Saturday, October 17, 2009

yang abadi... (8th post)

continued from previous post..

Anis bersalaman dengan isteri Idham.
“Duduklah dulu Anis, akak nak turun bawah kejap makan tengahari.” Azni meminta diri meninggalkan Idham dan Anis di situ. Anis mengangguk sambil tersenyum.
“Macam mana? Dah sihat sikit?” Soal Anis kepada rakan sekerjanya itu.
“Boleh la. Jalan belum ok lagi. Tapi kaki dah boleh gerak.” Pucat wajah lelaki itu bersuara.
“Oklah tu. Tak lama lagi dah boleh masuk ofis.”
“Yelah, dah tak sabar nak balik ofis. Rindu nak bertekak dengan kau.” Afiq ketawa. Anis Cuma tersenyum.
“Aku dah takde kot kat situ nanti.” Anis memandang lelaki itu.
“Takde? Kenapa? Kau kena pecat dengan Encik Afiq dah ke?” Soalnya terkejut.
“Isy kau ni. Pesal pulak dia nak pecat aku.”
“Manalah nak tau, kau tu suka sangat cari pasal dengan dia. Ni kenapa yang kau berhenti pulak?” Idham menyoal lagi.
“Nak sambung belajar.”
“Sambung belajar? Dah tu kenapa berhenti? Buat PJJ lah..” Idham memberi cadangan.
“Aku sambung dengan scholar, pergi Jerman, insyaAllah..” Anis tersenyum.
“Jerman? Amboi, jauhnya. Baguslah kalau dapat pergi tempat orang. Banyak pengalaman. Bertuahlah kau.”
“Kau pun bolehlah kalau nak. Apply la..” Anis memberi cadangan.
“Kalau aku sambung belajar, aku nak kasi anak bini aku makan apa? Ni pun dah cukup baik Encik Afiq bagi aku cuti bergaji.”
“Nanti, kalau ada rezeki apa salahnya.”
“Projek macam mana? Apa cerita?” Soal Idham.
“Dah nak siap pun. Tinggal landscap kat luar tu. Pokok pokok dah sampai. Tinggal diorang tanam, then pasang rumput.” Anis bercerita semangat.
“Wow.. Berjaya jugak kau ye.” Idham merasa bangga.
“Alhamdulillah.. Rasa macam mimpi jugak. Dapat handle projek ni. Encik Afiq yang banyak tolong, kalau tak ada jugak orang terperangkap dalam lif nanti.” Anis senyum lagi.
“Lif rosak ke?”
“A’a.. Kitorang mintak supplier tukar.”
“Encik Afiq cakap apa kau nak berhenti?” Soal Idham.
“Encik Afiq?” Anis terhenti di situ. Lama. “Dia tak tau lagi.”
“Tak tau? Kenapa tak bagi tau dia?” Idham pelik.
“Bukan tak nak beritahu. Nanti aku beritahu lah.”
“Memanglah, tapi kenapa tak beritahu je siap siap. Kau nak buat surprise ke?” Idham bergurau.
“Takde lah. Projek tu tak siap lagi. Nanti bila dah siap, aku dah serah bangunan tu pada Indah Holding, aku cakap lah..” Anis memberitahu.
“Sunyilah aku lepas ni. Orang sebelah dah takde.”
“Nanti diorang gantikanlah tu.”
“Takkan sama dengan kau. Kau sorang je yang berani cari pasal dengan Encik Afiq.” Idham ketawa.
“Ada adalah kau ni. Nanti kau jangan lupa aku pulak.” Pesan Anis.
“Aku takkan lupalah kau. Gossip partner aku.” Mereka ketawa bersama.
“Baru aku teringat, aku nak mintak maaf. Aku dah tercakap dengan Cik Nisa yang aku dah tau korang adik beradik tiri.” Anis membuat pengakuan.
“Aku dah tau. Cik Nisa beritahu aku. Dia ada datang bulan lepas.”
“Ye ke? Kau marah tak aku beritahu dia?” Anis menyoal.
“Tak kisahlah. Janji kau tak pergi canang mana mana kan?” Idham menduga.
“Isy, takde lah. Kau ni, macam tak kenal aku pulak..”
“Dia dengan Encik Amirul dah berbaik..”
“Ye ke? Diorang dah bercinta balik?” Anis menyoal terkejut.
“Lebih kuranglah. Tapi diorang tengah cari masa yang sesuai untuk beritahu Encik Afiq.”
“Kenapa Encik Amirul tu takut sangat dengan Encik Afiq. Lantaklah Encik Afiq tu, bukan dia yang nak kahwin dengan Cik Nisa.” Anis mengomel.
“Kau ni. Kau tahu tak Encik Amirul tu anak yatim piatu. Encik Afiq tu satu satunya saudara dan kawan baik dia. Datuk Jamal tu je waris dia. Dia mesti lah nak jaga hati diorang. Kau tak duduk tempat dia, kau tak faham..” Bebel Idham.
“Ouh, ye ke. Mana aku tahu.” Anis membalas.

