, kenapa dia tak datang tadi. Kalau itu je caranya buat kau berhenti tertanya tanya.”
“Aku takut Shikin. Macam mana dia betul betul dah lupakan aku.”
“Anis, kau kena terima kenyataan. Kalau dia bukan untuk kau, kau kena terima tu.”
“Boleh ke aku terima?” Dia masih menyoal.
“Anis kalau dia tak mampu nak tunggu kau dua tahun ni, dia tak layak untuk cinta kau.” Shikin mengusap bahu kawannya itu.
“Aku takut nak hadapi kenyataan tu.”
“Kali ni aku nak kau janji dengan aku, kalau betul dia dah lupakan kau, kau kena lupakan dia jugak.” Dia mengenggam erat tangan Anis.
“Entahlah Shikin.. Aku dah tak boleh fikir.” Dia mengeluh.

Datuk Jamal berjalan keluar dari pejabat. Dia cuma datang untuk memaklumkan anaknya berada di hospital dan tidak dapat hadir ke pejabat. Semua urusan pejabat di serahkan kepada Karim. Tiba tiba dia terserempak dengan Anis. Gadis itu senyum padanya. Dia tidak membalas senyuman itu.
“Awak datang nak beritahu Afiq awak dah balik?” Soal lelaki itu sinis. Anis terkejut.
“Kenapa Datuk?” Dia mula berasa tidak sedap hati.
“Dia dah tau awak balik. Awak balik semalam kan..”
“Ye..” Anis mengangguk. Dia tertunduk.
“Afiq memang cintakan awak. Tapi tu dua tahun dulu.” Datuk Jamal bertegas.
“Maksud Datuk?” Dia keliru. Apa yang sedang berlaku.
“Lupakanlah dia Anis, dia pun dah lupakan awak.” Datuk Jamal nekad ingin jauhkan Anis dari Afiq. “Mungkin awak ambil serius dengan apa yang dia cakap dulu. Bila awak pergi, awak ingat dia akan habiskan masa menunggu awak. Awak yang pilih jalan ni. Tinggalkan dia. Jadi awak kena terima kenyataan ini. tak perlulah awak nak jumpa dia. Dia dah tak cintakan awak. Awak akan buat dia serba salah dalam keadaan ini. kalau dia terima awak, mungkin kerana simpati. Saya yakin engineer sebijak awak takkan membodohkan diri di depan seorang lelaki kan?” Lancang lelaki itu bersuara.
Anis terkedu. Dia terkejut. Dia menahan air matanya dari jatuh. Dia terasa terhina dengan kata kata itu.
“Saya tak perlukan anak Datuk untuk berjaya. Dan saya langsung tak menyesal tinggalkan dia dua tahun dulu, sebab kalau tidak saya takkan pernah tau yang dia tak ikhlas cakap dia cintakan saya. Terima kasih Datuk sebab berterus terang dengan saya.” Anis berlalu meninggalkan lelaki itu di situ. Dia terluka. Dia kecewa..

Anis duduk di sebelah Shikin. Lagi sejam dia akan berangkat pulang ke Ipoh. Dia sudah rindu dengan keluarganya. Dua tahun tidak bertemu mereka. Dia dan Shikin menunggu Alia. Dia datang untuk bertemu Anis sebelum Anis pulang ke Ipoh. Masing masing terdiam. Shikin tidak mahu menganggu Anis, dia tahu gadis itu masih berfikiran celaru memikirkan apa yang berlaku tengahari tadi antara Anis dengan Datuk Jamal.
“Anis..” Alia muncul di situ. Anis memeluknya. Dia menangis. Alia memandang Shikin.
“Sabar Anis.. Sabar. Sekurang kurangnya kau dah tau kan, dia bukan yang terbaik untuk kau.” Dia mengesat air mata Anis. Pelukannya di leraikan.
“Aku kecewa Lia.. Aku kecewa..”
“Takpe. Kau dengar cakap aku, lepas balik rumah nanti, tenangkan fikiran kau. Lupaka dia. Kau dah tau dia macam tu kan, tak perlu lagi nak tunggu dia. Habiskan masa dengan keluarga. Tu akan buat kau lupakan dia.” Alia menasihati.
“Aku rasa bodoh sangat Lia, percaya dia cintakan aku..”
“Tak, kau tak bodoh, dia yang bodoh sebab lupakan kau. Anis, jangan menangis lagi untuk dia. Kau dah banyak berusaha untuk berjaya, jangan jadikan ni alasan untuk kau rasa kau dah gagal. Rasa kau dah takde apa apa. Lepas kau dah ok, contact aku. Kau tinggal dengan aku dekat JB ok. Kau cari kerja dekat sana. Tinggalkan semua dekat sini.” Alia memujuk kawannya.
“Thanks Lia. Thanks.” Dia menggenggam erat tangan Alia.
“Kan aku dah cakap, aku sentiasa dengan kau. Bila bila je kau perlukan aku, aku ada.” Pesan Alia lagi.
“Aku dah lewat ni, aku kena pergi dulu.” Anis melihat jam ditangannya.
“Ye, kirim salam pada family kau.” Pesan Alia.
“Aku sekali, kirimkan salam..” Shikin akhirnya bersuara.
“InsyaAllah. Kau balik JB bila?” Soalnya pada Alia.
“Besok, malam ni aku tidur rumah Shikin dulu.”
“Baiklah, jaga diri Lia, Shikin. Thanks bebanyak. Korang je yang faham aku.”
“No hal lah. Dah pergi lah, nanti terlewat pulak. Kau bukan naik bas kitorang nak tolong kejarkan kalau terlepas..” Alia berjenaka. Mereka ketawa. Anis menarik begnya, mula melangkah pergi, meninggalkan segalanya di sini.
“She hurts a lot..” Shikin bersuara.
“Kalau aku jumpa Afiq tu, aku belasah dia sampai mampus..” Tegas suara Alia.
“Lelaki… Patutlah kita tak kahwin lagi eyh?” Dia bergurau.
“Tu kau, aku dah ada calon..” Alia menyindir.
“Yelah tu. Mana? Kalau tak, mesti kau tak turun KL sorang sorang ni..” Shikin mengusiknya. Mereka berjalan beriringan pulang. Meninggalkan KLIA..
“Adalah, aku tak bawak turun sini, nanti kau ambik..”
Tak nak lah..”
“Ye.. Sekarang susah nak cari lelaki baik baik, kena jaga elok elok..” Alia ketawa.
“Blahlah kau..” dia tersenyum.
Jauh di situ, Anis menguatkan diri berjanji pada hati untuk melupakan insan itu..

