continued from previous post..
“Kenapa? Apa yang berlaku?” Datuk Jamal yang baru tiba menghampiri tapak projek, ingin melihat apa yang berlaku melihatkan ramai yang berkerumunan di situ.
“Datuk..” Idris terkejut dengan kehadirannya.
“Kenapa? Ada apa ni?” Soal Datuk Jamal cemas dapat menjangkakan sesuatu berlaku daripada mulut mulut pekerja binaan di situ.
“Encik Afiq dan Cik Anis kemalangan. Datuk, boleh Datuk tinggalkan kawasan ni dulu. Bahaya. Datuk tak pakai safety helmet..” Idris cuba menenangkan keadaan.
“Kemalangan? Mana? Mana anak saya? Mana anak saya?” Datuk Jamal tidak menghiraukan Idris yang cuba menenangkannya. Dia tetap ingin menghampiri kawasan itu.
“Datuk, saya faham Datuk risau. Datuk tolong bersabar..” Tiba tiba kedengaran bunyi siren ambulans yang sampai. “Datuk duduk dulu. Nanti diorang uruskan Encik Afiq. Datuk, bawak bertenang Datuk.”
“Awak nak saya bertenang? Awak tau tak tu anak saya?!” Suara Datuk Jamal makin meninggi.
“Datuk, bertenang Datuk..” Idris masih cuba menghalang Datuk Jamal menghampiri kawansan tersebut.
Beberapa attendant yang datang cuba mengenalpasti kecederaan Anis dan Afiq sebelum mengangkat masuk ke dalam ambulans. Kekecohan semakin reda.
Amirul melangkah pantas ke bilik di mana Afiq ditempatkan, dia baru sampai dari Australia. Dia datang bersama Nisa. Langkahnya makin perlahan apabila melihat Datuk Jamal yang sedang duduk di kerusi menunggu di luar bilik itu. Amirul menghampiri Datuk Jamal.
“Uncle, Afiq macam mana?” Soalnya. Lelaki itu memandangnya. Jelas merah mata lelaki itu, menangis. “Uncle, uncle ok ke?, uncle balik berehat dulu.” Amirul terkejut melihat wajah itu. Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam.
“Takpe, uncle nak tunggu di sini.” Lemah suara itu.
“Afiq macam mana?” Soal Afiq sekali lagi.
“Dia dah sedarkan diri tadi. Dia selamat. Dia dah..” Ayatnya terhenti.
“Kenapa uncle?”
“Dia dah ingat balik. Dia dah ingat semuanya..” Masih perlahan suara itu.
“Alhamdulillah..” Amirul menggosok gosok bahu lelaki tua itu.
“Dia mintak uncle explain kenapa uncle tak pernah beritahu dia pasal Anis.” Amirul terkejut. Dia mengeluh, mula yakin kenapa lelaki itu menangis.
“Uncle, uncle balik dulu. Biar Mirul tunggu dia di sini. Esok pagi Mirul cuba cakap dengan dia. Dia masih terkejut lagi tu. Nanti bila emosi dia dah stabil, dia akan mula faham. Uncle balik dulu..” Amirul berusaha memujuk.
“Amirul janji akan cuba cakap dengan dia ye..” Lelaki itu bersuara mengharap.
“Ye, Mirul janji. Uncle ikut Pak Majid balik dulu.” Amirul memandang Majid, mengharapkan lelaki itu bertindak sesuatu.
“Datuk, kita balik hotel dulu. Esok pagi kita datang semula. Datuk pun dari tengahari tadi belum makan.” Majid mula bersuara.
“Uncle balik dulu. Nanti ada apa apa Mirul call uncle.” Lelaki itu mengangguk. Dia kemudian mula melangkah perlahan berlalu dari situ. Amirul memandang Nisa.
“Anis macam mana?” Soal Nisa.
“Entahlah. I pun tak tau. Takkan I nak tanya uncle tadi. takpe, nanti I tanya nurse dekat depan. I hantar u balik dulu. Nanti I datang semula.”
“Takpe, I tunggu sini dengan u.” Nisa duduk di situ.
“Nisa u balik la berehat. U pun bukan sihat sangat, I boleh tunggu sini sorang sorang. U pun belum makan ubat.” Amirul melarang.
“Oklah, tapi I boleh balik sendiri. U tunggu je kat sini. Esok pagi I datang.”
“Tak, I hantarkan. Dah lewat ni. Jom..” Mereka berjalan beriringan berlalu.
“U rasa uncle masih marahkan Anis?” Soal Nisa.
