Wednesday, December 23, 2009

sejak bila,...

seorang sahabat bertanya..

sejak bila si kawan yang periang bertukar menjadi murung..
sejak bila sahabat yang bila balik dari kuliah ada berjuta cerita nk cerita, tiba tiba balik dengan muka yang stress terus tido, tak tegur sesiapa pon...
sejak bila sahabat yang selalunya balik bersama 2 org kawan, tiba tiba nak tunggu di fak sorang2 sampai malam...
sejak bila kawan yang tak pernah nak ambik kisah pasal masalah , tiba tiba dah jadi orang lain sebab masalah yang di sendiri cari..
sejak bila kawan yang happy je bila nampak kawan baik dia masuk bilik, tiba2 kawan baik dia tanya sesuatu dia buat jawab x jawab je...

si roommate bercakap, lepas mid sem break xnak lagi tengok si kawan yang macam ni..
jadi semula macam kawan yang dulu.
bukan si kawan yang bersandar di penjuru loker dan terus menangis seorang diri...

semua orang takkan faham apa yang si kawan tu rasa...
bila ada yang lain cakap "aku faham, aku jugak duduk di tempat yang sama.."
ye ke? masalah yang sama, tapi bukan situasti yang sama dan jugak dua orang yang berbeza....
mampu ke orang faham...

p/s: thanks to yot, syafiqah, ain, fatin, sazila... i need a good listener more than an advisor.. maaf kalau aku tak mampu buat ape yang aku dah janji dengan korang.. thanks for always be beside me whenever i need you all...

Friday, December 18, 2009

cuti itu indah..~ (kononnya)

semalam cuti lagi hari jumaat.. untuk ke tiga minggu berturut turut..

dari raya aji..
birthday papa angkat (sultan selangor)..
awal muharram..

the next friday pon cuti jugak..
krismas carol.. (carol tu sja nk tambah2)...

maka jumaat ni nk balik kedah..
seminggu utk mid sem break...

rabu ni test kimia...
study pon baru separuh.. huhu..
seket2 lama jadi banyak..

isnin ni, ada perbicaraan untuk second round..
good luck untuk kengkawan yg bakal mengahadapinya. hehe..
jangan nk ketawa macam aku lak masa masok bilik perbicaraan tuh eyh..

ari tu aku da tersenyum senyum nk ketawa..
nasib baik hakim tu buat2 x nampak.. (exactly mang nampak coz berdiri depan dia)..

mana aku x gelak, masa dia baca pertuduhan tu aku rasa macam baru buat 1 pembunuhan je..
gila la diorang tuh..
habes xde keja nk buat kowt..
ngeng~

kat kolej aku sekaran (kolej mawar) belambak budak u laen datang..
untuk karnival iktiraf..
ntahlah karnival amenda tuh..
nampak la berbijik bijik bas yg datang..
usm, utm, upsi, unimap.. n etc....

cuti ni nk gi beli tiket bas..
tgh pikir2 nk balik kedah hari apa...
jumaat pagi kot..

report fizik dah siap utk part aku..
khamis petang ni nk hantar.. (syok sampai terlompat lompat)

report kimia dah nk siap...
baru je text dr. robert mikhail (jangan jeles) huhu...
nk jumpa dia buat discussion..
n he replied, "i am away on leave until january. u can delay submission until then, see me before u submit"..

kepada yot, yg tak percaya aku msg ngan dia, len kali percaya2 lah erk.. haha
ada lagi dlm inbox aku.. kakaka..

k, aku pun xtau apa yg aku mengarut karut dalam blogpost kali ni..
semua benda aku camppur..
saja dah xda kerja..
nk jugak buat newpost..
ngeng!
tata titi tutu...

Wednesday, December 16, 2009

photo maniac~


time: 11.00 a.m

venue: lecture hall c, science and techno building







naimah.. ain.. syafiqah.. haiqal.. dzulfadhli.. faiz..

