continued from previous post..
Anis melangkah masuk ke dalam pejabat. Terasa seperti baru sahaja dia datang untuk temuduga. Kini sudah berbulan bulan disini. Dia menghampiri tempat duduknya. Dilihat Idham belum sampai, seperti biasa dia akan sampai dahulu. Dia mengemas ngemas mejanya yang berselerak ditinggalkan semalam.
Tiba tiba dia ternampak kelibat Afiq masuk ke dalam pejabat. Lelaki itu kelihatan buru buru. Nia mengikutnya masuk ke dalam pejabatnya. Pehal pulak mamat ni. Anis terus memulakan kerjanya. Masih banya yang perlu di selesaikan. Petang ini dia terpaksa pergi ke tapak pembinaan. Melihat kerja kerja di sana.
“Cik Anis..” Anis menoleh kearah suara itu. Nia berdiri di sebelahnya.
“Kenapa? Ada masalah ke?” Anis menyoal.
“Cik Anis tau tak Encik Idham letak mana pelan projek dekat Damasara tu?” Soal gadis kecil molek itu.
“Ah? Saya tak pasti lah. Kenapa?” Anis merasa hairan.
“Encik Idham tak boleh masuk ofis hari ni dia accident semalam.” Lembut gadis itu bertutur.
“What?? Ya Allah. Teruk ke?”Anis terkejut.
“Teruk jugak kot. Tak sedar lagi. Yang lagi teruk, Tramp Crop nak pelan tu hari ni.”
“Hari ni? Memang sepatutnya dia hantar hari ni ke?” Soal Anis.
“A’a.. tu yang Encik Afiq risau. Tramp Corp tu, kalau pasal projek diorang memang diorang strict sikit.” Nia bergerak ke tempat Idham.
“Nia, saya rasa Idham bawak balik rumah pelan tu. Kalau tak, dia selalu letak tepi meja tu je.” Anis memberitahu.
“Ye ke?”
“Mungkin ada dekat rumah dia agaknya.”
“Dia accident on the way balik rumah semalam. Rasanya mesti dah rosak Cik Anis.” Nia mengerutkan dahi. Gadis itu buntu.
Tiba tiba Afiq keluar dari biliknya. Menuju ke meja Idham. “Ada tak Nia?”
“Takde, Cika Anis cakap mungkin dia bawak balik rumah semalam. Kalau tak, selalunya ada di sini.” Nia bersuara risau menanti reaksi Afiq.
“Awak dah contact Encik Amir?” Afiq menyoal. Suaranya bernada tegang.
“Belum. Nak saya call sekarang ke Encik Afiq?”
“Call sekarang, cakap kita cancel meeting dengan company diorang hari ni.”
“Kalau dia tanya sebabnya Encik Afiq?”
“Kalau dia tanya, sambung panggilan kepada saya. Lepas tu cari Encik Adam, mintak dia datang bilik saya. Bawak sketch pelan projek tu.” Afiq terus masuk ke biliknya. Nia masih berdiri di situ. Terdiam.
“Encik Adam kena buat pelan tu sekali lagi ke?” Anis menyoal.
“Nampaknya macam tu lah Cik Anis. Takpe lah Cik Anis, saya pergi dulu. Terima kasih.” Gadis itu berlalu. Anis termenung sebentar. Bukan perkara mudah bila berurusan dengan syarikat besar.
Terdetik di hatinya tentang Idham. Dia berkira kira untuk melawat lelaki itu selepas pulang dari tapak projek petang nanti. Dia menyambung kerjanya. Dilihat jam di tangan, pukul sepuluh setengah dia perlu bertemu Nisa.
Anis melepaskan keluhan lega tatkala kerjanya di pejabat sudah selesai. Dia berkemas, perlu menuju ke tapak pembinaan. Dipandangnya sekilas ke tempat duduk Idham, dia berkira kira pukul berapa perlu melawat lelaki itu. Dicapainya beg tangan di tepi meja lalu dia bangun untuk meula beredar dari pejabat. Di saat itu dia ternampak Afiq sedang menuju ke biliknya. Dia memegang segulung pelan. Anis tersenyum meneka pastinya Adam sudah menyiapkan pelan baru.
“Encik Afiq, saya dah call Encik Amir, diorang cakap esok pagi jugak diorang nak bincang pasal projek tu. diorang macam marah je Encik Afiq.” Nia bersuara tatkala Afiq sudah memegang tombol pintu ingin masuk ke biliknya.
