continued from previous post..
“Malam esok flight pukul berapa?” Soal Shikin.
“Lapan.” Jawabnya ringkas. Dia masih terfikir fikir tentang lelaki itu.
“Kalau kau nakkan kepastian, kau pergi lah jumpa dia esok.” Shikin memberi cadangan.
“Perlu ke?” Soalnya perlahan. Lemah suara itu.
“Kalau itu je caranya untuk kau tau, kenapa dia tak datang tadi. Kalau itu je caranya buat kau berhenti tertanya tanya.”
“Aku takut Shikin. Macam mana dia betul betul dah lupakan aku.”
“Anis, kau kena terima kenyataan. Kalau dia bukan untuk kau, kau kena terima tu.”
“Boleh ke aku terima?” Dia masih menyoal.
“Anis kalau dia tak mampu nak tunggu kau dua tahun ni, dia tak layak untuk cinta kau.” Shikin mengusap bahu kawannya itu.
“Aku takut nak hadapi kenyataan tu.”
“Kali ni aku nak kau janji dengan aku, kalau betul dia dah lupakan kau, kau kena lupakan dia jugak.” Dia mengenggam erat tangan Anis.
“Entahlah Shikin.. Aku dah tak boleh fikir.” Dia mengeluh.
Datuk Jamal berjalan keluar dari pejabat. Dia cuma datang untuk memaklumkan anaknya berada di hospital dan tidak dapat hadir ke pejabat. Semua urusan pejabat di serahkan kepada Karim. Tiba tiba dia terserempak dengan Anis. Gadis itu senyum padanya. Dia tidak membalas senyuman itu.
“Awak datang nak beritahu Afiq awak dah balik?” Soal lelaki itu sinis. Anis terkejut.
“Kenapa Datuk?” Dia mula berasa tidak sedap hati.
“Dia dah tau awak balik. Awak balik semalam kan..”
“Ye..” Anis mengangguk. Dia tertunduk.
“Afiq memang cintakan awak. Tapi tu dua tahun dulu.” Datuk Jamal bertegas.
“Maksud Datuk?” Dia keliru. Apa yang sedang berlaku.
“Lupakanlah dia Anis, dia pun dah lupakan awak.” Datuk Jamal nekad ingin jauhkan Anis dari Afiq. “Mungkin awak ambil serius dengan apa yang dia cakap dulu. Bila awak pergi, awak ingat dia akan habiskan masa menunggu awak. Awak yang pilih jalan ni. Tinggalkan dia. Jadi awak kena terima kenyataan ini. tak perlulah awak nak jumpa dia. Dia dah tak cintakan awak. Awak akan buat dia serba salah dalam keadaan ini. kalau dia terima awak, mungkin kerana simpati. Saya yakin engineer sebijak awak takkan membodohkan diri di depan seorang lelaki kan?” Lancang lelaki itu bersuara.
Anis terkedu. Dia terkejut. Dia menahan air matanya dari jatuh. Dia terasa terhina dengan kata kata itu.
“Saya tak perlukan anak Datuk untuk berjaya. Dan saya langsung tak menyesal tinggalkan dia dua tahun dulu, sebab kalau tidak saya takkan pernah tau yang dia tak ikhlas cakap dia cintakan saya. Terima kasih Datuk sebab berterus terang dengan saya.” Anis berlalu meninggalkan lelaki itu di situ. Dia terluka. Dia kecewa..
Anis duduk di sebelah Shikin. Lagi sejam dia akan berangkat pulang ke Ipoh. Dia sudah rindu dengan keluarganya. Dua tahun tidak bertemu mereka. Dia dan Shikin menunggu Alia. Dia datang untuk bertemu Anis sebelum Anis pulang ke Ipoh. Masing masing terdiam. Shikin tidak mahu menganggu Anis, dia tahu gadis itu masih berfikiran celaru memikirkan apa yang berlaku tengahari tadi antara Anis dengan Datuk Jamal.
“Anis..” Alia muncul di situ. Anis memeluknya. Dia menangis. Alia memandang Shikin.
“Sabar Anis.. Sabar. Sekurang kurangnya kau dah tau kan, dia bukan yang terbaik untuk kau.” Dia mengesat air mata Anis. Pelukannya di leraikan.
“Aku kecewa Lia.. Aku kecewa..”