Datuk Jamal memandang anaknya. Sudah empat hari lelaki itu sedarkan diri. Tetapi dia langsung tidak mengingati apa apa. Dia cuma tahu beberapa perkara yang di beritahu Datuk Jamal kepadanya. Dia cuba menerima lelaki itu sebagai ayahnya.
“Saya kerja apa?” Dia menyoal Datuk Jamal.
“Afiq, Afiq tak membahasakan diri sebagai saya dengan papa. Afiq bahasakan diri sebagai Afiq.” Datuk Jamal memberitahunya.
“Yelah.. Afiq kerja apa?” Lelaki itu menyoal lagi. Kepalanya masih berbalut.
“Afiq kerja dekat syarikat papa. Pengarah urusan, pada masa yang sama engineer. Syarikat kita uruskan projek pembinaan.”
“Besar ke syarikat tu?”
“Besar.. Ada sebuah cawangan di Johor Bahru. Afiq tak payahlah ambil tahu pasal kerja lagi. Tunggu Afiq sembuh kita bincang pasal ni.” Datuk Jamal cuba mengalihkan topik perbualan.
“Afiq cuma nak tau pasal diri Afiq. Salah ke?”
“Papa tak cakap salah. Cuma papa tak nak libatkan hal kerja lagi.”
“Macam mana Afiq boleh accident?” Soalnya lagi.
“Afiq drive laju sangat masa nak balik rumah dari ofis.” Datuk Jamal berbohong.
“Siapa lagi yang Afiq ada? Keluarga, kawan, orang yang paling rapat.” Dia terus menyoal. Datuk Jamal mengeluh.
“Afiq cuma ada papa. Dulu Afiq ada sepupu yang paling rapat dengan Afiq, Amirul, tapi dia dah pergi Australia. Kawan kawan pun Afiq tak ramai, cuma Amirul yang Afiq rapat. Yang lain cuma staf staf Afiq di pejabat.”
Tiba tiba Datuk Jamal mendapat panggilan telefon. Dia meminta diri untuk keluar. Meninggalkan Majid dan Afiq di situ.
“Hidup saya membosankan kan Pak Majid..” Dia menyapa lelaki itu.
“Takdelah encik. Kalau kerana encik ada papa je encik rasa hidup encik bosan, tu salah. Encik Afiq yang saya kenali tak pernah bosan dengan hidup dia. Dia sentiasa gembira dengan apa yang dia buat.” Majid menyedapkan hatinya.
“Ye ke? Saya tak rasa lepas ni hidup saya akan gembira macam dulu.”
“Kenapa Encik Afiq cakap macam tu. Semua orang masih sayang Encik Afiq macam dulu.”
“Macam mana denga saya? Saya di kelilingi orang yang mengenali saya. Tapi saya tak kenal diorang.” Tegas suaranya.
“Tak, Encik Afiq bukan tak kenal diorang, cuma Encik Afiq lupa.”
“Lupa? Tak sama ke tu Pak Majid?”
“Mungkin lepas ni kalau Encik Afiq masuk pejabat, Encik Afiq akan mula ingat sikit demi sedikit. Encik Afiq akan mula ingat diorang, papa, Pak Majid.” Majid masih memberi harapan.
“Entahlah Pak Majid. Saya rasa nak lari dari sini. Mulakan hidup baru di tempat orang tak kenal saya. Saya akan mula kenal orang lain dan pada masa yang sama diorang jugak mula mengenali saya.”
“Kalau itu pilihan Encik Afiq, dan Encik Afiq rasa yang terbaik, Encik Afiq cakaplah pada Datuk.”
Afiq termenung di situ. Dia memandang keluar tingkap. Mencari cari siapakah dirinya. Dia lemas dalam keadaan begitu.

Anis mengelap tangannya pada kain tuala di tepi sinki, baru membantu uminya mencuci pinggan mangkuk. Dia kemudian duduk di tepi umi.
“Anis nak mintak kerja dekat mana lepas ni?” Soal Fatimah pada anak keduanya itu.
“Siapa cakap Anis nak kerja, Anis nak tolong umi dekat rumah.” Dia senyum pada uminya, bergurau.
“Yelah tu. Pergi tinggalkan umi untuk sambung belajar, lepas tu nak tolong umi dekat dapur je.” Ngomel Fatimah.
“Yelah, perempuan kan tempat dia di dapur.” Dia bersuara lagi.
“Eloklah tu. Nanti kalau laki awak tu tinggalkan, terkontang kanting dekat dapur. Orang sekarang ni, perempuan pun kena kerja tau. Bukan boleh bergantung dekat suami je.” Bebelnya.
“Eyh, Anis tak cakap pun nak kahwin.”
“Yelah tu, entah entah dah jumpa Mat Saleh mana dekat Europe tu.” Usik ibunya. Amira, adik tunggalnya muncul di dapur, masih lengkap berpakaian sekolah.
“Kak Anis, masak apa hari ni?” Soalnya, membuka tudung saji.
“Hmm, Kak Anis kamu ni masak macaroni ke, spaghetti ke tau la.” Sindir uminya.
“Pergh, sedap ni. Masak lemak cili api.” Amira menututp semula tudung saji tersebut.
“Siapa cakap Anis tak tau masak. Umi yang tak bagi peluang. Tengok tadi, Anis masuk dapur umi dah siapkan semua.”
“Ouh, macam tu ye. Takpe, esok umi nak tengok berasap tak dapur umi ni.” Uminya mneyindir.
“Eyh, jangan main main umi. Esok sampai ke bumbung dapur umi berasap.” Mereka ketawa.
“Kalau macam tu tak payahlah, terbakar dapur umi.”
“Kak Anis, nanti kerja dekat sini jelah. Cari kerja dekat Ipoh. Nanti ada jugak teman Mira dekat rumah. Kak Lin bukan nak balik pun. Sejak kahwin, jarang balik.” Cadang Amira.
“Yelah, dia dah kahwin, kenalah duduk dengan husband dia, buat apa nak tengok muka Mira yang tak cute tu.” Usik Anis.
“Betul cakap Mira, kerja dekat sini jelah. Senang sikit. Kalau kerja jauh jauh bukan tau nak balik rumah awak tu.” Sindir ibunya lagi.
“Bukan tak nak baliklah umi. Kerja kan banyak, lagipun dulu Anis kerja setahun je pun.”
“Nilah yang paling lama Anis duduk dekat rumah.”
“Mana ada. Dulu lepas SPM lagi lama. Tulah, umi nak sangat hantar Anis ke sekolah asrama, kan sekarang dah rasa sayang nak tinggal anak umi ni..” Dia tersenyum.
“Lepas ni nak kerja mana?” Uminya menyoal.
“Mama ingat lagi tak kawan Anis, Alia. Kawan masa dekat sekolah dulu. Yang pernah datang rumah kita tu.”
“Ingat, selalu datang rumah tu. Kenapa?”
“Dia kerja di JB sekarang. Anis ingat nak kerja dekat sana, tinggal dengan dia.” Dia memberitahu.
“JB? Jauhnya. Dekat dekat sini sudahlah.” Uminya cuba membantah.
“Jauh perjalanan luas permandangan umi.” Dia bergurau.
“Kalau dekat sini, pasal rumah dah tak payah fikir. Makan minum dah ada.”
“Umi, takpe. Macamlah Anis tak pernah berdikari. Lagipun Alia tinggal sorang. Boleh la Anis temankan. Boleh la umi, boleh eyh..” Dia memujuk uminya.
“Umi sebenarnya bukan nak melarang Anis nak kerja di mana mana. Anis dah besar, boleh fikir sendiri. Kalau Anis rasa tu yang terbaik, umi tak halang.” Uminya akur.
“Yeah. Ni yang sayang umi ni.” Dia ketawa.
“Macam tu baru nak sayang. Nanti umi beritahu abah.”
“Thanks umi. Takpe, lambat lagi, sebulan lagi Anis nak duduk rumah. Lepas tu baru pergi JB.”

