continued from previous post..
Anis keluar dari pantry, dia terhendap hendap dari situ. Dipandangnya sama ada Afiq sudah masuk ke pejabat atau belum.
“Oi, Cik Anis!” Anis terkejut diusap usap dadanya.
“Nia! Kenapa kejutkan saya macam tu.” Anis menegur.
“Yang Cik Anis terhendap hendap ni pesal?” Nia menyoal. Dia turut terhendap, malihat sekiranya ada apa apa diluar.
“Encik Afiq dah masuk?”
“Ouh, tunggu Encik Afiq ke?” Nia menyoal.
“Tak, nak tunggu dia masuk dulu.” Anis tersenyum.
“Haa.. Tau pun takut. Yang Cik Anis pergi tekup muka dia dengan kek tu pesal?” Nia menyoal.
“Eh, awak sepatutnya menyokong saya tau. Saya nak mempertahankan awak semua semalam.” Anis mempertahankan diri.
“Memanglah, tapi Cik Anis berani sangat. Terkejut kitorang semalam.”
“Lepas tu Encik Afiq marah tak? Dia cakap apa?” Anis menyoal lagi.
“Mestilah terkejut Cik Anis. Nasib baik dia bawak baju untuk salin sebab dia dah plan nak celebrate dengan kitorang dekat SR. Rugi Cik Anis tak ikut.” Nia memberitahu. Semalam selepas party itu dia sudah menghantar sms kepada Anis memaklumkan hal itu.
“Dia marah tak?” Soalnya sekali lagi.
“Manalah saya tahu. Dengan kitorang semalam ok je. Rasanya dia ok kot Cik Anis.”
“Ye ke? Kalau dia marah, dia marah teruk tak awak rasa?” Soalnya lagi.
“Saya tak tahulah Cik Anis. Tapi Encik Afiq tu bukan jenis yang suka marah marah.”
“Yela tak suka marah marah. Semalam macam nak telan saya je saya tengok.” Anis masih menjengok jengok.
“Tu, Cik Anis. Dia dah masuk.” Anis menjenguk lagi. Ternampak lelaki itu yang berhenti sebentar di hadapan pintu. Melihat seketika di tempat Anis yang kosong.
“Nia, dia cari saya ke?” Soalnya mula takut.
“Manalah saya tahu Cik Anis, agaknya kot.” Nia meneka.
“Takpe lah, awak pergi balik tempat awak. Nanti saya balik tempat saya.” Anis memberi arahan.
“Baik, Cik Anis. Saya pergi dulu. Tata..” Nia terus pergi ke tempat duduknya. Tidak lama kemudian Anis pergi ketempat duduknya semula. Terasa sedikit lega kerana lelaki itu tidak memanggilnya.
“Bila cermin nak sampai?” Soal Anis melihat bingkai cermin dinding pada bangunan itu. Terasa bagaikan mimpi. Seperti baru semalam dia mendapat projek tersebut, kini bangunan itu hampir siap.
“Dalam tiga hari Cik Anis.” Penyelia pembinaan itu memberitahu.
“Cat?” Soalnya lagi.
“Dua hari lagi. Dah lama order Cik Anis, tak tau lah kenapa diorang lambat sangat boleh hantar.” Keluh lelaki itu.
“Takpe lah, lagipun semuanya ikut schedule kan. Takde masalah. Jom ikut saya, check lif.” Anis memberi arahan. Lelaki itu cuma menurut.
“Encik Afiq nak sampai pukul berapa?” mereka jalan beriringan kearah lif.
“Encik Afiq? Dia nak datang sini ke?” soal Anis. Dia mula risau. Dari pagi dia ke sini bertujuan untuk lari dari terserempak dengan lelaki itu hari ini. Masih takut dengan peristiwa kek semalam.
“Ye, dia tak cakap dengan Cik Anis ke?” soal lelaki itu hairan.
“Tak, dia tak cakap apa apa pun.” Anis bersuara perlahan. Tiba tiba mereka ternampak kereta BMW hitam milik Afiq tiba di situ. Anis mengeluh.
