Friday, October 16, 2009

yang abadi... (6th post)

continued from previous post...

Alia memberi senyuman kepada pelayan yang baru sahaja meletakkan air yang di pesan. Di pandangnya sahabat baiknya itu.
“Dengar kata busy dengan projek sekarang..” Alia mula berbicara.
“Urm? Boleh la. Kena biasakan diri. Kau macam mana kerja dekat JB? Ok?” soalan beralih pula kepada Alia. Anis menghirup air tembikainya itu.
“Ok, macam biasa. Kau tu, apa cerita? Shikin cakap kerja sampai pukul sebelas lebih.” Alia menyoal lagi.
“Haa? Shikin ni memandai je bawak cerita. Biasalah, dah nama pun kerja dengan orang. Bukan company ayah aku.” Alia tersenyum.
“Kerja kau ke kau tolong buat kerja orang..” Alia menyindir.
“Lia, company tu tempat aku kerja, kalau aku tolong, apa salahnya.”
“Tolong company ke tolong Afiq?” Gadis itu menduga lagi.
“Lia...”
“Anis, aku faham kalau kau sayang dia, kau cintakan dia. Tapi tak payah sampai nak berkorban macam tu. aku pernah cakapkan, tak semestinya benda yang ada di depan mata kita, kita dapat miliki.” Alia bertegas.
“Kalau kau tau aku sayangkan dia, kau takkan cakap macam ni.”
“Aku cakap macam ni sebab aku sayangkan kau. Anis, kadang kadang kita perlu korbankan perasaan kita. Mula mula memang sakit, lama lama kita akan tau, tu yang terbaik.”
“Kau nak aku lupakan dia? Kalau aku mampu, lapan tahun dulu aku dah lupakan dia. Sekarang, setiap hari aku nampak dia, aku bercakap dengan dia, aku bekerja dengan dia. Kau rasa aku boleh ke lupakan dia?”
“Aku tau Anis. Kau pun tau kan, cinta memang indah kalau datang dari kedua dua belah pihak. Tapi kalau kau je yang cintakan dia, dia tak, kau yang terasa sakitnya Anis.”
“Entahlah Lia...” Ayatnya terhenti di situ. Dia akui, dia sentiasa terasa sakitnya mencintai tetapi tidak dicintai.
“Apa saja keputusan kau, aku nak kau tau, aku sentiasa menyokong kau. Tapi ingatlah Anis, makin tinggi kita letak harapan, makin tinggi kita mendaki, sekali kita jatuh makin sakit kita terasa. Bila bila je kau perlukan aku, aku sentiasa ada untuk kau.” Alia memberi kata kata semangat padanya. Risau kawannya akan kecewa suatu hari nanti.
“Thanks. Kau yang selalu faham aku.” Anis memegang tangan sahabatnya itu.
“Aku kenal kau dari sebelas tahun sampai sekarang, aku tak nak tengok sekali pun kau kecewa Anis. Mungkin dulu aku yang terlalu sibuk nak carikan kau Mr Cinta Mekah tu, tapi sekarang aku rasa dia bukan yang terbaik untuk kau Anis. Kau cuma menyeksa diri kau tunggu sesuatu yang tak pasti.”
“Aku akan tunggu Lia...”
“Tak cukup lagi ke lapan tahun dulu kau tunggu dia?”

Dear diary,
Hari hari yang aku lalui makin indah. Mencapai cita cita sebagai seorang engineer, bekerja dengan orang orang yang memahami aku. Afiq.. terlalu sukar aku nak perkatakan pasal dia. Betul cakap Lia, dia dekat dengan aku, tapi tak semestinya aku dapat miliki.. dia tak pernah tau, dah berapa lama aku tunggu dia, dah berapa lama aku simpan perasaan ni. Mungkin yang terbaik untuk aku adalah lupakan dia.. dah berbulan bulan aku kerja di situ, aku rasa dia tak mungkin cintakan aku macam mana aku cintakan dia.. Perlu ke aku lupakan dia.. mungkin aku perlu ikut cakap Shikin, sambung belajar, berhenti kerja dan lupakan dia..

Dia memandang Mr Frog di atas katil. Di capainya...
“Susah sangat ke nak sukakan aku macam mana aku sukakan kau?” Anis menggongcang Mr Frog. “Kau tau tak, dah lama aku tunggu kau??? Kau tau tak aku sayang kau??? Kau takkan tau kan?” Anis melemparkan Mr Frog ke pintu. Air matanya mengalir...