Pak Majid menggeleng geleng kepala melihat kesesakan jalan raya. Hari ini Afiq sudah keluar dari hospital. Datuk Jamal menjemputnya dengan Majid.
“Bila Afiq mula kerja?” Soal Afiq kepada Ayahnya.
“Kerja? Afiq berehatlah dulu di rumah. Lagipun Karim ada di pejabat, dia boleh handlekan.” Datuk Jamal bersuara.
“Siapa Karim?” Soalnya benar benar tak mengenali jurutera paling dikaguminya dulu.
“Senior engineer kita. Dia dah lama kerja dekat situ. Afiq pun rapat jugak dengan dia.”
“Dulu..” Dia bersuara perlahan.
“Memanglah dulu. Tapi lepas ni Afiq jumpa diorang semua semula, semua akan kembali macam dulu.” Datuk Jamal memujuk.
“Ye ke?” Dia menyoal acuh tak acuh. Datuk Jamal masih bersabar dengannya.
“Afiq, papa yakin, semua akan jadi macam dulu semula.”
“Afiq tak nak. Afiq tak rasa boleh hidup dikelilingi orang yang kenal Afiq, tapi Afiq tak kenal diorang.”
“Dahtu, Afiq nak macam mana lagi?” Datuk Jamal mula hilang sabar.
“Afiq nak pergi dari sini.” Dia bersuara nekad. Datuk Jamal terkejut. Anaknya sudah banyak berubah.
“Afiq nak pergi mana?”
“Afiq nak kerja di syarikat cawangan papa. Papa yang cakap kita ada cawangan di JB kan?” Soalnya.
“Afiq lebih sesuai kerja di sini. Afiq tak kenal sesiapa di sana. Dalam keadaan Afiq macam ni, papa takkan benarkan.”
“Itu yang Afiq nak. Orang tak kenal Afiq. Afiq pun tak kenal diorang.” Afiq bertegas.
“Afiq dah jadi degil.” Lancang Datuk Jamal bersuara. Keadaan menjadi tegang.
“Degil bertempat. Afiq tetap nak pergi sana.” Dia berkeras.
“Baik, tapi Afiq kena pergi dengan Sara. Setiausaha Afiq. Sekurang kurangnya dia tau macam mana Afiq bekerja.”
“Apa apalah..” Datuk Jamal dan Majid benar benar terkejut. Dia sudah berubah. Bukan seperti Afiq yang dulu. Datuk Jamal mengeluh. Dia benar benar terpaksa lepaskan anaknya ke Johor Bahru..

to be continue...

Sunday, October 18, 2009

yang abadi... (9th post)

continued from previous post..

Afiq mengeluh perlahan setelah selesai meneliti proposal yang baru di terimanya. Dia bersandar pada kerusi. Rindunya pada Anis tiba tiba datang. Sudah lapan bulan Anis pergi. Dia masih di situ, meneruskan rutin rutin kerja seperti biasa. Tiba tiba pintunya di ketuk. Amirul muncul. Dia tersenyum.
“Menung jauh Fiq..” Tegur sepupunya itu.
“Teringatkan orang yang entah ke mana..” Dia tersenyum.
“Sabarlah. Dah lapan bulan. Pejam celik, pejam celik. Sampai lah dekat KLIA tu.” Amirul mengusiknya.
“Yelah, cuba kau duduk tempat aku.” Afiq menyindir.
“Ok, ok.. Aku faham. Aku ada benda ni nak cakap.” Lelaki itu memandang tepat wajah Afiq.
“Kau ni, buat suspen lah pulak. Sejak bila kau nak mintak izin dulu bila nak cakap ni?” Afiq hairan.
“Haha.. Bukan mintak izinlah. Tu intro.” Dia ketawa.
“Yelah, apa bendanya. Dah habis ke belum intro?”
“It’s about me. And, it’s about Nisa.” Dia memulakannya.
“Sound serious. What?” Afiq menanti.
“I made my decision. I’ll be with her. She’s my everything Afiq. I cant let her go. I cant.” Dia berhenti di situ. Afiq diam. Lama.
“U know what, u shouldn’t ever let her go. U shouldn’t ever listen to me. Go for what your heart want.” Afiq yakin bersuara.
“Are you serious bro?” Soalnya menantikan kepastian.
“Do I look like I’m kidding?”
“Thanks. Thanks for understand me. And I want to let u know that we’re going to Australia.” Amirul memberitahu.
“What? Bila? Kenapa? Kenapa nak tinggalkan Malaysia?” Afiq terkejut mendengar berita itu.
“Maybe that’s the best for us. Biar kitorang mulakan hidup baru. Dikelilingi orang baru. Orang yang tak tau sejarah hidup dia. insyaAllah, lepas akad nikah bulan depan, kami berangkat.” Amirul membuat keputusan.
“So, kenduri?”
“Bro, since when it became so impotant? Buat apa orang perlu tau? Untuk di canangkan dengan siapa aku kahwin? Tak perlu semua tu Afiq. Kami bahagia pilih jalan ni.” Suara itu nekad.
“Bro, aku sentiasa sokong kau.” Afiq senyum gembira mendengar khabar itu.
“Aku harap uncle restukan kami.”
“InsyaAllah. Mungkin papa terkejut sikit korang nak pergi Australia. Kau kan anak saudara kesayangan dia. Tapi dia akan faham.” Afiq menyokongnya.
“I hope so. One more time, sorry..”
“Sorry for what?”
“U lost your great senior architect.” Lelaki itu tersenyum.
“Ouh, yang tu takde maafnya. Kau kena pergi cari ganti..” Afiq ketawa.
“Nanti buatlah interview. Pengganti Anis kau belum cari lagi kan.” Afiq mengangguk. Terasa ingin di biarkan sahaja tempat itu kosong tidak berganti. Namun syrikatnya kekurangan bilangan jurutera.

Nia mengetuk pintu biliknya. Gadis itu masuk. Tersenyum sebentar kepada Afiq.
“Ingatkan bos cuti hari ni.” Nia meletakkan fail yang diminta Afiq di atas meja.
“Tak, nak siapkan benda benda ni.” Dia mengambil fail tadi. “Awak kenapa tak pergi majlis akad nikah Amirul?” soalnya.
“Tak sempat bos. Ada kerja lagi. Nanti kalau bos jumpa dia, kirim salam pada dia ye.” Nia berpesan.
“InsyaAllah. Dia pun dah nak berangkat ke Australia tiga hari lagi. Sunyilah saya lepas ni.”
“Lepas ni Encik Afiq kena cari kawan barulah..”
“Cari kawan? Kerja yang bertimbun dekat ofis ni pun saya tak sempat setelkan. Nak pergi cari kawan, entahlah bila. Takpe, awak kan ada. Jadi kawan saya..” Afiq memandangnya. Nia ketawa.
Dia mengeluarkan satu sampul dari notebook yang di pegangnya. Di serahkan kepada Afiq. Afiq mengambil dengan penuh tanda tanya. Dibukanya sampul itu, ditarik keluar sekeping kad. Di bacanya.
“Wedding?” Dia memandang gadis itu.
“Ye Encik Afiq, jemputlah datang.” Nia tersenyum.
“Ok..” Dia berhenti di situ. Mencari sesuatu untuk di katakan. “Tak sangka, setiausaha saya yang rajin ni dah nak jadi isteri orang.”
“Umur pun dah meningkat Encik Afiq.”
“InsyaAllah saya akan pergi. Tahniah.” Afiq meletakkan kad itu ke dalam laci meja.
“Satu lagi Encik Afiq..” Gadis itu menarik keluar satu lagi sampul di serahkan ada Afiq.
“Ni apa pulak ni? Dua kali kenduri ke?” Afiq bergurau. Dia mencapai sampul surat itu. Di tarik keluar surat dari dalam. Dia membacanya. Nia berdiri di situ, menanti reaksi Afiq.
“Resign? Kenapa?” Afiq terkejut.
“Bakal suami saya kerja di Ipoh. Lepas ni saya ikut di ke sana. Tak dapat lagi nak kerja di sini.” Perlahan suaranya. Afiq terdiam lama.
“I lost my crazy engineer, my brilliant architect, my understanding cousin.. And now my beloved secretary.” Afiq mengeluh.
“Takpe, Encik Afiq mungkin dapat pengganti yang lebih baik.”
“Ada ke?” Afiq menyoal kembali.
“Ada. Cuma Encik Afiq je tak nampak..” Nia meyakinkan.
“Takpe lah Nia, nak buat macam mana, tiba tiba semua orang pergi tinggalkan saya.”
“Encik Afiq, janganlah cakap macam tu pulak. Semua orang kan nak yang terbaik.”
“Yelah Nia. Mana mana pun pergi jangan lupa kitorang dekat sini.”
“Tak bos. Takkan lupa punya.”