Penyelia itu menuju kearah Afiq. Anis masih tunggu di situ. Mereka berbincang sesuatu lalu berjalan seiringan kearah Anis.
“Dah lama sampai?” Soal Afiq seperti tiada apa yang berlaku.
“Baru je.” Anis menjawab ringkas.
“Jomlah, check lif.” Afiq melangkah pergi ke pintu lif. Punat lif ditekannya. Anis menoleh kebelakang, penyelia tadi tidak mengikut mereka. Dia tercari cari lelaki itu. “Hassan tak ikut, kita dua je.” Afiq bersuara. Anis mengerutkan dahi. Terasa seperti lelaki itu bakal mencekiknya sebentar lagi di dalam lif.
Masing masing senyap sepanjang lif itu bergerak. Tiba tiba lif itu terhenti. Mereka berpandangan sesama sendiri. Mereka masih di tingkat tujuh, belum sampai ke tingkat sebelas.
“Something wrong somewhere?” Anis bersuara.
“I guess so.” Afiq menekan punat bergambar loceng yang berada di tepi lif tersebut. Beberapa kali dia menekan. Tiada bunyi loceng kedengaran. Dia mula berasa kurang enak.
“Pehal pulak lif ni..” Anis merungut.
“Sabarlah sikit. Benda biasalah kalau benda nak rosak.” Afiq menegur. Dia masih menekan nekan punat loceng itu.
“Kalau biasa, tak payah pasang lif. Naik je tangga.” Anis membalas. Anis mengeluarkan handphone dari poket seluar. “No network.” Dia mengeluh lagi.
“Siapa yang supply lif?” Afiq menyoal. Malas mencari pasal dengan Anis.
“Lee Huang and Co.” Anis menjawab.
“Pesal pulak ni. Selalunya tak macam ni.” Afiq mengomel sendirian.
Hampir lima minit mereka di dalam lif tersebut. Anis mula merasa geram. “Hasan! Oi! Kitorang dalam ni lah!” Anis menjerit kuat.
“Can U shut up?” Afiq mula bersuara semula.
“Kalau diam lif ni boleh terbuka takpe lah.”
“Dah tu awak bising macam ni boleh buka ke?” Afiq mula geram.
“Mungkin, sebab orang kat luar tu belum pekak.” Anis menjawab.
“Dah tu, jeritlah. Jerit. Saya nak tengok bila lif ni boleh bukak.” Afiq menyindirnya.
“Woi!!!” Anis menjerit seraya itu dia melompat kuat sehingga lif itu sedikit bergegar. Afiq terkejut.
“Gosh! I can’t believe I’m trapped inside here with this stupid engineer!” Afiq bersuara tinggi geram dengan tindakan gadis itu.
“What? Stupid engineer? Then who is the stupid boss that give this stupid engineer this stupid project?” Anis menyoal.
“Argh!!!” Jerit Afiq. “From last night, u put the cake on my face, then never say sorry for that and now u make me feel like killing u, u know!”
Tiba tiba pintu lif terbuka. “Encik Afiq dan Cik Anis ok ke?” Soal Hassan yang berdiri di di situ.
“I’m not ok. Someone is trying to kill me.” Anis berjalan keluar. Meninggalkan mereka di situ.
“Call Lee Huang and Co., mintak diorang tukar lif ni petang ni jugak sebelum saya jadi gila macam engineer awak tu.” Afiq berlalu pergi. Dia masih marah. Hassan terpana di situ.
Anis mencapai pen di atas meja. Dia meneliti borang yang di pegangnya. Dia masih berfikir fikir. Tiba tiba pintu biliknya di ketuk. Shikin masuk.
“Tengah buat apa?” soalnya.
“Just wanna fill the form.” Anis menjawab malas. Shikin menarik borang itu dari tangannya.
“Scholar? Dah nekad nak sambung belajar?” soal Shikin.
“A’a.. Aku nak sambung belajar. Aku nak berhenti kerja.” Anis nekad.
“Dah fikir masak masak?”
“Tu yang terbaik Shikin. Aku dekat situ, aku rasa sedih.. Sedih sangat..” Anis memeluk Shikin. Air matanya mengalir.