Saturday, December 12, 2009

picnic in bagan lalang!

date: 12 disember 2009

day: saturday

venue: bagan lalang

time: 8.30 a.m till 8.30 p.m

axtivity: picnic

sampai pkol 8.30 pagi.. ingatkan air naek pkol 10.. tunggu punya tunggu, pak cik jual nasi lemak tu kta pkol 2.. maka kami lima beradik main uno lah dulu..
macam main perang2, riuh gila, padahal main uno ja.. huhu
besa lah, diorang mang x puas ati dengan kepakaran aku, yang menang dua kali berturut turut!
hahah...
siap buat pelan nak jatuhkan aku!
cuss.. ngeng..
aku kt pantai tuh (air x naek lagi).. belakang tu Golden Palm Villa.. in construction..

namaku.. (malas nk rotate) huhu..


cuaca yang mendung.. pagi lagi ni...
my sis in law, rosalina erma..

my bro, zulfakri.. main layang layang...

my sis, mazira.. my bro in law, zamrizan.. my nephew, umar wafi..

ni ketam abg aku gi tangkap.. ksian dia..

nilah umah sementara kitorang.. best nih.. ada tilam lagi dalam khemah tuh.. pak cik jual nasi lemak cakap air naik pkol 2, pak cik kat kedai cakap air naik pkol 5..
pkol 2 tu air da byk, tapi aku x puas ati, nk tunggu pkol 5 jgk.. so aku tido dr pkol 2.30 sampai pkol 4.45..
bila aku bangun, air dah turun balik!!!
wargh! bengang aku kna tipu ngan pakcik kedai tuh...
xdak maknanya....
org yg dah makin ramai.. semua berkhemah.. best nih!

malam.. on the way kemas2 nk balik.. rmai giler tido situ.. len kali nk tido stu jgk larh.. cam best je..

Thursday, December 10, 2009

ye, celcom centre, boley saya bantu??

maka, geramlah aku bila broadband xleh nak connect dari semalam...

hari ni aku nekad nak call celcom centre..
ape halnye ni???

maka aku mencapai henfon celcom aku tuh..
no di dail...

selamat datang ke celcom service centre.
untuk bahasa melayu tekan 1..

aku tekan 1..

jika anda pengguna celcom tekan 1..

aku tekan 1...

masukkan no telefon anda dan kemudian tekan #..

aku pon masukkan 013481****#..

sila tunggu sebentar, operator kami akan disambungkan kepada anda..

maka aku pun tunggu lah.
tunggu punya tunggu...
lama tak agak pulak!

operator: ye cik, selamat pagi boleh saya bantu?
mangsa: saya nak tanya, kenapa broadband x boleh nak connect?
operator: sejak dari bila tu cik?, pukul berapa?
mangsa: semalam dalam pkol 11..
operator: cik guna postpaid ke?
mangsa: x, prepaid..
operator: guna modem apa cik?
mangsa: henfon.
operator: kejap ye cik, saya sambungkan kepada bahagian teknikal..

maka keluarlah caller ringtone yg ntah apa2 tuh..
lama nk mampus!
penat aku tunggu..
last2..

maaf, talian sedang sibuk, sila cuba lagi sebentar lagi. terima kasih..

bangang larh!! penat aku tunggu...

setengah jam kemudian, aku call lagi..
prosedur cam biase, tekan 1, 1 pastu no phone..
maka, ada la operator angkat..

operator: ye, ada apa masalah?
mangsa: saya nak tanya pasal broadband, knape xleh connect??
operator: sejak bila cik?
mangsa: semalam. pkol 11..
operator: cik guna dari henfon atau henfon sebagai modem?
mangsa: henfon sebagai modem connect kat laptop.
operator: boley saya tau no broadband cik?
mengsa: 013494****
operator: nama cik dan model henfon?
mangsa: saya naimah, henfon w910i.
operator: ok, cik tunggu sekejap, kami sambungkan kepada bahagian teknikal.
mangsa: ok,,

maka sekali lagi aku tunggu....
tunggu.. dan tunggu...
xlama kemudian...

technician: ye cik naimah, cik ada masalah nak connect kan?
mangsa: ye..
technician: sekarang cik pergi dekat menu henfon, masuk dekat setting..
mangsa: dah..
technician: masuk dekat connectivity.
mangsa: dah
technician: cik pilih celcom 3g
mangsa: dah..
technician: cik pergi deklat edit, apa yg ada dekat 'apn'?
mangsa: celcom3g
technician: cik pergi dekat proxy, semua on ke?
mangsa: a'a, semua on..
technician: cube baca proxy address..
mangsa: 101.28..

tiba2, panggilan terhenti.. kredit aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!
maka nak nanges kot!!!!!

aku pun dengan hati yang cekal lagi tabah, amik phone maxis lak..
teruskan berjuang!

aku call sekali lagi..
ikot prosedur yang sama, cuma aku bukan pelanggan celcom..