Afiq menyidai kain sejadahnya ke penyidai kecil di tepi almari. Dia bergerak ke katil. Dicapainya anak patung katak yang berada di atas katil. Dia memandang anak patung itu. Sudah setahun lebih Anis pergi. Dia rindukan gadis itu.
“Miss frog, bila Anis nak balik? Dia tau tak saya dah lama tunggu ni.” Dia bercakap seorang diri. Di letakkan katak itu ke tepi. Dia bergerak ke ruang balkoni. Di pandangnya ke luar, melihat permandangan landscap rumahya.
Kolam renang itu indah di kelilingi enam tiang lampu yang mencerahkan kawasan itu. Tiba tiba rindu pada mamanya datang. Sudah tujuh tahun insan itu meninggalkannya. Dia yakin papanya lebih sepi.

Afiq melangkah masuk ke ruang pejabat. Lengkahnya di atur ke biliknya. Dia berhenti sebentar di hadapan setiausahanya. Sudah setahun lebih dia berkhidmat di situ untuk Afiq.
“Sara, Adam dah hantar pelan yang saya mintak semalam?” Soalnya.
“Dah, saya dah letak atas meja Encik Afiq.” Sara memberitahu.
“Ok, thanks..” Afiq membuka pintu biliknya ingin masuk ke dalam.
“Encik Afiq,” Dia terhenti di situ. Di pandang ke arah Sara. “Hari ni birthday saya, kalau Encik Afiq free malam ni, datanglah rumah. Ada buat party sikit.” Jemput gadis itu.
“Ouh, happy birthday. Tengoklah, kalau malam ni saya takde hal, saya datang.” Afiq tersenyum lalu melangkah masuk. Bukan dia tidak kenal family Sara, anak Datuk Zamri. Sehingga kini dia pelik kenapa gadis itu memilih untuk menjadi setiausaha.
Dia duduk di kerusi. Computer di tepinya, di buka. Dia memeriksa e-mel. Mungkin mungkin ada e-mel baru dari staf atau rakan perniagaannya yang lain. Dia memerhati satu persatu e-mel yang di terima. Matanya tetangkap pada e-mel yang dihantar oleh anisfarhah@yahoo.com, no subject. Dia pantas membuka e-mel tersebut. Di lihatnya panjang e-mel itu. Dia membacanya.

Dear boss,
Ingat saya lagi tak? Dah dua tahun saya tinggalkan Malaysia, tinggalkan bos. Saya dekat sini sihat je. Macam biasa, makan je kerja saya..huhu..
Dah lama saya simpan suatu benda yang saya nak sangat bos tau. Tapi saya tak berkesempatan selama ni. Mungkin waktu tak sesuai. Saya nak bos tau, kali pertama saya jumpa bos bukan masa interview tu. Tapi lapan tahun sebelum tu lagi. Mungkin bos tak sedar kehadiran saya waktu tu. Di tanah suci, Mekah. Bos pergi dengan mak dan ayah bos.
Dari sana lagi saya dah sukakan bos. Sampai pulang ke Malaysia. Lapan tahun, saya tak pernah lupakan bos. Saya tak pasti, mungkin bos tak percaya cerita ni.. tapi jujur dari hati saya, cinta saya hanya untuk bos selama ni. Sebelum hingga selepas saya berjumpa bos.saya tak pernah berhenti berharap yang bos akan mula menerima saya. Sampailah satu masa saya rasa, cinta dari bos untuk saya takkan ada. Saya mula mengalah. Saya rasa yang terbaik adalah untuk lupakan bos. Sebab itu saya pilih untuk sambung belajar.
Bila bos cakap bos cintakan saya, saya terkejut sangat. Tak sangka lepas bos selalu marah saya, bos cintakan saya. Saya ambil keputusan untuk pergi jugak, sebab kalau saya mampu tunggu bos selama lapan tahun, kenapa bos tak boleh tunggu saya dua tahun..
Dua tahun dah berlalu, saya masih ingat janji bos untuk tunggu saya. Bos, hari ni saya pulang ke Malaysia. Saya berharap bos menjadi orang pertama yang akan bertemu saya. Flight saya InsyaAllah sampai ke KLIA pukul sepuluh pagi.. bos masih ingat janji bos kan.. saya tunggu..

Afiq melihat jam di tangan. Sudah pukul lapan setengah pagi. Dia pantas menutup computer. Dia mencapai briefcasenya. Di masukkan telefon bimbit dan kunci kereta ke dalam poket. Dia bangun melangkah untuk keluar.
“Sara, cancel semua appointment saya hari ni. Saya ada hal.” Dia bergegas ingin pergi.
“Encik Afiq, nak pergi mana?” Soal gadis itu.
“KLIA, jumpa orang tersayang.” Dia mengenyitkan mata kepada gadis itu lalu berlalu. Sara tertanya tanya di situ.

Dia memandu terus ke KLIA. Hatinya mula berbunga bunga. Tidak sabar ingin menatap wajah itu selepas dua tahun. Dia memandu laju. Tidak di hiraukan lagi keselamatan diri, dia cuma ingin sampai dahulu sebelum Anis tiba di KLIA. Dia tiba tiba teringat ayahnya. Hal itu perlu di khabarkan kepada ayahnya.
Dia mencapai telefon bimbit yang berada di tempat duduk sebelah. Matanya masih memerhatikan jalan raya cuma tangannya menggapai telefon itu. Tiba tiba telefon bimbitnya jatuh di tempat letak kaki itu. Dia mengalihkan pandangan ke bawah memandang telefon bimbit.
Seraya itu.. Bang!!! Keretanya terlanggar lori di lorong sebelah. Kereta itu terus terbalik di tengah jalan. Afiq terasa sakit di kepalanya, pandangannya berpinar.. dia akhirnya tidak sedarkan diri di situ..