“Entahlah. Tapi dalam hal ni, takde siapa yang salah. Tak adil untuk salahkan Anis.”
“Boleh ke uncle faham. Dia accident sebelum ni pun bukan salah Anis.”
“Sekarang Afiq dah ingat semua. Uncle dah tak boleh nak manipulasi perkara sebenar.” Amirul menekan punat lift untuk turun ke tingkat bawah. Mereka menunggu.
“Afiq is in the middle. Anis or uncle.” Mereka melangkah masuk ke dalam lift sejurus pintu lift terbuka. Terdapat dua orang jururawat di dalam. Mereka terdiam menunggu untuk sampai ke tingkat bawah. Akhirnya mereka melangkah keluar.
“Afiq dah besar untuk buat keputusan.”
“Lepas lapan bulan ni, Afiq masih cintakan Anis ke?”
“Kenapa u tanya macam tu? Mestilah..” Amirul yakin.
“Macam mana kalau dalam masa lapan bulan ni Afiq dah sukakan orang lain?” Nisa menyerkap jarang.
“He won’t.”
“Ye ke? U never know..”
“Kalau betul pun apa kita boleh buat..” Amirul mengeluh.
“Anis sekali lagi kecewa. Anis sekali lagi terluka..”
Sara berulang alik di ruang tamu. Dia resah. Terasa ringan sahaja kakinya ingin melangkah ke hospital. Dia masih tertanya tanya perkhabaran lelaki itu. Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi, nama ‘papa’ tertera di situ.
“Papa!” Dia bersuara pantas sejurus menjawab panggilan itu.
“Ye, Sara call ke tadi? kenapa? Dah lewat ni, tak tidur lagi ke?” Soal Datuk Zamri.
“Papa, tadi Encik Afiq kemalangan dekat site.” Dia memberitahu. Datuk Zamri terkejut.
“Accident? Langgar kereta ke? Lori?” Soal lelaki itu.
“Papa, bukan car accident. Accident dekat site. Konkrit jatuh.”
“MasyaAllah. Macam mana boleh jadi macam tu. Dah tu, macam mana sekarang? Dia ok tak?” Soal Datuk Zamri lagi.
“Papa, Sara call papa untuk mintak tolong papa tanya Datuk Jamal.” Dia meminta.
“Papa? Eyh, papa pulak. Awak tu yang kerja dekat situ. Awaklah tanya. Kenapa tak pergi melawat di hospital?” Datuk Zamri hairan.
“Sara dah kena pecat petang tadi papa.” Perlahan suaranya.
“Ya Allah, kenapa pulak ni Sara? Apa sebenarnya berlaku? Cerita dekat papa. Kata Afiq accident, bila pulak dia pecat Sara?” Datuk Zamri keliru.
“Panjang ceritanya papa. Sekarang papa call lah Datuk Jamal, tanya pasal Encik Afiq..” Dia memohon.
“Takde, takde.. Papa nak dengar dari mulut Sara sendiri. Sara ada buat salah ke?” Suara Datuk Zamri serius.
“Papa, kalau papa sayangkan Sara, papa call Datuk Jamal, tanya pasal Encik Afiq.” Sara terus menghentikan panggilan. Dia terduduk di sofa. Dia memandang sepi ruang tamu itu. Dia buntu.
“Kau nak makan apa apa tak?” Soal Amirul memandang Afiq. Lelaki itu cuma menggeleng. Sejak bangun dari tidur pagi tadi lelaki itu masih mendiamkan diri. Amirul sendiri tidak tau apa yang harus di lakukan. “Makanlah sikit. Nanti macam mana nak makan ubat.” Amirul bersuara lagi. “Sakit kepala lagi ke?” Amirul menyoal. Dia akhirnya putus asa tatkala melihat lelaki itu masih mendiamkan diri.
Tiba tiba pintu bilik itu di buka, Nisa menjengukkan muka. Dia tersenyum kepada kedua dua lelaki itu kemudian melangkah masuk.
“Dah breakfast?” Soal Nisa.
“Belum, eloklah u dah sampai, I nak turun breakfast.” Amirul mencapai beg kertas di meja sisi itu untuk mengambil telefon bimbit dan dompetnya.
“Ok.. Afiq dah breakfast?” Soal Nisa kepada suaminya.
“Belum. U cakaplah dengan dia. Dia tak nak makan.” Amirul berlalu keluar. Nisa menggeleng geleng kepala.
“U nak bubur ke? I boleh mintak nurse hantarkan..” Nisa bersuara. Afiq tidak mengendahkan pertanyaannya. Nisa mendiamkan diri. Mencari cari sesuatu untuk diperkatakan. “I tau, semua ni terlalu sukar untuk u. tapi u kena tau, ada sebab kenapa uncle buat macam tu. Kalau u sayangkan Anis, dia pun sayangkan u.”