operator: ye cik, boleh saya bantu?
mangsa: saya nak tanya pasal broadband, kenapa tak boleh connect?
operator: no broadband cik?
mangsa: 013494****
operator: cik guna henfon ke?
mangsa: a'a..
operator: model henfon cik?
mangsa: w910 i
operator: nama cik?
mangsa: naimah
operator: cik tunggu sekejap, saya sambungkan ke bahagian teknikal.
mangsa: ok..

lama pulak la kena tunggu benda tuh..
penat dah aku tunggu..

technician: selamat tengahari cik naimah, ada masalah untuk connect kan..
mangsa: ye..
technician: laptop ada dengan cik sekarang ke?
mangsa: a'a.
technician: ok, cik pergi ke start, control panel..
mangsa: dah
technician: cik pkai vista ke xp?
mangsa: xp
technician: ok, sekarang pergi ke phone n modem.
mangsa: dah..
technician:lpas tu ke modem
mangsa: dah
techician: cari sony ericsson, click dekat stu
mangsa: dah

maka perbualan kami di panjangkan.. sampai segala mak nenek dia sroh aku click..
smpai siap buat shortcut dekat desktop..

technician: sekarang cuba cik connect.
mangsa: (setelah mencuba) tak boleh pon
technician: ye ke? kat henfon boleh tak?
mangsa: tak boleh
technician: cik pergi dekat setting henfon
mangsa: dah
technician: cari connectivity, lpas tu internet setting
mangsa: dah
technician: msok dkat celcom 3g
mangsa: dah
technician: dekat apn tu tulis apa?
mangsa: celcom3g
technician: yang lain semua on?
mangsa: a'a
technician: berapa address dia?
mangsa: 101.28.***.**
technician: cuba cik connect sekali lagi..
mangsa: tak boleh.
technician: tak boleh? kejap ye.. cik buat panggila dari mana?
mangsa: shah alam.
technician: shah alam.. (dia diam agak lama.) ouh, saya dah check dekat system, henfon dengan laptop cik takde masalah. masalah network. kami akan cuba baiki dalam 2 ke 24 jam. cik cuba connect dari masa ke semasa.
mangsa: (rasa nak mengamuk dah kot) ye, baik..
technician: kami mintak maaf atas masalah tersebut cik. kami akan baiki secepat yang mungkin. selamat tengahari.
mangsa: ok...

bapak geram kot.. aku dah nak mampos click nu click ni.. salah network..
akhirnya lpas 3 jam lebey, da boley connect!!!!
yahoo000..

x sia2 usaha..

Monday, December 7, 2009

hari perbicaraan naimah mohamad

day: monday


date: 7 december 2009


venue: dewan bistari, kolej mawar, uitm s. alam


subject: hari perbicaraan


the story begin: maka hari ni adalah hari perbicaraan aku. aku bersiap dari pukul 7.45 malam lagi. pakai baju kurung. setelah siap, aku bersama kawan aku, kinah berjalan ke dewan bestari, tingkat 1.


sesampainya di sana, takleh masuk lagi dalam dewan tuh.. ramai orang dah tunggu. aku n kinah pun tunggu jugak kat luar tuh. sempat gi ar, grab picture. dari dok cangak saja..




tunggu punya tunggu.. ada la sorang pak cik ni datang. panggil nama untuk sign attendant la lebey kurang.. ade jugak la manusia2 yang tak datang. entahlah pegi mana.

lama jugak nak tunggu nama aku tuh.

lepas sekian lama, sampai jugak turn aku.. huhu [siap letak pic lagi sign attendant]




lepas semua dah sign attendant, maka perbicaraan dimulakan. bukan semua boleh masuk court [dewan bestari kolej mawar], cuma 25 orang pertama.


fuh, lama gila kot diorang kat dalam tuh.. xlarat nk tunggu dah..


dah berapa keping gambar dok ambik, yang kat dalam tu x kluar2 jugak..


lepas tu ada sorang pak cik ni kluar dari dewan tuh..


pak cik: kalau nak cepatkan perbicaraan, masuk tu mengaku ja salah. kena bayar rm 10 ja setiap denda. kalau tak mengaku, kena bicara laen, lepas tu kalau tetap salah kena bayar rm 50 pulak setiap kesalahan. ni yang lambat keluar ni sebab tak nak mengaku lah. ni lagi diorang semua tak habes mengaku, korang tak boleh masok.


fuh, tak geram pon lah. da lama giler dok tunggu. da penat tau ark!