“Ok, pagi esok saya pergi. Thanks.” Afiq terus masuk ke biliknya. Nia duduk semula di tempatnya di situ. Dia tersenyum pada Anis yang sedang memandangnya. Anis membalas senyuman itu. Tiba tiba Afiq keluar dari bilik, masih memegang pelan tersebut, dia menghampiri Nia.
“Saya pergi jumpa Adam sekejap. Kalau ada call, cakap saya busy, ambil pesanan.” Pesannya pada setiausaha itu.
“Baik Encik Afiq.” Nia mengangguk.
Afiq berlalu dari situ. Anis cuba melangkah pergi... Tiba tiba...
“Ouch!” Anis dan Nia terus mengalihkan pandangan kearah suara itu. Mary Ann berdiri tidak jauh dari mereka dan Encik Afiq berada di depannya. Air Nescafe dari mug yang dipegang Mary Ann tertumpah pada pelan tersebut.
“Oh my God!” Afiq memandang pelan ditangannya. Anis dan Nia terkejut. Masing masing terkelu.
“Encik Afiq, I’m sorry. Saya tak sengaja. Sorry Encik Afiq.” Suara wanita itu terketar ketar.
“Kalau sorry awak ni boleh baiki pelan ni, saya tak kisah.” Sinis suara itu. Afiq melemparkan pelan tersebut ke lantai. Dia pantas melangkah pergi.
Anis menghampiri Mary Ann. “Sabarlah Mary Ann, Encik Afiq tengah tension tu pelan tu nak guna esok pagi. Nanti oklah tu.” Anis mengusap ngusao bahu wanita itu.
“Encik Afiq tak pernah marah macam tu.” Mary Ann bersuara.
“Tulah, dia tengah pening fikir pasal meeting esok. Jangan risaulah. Mary Ann pergilah sambung kerja.” Anis memujuk wanita itu.
“Thanks Anis.” Wanita itu kemudian berlalu. Anis memandang Nia. Dia mengutip pelan yang berada di lantai itu.
“Habislah Cik Anis. Macam mana Encik Afiq tak mengamuk, Encik Adam petang ni dah nak ke JB, pergi cawangan sana. Mana sempat siapkan pelan yang baru pulak.” Nia bersuara risau.
“Ye ke? Dahtu macam mana?” soal Anis.
“Entah. Rasanya kali ni memang Tramp Corp marah betul Cik Anis.”
“Takpelah. Saya pun dah lewat nak pergi site ni. insyaAllah nanti mesti ada penyelesaiannya.” Anis meletakkan pelan tersebut di atas mejanya lalu melangkah pergi.
Anis terus berfikir fikir. Dia yakin lelaki itu pasti sedang terktekan sekarang. Berurusan dengan syarikat berpengaruh seperti Tramp Corp bukan perkara senang. Jikalau mereka tidak berpuas hati, habis di canang pada syarikat lain.
Anis membetulkan topi keselamatan yang dipakainya. Dia mengesat peluh di dahi. Hampir separuh hari dia di situ. Panas bahang terasa. Seorang kontraktor penyelia pembinaan menghampirinya.
“Macam mana Cik Anis?” soalnya.
“Ok, semua ok. Nanti bila semua clearance selesai, maklumkan pada saya. Sebelum buat reinforcement bar.” Anis member arahan.
“Baik Cik Anis. Dalam dua tiga hari lagi je rasanya. Cik Anis nak turun site ke?”
“InsyaAllah. Workers semua ok?”
“Setakat ni ok Cik Anis. Orang Indon ni rajin sikit Cik Anis.” Anis tersenyum mendengar kata kata itu.
“Oklah takde apa apa hal lagi, saya balik dulu. Apa apa masalah, call saya. Awak ada nombor handphone saya kan?”
“Saya ada nombor ofis Cik Anis je.” Penyelia itu memberitahu.
“Ouh, ok. Nanti saya sms kan nombor saya. Saya balik dulu.” Anis sempat tersenyum. Hari sudah petang, dia yakin jalan raya pasti sesak, semua orang ingin pulang ke rumah dari tempat kerja.
“Baik Cik Anis. Terima kasih.” Penyelia itu senyum kepadanya kembali.
Anis menghampiri keretanya yang di pakir agak jauh dari tapak pembinaan. Tatkala dia masuk ke dalam kereta, dia teringat tentang Afiq.