Anis mengerutkan dahi. Bunyi panggilan dari telefon bimbitnya menganggu tidurnya. Dia melihat jam di tepi katilnya. Jam menunjukkan pukul tiga suku pagi. Dia mencapai telefon bimbitnya, di lihat nama Hassan tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia pelik. Panggilan terus di jawab.
“Helo, kenapa Hassan?” Soalnya yang masih mengantuk.
“Cik Anis, ada orang pecahkan tingkap di floor 5.” Jelas kedengaran suara lelaki itu.
“Haa?! Macam mana boleh jadi macam tu? Banyak ke?” Anis terus bangun dari baringnya, terkejut.
“Tujuh cermin Cik Anis. Pecah teruk jugak ni. Dinding belakang pun dah rosak, ada orang simbah cat merah.” Serius suara lelaki itu.
“Ya Allah. Kenapa jadi macam ni. Encik Afiq dah tau?” Soalnya risau.
“Dah, saya dah call tadi. Dia cakap dah nak datang sini.” Maklum lelaki itu.
“Ada nampak sesiapa buat tak?”
“Tak Cik Anis, bila dengar cermin pecah saya naik atas tengok. Cermin dah pecah, tapi tak nampak orang pun. Bila turun bawah tengok dah ada cat kat dinding tu.”
“Baiklah, saya pergi sekarang.” Anis terus meletak panggilan.
Dia bergegas bangun. Menukar baju. Disarungkan jeans dan t-shirt ke tubuh. Di capai tudung yang di sangkut di tepi pintu. Dia keluar bilik. Bergerak ke bilik Shikin. Dia membuka pintu bilik itu lalu masuk. Dia menghampiri Shikin yang sedang nyenyak tidur.
“Shikin, Shikin..” Dia menampar lembu bahu kawannya. Shikin membuka mata, sesekali menggosok matanya.
“Anis, kenapa ni? Kau nak pergi mana ni?” Shikin bangun dari baring. Pelik melihat kawannya berpakaian lengkap bertudung.
“Aku nak pergi site kejap. Ada hal. Orang pecahkan tigkap.”
“Haa?? Pukul berapa ni?” Dia melihat jam di tepi katil. “Ya Allah, dah tiga setengah ni. Esok jelah kau pergi.” Marah Shikin.
“Takpe, aku pergi kejap je tengok apa jadi.” Anis bertegas.
“Kena pergi jugak ke? Tak payah lah. Aku risau lah.” Shikin mula meninggikan suara.
“Takpelah. Kau tak payah lah risau. Afiq pun pergi.” Anis masih berkeras.
“Aku temankan ye..” Shikin memberi cadangan.
“Eyh, tak payah. Tak tau lagi bila aku balik. Esok kau nak pergi ofis lagi. Aku takpe, ni kerja aku.” Anis melarang.
“Anis, bahaya tu..” Shikin masih melarang.
“Kau ni, aku pergi kejap je. Kau jangan risau lah. Aku pergi dulu eyh..” Anis terus bangun dari katil itu. Dia berjalan keluar. Shikin cuma mampu menggeleng.