“Sabar Anis. Dia tak tau perasaan kau.” Dia menggosok gosok belakang kawannya itu.
“Betul cakap Lia, aku kena lupakan dia. Kau tau, walau macam mana marahnya aku dekat dia, aku hempas pintu dia, aku ketawakan dia, aku penatkan diri aku untuk siapkan pelan dia, aku tekupkan muka dia dengan kek, aku bergaduh dengan dia, tu tak pernah buang perasaan suka aku dekat dia. Aku tak kisah apa pun dia marah aku. Tapi aku tak boleh hidup macam ni lagi Shikin. Cintakan orang yang langsung tak nampak kehadiran aku.”
“Takpe Anis, mungkin kau tengah pilih jalan yang terbaik. Pergi sambung belajar. Lupakan dia. Cuba menerima orang lain Anis.” Shikin mengesat air mata kawannya itu.
“Thanks Shikin. Thanks..” Dia mula menahan air mata dari turun.
“Bila dapat tau keputusan scholar ni?”
“Dua bulan lagi.”
“Baguslah, projek kau pun dah nak siap kan. Pergilah bawak diri kau jauh dari dia Anis. Lepaskan sesuatu yang belum pasti.”
“Datuk Kamarul datang ke tadi papa?” Afiq memandang ayahnya.
“A’a. Saja datang berborak dengan papa. Afiq takde kerja ke?” soal Datuk Jamal.
“Tak. Cuma nak melawat tapak projek. Lif projek Indah Holding tu tak tau la kenapa pulak boleh rosak.”
“Projek Anis kan?” Soal Datuk Jamal masih teringat gadis itu.
“Ye.” Ringkas jawapan lelaki itu.
“Dia tak turun sekali?”
“Entahlah. Kitorang tak turun sekali selalunya. Kalau terserempak kebetulan lah.”
“Dia okay?” Datuk Jamal menyoal lagi tentang gadis itu.
“Hmm? Okay.. Okay..” Dia senyum.
“Kalau ada yang tak okay, cakap je pada papa.”
“She’s fine. Doing well. Really well.”
“Serious?” Datuk Jamal menduga lagi anak tunggalnya.
“Yeah, although sometime she made me crazy.” Afiq ketawa.
“Made you crazy? Sound serious..” Datuk Jamal tersenyum.
“Is it?” Afiq ketawa lagi.
“Yeah. Buat papa rasa kena tukar engineer baru..” Datuk Jamal menduga anaknya.
“Haha.. Papa, that will killing me..”
“Kenapa? Don’t wanna loose her?”
“She complete my day papa.. She made me feel alive..” Afiq mengaku jujur.
“My son in love I guess.”
“Yes! I am..”
Anis meletakkan beg tangannya di tempatnya. Jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Dia datang ke pejabat setelah menyedari dia tertinggal pendrive di situ. Dia mengambil pendrive dan ingin berlalu tetapi ternampak mug di atas mejanya yang belum di cuci. Dia mencapai mug tersebut. Di bawa ke pantry untuk di cuci. Dia memerhati sekeliling. Sunyi sepi pejabat itu. Dia membuka lampu pantry, lantas bergerak ke sinki.
Tiba tiba dia terdengar bunyi tapak kaki orang sedang berjalan. Dia mula panic. Di tempat parkir kereta tadi cuma ada keretanya. Mustahil ada orang lain dalam pejabat itu. Dia bergerak ke pintu. Tapi tidak berani melihat ke luar. Dia mendengar tapak kaki itu sedang bergerak kearah pantry. Dia makin takut.
Dia menarik keluar spray serbuk cili dari poket seluarnya. Bersedia untuk bertindak. Semakin dekat bunyi tapak kaki itu makin dia panik. Tatkala orang itu muncul di pintu...
“Nah!!!” Anis terus menyembur spray tersebut.
“Woi!! Argh!!” Afiq menjerit di situ.
“Bos! Apa bos buat dekat sini.” Anis menyoal terkejut. Lelaki itu menekup mukanya.
“Air! Air!” jerita Afiq.