Anis keluar dari bahagian emigresen. Beg pakaiannya di tarik. Malam esok penerbangannya untuk pulang ke Ipoh, pulang ke rumah keluarganya. Dia sesekali tersenyum berdebar menanti insan yang di nantikannya di situ. Dia memandang sekeliling. Tiada wajah itu. Hatinya mula terdetik risau. Dilihat jam di tangan, sudah pukul sepuluh setengah. Dia duduk di tempat menunggu.
“Anis..” Anis berpaling. Dilihatnya Shikin berdiri di situ.
“Shikin.. Rindu kau..” Dia memeluk sahabatnya itu.
“Dah lama ke sampai? Sorrylah, jalan jam. ada accident tadi.” Ujarnya.
“Takpe. Aku pun baru je ni.” Anis masih memegang tangan kawannya.
“Jomlah. Aku nak bawak kau makan. Nak bagi kau rasa nasi lemak. Mana la tau dah lupa ke..” Shikin ketawa. Di tarik tangan kawannya itu. Anis tidak berganjak.
“Shikin, Nampak Afiq tak?” Soalnya berharap.
“Afiq?” Shikin terdiam lama. “Tak, dia busy kot. Kau call dia beritahu kau nak balik?” Soal Shikin.
“Aku hantar e-mel..” Ujarnya.
“Ouh, dia tak baca lagilah tu. Kejap lagi mesti dia call kau. Dahlah, jom pergi makan. Aku dah lapaar ni.” Shikin menarik tangannya. Berlalu dari situ. Dia masih memerhatikan sekeliling, mengharapkan lelaki itu datang. Dia kecewa…

Datuk Jamal menunggu di luar bilik pembedahan. Anaknya di katakan mengalami pendarahan serius. Hatinya risau. Satu satunya ahli keluarga yang dimilikinya. Majid pemandunya, duduk di sebelahnya.
“Sabarlah Datuk. InsyaAllah, Encik Afiq selamat.” Dia menenangkan Datuk Majid yang sudah tidak keruan.
“Saya takkan boleh hidup tanpa dia Majid.” Dia merintih.
“Saya faham. Tapi doktor pun tengah cuba yang terbaik. Kita sama sama berdoa Datuk.” Ucapnya lagi.
“Kalau apa apa jadi pada anak saya, saya takkan maafkan perempuan tu..” Nekad Datuk Jamal bersuara.
“MasyaAllah Datuk, ni bukan salah dia. Dia tak mintak pun semua ni berlaku. Lagipun, dia pergi ke KLIA, kita tak tau sebenarnya dia nak jumpa siapa.” Majid mula berasa kurang enak.
“Siapa lagi Majid kalau orang tersayang. Lagipun dah dua tahun berlalu. Mesti dia dah balik.” Datuk Jamal bersuara yakin.
“Kita tunggu dulu Datuk, apa doktor cakap.”
Mereka menanti di situ. Datuk Jamal semakin resah. Akhirnya seorang doktor dan seorang juru rawat keluar dari bilik pembedahan.
“Doktor macam mana anak saya? Semua baik kan?” Datuk Jamal pantas menyoal.
“Sabar Datuk. Kami dah cuba yang terbaik. Alhamdulillah, tiada pendarahan dalaman pada bahagian kepala.Cuma tangan kanan Encik Afiq patah, tapi tu kecederaan yang tidak terlalu serius. Cuma kami khuatir, hentakan kuat yang berlaku kepada kepala Encik Afiq membawa kepada kesan lain.” Terang doktor itu.
“Maksud doktor?” Panik Datuk Jamal.
“Mungkin Encik Afiq akan hilang ingatan. Tapi Datuk jangan risau, perkara itu cuma dapat kita pastikan selepas Encik Afiq sedar.” Datuk Jamal kelu. Tiada apa yang dapat diucapkan.
“Terima kasih doktor.” Majid bersuara. Doktor itu mengangguk kemudiannya berlalu meninggalkan mereka berdua di situ.
Datuk Jamal terduduk.. hilang ingatan..

to be continue..

Saturday, October 17, 2009

yang abadi... (8th post)

continued from previous post..

Anis bersalaman dengan isteri Idham.
“Duduklah dulu Anis, akak nak turun bawah kejap makan tengahari.” Azni meminta diri meninggalkan Idham dan Anis di situ. Anis mengangguk sambil tersenyum.
“Macam mana? Dah sihat sikit?” Soal Anis kepada rakan sekerjanya itu.
“Boleh la. Jalan belum ok lagi. Tapi kaki dah boleh gerak.” Pucat wajah lelaki itu bersuara.
“Oklah tu. Tak lama lagi dah boleh masuk ofis.”
“Yelah, dah tak sabar nak balik ofis. Rindu nak bertekak dengan kau.” Afiq ketawa. Anis Cuma tersenyum.
“Aku dah takde kot kat situ nanti.” Anis memandang lelaki itu.
“Takde? Kenapa? Kau kena pecat dengan Encik Afiq dah ke?” Soalnya terkejut.
“Isy kau ni. Pesal pulak dia nak pecat aku.”
“Manalah nak tau, kau tu suka sangat cari pasal dengan dia. Ni kenapa yang kau berhenti pulak?” Idham menyoal lagi.
“Nak sambung belajar.”
“Sambung belajar? Dah tu kenapa berhenti? Buat PJJ lah..” Idham memberi cadangan.
“Aku sambung dengan scholar, pergi Jerman, insyaAllah..” Anis tersenyum.
“Jerman? Amboi, jauhnya. Baguslah kalau dapat pergi tempat orang. Banyak pengalaman. Bertuahlah kau.”
“Kau pun bolehlah kalau nak. Apply la..” Anis memberi cadangan.
“Kalau aku sambung belajar, aku nak kasi anak bini aku makan apa? Ni pun dah cukup baik Encik Afiq bagi aku cuti bergaji.”
“Nanti, kalau ada rezeki apa salahnya.”
“Projek macam mana? Apa cerita?” Soal Idham.
“Dah nak siap pun. Tinggal landscap kat luar tu. Pokok pokok dah sampai. Tinggal diorang tanam, then pasang rumput.” Anis bercerita semangat.
“Wow.. Berjaya jugak kau ye.” Idham merasa bangga.
“Alhamdulillah.. Rasa macam mimpi jugak. Dapat handle projek ni. Encik Afiq yang banyak tolong, kalau tak ada jugak orang terperangkap dalam lif nanti.” Anis senyum lagi.
“Lif rosak ke?”
“A’a.. Kitorang mintak supplier tukar.”
“Encik Afiq cakap apa kau nak berhenti?” Soal Idham.
“Encik Afiq?” Anis terhenti di situ. Lama. “Dia tak tau lagi.”
“Tak tau? Kenapa tak bagi tau dia?” Idham pelik.
“Bukan tak nak beritahu. Nanti aku beritahu lah.”
“Memanglah, tapi kenapa tak beritahu je siap siap. Kau nak buat surprise ke?” Idham bergurau.
“Takde lah. Projek tu tak siap lagi. Nanti bila dah siap, aku dah serah bangunan tu pada Indah Holding, aku cakap lah..” Anis memberitahu.
“Sunyilah aku lepas ni. Orang sebelah dah takde.”
“Nanti diorang gantikanlah tu.”
“Takkan sama dengan kau. Kau sorang je yang berani cari pasal dengan Encik Afiq.” Idham ketawa.
“Ada adalah kau ni. Nanti kau jangan lupa aku pulak.” Pesan Anis.
“Aku takkan lupalah kau. Gossip partner aku.” Mereka ketawa bersama.
“Baru aku teringat, aku nak mintak maaf. Aku dah tercakap dengan Cik Nisa yang aku dah tau korang adik beradik tiri.” Anis membuat pengakuan.
“Aku dah tau. Cik Nisa beritahu aku. Dia ada datang bulan lepas.”
“Ye ke? Kau marah tak aku beritahu dia?” Anis menyoal.
“Tak kisahlah. Janji kau tak pergi canang mana mana kan?” Idham menduga.
“Isy, takde lah. Kau ni, macam tak kenal aku pulak..”
“Dia dengan Encik Amirul dah berbaik..”
“Ye ke? Diorang dah bercinta balik?” Anis menyoal terkejut.
“Lebih kuranglah. Tapi diorang tengah cari masa yang sesuai untuk beritahu Encik Afiq.”
“Kenapa Encik Amirul tu takut sangat dengan Encik Afiq. Lantaklah Encik Afiq tu, bukan dia yang nak kahwin dengan Cik Nisa.” Anis mengomel.
“Kau ni. Kau tahu tak Encik Amirul tu anak yatim piatu. Encik Afiq tu satu satunya saudara dan kawan baik dia. Datuk Jamal tu je waris dia. Dia mesti lah nak jaga hati diorang. Kau tak duduk tempat dia, kau tak faham..” Bebel Idham.
“Ouh, ye ke. Mana aku tahu.” Anis membalas.