Anis memakirkan keretanya bersebelahan kereta Afiq. Dilihatnya lelaki itu sedang bercakap dengan Hassan. Dia turun dari kereta. Berjalan kearah mereka.
“Bos dah naik tengok ke?” Soalnya.
“Belum. Tunggu awaklah. Karang awak tertinggal sorang pulak kat bawah ni.” Ujar Afiq. Ringkas berpakaian t-shirt berlengan panjang dengan jeans.
“Jomlah naik..” Anis bersuara. Mereka beriringan mendekati pintu lif. Mereka menaiki lif sehingga ke tingkat lima. Hassan menunjukkan kepada mereka tingkap tingkap yang pecah. Afiq menggeleng gelengkan kepala terkejut.
“Esok awak buat report polis, lepas tu mintak supplier hantar cermin baru.” Arah Afiq. Anis masih melihat tingkap tingkap yang pecah itu.
“Ada orang baling batu..” Anis tunduk mencapai seketul batu besar di lantai. Dia memerhati sekeliling, ada dua lagi ketul batu di situ.
“Orang khianat lah ni..” Afiq menduga.
“Khianat? Kita atau Indah Holding?” Soal Anis.
“Entahlah..” Afiq menguak rambutnya. Lelaki itu kelihatan bingung.
“Takpe lah Encik Afiq, esok diorang pasang semula cermin baru, cat semula dinding belakang.” Anis cuba menenangkannya.
“Masalahnya, kalau orang khianat, diorang takkan berhenti macam tu je Anis..” Ujarnya risau. Anis terdiam dia turut terkejut. Masing masing diam di situ.
“Dah tu kita nak buat macam mana lagi. Kita tengoklah lepas ni macam mana pulak.” Anis bersuara. Dia sedikit kecewa kerana projek pertamanya menjadi bahan khianat orang. Dia terkilan.
“Saya nak turun check floor bawah, awak nak ikut?” Soal Afiq, akhirnya malas berbicara tentang itu lagi.
“Tak pe lah, saya naik atas. Check floor atas.”
“Berani ke?” Afiq risau.
“Takpe. Bukan ada sesiapa pun kat atas. Bos kan ada dekat bawah.” Dia bertegas.
“Baiklah. Hati hati..” Pesan Afiq.
“Baik Bos..” Afiq berlalu dari situ. Anis memandang sekeliling. Di pandang sekali lagi tingkap itu. Dia kesal perkara itu berlaku.
Dia kemudian bergerak ke pintu lif. Di tekannya punat sebelas. Pintu lif tertutup. Lif mula bergerak. Dia termenung di situ. Hatinya sebak. Teringat kembali saat saat dia terperangkap bersama Afiq. Dia cuba menahan air matanya dari turun.
Dia melangkah keluar tatkala pintu itu terbuka. Dia melangkah ke ruang kosong itu. Ruang pejabat yang luas. Dia menghampiri tingkap. Di lihatnya permandangan bandaraya Shah Alam. Tiada kesesakan jalan raya seperti di siang hari. Jalan menjadi sepi. Cuma lampu lampu kelihatan mencerahkan bandaraya itu.
Anis termenung di situ. Mengingatkan itu hari hari terakhirnya di situ. Hampir setahun berlalu. Segalanya akan berakhir lagi beberapa hari. Dia akan berangkat ke Jerman. Dua hari lagi dia akan menyerahkan bangunan itu kepada Indah Holding. Segala galanya akan berakhir selepas itu. Dia akan tinggalkan Malaysia, Assway Sdn Bhd dan Afiq..
“Cik Anis..” Anis terkejut. Hassan berdiri di belakangnya.
“Ye, kanapa?” Soalnya.
“Encik Afiq dah nak balik, dia panggil Cik Anis turun.” Ujar lelaki itu.
“Ouh, ok.. Saya turun sekarang.” Anis berjalan beriringan bersama lelaki itu. Mereka pergi ke pintu lif, kemudian turun ke tingkat bawah. Afiq menunggu di situ. Anis melihat jam di tangannya, jam sudah menunjukkan pukul lima pagi.
“Jom lah balik. Esok masuk ofis lewat sikit pun takpe.” Lelaki itu bersuara.
“Baik bos.” Anis bersuara perlahan.
“Esok jangan lupa Hassan, buat report, order cermin baru. Lagi dua hari nak serah bangunan ni.” Afiq berpesan.
“Baik Encik Afiq.” Aku Hassan.
“Dahlah kitorang balik dulu..” Afiq dan Anis mula bergerak ke kereta masing masing.
“Cik Anis..” Panggil Hassan.
“Anis berpaling kearah suara itu.
“Kenapa?” soalnya. Afiq yang baru ingin memasuki kereta turut berpaling kearah mereka.
“Tayar kereta Cik Anis pancit..” Ujar lelaki itu. Anis tunduk ke bawah. Dia mengeluh. Afiq berjalan kearahnya. Dia melihat tayar itu.
“Takpelah, saya hantarkan balik..” Afiq mempelawa. Anis berfikir sejenak. Tiada jalan lain lagi. Tak mungkin dia akan tunggu di situ sehingga lapan pagi untuk mendapatkan mekanik.
“Baiklah bos.” Dia membuka pintu kereta dicapainya beg tangan. Dia menutup pintu kereta, lalu menekan punat kunci pada kunci keretanya. Dia mengikut Afiq ke keretanya.