“Air? Haa.. Kejap, kejap..” Anis terus ke sinki mengambil air lalu di isi kedalam gelas yang berada di situ. Dia menghulurkan kepada Afiq. Afiq membersihkan matanya.
“Pedih..” Afiq bersuara. Anis menarik Afiq ke sinki, di tolaknya kepala lelaki itu kepada paip air.
“Aduh!” Laung lelaki itu lagi pabila kepalanya terhantuk kepada kepala paip.
“Ahh.. Sorry Bos.” Anis membuka paip air. Di simbahnya air ke muka Afiq sehingga habis basah baju lelaki itu. Lelaki itu menggosok gosok matanya. Terasa pedih sekali.
“Bos dah ok ke?” Soal Anis. Segelas air Nescafe dihulurkan kepada Afiq yang duduk di sofa ruang tetamu menunggu.
“Ok.” Jawabnya ringkas.
“Nak pergi klinik ke?” Soalnya lagi.
“Takpe, sikit je. Biasalah, awak memang suka kenakan saya kan?” Lelaki itu tersenyum. Anis ketawa di situ.
“Tak sengaja lah bos. Bos buat apa datang sini malam malam?”
“Nak siapkan kerja. Awak? Buat apa?” Soalnya beralih kepada Anis.
“Ambil pendrive. Tertinggal.”
“Ouh, lain kali tak payahlah datang malam malam. Bahaya.” Lelaki itu mengingatkan. Anis mengangguk.
“Bos nak buat kerja apa?”
“Saya nak check proposal yang Damya hantar tadi. Esok nak submit. Saya tertinggal petang tadi.” Terangnya.
“Bos, saya nak mintak maaf saya dah banyak menyusahkan bos.” Anis bersuara perlahan.
“Hmm? Kenapa pulak tiba tiba nak mintak maaf ni?” Afiq menunggu jawapan.
“Saya tau saya salah. Selalu sangat buat benda benda bodoh.” Anis mengaku.
“Haha.. Awak ni buat saya takut pulak.” Afiq bersuara.
“Kenapa?” Anis hairan.
“Yelah, selama ni tak pernah awak mintak maaf. Orang cakap, kalau tiba tiba orang berubah ada yang tak kena..” Afiq menyakatnya.
“Bos ingat saya dah nak mati ke?” Anis tersenyum.
“Takdelah..” Lelaki itu terdiam sebentar. “Kalau awak dah mintak maaf ni maknanya lepas ni awak dah tak kenakan sayalah?” Dia menduga.
“Mungkin..” Anis mengangguk.
“Kalau awak dah tak kenakan saya, dah takde oranglah saya boleh marah. Awak je yang selalu buat saya marah.” Dia senyum lagi. Anis ketawa.
“Takpe, bos mesti dah penat nak marah saya kan..”
“Tak jugak. At least saya tau, saya ni bos yang garang jugak..” Mereka ketawa.
“Bos mana garang pun. Kalau bos garang saya pun takut nak kenakan bos.” Afiq meletakkan cawan Nescafe itu di atas meja.
“Dahlah.. Awak pergilah balik. Dah pukul berapa ni.” Afiq menyuruhnya pulang.
“Bos, nak tunggu sini ke? Bos pun baliklah, dahlah bos sakit mata tu.” Anis menyuruhnya.
“Yelah, saya pun nak balik ni. Saya nak pergi ambil fail kejap.” Afiq beredar menuju ke biliknya.
Anis memerhati sekeliling pejabat. I’m gonna miss here.. I’m gonna miss u boss. Dia menghampiri tempat duduknya. Di capai sampul surat biru itu. Di tarik keluar surat dari dalamnya. Dia membaca sekali lagi surat yang diterimanya petang tadi. Dia sudah menerima tawaran untuk sambung belajar ke Jerman.
“Anis, jomlah balik. Dah lewat ni.” Anis terkejut. Dia segera memasukkan surat itu ke dalam sampul semula. Dia mencapai beg tangannya. Lalu melangkah pergi untuk pulang..
to be continue..
No comments:
Post a Comment