“Pelan tu..” dia nekad ingin pergi semula ke pejabat.
Dia menekan punat lif. Tingkat dua belas. Dia melangkah masuk selepas pintu lif terbuka. Setelah sampai dia terus ke surau yang terdapat di situ. Dia ingin menunaikan solat maghrib. Setelah selesai dia pantas pergi ke tempat duduknya. Pelan tadi masih di situ. Dia membukanya. Masih melekit kertas itu. Dia melangkah pergi ke bahagian ‘drawing and design’. Terdapat meja khas untuk melukis pelan di situ. Kertas untuk melukis pelan ada di sisi meja tersebut. Dia mengambilnya. Di capai, pen yang berada di hujung meja tersebut. Anis tekad untuk menyiapkan pelan yang baru itu.
Anis melihat jam di dinding, sudah pukul sembilan malam, dia memandang lukisan di atas meja itu. ‘argh, salah lagi..’ di renyoknya lalu dibuang kedalam bakul sampah. Sudah enam helai dia cuba siapkan tetapi semua tidak menjadi. Dia termenung seketika. Penat pulang dari tapak pembinaan tadi belum habis. Dia melepaskan keluhan.
Dia mengambil keputusan untuk menunaikan solat isya’ dahulu. Ditinggalkan ruang itu lalu melangkah ke surau. Selesai menunaikan solat, dia termenung sebentar...
Berbaloikah aku berkorban begini untuk orang yang aku sayang, sedangkan dia sedikitpun tak tahu perasaan ini...
Anis mengeluh lagi.. dia bingkas bangun, tatkala melihatkan jam sudah menunjukkan pukul Sembilan setengah. Shikin pasti risau. Dia terus melangkah pergi ke bahagian ‘drawing and design’, lukisan itu perlu disiapkan.
Sekali lagi dia mula melukis. Dia masih berdiri di situ, walaupun berkali kali dia melakukan kesilapan. Dia sesekali mengesat air mata yang turun akibat terlalu penat dan mengantuk.
Anis membuka pintu rumah, di lihatnya Shikin yang tercegat di ruang tamu. Pasti sedang menantinya.
“Kau pergi mana? Risau aku.” Shikin berjalan menghampirinya.
“Aku ada kerja dekat ofis tadi.” Jawabnya ringkas, dia terlalu penat.
“Kerja apa sampai pukul sebelas setengah ni. Ya Allah, ni kenapa dengan tangan ni? Penuh dengan dakwat pen?” Shikin membelek belek tangan kawannya.
“Shikin, aku penat sangat ni, aku pergi tidur dulu ye. Esok la aku cerita. Mengantuk.” Anis terus melangkah ke biliknya. Ditinggalkan Shikin di situ.
Anis memandang tempat duduk di sebelahnya. Dia terlupa lagi, waktu rehat tengahari nanti dia nekad ingin melawat Idham di hospital. Di pandangnya Nia yang sudah lama sampai, seperti biasa awal darinya. Beberapa minit kemudian Afiq sampai, berhenti di hadapan setiausahanya itu.
“Call Encik Amir, cakap meeting hari ni batal. Lantak dioranglah nak cakap apa. Kalau diorang nak tarik balik projek tu pun suka hati dioranglah..” Lelaki itu terus masuk ke biliknya. Nia masih ingin memaklumkan sesuatu.
“Encik Afiq, pelan tu...” ayatnya terhenti di situ. Afiq sudah masuk ke dalam biliknya. Nia mengerutkan wajah seperti memikirkan sesuatu. Anis masih memandangnya.
Tiba tiba Afiq keluar, “Siapa yang letak pelan atas meja saya?” soal lelaki itu memandang pada Nia.
“Saya tak tahu, saya sampai pagi ni dah ada atas meja saya. Saya ingatkan Encik Afiq dah suruh Cik Nisa atau sesiapa buat yang baru.” Gadis itu turut buntu.
Afiq terdiam lama, berfikir. “Takpe lah. Awak dah call Encik Amir?” soalnya lagi.
“Belum.”
“Tak pe, saya pergi meeting hari ni.” Afiq masuk semula ke dalam biliknya.
Nia masih berfikir disitu. Dia memandang kearah Anis yang dari tadi memerhatikannya. Anis terus melarikan pandangannya kearah lain.
to be continue...
No comments:
Post a Comment