Masing masing terdiam di dalam kereta. Anis sesekali menguap kerana terlalu mengantuk. Afiq masih memandu tenang disebelahnya.
“Kalau lepas kita serah bangunan tu, ada orang pecahkan tingkap lagi macam mana?” Soalnya.
“Kalau kita dah serahkan, bukan tanggungjawab kita lagi. Lagipun ada insurans. Tak payah risau lah.” Afiq memberitahu. Anis mengangguk faham.
“Ouh, ok..” Anis berhenti di situ.
“Anis, saya ada hal nak beritahu awak.” Afiq bersuara lagi.
“Hal apa?” Soal Anis hairan. Afiq nekad ingin memberitahu isi hatinya.
“Saya..” Ayatnya terhenti di situ tatkala ada sebuah kereta wira laju memotong kereta mereka lalu member signal menyuruh mereka berhenti. Anis dan Afiq mula panik.
“Pehal pulak ni..” Afiq memberhentikan kereta. Anis diam di situ. Dua orang lelaki keluar dari kereta itu, menuju kearah mereka.
“Keluar! Keluar!” Arah seorang lelaki berbadan tegap mengetuk pintu kereta di sebelah Afiq. Seorang lagi lelaki memakai baju biru mengetuk pintu di sebelah Anis.
“Anis, awak jangan turun..” Afiq mula membuka pintu. Anis terkejut. Dia mula takut. Di tarik keluat spray serbuk lada dari poket seluarnya.
Lelaki yang mengetuk pintunya tadi masih mengetuk di situ. Dia melihat lelaki berbadan tegap tadi menolak Afiq ke pintu kereta. Ditarik kolar t-shirt Afiq. Anis terus keluar. Anis menjerit apabila dia turut di tolak ke pintu kereta oleh lelaki berbaju biru itu.
“Diam!” jerkah lelaki itu kepada Anis. Anis bertindak pantas memijak kaki lelaki itu. Lelaki itu menjerit, sepantas itu Anis menyemburkan serbuk cili ke muka lelaki itu. Lelaki itu menjerit lagi. Anis menolaknya kuat ke tepi. Lelaki itu menggosok gosok matanya yang pedih, tidak dapat melihat. Dia hampir terdorong jatuh ke dalam longkang yang berada di tepi jalan.
Anis berlari kea rah Afiq, dia terkejut lelaki itu memegang pisau. Lelaki itu berpaling kearah Anis menyedari gadis itu berdiri disebelahnya. Anis terus menyembur spray tersebut ke mata lelaki itu.
Lelaki itu menjerit kesakitan, dia bertindak pantas menikam Afiq dengan pisau ditangannya sebelum pandangannya kabur. Afiq rebah di situ. Anis terkejut. Di tendangnya lelaki tadi sehingga terundur jauh dari mereka. Dia duduk di hadapan Afiq..
“Bos! Bos! Bangun bos!” Anis menggoncangkan tubuh Afiq. Afiq mengerutkan dahi menahan sakit. “Bangun bos!” Anis cuba mengangkatnya. Afiq cuba menggagahkan diri untuk bangun. Kedua dua lelaki tadi cuba menaiki semula kereta mereka di hadapan.
Anis sedaya upaya memapah Afiq ke tempat duduknya tadi. Darah habis berlumuran di bajunya. Afiq mula lemah.
Anis menutup pintu kereta setelah memasukkan Afiq ke dalam kereta. Dia berlari ke tempat memandu. Pintu kereta ditutup, dia menghidupkan enjin. Dipandu laju kereta itu menuju ke hospital. Sesekali dia mengalih kearah Afiq.
“Bos, bertahan bos! Jangan pejam mata bos! Bos bertahan.. kita dah nak sampai hospital..” Dia menangis di situ. Air matanya mengalir laju. Dilihat Afiq sudah lemah. Matanya sudah tertutup. Lelaki itu tidak sedarkan diri.