“Uncle sihat?” Amirul duduk di hadapan Afiq.
“Alhamdulillah, sihat. Pergilah jengok dekat bilik dia. Dia pun dah lama tak jumpa kau kan.” Afiq memberi cadangan.
“Nantilah. Aku datang nak hantar fail ni je.” Amirul memerhati sekeliling bilik.
“Apa yang kau tengok. Bilik aku ni bukan ada apa apa pun.”
“Nisa ada?” Amirul menyoal.
“Adalah kot. Dah hari kerja. Nak cari dia ke?” Afiq menyindir.
“Takdelah, tanya je.” Lelaki itu cuba mengelak.
“Pergilah bahagian drawing ang design kalau nak jumpa dia.” Afiq memberitahu.
“Taknak lah. Kitorang dah takde apa apa.”
“Mirul, kau sepupu aku, kau kawan baik aku. Aku tak nak kau ingat aku ni yang halang cinta korang. Aku tau, kau sayang sangat pada dia. Aku taknak kau tinggalkan dia semata mata dengar cakap aku. Mungkin kau perlu tau kenapa aku suruh kau tinggalkan dia.” Afiq yakin ingin menceritakan perkara sebenar.
“Umur kitorang?” Amirul meneka.
“Bukan. Apa pun yang aku cakap ni, aku nak kau terima dengan baik.” Afiq berhenti di situ.
“Kenapa Fiq?”

Anis meneliti lukisan Nisa. Dia mencatat sesuatu di atas kertas yang dipegangnya.
“Macam mana projek?” Nisa menyoal.
“Ok, u bila nak turun tengok?” Anis senyum.
“InsyaAllah bila bila free. I tengah siapkan drawing projek Encik Karim.”
“Encik Karim? Selalu je dapat projek dia tu.” Anis senyum lagi.
“Rezeki Anis. U pun apa kurangnya, baru kerja dah dapat projek besar.”
“Tu lah, I pun tak sangka. Ni pun Encik Karim yang suggest kan untuk I handle.”
“Idham macam mana?” Nisa menyoal. Tatkala itu Anis mula teringat Nisa adalah kakak tiri Idham.
“Ouh, dia dah ok sikit. Baru beberapa hari sedar. Cik Nisa tak pergi melawat ke?” Dia menyoal.
“Taklah, kitorang tak rapat. Malaslah.” Nisa tersenyum.
“Tapi dia kan...” Anis berhenti di situ.
“U tau? Dia cakap I kakak tiri dia?” Nisa menyoal, dipandangnya gadis itu.
“A’a...” Anis mula berasa risau sekiranya Nisa tidak suka.
“Macam tulah Anis. Kitorang bertegur sapa pun jarang. Cuma pasal kerja je.”
“Kenapa? Cik Nisa marah pada mak Idham?” Anis memberanikan diri menyoal.
“Kalau u duduk di tempat I pun u akan marah Anis.” Nisa duduk di kerusi. Di sorongnya kerusi di sebelah kepada Anis.
“Kenapa?” Anis duduk di kerusi itu.
“Sejak ayah I kahwin lain, tak pernah dia hiraukan I. Semuanya salah mak cik, dia tak pernah benarkan ayah I balik rumah mak I. Sampai I masuk university, semua mak yang tanggung. Mak terpaksa kerja siang malam, nak sara I dan adik adik untuk belajar. Idham pulak, dapat segalanya. Anak tunggal Anis. Kitorang adik beradik, makan pun tak cukup. Bila I masuk university, I dah tak nak menyusahkan mak. Buku semua mahal. Mak mesti tak mampu. Adik adik lagi. Masa tu I dah terdesak, I terpaksa jual tubuh badan I untuk terus belajar.” Air matanya mengalir laju. Anis menggosok gosok belakang Nisa. Cuba menenagkannya.
“Cik Nisa ok ke?” Anis menyoal melihatkan air mata Nisa mengalir tanpa henti.
“I buat apa sahaja untuk teruskan belajar dan capai cita cita I. Mostly, I ada hubungan dengan VIP, businessman. Mak tak pernah tau. Mak ingat I dapat biasiswa. Lepas I habis belajar, I tinggalkan semua kerja terkutuk tu. I Cuma nak kerja, dan bantu mak I dan adik adik. I tak hiraukan mana mana lelaki yang nak dekat dengan I. Bagi I diorang semua sama ja Anis. Hidup untuk sakitkan hati kita. Sampailah I jumpa Amirul. Dia satu satunya lelaki yang faham I, sentiasa bersama I. Orang yang paling sayangkan I. I sayangkan dia sangat sangat. Dalam masa yang sama I takut dia tau yang I bukan macam orang lain, I dah kotor. Satu hari, I pergi meeting dengan Afiq. VIP yang pernah jadi customer I dulu yang datang. I terkejut sangat sangat. Dia ceritakan semua pada Afiq. Lepas Afiq tau, dia terus suruh Amirul tinggalkan I. Alasannya sebab umur kami yang agak jauh berbeza. I sedih sangat sangat Anis. Tapi pada masa yang sama I rasa tu yang terbaik. Lebih baik kami berpisah dari dia tau cerita tu nanti dan dia terus benci I. I sepatutnya berterima kasih pada Afiq sebab tak beritahu Amirul cerita sebenar. Tapi sampai sekarang I tak boleh berdepan dengan dia, I rasa marah.” Gadis itu menangis lagi. Air matanya turun laju. Anis menahan air matanya yang hamper gugur.
Terasa diri itu masih bernasib baik walaupun cintanya tidak berbalas jika dibandingkan dengan Nisa yang sering disakiti, seringkali tidak mencapai kebahagiaan yang sepatutnya dimiliki.