Anis mengerutkan dahi. Bunyi panggilan dari telefon bimbitnya menganggu tidurnya. Dia melihat jam di tepi katilnya. Jam menunjukkan pukul tiga suku pagi. Dia mencapai telefon bimbitnya, di lihat nama Hassan tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia pelik. Panggilan terus di jawab.
“Helo, kenapa Hassan?” Soalnya yang masih mengantuk.
“Cik Anis, ada orang pecahkan tingkap di floor 5.” Jelas kedengaran suara lelaki itu.
“Haa?! Macam mana boleh jadi macam tu? Banyak ke?” Anis terus bangun dari baringnya, terkejut.
“Tujuh cermin Cik Anis. Pecah teruk jugak ni. Dinding belakang pun dah rosak, ada orang simbah cat merah.” Serius suara lelaki itu.
“Ya Allah. Kenapa jadi macam ni. Encik Afiq dah tau?” Soalnya risau.
“Dah, saya dah call tadi. Dia cakap dah nak datang sini.” Maklum lelaki itu.
“Ada nampak sesiapa buat tak?”
“Tak Cik Anis, bila dengar cermin pecah saya naik atas tengok. Cermin dah pecah, tapi tak nampak orang pun. Bila turun bawah tengok dah ada cat kat dinding tu.”
“Baiklah, saya pergi sekarang.” Anis terus meletak panggilan.
Dia bergegas bangun. Menukar baju. Disarungkan jeans dan t-shirt ke tubuh. Di capai tudung yang di sangkut di tepi pintu. Dia keluar bilik. Bergerak ke bilik Shikin. Dia membuka pintu bilik itu lalu masuk. Dia menghampiri Shikin yang sedang nyenyak tidur.
“Shikin, Shikin..” Dia menampar lembu bahu kawannya. Shikin membuka mata, sesekali menggosok matanya.
“Anis, kenapa ni? Kau nak pergi mana ni?” Shikin bangun dari baring. Pelik melihat kawannya berpakaian lengkap bertudung.
“Aku nak pergi site kejap. Ada hal. Orang pecahkan tigkap.”
“Haa?? Pukul berapa ni?” Dia melihat jam di tepi katil. “Ya Allah, dah tiga setengah ni. Esok jelah kau pergi.” Marah Shikin.
“Takpe, aku pergi kejap je tengok apa jadi.” Anis bertegas.
“Kena pergi jugak ke? Tak payah lah. Aku risau lah.” Shikin mula meninggikan suara.
“Takpelah. Kau tak payah lah risau. Afiq pun pergi.” Anis masih berkeras.
“Aku temankan ye..” Shikin memberi cadangan.
“Eyh, tak payah. Tak tau lagi bila aku balik. Esok kau nak pergi ofis lagi. Aku takpe, ni kerja aku.” Anis melarang.
“Anis, bahaya tu..” Shikin masih melarang.
“Kau ni, aku pergi kejap je. Kau jangan risau lah. Aku pergi dulu eyh..” Anis terus bangun dari katil itu. Dia berjalan keluar. Shikin cuma mampu menggeleng.

Anis memakirkan keretanya bersebelahan kereta Afiq. Dilihatnya lelaki itu sedang bercakap dengan Hassan. Dia turun dari kereta. Berjalan kearah mereka.
“Bos dah naik tengok ke?” Soalnya.
“Belum. Tunggu awaklah. Karang awak tertinggal sorang pulak kat bawah ni.” Ujar Afiq. Ringkas berpakaian t-shirt berlengan panjang dengan jeans.
“Jomlah naik..” Anis bersuara. Mereka beriringan mendekati pintu lif. Mereka menaiki lif sehingga ke tingkat lima. Hassan menunjukkan kepada mereka tingkap tingkap yang pecah. Afiq menggeleng gelengkan kepala terkejut.
“Esok awak buat report polis, lepas tu mintak supplier hantar cermin baru.” Arah Afiq. Anis masih melihat tingkap tingkap yang pecah itu.
“Ada orang baling batu..” Anis tunduk mencapai seketul batu besar di lantai. Dia memerhati sekeliling, ada dua lagi ketul batu di situ.
“Orang khianat lah ni..” Afiq menduga.
“Khianat? Kita atau Indah Holding?” Soal Anis.
“Entahlah..” Afiq menguak rambutnya. Lelaki itu kelihatan bingung.
“Takpe lah Encik Afiq, esok diorang pasang semula cermin baru, cat semula dinding belakang.” Anis cuba menenangkannya.
“Masalahnya, kalau orang khianat, diorang takkan berhenti macam tu je Anis..” Ujarnya risau. Anis terdiam dia turut terkejut. Masing masing diam di situ.
“Dah tu kita nak buat macam mana lagi. Kita tengoklah lepas ni macam mana pulak.” Anis bersuara. Dia sedikit kecewa kerana projek pertamanya menjadi bahan khianat orang. Dia terkilan.
“Saya nak turun check floor bawah, awak nak ikut?” Soal Afiq, akhirnya malas berbicara tentang itu lagi.
“Tak pe lah, saya naik atas. Check floor atas.”
“Berani ke?” Afiq risau.
“Takpe. Bukan ada sesiapa pun kat atas. Bos kan ada dekat bawah.” Dia bertegas.
“Baiklah. Hati hati..” Pesan Afiq.
“Baik Bos..” Afiq berlalu dari situ. Anis memandang sekeliling. Di pandang sekali lagi tingkap itu. Dia kesal perkara itu berlaku.
Dia kemudian bergerak ke pintu lif. Di tekannya punat sebelas. Pintu lif tertutup. Lif mula bergerak. Dia termenung di situ. Hatinya sebak. Teringat kembali saat saat dia terperangkap bersama Afiq. Dia cuba menahan air matanya dari turun.
Dia melangkah keluar tatkala pintu itu terbuka. Dia melangkah ke ruang kosong itu. Ruang pejabat yang luas. Dia menghampiri tingkap. Di lihatnya permandangan bandaraya Shah Alam. Tiada kesesakan jalan raya seperti di siang hari. Jalan menjadi sepi. Cuma lampu lampu kelihatan mencerahkan bandaraya itu.
Anis termenung di situ. Mengingatkan itu hari hari terakhirnya di situ. Hampir setahun berlalu. Segalanya akan berakhir lagi beberapa hari. Dia akan berangkat ke Jerman. Dua hari lagi dia akan menyerahkan bangunan itu kepada Indah Holding. Segala galanya akan berakhir selepas itu. Dia akan tinggalkan Malaysia, Assway Sdn Bhd dan Afiq..
“Cik Anis..” Anis terkejut. Hassan berdiri di belakangnya.
“Ye, kanapa?” Soalnya.
“Encik Afiq dah nak balik, dia panggil Cik Anis turun.” Ujar lelaki itu.
“Ouh, ok.. Saya turun sekarang.” Anis berjalan beriringan bersama lelaki itu. Mereka pergi ke pintu lif, kemudian turun ke tingkat bawah. Afiq menunggu di situ. Anis melihat jam di tangannya, jam sudah menunjukkan pukul lima pagi.
“Jom lah balik. Esok masuk ofis lewat sikit pun takpe.” Lelaki itu bersuara.
“Baik bos.” Anis bersuara perlahan.
“Esok jangan lupa Hassan, buat report, order cermin baru. Lagi dua hari nak serah bangunan ni.” Afiq berpesan.
“Baik Encik Afiq.” Aku Hassan.
“Dahlah kitorang balik dulu..” Afiq dan Anis mula bergerak ke kereta masing masing.
“Cik Anis..” Panggil Hassan.
“Anis berpaling kearah suara itu.
“Kenapa?” soalnya. Afiq yang baru ingin memasuki kereta turut berpaling kearah mereka.
“Tayar kereta Cik Anis pancit..” Ujar lelaki itu. Anis tunduk ke bawah. Dia mengeluh. Afiq berjalan kearahnya. Dia melihat tayar itu.
“Takpelah, saya hantarkan balik..” Afiq mempelawa. Anis berfikir sejenak. Tiada jalan lain lagi. Tak mungkin dia akan tunggu di situ sehingga lapan pagi untuk mendapatkan mekanik.
“Baiklah bos.” Dia membuka pintu kereta dicapainya beg tangan. Dia menutup pintu kereta, lalu menekan punat kunci pada kunci keretanya. Dia mengikut Afiq ke keretanya.