Anis membunyikan hon kereta sehingga dua orang attandent yang menunggu di ruang masuk hospital itu terkejut, mereka menarik stretcher ke keretanya. Pintu kereta dibuka. Mereka mengangkat Afiq dan membaringkannya di atas stretcher itu. Anis mengikut kedua dua attandent tersebut. Mereka menolak stretcher tersebut ke bilik kecemasan. Seorang doktor tiba di situ.
“Doktor, tolong selamatkan dia.. selamatkan dia doktor..” Anis merayu di situ. Air matanya mengalir laju.
“Cik berbanyak bersabar. Kami akan cuba yang terbaik..” Doktor meninggalkannya di situ. Dia terduduk di situ. Menangis.. “tolong selamatkan dia.. tolonglah.. jangan bagi dia mati..”

Anis berdiri di sisi katil Afiq. Cuma mereka berdua di situ. Dipandangnya wajah itu. Lelaki itu tidur. Dia enggan mengejutkannya. Sudah tiga hari dia di situ. Keadaannya makin stabil. Dia sudah sedarkan diri, sudah mampu berkomunikasi dengan baik. Cuma luka di perutnya masih belum sembuh. Anis duduk di kerusi di sebelah katil itu.
“Bos, hari ni hari saya terakhir di sini. Saya mintak maaf sebab tak cakap pada bos awal awal. Saya tak tau perkara macam ni akan berlaku. Saya nak bos tau, saya takkan lupakan sampai bila bila pengalaman saya kerja dengan bos. Terima kasih sangat sangat beri saya peluang siapkan projek tu. Nilainya terlalu besar buat saya. Saya mintak maaf sebab selalu susahkan bos, buat bos marah. Lepas saya pergi, takde lagi orang hempas pintu bilik bos, tekupkan muka bos dengan kek, bertengkar dengan bos dalam lif, sembur mata bos dengan serbuk cili…” Dia berhenti di situ. Dia mengesat air matanya.
“Saya akan rindukan bos.. Saya dah serahkan bangunan tu pada Indah Holding semalam. Sedih sangat sebab bos takde di situ dengan saya. Sebab bos dah banyak tolong saya untuk projek tu. Saya kena pergi sekarang bos..” Anis melihat jam di tangan. Dia perlu ke KLIA segera.
“Don’t u ever forget that u have a stupid engineer name Anis Farhah..” Anis bangun dari kerusi itu. Dia mengelap air matanya. Di pandang wajah itu buat kali terakhir… dia melangkah pergi.. meninggalkan insan yang disayanginya hampir sembilan tahun..