Anis berjalan masuk ke pejabat seperti hari hari biasa. Dilihatnya beberapa orang sedang mengerumuni meja Nia. Dia berasa pelik. Tak pernah pulak ramai orang pergi ke tempat gadis itu. Mary Ann turut ada di situ. Anis cuma memerhati sahaja. Malas ingin mengambil tahu. Terus duduk di tempatnya. Tiba tiba mereka semua bersurai. Nia menghampirinya.
“Cik Anis, nak tolong kitorang tak?” Soal Nia.
“Tolong apa? Korang ni macam nak buat mogok je ni? Gaji korang tak masuk ke?” Soalnya Anis semula.
“Isy, Cik Anis ni. Mana ada. Kitorang nak buat surprise party untuk Encik Afiq.” Nia mengenyitkan mata.
“Surprise party?” Soalnya semula.
“A’a.. Birthday Encik Afiq hari ni.”
“Dah tu, nak saya buat apa?”
“Kitorang dah simpan kek dalam fridge dekat pantry. Lepas Encik Afiq keluar bilik masa nak balik petang nanti, kitorang jerit happy birthday, Cik Anis keluarkan lah kek tu.” Anis ketawa. Terasa seperti kanak kanak.
“Korang ni, macam budak budak.” Anis menegur.
“Bolehlah Cik Anis.” Nia memujuk.
“Ye, ye. Nanti saya tolong. Tapi Encik Afiq kan balik lambat. Bukan korang selalu balik dulu ke.” Anis bersetuju kemudian menyoal.
“Tak, hari ni kitorang dah berpakat nak balik lewat. Kek tu, Mary Ann sendiri yang buat tau.” Cerita gadis itu seronok.
“Amboi, sayangnya korang dekat bos kita tu.” Anis menyindir.
“Mestilah Cik Anis. Dia bos yang paling kitorang sayang.” Nia ketawa.
“Apa apalah Nia.”
“Kejap lagi, lunch hour, Cik Anis pergi beli hadiah untuk Encik Afiq tau.” Pesan Nia.
“Ha? Pesal pulak. Malaslah saya. Nak kena keluar jauh jauh. Saya lunch pun dekat dekat sini je.” Anis menolak.
“Alaa Cik Anis, hadiah kitorang sikit je, macam tak meriah pulak.”
“Korang ni macam macam lah.. Tengoklah nanti macam mana. Nanti lunch hour dah lah jalan jam.” Anis tidak berjanji.
“Takpe, sekali je setahun Cik Anis.” Nia memujuk.
“Yelah, yelah..” Anis mengalah, malas bertekak dengan gadis itu.