“Takpe. Kau dengar cakap aku, lepas balik rumah nanti, tenangkan fikiran kau. Lupaka dia. Kau dah tau dia macam tu kan, tak perlu lagi nak tunggu dia. Habiskan masa dengan keluarga. Tu akan buat kau lupakan dia.” Alia menasihati.
“Aku rasa bodoh sangat Lia, percaya dia cintakan aku..”
“Tak, kau tak bodoh, dia yang bodoh sebab lupakan kau. Anis, jangan menangis lagi untuk dia. Kau dah banyak berusaha untuk berjaya, jangan jadikan ni alasan untuk kau rasa kau dah gagal. Rasa kau dah takde apa apa. Lepas kau dah ok, contact aku. Kau tinggal dengan aku dekat JB ok. Kau cari kerja dekat sana. Tinggalkan semua dekat sini.” Alia memujuk kawannya.
“Thanks Lia. Thanks.” Dia menggenggam erat tangan Alia.
“Kan aku dah cakap, aku sentiasa dengan kau. Bila bila je kau perlukan aku, aku ada.” Pesan Alia lagi.
“Aku dah lewat ni, aku kena pergi dulu.” Anis melihat jam ditangannya.
“Ye, kirim salam pada family kau.” Pesan Alia.
“Aku sekali, kirimkan salam..” Shikin akhirnya bersuara.
“InsyaAllah. Kau balik JB bila?” Soalnya pada Alia.
“Besok, malam ni aku tidur rumah Shikin dulu.”
“Baiklah, jaga diri Lia, Shikin. Thanks bebanyak. Korang je yang faham aku.”
“No hal lah. Dah pergi lah, nanti terlewat pulak. Kau bukan naik bas kitorang nak tolong kejarkan kalau terlepas..” Alia berjenaka. Mereka ketawa. Anis menarik begnya, mula melangkah pergi, meninggalkan segalanya di sini.
“She hurts a lot..” Shikin bersuara.
“Kalau aku jumpa Afiq tu, aku belasah dia sampai mampus..” Tegas suara Alia.
“Lelaki… Patutlah kita tak kahwin lagi eyh?” Dia bergurau.
“Tu kau, aku dah ada calon..” Alia menyindir.
“Yelah tu. Mana? Kalau tak, mesti kau tak turun KL sorang sorang ni..” Shikin mengusiknya. Mereka berjalan beriringan pulang. Meninggalkan KLIA..
“Adalah, aku tak bawak turun sini, nanti kau ambik..”
Tak nak lah..”
“Ye.. Sekarang susah nak cari lelaki baik baik, kena jaga elok elok..” Alia ketawa.
“Blahlah kau..” dia tersenyum.
Jauh di situ, Anis menguatkan diri berjanji pada hati untuk melupakan insan itu..
Datuk Jamal memandang anaknya. Sudah empat hari lelaki itu sedarkan diri. Tetapi dia langsung tidak mengingati apa apa. Dia cuma tahu beberapa perkara yang di beritahu Datuk Jamal kepadanya. Dia cuba menerima lelaki itu sebagai ayahnya.
“Saya kerja apa?” Dia menyoal Datuk Jamal.
“Afiq, Afiq tak membahasakan diri sebagai saya dengan papa. Afiq bahasakan diri sebagai Afiq.” Datuk Jamal memberitahunya.
“Yelah.. Afiq kerja apa?” Lelaki itu menyoal lagi. Kepalanya masih berbalut.
“Afiq kerja dekat syarikat papa. Pengarah urusan, pada masa yang sama engineer. Syarikat kita uruskan projek pembinaan.”
“Besar ke syarikat tu?”
“Besar.. Ada sebuah cawangan di Johor Bahru. Afiq tak payahlah ambil tahu pasal kerja lagi. Tunggu Afiq sembuh kita bincang pasal ni.” Datuk Jamal cuba mengalihkan topik perbualan.
“Afiq cuma nak tau pasal diri Afiq. Salah ke?”
“Papa tak cakap salah. Cuma papa tak nak libatkan hal kerja lagi.”
“Macam mana Afiq boleh accident?” Soalnya lagi.
“Afiq drive laju sangat masa nak balik rumah dari ofis.” Datuk Jamal berbohong.
“Siapa lagi yang Afiq ada? Keluarga, kawan, orang yang paling rapat.” Dia terus menyoal. Datuk Jamal mengeluh.
“Afiq cuma ada papa. Dulu Afiq ada sepupu yang paling rapat dengan Afiq, Amirul, tapi dia dah pergi Australia. Kawan kawan pun Afiq tak ramai, cuma Amirul yang Afiq rapat. Yang lain cuma staf staf Afiq di pejabat.”