Amirul melangkah masuk ke wad itu. Di lihatnya Afiq masih tidur. Dia duduk di sebelah lelaki itu. Membetulkan selimut. Tiba tiba lelaki itu terjaga dari tidur.
“Mirul..” Dia bersuara.
“Sorry, aku nak betulkan selimut kau.” Amirul merasa bersalah menyebabkan lelaki itu terjaga.
“Takpe.. Kau datang seorang ke? Papa mana?” Soalnya.
“Ada. Kejap lagi dia datang. On the way. Nak buah?” Amirul menyoal. Di pegangnya buah epal di tangan.
“Takpe lah. Dah tiga hari kan aku dekat sini?” Soalnya ingin pasti.
“A’a.. Dah tiga hari.” Amirul menjawab.
“Anis sekali pun tak datang. Siap dia aku masuk ofis nanti..” Ujarnya geram.
“Anis? Dia takde datang ke?” Soal Amirul hairan.
“Mana ada. Tak tau lah kalau aku tidur ke time dia datang..” Afiq bersuara kesal.
“Kau tak tau ke dia dah berhenti?”
“Haa?? Bila?” Afiq benar benar terkejut.
“Semalam. Lepas dia serah kunci dan fail bangunan tu.” Amirul memaklumkannya.
“Kau betul ke ni?” Afiq tidak percaya.
“Buat apa aku nak tipu. Betullah..” Amirul bersuara yakin.
“Kenapa takde orang cakap dekat aku.. Papa tau tak?” Soalnya lagi.
“Tau lah. Dia yang luluskan perletakan jawatan tu. Uncle tak beritahu?” Soal Amirul pula. Afiq sudah tidak keruan.
“Tak.. Kenapa dia berhenti?”
“Nak sambung belajar. Dia dapat scholar ke Jerman.”
“What?! Bila? Bila dia nak pergi?” Afiq mula bersuara tinggi.
“Rileks la oi.. Tengahari ni flight dia.. Kau kenapa? Nak ucap thanks?”
“Ya Allah, kenapa papa tak beritahu aku..” Afiq mengeluh.
“Kau kenapa ni?” Amirul sudah mula hairan.
“Handphone.. Handphone.. Mana handphone aku?” Soalnya. Tidak dihiraukan Amirul di situ.
“Dalam drawer tu kot..” Afiq terus membuka laci almari di sebelahnya. Di tarik keluar telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Anis. Dia mula resah apabila Anis sudah menutup telefon bimbitnya. Dia membaling telefon itu di atas katil. Dia resah di situ.
“Bro, pesal ni. Cakap dekat aku..” Amirul sudah risau melihat reaksi Afiq.
“Aku cintakan dia.. Aku cintakan dia Mirul.. Aku cintakan dia sangat sangat.. Aku tak sempat beritahu dia..” Akhirnya air matanya gugur. Dia tewas dengan cintanya sendiri.
“What?” Amirul terkejut. Dia tidak menyangka perkara itu.
Datuk Jamal tiba di muka pintu. Dia terkejut melihat keadaan anaknya. “Kenapa ni Fiq?”
“Papa, sampai hati papa tak cakap Anis pergi Jerman hari ni.. Sampai hati papa..” Lelaki itu memandang ayahnya.
“Papa dah cuba nak beritahu Afiq, tapi papa tak nak tengok Afiq kecewa. Papa dah cuba halang dia Afiq. Dia tetap akan pergi, dia dah sign pun perjanjian untuk tamatkan pelajaran di sana. Biarlah dia pergi, untuk capai cita cita dia..” Datuk Jamal cuba memujuk.
“Tapi Afiq belum sempat pun cakap apa apa pada dia pa..” Suara itu benar benar kecewa. Datuk Jamal memandang jam di tangan.