len kali bawak masuk yg nk mengaku dulu lah.. aku ni dah lama bersiap sedia nak mengaku ni..



maka, kami pun menunggu dan menunggu. second round pulak masuk. jam dah pukul 9.45 malam. masuk lah 25 orang tuh. lama gila jugak kali ni..


orang dah penat nak tunggu..


at last keluar jugak semua budak2 tuh..


n kali ni pak cik tu dah x larat nk panggil 25 orang dah, dia panggil 45 orang sekali.. aku akhirnya dapat masuk.


masa masuk tu nak ketawa pon de gak. macam tengah masuk court buat kesalahan besar.. huhu..


bawah ni kedudukan kitorang ngan manusia2 dalam tuh..


hitam: pintu masuk [sebelah kiri], pintu keluar [sebelah kanan]
biru bulat : hakim
hijau bulat : juri
kuning bulat: pendakwaraya
pink bulat: pemerhati
pink petak2: kedudukan kitornag
hijau petak: kedudukan aku

procedure:
1) pendakwaraya memanggil nama semua orang, bagi meng 'check' kehadiran. para pesalah mengangkat tangan tanda hadir.

2) perbicaraan dimulakan.

pendakwara: maka pesalah pesalah ini dihadapkan dengan kesalahan melanggar kaedah 32 bah. III, tatatertib asrama dalam kaedah kaedah institusi pelajara (tatatertib pelajar pelajar) 1976. bla.. bla.. bla..
maka dengan ini di dapati bersalah atas pertuduhan pertuduhan seperti di dalam surat pertuduhan dan pada masa yang seperti dalam surat pertuduhan. bla.. bla.. bla..

hakim: bagi setiap pertuduhan, denda rm 10 akan dikenakan. bagi sesiapa yang tidak mengaku bersalah akan dibicarakan semula. ada sesiapa yang ingin mengaku tidak bersalah? [hakim memanggil satu persatu nama, jawab mengaku bersalah atau tidak]

aku: [angkat tangan] mengaku.

semua orang mengaku bersalah coz dah tak larat nak tunggu dalam court tuh..


lepas mendengar leteran dari tuan hakim, kami pun di benarkan keluar. menuju ke meja pemerhati dan mendapatkan surat denda, dan keluar.

aku pun kena la rm 40...



dengan bangganya memegang surat pertuduhan~

Saturday, December 5, 2009

fishing the fish~

time: sem break!


activity: fishing!


mate: auntie n mum!


the story begin: maka mak aku mengajak aku pegi memancing.. aku pada mulanya xnak ikot.. malas kowt..
setelah dupujuk, aku pun ikot larh,, xde benda pon nk buat kt umah tuh..
berkenderaankan motosikal aku n mak meredah lah jalan raya..
ikot je mak aku cakap pegi mana [aku driver mak aku].. mana la ceruk mak aku nak ajak pegi nih.. mak cik aku pon join sekali...
maka sampailah kami di kawasan sawah padi.. aku ingatkan nk gi cari ikan kat lubuk ka kat sungai ka..

cess.. parit kecik ja, x adverture langsung [ayat blagak]...





maka kedua dua pioneer ni pun memasang pancing masing2.. aku tengok je.. ntah apa la diorang dok ready tuh..
pasang umpan larh tuh..
umpan: kekatu..



aku pun ada pancing 1.. diorang pasangkan umpan utk aku.. [kalau aku pasang sniri gamaknya ikan tu ketawakan aku coz sah2 nampak mata kail tuh...]

maka aku pon cari port bagus punya.. dahlah tgh hujan..

sebab anak mithali aku pon ikot jelah hobi mak aku nih..

tapi bukan ikan yang aku dapat, laen yg aku dapat kowt..

PACAT!!!!!

apa lagi terjerit bagai nak keluar anak tekak aku.. mak cik aku yang super powernya ambik kayu buang menatang tuh..

ada sorang mak cik yang mancing kat situ gak dah terjeling jeling kat aku..

agaknya da lari kot ikan dia dengar aku jerit.. arh, lantaklah.. kisah apa.. huhu [gila otai]

mka aku pon beredar.. 1 ikan pon xdapat.. aku dah surrender.. mak n mak cik aku steady lagi kat situ.. xnak pulak pacat tu naek dekat diorang.. [confius aku]..