Anis memerhati sekeliling, mencari kedai untk membeli hadiah buat Afiq. Shopping complex tersebut besar tetapi dia masih berdiri kaku di situ. Dia masih terfikir fikir apa yang harus dibeli. Tali leher? Tali pinggang? Kemeja? Wallet? Perfume? Semuanya terlalu istimewa, lagak seperti hendak diberi kepada seorang kekasih. Dia mencari sesuatu yang lebih simple.
Tiba tiba matanya terpandang sebuah kedai anak patung tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia tersenyum, lalu melangkah masuk. Tercari cari sesuatu. Akhirnya sesuatu menarik pandangannya. Dia senyum lagi. Kaki diatur kearah sudut itu. Di capainya anak patung katak itu. Serupa seperti yang diberi Afiq padanya dulu. Cuma saiznya lebih kecik. Muat sekiranya dimasukkan ke dalam kotak sederhana besar. Dia mengambil keputusan untuk membeli patung itu. Dia bergerak ke bahagian kotak dan mencari saiz yang sesuai untuk dimasukkan anak patung itu. Akhirnya dibawa ke kaunter. Ingin dibayar.
“Nak ikat dengan riben ke cik?” Soal juruwang itu.
“A’a, boleh jugak..” Anis tersenyum.
“Kad ucapan?” soal juruwang itu lagi.
“A’a, sekali lah.” Anis mencapai kad kecil yang dihulurkan juruwang itu. Pembantu juruwang itu sibuk sedang mengikat riben pada kotak. Anis mencapai pen di kaunter itu. Dia mula menulis...

“Cik Anis.” Nia menghampirinya.
“Kenapa?” soalanya.
“Encik Afiq dah nak keluar dah ni rasanya.” Anis memandang sekeliling. Ramai staf yang menuju ke situ. Ada yang memegang belon, dan ada yang memakai party hat. Dia tersenyum. Dia bangun melangkah ingin ke pantry.
Anis menarik keluar kek dari peti sejuk. Dilihatnya kek itu. Cantik. Tertulis diatasnya, ‘happy birthday the cutest boss’. Anis ketawa. Macam budak budak. Dia keluar menuju ke bilik Afiq dari jauh dia ternampak Afiq membuka pintu ingin keluar.
“Happy Birthday Encik Afiq!!!” jeritan itu memecahkan kesunyian tempat itu. Ada yang memecahkan belon sehingga keluar kertas berwarna warni dari belon dan ada yang membaling belon ke atas. Masing masing bertepuk tangan. Afiq terdiam di situ.
“Since when u all became so childish?” soal Afiq. Mereka semua terdiam. Keriuhan tadi bertukar sepi. Anis terkejut mendengar kata kata itu. Dihampirinya mereka.
“Tepi, tepi..” Anis menolak beberapa orang di situ, dia menghampiri Afiq. “Bos tau tak, diorang dah susah payah nak buat surprise ni untuk bos, macam tu bos cakap. Sampai hati bos...” tatkala itu juga Anis menekup kek yang dipegangnya ke muka Afiq.
Semua orang terpana. Lantas Anis meletakkan kek yang sudah rosak itu di atas meja Nia yang dipenuhi hadiah. Dia terus berlalu pergi meninggalkan mereka di situ.
“Anis!!!! Woi!!!” Jerit Afiq.

Afiq merebahkan badan di atas katil setelah selesai solat isya’. Terasa penat, baru pulang dari menyambut hari jadinya bersama staf staf. Dia sendiri terkejut kerana di beri surprise begitu. Dia sudah merancang memberi surprise kepada staf stafnya untuk menyambutnya di Secret Receipe. Selepas selesai peristiwa ditekup mukanya dengan kek oleh Anis dia dengan staf staf menuju ke Secret Receipe yang sudah ditempahnya. Sayang Anis tidak bersama. Malah gadis itu belum tahu tentang itu.
Dia memandang ke sisi katil terdapat hadiah hadiah dari staf stafnya. Dia memlihat satu persatu bungkusan itu. Dia tertarik melihat kotak hadiah yang diikat kemas dengan riben berwarna coklat. Ditarik kotak itu.
Ditarik kad kecil itu untuk di baca. Dia membuka sampul kad itu lalu membacanya..

To: my boss..
Happy birthday boss.. ni hadiah special untuk boss.. dulu bos kasi saya yang besar punya kan, ni saya kasi yang kecil pulak untuk boss.. jaga elok elok tau boss.. p/s: nama dia Miss Frog.

Afiq tersenyum.. satu satunya staf yang memanggilnya boss.. Anis..

to be continue...

No comments:

Daisypath Friendship tickers