Tiba tiba Datuk Jamal mendapat panggilan telefon. Dia meminta diri untuk keluar. Meninggalkan Majid dan Afiq di situ.
“Hidup saya membosankan kan Pak Majid..” Dia menyapa lelaki itu.
“Takdelah encik. Kalau kerana encik ada papa je encik rasa hidup encik bosan, tu salah. Encik Afiq yang saya kenali tak pernah bosan dengan hidup dia. Dia sentiasa gembira dengan apa yang dia buat.” Majid menyedapkan hatinya.
“Ye ke? Saya tak rasa lepas ni hidup saya akan gembira macam dulu.”
“Kenapa Encik Afiq cakap macam tu. Semua orang masih sayang Encik Afiq macam dulu.”
“Macam mana denga saya? Saya di kelilingi orang yang mengenali saya. Tapi saya tak kenal diorang.” Tegas suaranya.
“Tak, Encik Afiq bukan tak kenal diorang, cuma Encik Afiq lupa.”
“Lupa? Tak sama ke tu Pak Majid?”
“Mungkin lepas ni kalau Encik Afiq masuk pejabat, Encik Afiq akan mula ingat sikit demi sedikit. Encik Afiq akan mula ingat diorang, papa, Pak Majid.” Majid masih memberi harapan.
“Entahlah Pak Majid. Saya rasa nak lari dari sini. Mulakan hidup baru di tempat orang tak kenal saya. Saya akan mula kenal orang lain dan pada masa yang sama diorang jugak mula mengenali saya.”
“Kalau itu pilihan Encik Afiq, dan Encik Afiq rasa yang terbaik, Encik Afiq cakaplah pada Datuk.”
Afiq termenung di situ. Dia memandang keluar tingkap. Mencari cari siapakah dirinya. Dia lemas dalam keadaan begitu.
Anis mengelap tangannya pada kain tuala di tepi sinki, baru membantu uminya mencuci pinggan mangkuk. Dia kemudian duduk di tepi umi.
“Anis nak mintak kerja dekat mana lepas ni?” Soal Fatimah pada anak keduanya itu.
“Siapa cakap Anis nak kerja, Anis nak tolong umi dekat rumah.” Dia senyum pada uminya, bergurau.
“Yelah tu. Pergi tinggalkan umi untuk sambung belajar, lepas tu nak tolong umi dekat dapur je.” Ngomel Fatimah.
“Yelah, perempuan kan tempat dia di dapur.” Dia bersuara lagi.
“Eloklah tu. Nanti kalau laki awak tu tinggalkan, terkontang kanting dekat dapur. Orang sekarang ni, perempuan pun kena kerja tau. Bukan boleh bergantung dekat suami je.” Bebelnya.
“Eyh, Anis tak cakap pun nak kahwin.”
“Yelah tu, entah entah dah jumpa Mat Saleh mana dekat Europe tu.” Usik ibunya. Amira, adik tunggalnya muncul di dapur, masih lengkap berpakaian sekolah.
“Kak Anis, masak apa hari ni?” Soalnya, membuka tudung saji.
“Hmm, Kak Anis kamu ni masak macaroni ke, spaghetti ke tau la.” Sindir uminya.
“Pergh, sedap ni. Masak lemak cili api.” Amira menututp semula tudung saji tersebut.
“Siapa cakap Anis tak tau masak. Umi yang tak bagi peluang. Tengok tadi, Anis masuk dapur umi dah siapkan semua.”
“Ouh, macam tu ye. Takpe, esok umi nak tengok berasap tak dapur umi ni.” Uminya mneyindir.
“Eyh, jangan main main umi. Esok sampai ke bumbung dapur umi berasap.” Mereka ketawa.
“Kalau macam tu tak payahlah, terbakar dapur umi.”
“Kak Anis, nanti kerja dekat sini jelah. Cari kerja dekat Ipoh. Nanti ada jugak teman Mira dekat rumah. Kak Lin bukan nak balik pun. Sejak kahwin, jarang balik.” Cadang Amira.
“Yelah, dia dah kahwin, kenalah duduk dengan husband dia, buat apa nak tengok muka Mira yang tak cute tu.” Usik Anis.
“Betul cakap Mira, kerja dekat sini jelah. Senang sikit. Kalau kerja jauh jauh bukan tau nak balik rumah awak tu.” Sindir ibunya lagi.