setelah setengah jam.. mak aku hanya berjaya mendapatkan 3 ekor ikan kecik.. maka mereka mula berputus asa.. diorang plan venue baru lak..[ni mang otai mancing ni, tau je port2 baru]..
maka berangkatlah kami..
tempat baru ni ok sket.. dekat tepi jalan tar..
maka aku pun nk mancing cak..



berkat kesabaran san kesungguhan aku yang bertubi tubi, maka aku berjaya dapat sekor.. masa excited ikan tu tarik kail tuh, aku angkat kail selaju yg mungkin sampai ikan tu tkeluar dari mata kail terpelanting atas pokok belakang aku.. then, gedebuk! dia jatuh atas jalan tar tuh..
aduh! sakitnya...
ikan tuh kecik ja.. besar dua jari..
mak aku kata "tarik kail tu macam dapat ikan jos"



lepas hampir dua jam lebih.. maka dah nak balik..
jumlah ikan: ada la dalam 9 ekor kot...
mak cik aku nak stedy lagi kt stu..
aku n mak nk kna balik, nak ambik adik kat skolah..



tapi, mang best lah jugak.. dari x de benda nak buat kt umah..
esoknya mak aku per lagi..
aku dah x ikot..
malas larh..
ikan x ska kat aku..



this is where the kampunggal live~

Friday, December 4, 2009

6 agendas settled~


hari ni tamat kelas pada 12.30 tghr..
lalu bernekad ingin menyelesaikan semua perkara tertangguh..
huhu..


memulakan perjalanan dari kolej ke menara sultan abdul aziz..
bertemankan syafiqa..
sebelum mula berjalan, mintak plan shortcut dari izzah n fatin..
konon kononnya tak larat nk ikot jalan jaoh yg aku slalu guna tuh.. (blagak)


agenda:
1. hantar report dekat fakulti kjuruteraan kimia
2. ambik file izzah yg tertinggal di kafe menara
3. ambik duit dr atm machine
4. pergi seksyen 2, fotostat buku computing engineering
5. beli cheezy wadges utk fatin
6. beli nasi goreng student utk yot.


maka berangkatlah kami dengan penuh semangat..
terus ke kedai, print report..
jalan dengan perkasa pergi fakulti..
antar report dekat lab kjuruteraan kimia... [settled 1st agenda]


teruskan perjalanan ke menara SAAS..
pkai redah ja..
sampai dengan selamatnya dekat fakulti izzah (fakulti law)
mengikut pelan, naik tangga belakang..
aku pun ajak la si syafika pegi kat belakang..
x agak pulak tangga dia cam purba..
banyak lak tuh..
tak tau mna satu aku nk panjat..

mna aku boley nmpak menara tu, aku redah ja la panjat tangga..
penat jangan cakap larh..
da tak larat nak angkat kaki dah..
sampai la fakulti sains gunaan..
sekali da tak nampak menara tu kat ne..
satu kerja lagi nk kna pusing2 kat stu plak..
aduss...

aku naik atas sket, bru la nampak bangunan menara tuh.. rasa cam nk tercabut kaki gak..

da tu, jalan belakang lak tu..
nk kna redah tempat tinggalan kat stu..
fuh, akhirnya nampak kafe menara tuh..
dari pkol 3 sampai 4.15 baru sampai.. org pegi sepatotnya 20 minit ja..
kami pun masok situ..
tercari cari file izzah..


mna la budak ni letak..
kta atas kerusi..
aku pon calling calling dia..
pusing punya pusing ada dekat tempat letak pinggan..
spa larh yang kejam ngat neyh..
amik file izzah masukkan dalam beg.. [settled 2nd agenda]

apa lagi tros blah gi naek tingkat atas..
cari atm machine..
syafika amik kt bank islam, aku amik kt cimb.. [settled 3rd agenda]
sempt lagi dok posing gambar kt compound menara tuh..

maka berangkatlah kami ke bus stop kolej seroja untuk ambik bas nk gi seksyen 2..
barulah boleh duduk lepas dah sejam lebey berjalan..
dalam setengah jam, bas pon smpai..
tros naek gi seksyen 2..