“Cubalah call dia. Lagi setengah jam flight dia.” Datuk Jamal memberi cadangan. Afiq menggeleng.
“Dia dah off phone.” Lelaki itu tunduk. Benar benar putus asa.
“Try call Nia, tadi Nia mintak izin papa nak jumpa Anis di KLIA.” Datuk Jamal masih memberi harapan. Afiq pantas mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail nombor Nia. Menunggu lama untuk gadis itu menerima panggilan tersebut.
“Hello.. Encik Afiq..” Afiq bernafas lega mendengar suara Nia.
“Nia, Anis ada di situ?” Soalnya terus.
“Cik Anis? A’a.. Ada. Encik Afiq nak cakap dengan dia ke?” gadis itu bertanya.
“Tolong bagi phone awak pada dia..” Afiq meminta. Dia menunggu lama.
“Hello..” Afiq menyekat air matanya selepas mendengar suara itu.
“Awak jangan pergi..” Pintanya..
“Bos..” Anis bersuara hairan. Suaranya sedikit sebak.
“Tolong jangan tinggalkan saya..” Suara itu merintih.
“Bos, ni yang terbaik buat saya..” Anis bersuara perlahan.
“Saya tak boleh lalui hari hari lepas ni tanpa awak Anis. Saya janji saya takkan marah awak hempas pintu saya, awak tekup muka saya dengan kek, sembur saya dengan serbuk cili.. Saya janji takkan marah awak lagi Anis.. Tolong jangan pergi..” Lelaki itu merayu.
“Bos akan dapat pekerja yang lebih baik dari saya..” Anis cuba mengelak. Walaupun hakikatnya hatinya sedang menangis.
“Tapi saya hanya cintakan awak seorang..” Lelaki itu mengaku.
“Bos..” Anis terkejut.
“Kalau awak takde, siapa akan ceriakan hari hari saya.. siapa akan siapkan projek dengan saya.. siapa yang sanggup datang ofis sampai sebelas malam untuk siapkan pelan saya?”
“Bos tau?” Anis menyoal. Tidak menyangka lelaki itu tahu dia yang siapkan pelan tersebut.
“Saya tau, saya tau awak seorang saja yang boleh buat kerja gila macam tu. Awak seorang saja boleh curi hati saya..” tiba tiba kedengaran pengumuman untuk melaporkan diri di balai berlepas. Mereka berdua terdiam.
“Saya perlu pergi bos..” Anis membuat keputusan.
“Awak tetap akan tinggalkan saya..”
“Kalau bos betul betul cintakan saya, bos janji dengan saya, bos akan tunggu saya dua tahun lagi..” Anis berpesan.
“Saya akan tunggu awak..” Lelaki itu akur.
“Saya nak bos jadi orang pertama untuk jumpa saya di sini dua tahun lagi. Bos boleh janji dengan saya?” Anis inginkan kepastian.
“Saya janji Anis. Saya akan tunggu awak sampai bila bila..” Janji lelaki itu.
“Saya akan ingat janji bos..” Gadis itu mengingatkan.
“Saya akan tunggu awak.”
“Saya pergi dulu bos.. “ Anis meletakkan telefon.
Afiq terkelu di situ. Saya akan tunggu awak.. saya janji…

to be continue...

2 comments:

kakni said...

strecher naimah..strecher..haha
beli letak satu kat bilik bawah.
byk la hg punya assay.
ingat study muet..aiyo!

naimah said...

study gak la ni..
hehehe..

Daisypath Friendship tickers