Masing masing terdiam di dalam kereta. Anis sesekali menguap kerana terlalu mengantuk. Afiq masih memandu tenang disebelahnya.
“Kalau lepas kita serah bangunan tu, ada orang pecahkan tingkap lagi macam mana?” Soalnya.
“Kalau kita dah serahkan, bukan tanggungjawab kita lagi. Lagipun ada insurans. Tak payah risau lah.” Afiq memberitahu. Anis mengangguk faham.
“Ouh, ok..” Anis berhenti di situ.
“Anis, saya ada hal nak beritahu awak.” Afiq bersuara lagi.
“Hal apa?” Soal Anis hairan. Afiq nekad ingin memberitahu isi hatinya.
“Saya..” Ayatnya terhenti di situ tatkala ada sebuah kereta wira laju memotong kereta mereka lalu member signal menyuruh mereka berhenti. Anis dan Afiq mula panik.
“Pehal pulak ni..” Afiq memberhentikan kereta. Anis diam di situ. Dua orang lelaki keluar dari kereta itu, menuju kearah mereka.
“Keluar! Keluar!” Arah seorang lelaki berbadan tegap mengetuk pintu kereta di sebelah Afiq. Seorang lagi lelaki memakai baju biru mengetuk pintu di sebelah Anis.
“Anis, awak jangan turun..” Afiq mula membuka pintu. Anis terkejut. Dia mula takut. Di tarik keluat spray serbuk lada dari poket seluarnya.
Lelaki yang mengetuk pintunya tadi masih mengetuk di situ. Dia melihat lelaki berbadan tegap tadi menolak Afiq ke pintu kereta. Ditarik kolar t-shirt Afiq. Anis terus keluar. Anis menjerit apabila dia turut di tolak ke pintu kereta oleh lelaki berbaju biru itu.
“Diam!” jerkah lelaki itu kepada Anis. Anis bertindak pantas memijak kaki lelaki itu. Lelaki itu menjerit, sepantas itu Anis menyemburkan serbuk cili ke muka lelaki itu. Lelaki itu menjerit lagi. Anis menolaknya kuat ke tepi. Lelaki itu menggosok gosok matanya yang pedih, tidak dapat melihat. Dia hampir terdorong jatuh ke dalam longkang yang berada di tepi jalan.
Anis berlari kea rah Afiq, dia terkejut lelaki itu memegang pisau. Lelaki itu berpaling kearah Anis menyedari gadis itu berdiri disebelahnya. Anis terus menyembur spray tersebut ke mata lelaki itu.
Lelaki itu menjerit kesakitan, dia bertindak pantas menikam Afiq dengan pisau ditangannya sebelum pandangannya kabur. Afiq rebah di situ. Anis terkejut. Di tendangnya lelaki tadi sehingga terundur jauh dari mereka. Dia duduk di hadapan Afiq..
“Bos! Bos! Bangun bos!” Anis menggoncangkan tubuh Afiq. Afiq mengerutkan dahi menahan sakit. “Bangun bos!” Anis cuba mengangkatnya. Afiq cuba menggagahkan diri untuk bangun. Kedua dua lelaki tadi cuba menaiki semula kereta mereka di hadapan.
Anis sedaya upaya memapah Afiq ke tempat duduknya tadi. Darah habis berlumuran di bajunya. Afiq mula lemah.
Anis menutup pintu kereta setelah memasukkan Afiq ke dalam kereta. Dia berlari ke tempat memandu. Pintu kereta ditutup, dia menghidupkan enjin. Dipandu laju kereta itu menuju ke hospital. Sesekali dia mengalih kearah Afiq.
“Bos, bertahan bos! Jangan pejam mata bos! Bos bertahan.. kita dah nak sampai hospital..” Dia menangis di situ. Air matanya mengalir laju. Dilihat Afiq sudah lemah. Matanya sudah tertutup. Lelaki itu tidak sedarkan diri.

Anis membunyikan hon kereta sehingga dua orang attandent yang menunggu di ruang masuk hospital itu terkejut, mereka menarik stretcher ke keretanya. Pintu kereta dibuka. Mereka mengangkat Afiq dan membaringkannya di atas stretcher itu. Anis mengikut kedua dua attandent tersebut. Mereka menolak stretcher tersebut ke bilik kecemasan. Seorang doktor tiba di situ.
“Doktor, tolong selamatkan dia.. selamatkan dia doktor..” Anis merayu di situ. Air matanya mengalir laju.
“Cik berbanyak bersabar. Kami akan cuba yang terbaik..” Doktor meninggalkannya di situ. Dia terduduk di situ. Menangis.. “tolong selamatkan dia.. tolonglah.. jangan bagi dia mati..”

Anis berdiri di sisi katil Afiq. Cuma mereka berdua di situ. Dipandangnya wajah itu. Lelaki itu tidur. Dia enggan mengejutkannya. Sudah tiga hari dia di situ. Keadaannya makin stabil. Dia sudah sedarkan diri, sudah mampu berkomunikasi dengan baik. Cuma luka di perutnya masih belum sembuh. Anis duduk di kerusi di sebelah katil itu.
“Bos, hari ni hari saya terakhir di sini. Saya mintak maaf sebab tak cakap pada bos awal awal. Saya tak tau perkara macam ni akan berlaku. Saya nak bos tau, saya takkan lupakan sampai bila bila pengalaman saya kerja dengan bos. Terima kasih sangat sangat beri saya peluang siapkan projek tu. Nilainya terlalu besar buat saya. Saya mintak maaf sebab selalu susahkan bos, buat bos marah. Lepas saya pergi, takde lagi orang hempas pintu bilik bos, tekupkan muka bos dengan kek, bertengkar dengan bos dalam lif, sembur mata bos dengan serbuk cili…” Dia berhenti di situ. Dia mengesat air matanya.
“Saya akan rindukan bos.. Saya dah serahkan bangunan tu pada Indah Holding semalam. Sedih sangat sebab bos takde di situ dengan saya. Sebab bos dah banyak tolong saya untuk projek tu. Saya kena pergi sekarang bos..” Anis melihat jam di tangan. Dia perlu ke KLIA segera.
“Don’t u ever forget that u have a stupid engineer name Anis Farhah..” Anis bangun dari kerusi itu. Dia mengelap air matanya. Di pandang wajah itu buat kali terakhir… dia melangkah pergi.. meninggalkan insan yang disayanginya hampir sembilan tahun..