lpas sampai, tak tunggu apa dah, cari kedai fotostat larh..
hantar buku untuk 6 salinan.. [settled 4th agenda]
hari ahad baru boley amik..
aku yang dah kelaparan ngan syafika plan nk gi makan kt kfc, alang2 nk beli cheezy wadges utk fatin..
maka berjalanlah kami ke kfc yang dekat situ..
terus gi kaunter pesan makan..
beli cheezy wadges fatin.. [settled 5th agenda]
naik tingkat atas makan kat atas..
lepak lama gila kat stu..
da pnat..
nk balik pon malas..
huhu

lepas berejam kat stu n buat cam kfc bapak aku, kitorang pun balik..
sebelum tu gi food court dulu.. terserempak dengan eca..
beli nasi goreng student utk yot..
lpas sepuluh minit, nasi goreng student siap.. [settled 6th agenda]


maka ingin pulanglah kami..
bas T603 banyak, tapi driver tu lak dok menyembang..
rasa cam nak lempang..
da la penat nih..
dia wat xtau ja kat kitorang kt stu..

aku, syafika, eca..
dia x bukak pintu bas tuh.. gerammmmnyyaaaaa....
lpas dia tengok aku n syafika cam da nk telan dia baru dia naek..

nampaknya kami 3 org ja nek bas tuh..
huhu...
maka akhirnya sampai jua kat kolej..
semua agenda tercapai! Alhamdulillah...
yea!

Tuesday, December 1, 2009

jam o0 jam!!

date: 29 november 2009
time: 4.00 p.m..

event: bertolak dari rumah balik shah alam
5.00 p.m.: masuk highway dari pendang, kedah..

belum sampai sp, jalan dah mula jam.. biar betol!!!
lepas tu, jalan makin ok..
7.00 p.m.:berhenti dekat RnR juru, solat, makan..
7.30 p.m.: bertolak dari juru..

terus jam.. kenapa??? ingatkan kejap ja.. rupa rupanya ber jam jam..
si driver dah kepenatan.. kaki bagai kan kayu dah..
aku target nak sampai s.alam before 11, tak nak lah kene gi mengadap pak guard pulak kat gate tuh..



sejam berlalu, jam makin teruk..
mula berkira kira untuk berhenti di bukit gantang kerana dah penat sangat badan pun dah lenguh kot..
cam apa gi, dok dalam tu berejam dengan jam yang bangang!
sekali sampai dekat bukit gantang, lagi takleh masuk terus kat situ.. jam lagi teruk kalau masuk gak RnR pakai tak leh keluar dah..

teruskan perjalanan jugak..
berjam jam..
ingatkan nak berhenti dekat sg perak pulak..
kereta boley jalan 20 km/h 5minit, 5 minit berhenti..
cam nak turun jalan.. (kot kot boley sampai dulu)
jam dah pukul 10.00 p.m... halfway pun belum sampai..
sah xsempat sampai before 11..
sg perak yang sepatutnya dah sampai, x sampai2 jugak..



masa tu tengah dengar suria fm..
tiba tiba ada info trafik..
"Lebuhraya utara selatan dari arah utara, berlaku kesesakan sepanjang 150 km. kesesakan disebabkan pemandu pemandu yang cuba berhenti di sg perak.."
150 km!!!!
gila larh!!!!

tiba tiba banyak gila kereta buat gila, parking tepi jalan, tengah2 highway..
masing2 da x larat drive dah..
dekat 4 jam drive dalam jam...



akhirnya kitorang buat keputusan nak berhenti dekat tepi jalan gak..
join geng2 tuh..
lantaklah polis nak cakap apa...



ada jugak aku rasa cam nak jadi incredible hulk, angkat suma keta2 gi tepi...
akhirnya nampak signboard tulis "kawasan rehat sg. perak 10 km"..
dah tu, aku pun budget dalam setengah dah boleh sampai situ kot..
tapi tunggu punya tunggu...
tak sampai jugak...
dah dekat dua jam..
baru aku nampak signboard "kawasan rehat sg. perak 5 km"..
MasyaAllah..
dah lama camtu, ada lagi 5 km..
dalam dua jam setengah barulah sampai dekat sg. perak..
dekat nak naik jambatan tu..
jam dah 1.30 a.m.
gila banyak keta queue nak masuk RnR sungai perak..
sah! itulah penyebabnya!
geram gila kot!
dah nampak banyak nak masuk situ, takyah la nak masuk jugak..
150 km jam just sebab nak masuk situ???
pergghhhh..
buktinya, lepas je jambatan sg. perak tu, tak de keta pong!
boleh nampak 2 3 biji keta ja...

sakitnya ati aku!
lastnya kena la balik umah akak aku dulu kat damansara..
takkan nak gi uitm gak, pukul 3.45 a.m baru boley exit kat sg. buloh..
4.13 a.m. sampai umah...
12 jam dari kedah ke selangor!
penat larh!!!!