“Bukan tak nak baliklah umi. Kerja kan banyak, lagipun dulu Anis kerja setahun je pun.”
“Nilah yang paling lama Anis duduk dekat rumah.”
“Mana ada. Dulu lepas SPM lagi lama. Tulah, umi nak sangat hantar Anis ke sekolah asrama, kan sekarang dah rasa sayang nak tinggal anak umi ni..” Dia tersenyum.
“Lepas ni nak kerja mana?” Uminya menyoal.
“Mama ingat lagi tak kawan Anis, Alia. Kawan masa dekat sekolah dulu. Yang pernah datang rumah kita tu.”
“Ingat, selalu datang rumah tu. Kenapa?”
“Dia kerja di JB sekarang. Anis ingat nak kerja dekat sana, tinggal dengan dia.” Dia memberitahu.
“JB? Jauhnya. Dekat dekat sini sudahlah.” Uminya cuba membantah.
“Jauh perjalanan luas permandangan umi.” Dia bergurau.
“Kalau dekat sini, pasal rumah dah tak payah fikir. Makan minum dah ada.”
“Umi, takpe. Macamlah Anis tak pernah berdikari. Lagipun Alia tinggal sorang. Boleh la Anis temankan. Boleh la umi, boleh eyh..” Dia memujuk uminya.
“Umi sebenarnya bukan nak melarang Anis nak kerja di mana mana. Anis dah besar, boleh fikir sendiri. Kalau Anis rasa tu yang terbaik, umi tak halang.” Uminya akur.
“Yeah. Ni yang sayang umi ni.” Dia ketawa.
“Macam tu baru nak sayang. Nanti umi beritahu abah.”
“Thanks umi. Takpe, lambat lagi, sebulan lagi Anis nak duduk rumah. Lepas tu baru pergi JB.”
Pak Majid menggeleng geleng kepala melihat kesesakan jalan raya. Hari ini Afiq sudah keluar dari hospital. Datuk Jamal menjemputnya dengan Majid.
“Bila Afiq mula kerja?” Soal Afiq kepada Ayahnya.
“Kerja? Afiq berehatlah dulu di rumah. Lagipun Karim ada di pejabat, dia boleh handlekan.” Datuk Jamal bersuara.
“Siapa Karim?” Soalnya benar benar tak mengenali jurutera paling dikaguminya dulu.
“Senior engineer kita. Dia dah lama kerja dekat situ. Afiq pun rapat jugak dengan dia.”
“Dulu..” Dia bersuara perlahan.
“Memanglah dulu. Tapi lepas ni Afiq jumpa diorang semua semula, semua akan kembali macam dulu.” Datuk Jamal memujuk.
“Ye ke?” Dia menyoal acuh tak acuh. Datuk Jamal masih bersabar dengannya.
“Afiq, papa yakin, semua akan jadi macam dulu semula.”
“Afiq tak nak. Afiq tak rasa boleh hidup dikelilingi orang yang kenal Afiq, tapi Afiq tak kenal diorang.”
“Dahtu, Afiq nak macam mana lagi?” Datuk Jamal mula hilang sabar.
“Afiq nak pergi dari sini.” Dia bersuara nekad. Datuk Jamal terkejut. Anaknya sudah banyak berubah.
“Afiq nak pergi mana?”
“Afiq nak kerja di syarikat cawangan papa. Papa yang cakap kita ada cawangan di JB kan?” Soalnya.
“Afiq lebih sesuai kerja di sini. Afiq tak kenal sesiapa di sana. Dalam keadaan Afiq macam ni, papa takkan benarkan.”
“Itu yang Afiq nak. Orang tak kenal Afiq. Afiq pun tak kenal diorang.” Afiq bertegas.
“Afiq dah jadi degil.” Lancang Datuk Jamal bersuara. Keadaan menjadi tegang.
“Degil bertempat. Afiq tetap nak pergi sana.” Dia berkeras.
“Baik, tapi Afiq kena pergi dengan Sara. Setiausaha Afiq. Sekurang kurangnya dia tau macam mana Afiq bekerja.”
“Apa apalah..” Datuk Jamal dan Majid benar benar terkejut. Dia sudah berubah. Bukan seperti Afiq yang dulu. Datuk Jamal mengeluh. Dia benar benar terpaksa lepaskan anaknya ke Johor Bahru..
to be continue...
No comments:
Post a Comment