Amirul melangkah masuk ke wad itu. Di lihatnya Afiq masih tidur. Dia duduk di sebelah lelaki itu. Membetulkan selimut. Tiba tiba lelaki itu terjaga dari tidur.
“Mirul..” Dia bersuara.
“Sorry, aku nak betulkan selimut kau.” Amirul merasa bersalah menyebabkan lelaki itu terjaga.
“Takpe.. Kau datang seorang ke? Papa mana?” Soalnya.
“Ada. Kejap lagi dia datang. On the way. Nak buah?” Amirul menyoal. Di pegangnya buah epal di tangan.
“Takpe lah. Dah tiga hari kan aku dekat sini?” Soalnya ingin pasti.
“A’a.. Dah tiga hari.” Amirul menjawab.
“Anis sekali pun tak datang. Siap dia aku masuk ofis nanti..” Ujarnya geram.
“Anis? Dia takde datang ke?” Soal Amirul hairan.
“Mana ada. Tak tau lah kalau aku tidur ke time dia datang..” Afiq bersuara kesal.
“Kau tak tau ke dia dah berhenti?”
“Haa?? Bila?” Afiq benar benar terkejut.
“Semalam. Lepas dia serah kunci dan fail bangunan tu.” Amirul memaklumkannya.
“Kau betul ke ni?” Afiq tidak percaya.
“Buat apa aku nak tipu. Betullah..” Amirul bersuara yakin.
“Kenapa takde orang cakap dekat aku.. Papa tau tak?” Soalnya lagi.
“Tau lah. Dia yang luluskan perletakan jawatan tu. Uncle tak beritahu?” Soal Amirul pula. Afiq sudah tidak keruan.
“Tak.. Kenapa dia berhenti?”
“Nak sambung belajar. Dia dapat scholar ke Jerman.”
“What?! Bila? Bila dia nak pergi?” Afiq mula bersuara tinggi.
“Rileks la oi.. Tengahari ni flight dia.. Kau kenapa? Nak ucap thanks?”
“Ya Allah, kenapa papa tak beritahu aku..” Afiq mengeluh.
“Kau kenapa ni?” Amirul sudah mula hairan.
“Handphone.. Handphone.. Mana handphone aku?” Soalnya. Tidak dihiraukan Amirul di situ.
“Dalam drawer tu kot..” Afiq terus membuka laci almari di sebelahnya. Di tarik keluar telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Anis. Dia mula resah apabila Anis sudah menutup telefon bimbitnya. Dia membaling telefon itu di atas katil. Dia resah di situ.
“Bro, pesal ni. Cakap dekat aku..” Amirul sudah risau melihat reaksi Afiq.
“Aku cintakan dia.. Aku cintakan dia Mirul.. Aku cintakan dia sangat sangat.. Aku tak sempat beritahu dia..” Akhirnya air matanya gugur. Dia tewas dengan cintanya sendiri.
“What?” Amirul terkejut. Dia tidak menyangka perkara itu.
Datuk Jamal tiba di muka pintu. Dia terkejut melihat keadaan anaknya. “Kenapa ni Fiq?”
“Papa, sampai hati papa tak cakap Anis pergi Jerman hari ni.. Sampai hati papa..” Lelaki itu memandang ayahnya.
“Papa dah cuba nak beritahu Afiq, tapi papa tak nak tengok Afiq kecewa. Papa dah cuba halang dia Afiq. Dia tetap akan pergi, dia dah sign pun perjanjian untuk tamatkan pelajaran di sana. Biarlah dia pergi, untuk capai cita cita dia..” Datuk Jamal cuba memujuk.
“Tapi Afiq belum sempat pun cakap apa apa pada dia pa..” Suara itu benar benar kecewa. Datuk Jamal memandang jam di tangan.
“Cubalah call dia. Lagi setengah jam flight dia.” Datuk Jamal memberi cadangan. Afiq menggeleng.
“Dia dah off phone.” Lelaki itu tunduk. Benar benar putus asa.
“Try call Nia, tadi Nia mintak izin papa nak jumpa Anis di KLIA.” Datuk Jamal masih memberi harapan. Afiq pantas mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Nia. Menunggu lama untuk gadis itu menerima panggilan tersebut.
“Hello.. Encik Afiq..” Afiq bernafas lega mendengar suara Nia.
“Nia, Anis ada di situ?” Soalnya terus.
“Cik Anis? A’a.. Ada. Encik Afiq nak cakap dengan dia ke?” gadis itu bertanya.
“Tolong bagi phone awak pada dia..” Afiq meminta. Dia menunggu lama.
“Hello..” Afiq menyekat air matanya selepas mendengar suara itu.
“Awak jangan pergi..” Pintanya..
“Bos..” Anis bersuara hairan. Suaranya sedikit sebak.
“Tolong jangan tinggalkan saya..” Suara itu merintih.
“Bos, ni yang terbaik buat saya..” Anis bersuara perlahan.
“Saya tak boleh lalui hari hari lepas ni tanpa awak Anis. Saya janji saya takkan marah awak hempas pintu saya, awak tekup muka saya dengan kek, sembur saya dengan serbuk cili.. Saya janji takkan marah awak lagi Anis.. Tolong jangan pergi..” Lelaki itu merayu.
“Bos akan dapat pekerja yang lebih baik dari saya..” Anis cuba mengelak. Walaupun hakikatnya hatinya sedang menangis.
“Tapi saya hanya cintakan awak seorang..” Lelaki itu mengaku.
“Bos..” Anis terkejut.
“Kalau awak takde, siapa akan ceriakan hari hari saya.. siapa akan siapkan projek dengan saya.. siapa yang sanggup datang ofis sampai sebelas malam untuk siapkan pelan saya?”
“Bos tau?” Anis menyoal. Tidak menyangka lelaki itu tahu dia yang siapkan pelan tersebut.
“Saya tau, saya tau awak seorang saja yang boleh buat kerja gila macam tu. Awak seorang saja boleh curi hati saya..” tiba tiba kedengaran pengumuman untuk melaporkan diri di balai berlepas. Mereka berdua terdiam.
“Saya perlu pergi bos..” Anis membuat keputusan.
“Awak tetap akan tinggalkan saya..”
“Kalau bos betul betul cintakan saya, bos janji dengan saya, bos akan tunggu saya dua tahun lagi..” Anis berpesan.
“Saya akan tunggu awak..” Lelaki itu akur.
“Saya nak bos jadi orang pertama untuk jumpa saya di sini dua tahun lagi. Bos boleh janji dengan saya?” Anis inginkan kepastian.
“Saya janji Anis. Saya akan tunggu awak sampai bila bila..” Janji lelaki itu.
“Saya akan ingat janji bos..” Gadis itu mengingatkan.
“Saya akan tunggu awak.”
“Saya pergi dulu bos.. “ Anis meletakkan telefon.
Afiq terkelu di situ. Saya akan tunggu awak.. saya janji…

to be continue...