“Entahlah..” Itu saja yang terkeluar dari mulutnya.
“Kalau u nak apa apa u cakaplah. Nak makan apa apa ke..” Nisa sudah malas membuka cerita tentang lelaki itu.
“Anis macam mana sekarang?” Soal lelaki itu tiba tiba. Nisa memandangnya.
“Anis.. Dia masih tak sedarkan diri.” Nisa bersuara perlahan. Lelaki itu berubah riak muka. Mungkin terkejut.
“Tak sedar? Teruk ke dia?” Soalnya lagi.
“Afiq, boleh I tanya something?” Nisa tidak menjawab soalan tadi.
“Apa?”
“U masih sayangkan dia? Macam dua tahun lepas?” Lelaki itu terdiam memandang sekeliling.
“I harap yang I takkan kehilangan dia buat kali ke tiga..”
“Kalau Allah beri dugaan untuk u kehilangan dia, u kena terima.”
“She’s not in a good condition right?” Afiq memandang Nisa menantikan jawapan.
“I tak nak beri u harapan, sebab tak nak nanti u kecewa. What can I say, kita boleh berdoa untuk dia.” Terus tertunduk lelaki itu.
“I wanna see her..” Dia mengharap. Nisa mengangguk.
Alia mengalihkan pandangan kea rah pintu bilik itu apabila terdengar ianya di buka. Dia melihat Afiq dan seorang wanita masuk.
“Can I see her?” Soal Afiq pada Alia. Alia mengangguk.
“Duduklah.” Alia mempelawa. Dia bangun dari duduknya. “Saya keluar dulu. Tapi Encik Afiq tak boleh lama. Family dia dah on the way ke sini.” Alia memberitahu.
“A’a.. Thanks.” Afiq mengangguk. Dia memandang wajah itu. Terbaring lemah. Dia menggunakan alat bantuan pernafasan.
“I keluar dulu.” Nisa pula mengundurkan diri.
“Anis, saya tak boleh hidup tanpa awak. mungkin awak mampu tunggu saya untuk sepuluh tahun, tapi saya dah tak mampu nak tunggu awak walaupun lagi sesaat. Tolong buka mata awak, cakap pada saya kali ni awak takkan tinggalkan saya.” Air mata lelaki itu akhirnya mengalir. Dia tewas di hadapan insan itu.
“Tolong bangun dan marah saya sebab tak ingat sedikitpun tentang awak. Marahkan saya sebab saya dah cakap pada awak kalau insan yang saya pernah sayang tu muncul di depan saya, saya akan mintak maaf sebab dah tak ada perasaan pada dia. Marahkan saya sebab tak jemput awak di KLIA. Marahkan saya sebab awak jadi begini.. Sedarlah Anis.. Tolonglah..” Dia terus merintih. Air matanya masih turun.
Tiba tiba pintu bilik itu di buka. Alia muncul. “Encik Afiq, family Anis dah sampai, boleh tak kalau Encik Afiq keluar dulu.” Afiq memandang Alia. Dia mengangguk.
Dia memandang sekilas pada Anis. Dia kemudian bangun untuk beredar. Dia berhenti sebentar di hadapan Alia.
“Benda yang paling saya kesal dalam hidup saya, saya tak dapat ingat tentang dia dalam lapan bulan ini.” Dia terus melangkah keluar.
Afiq berjalan jalan di kawasan sekitar hospital. Dia ingin mengambil angin. Dia kemudian duduk di kerusi bangku di situ. Memandang sekitar kawasan itu. Ramai pesakit yang berada di situ. Dia melepaskan keluhan.
“Boleh saya duduk di sini?” Soal Alia. Afiq memandang sebentar wajah itu.
“Duduklah..” Itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya.
“Encik Afiq dah ok ke? Dah sihat?” Soal Alia.
“Saya takde cedera apa pun. Cuma doctor nak buat final check petang ni, kalau takde apa apa, saya dah boleh balik esok.”
“Ouh, baguslah. Encik Afiq dah ok, pasal tadi?” Soal Alia lagi.
“Awak kawan Anis?”
“A’a, dari sekolah menengah lagi.” Alia tersenyum.
“Ouh, tak payah lah ber encik dengan saya. Awak bukan pekerja saya. Panggil Afiq je.” Dia berhenti di situ.
“Ouh, ok..” Alia mengangguk.
“Awak kawan dengan dia dari sekolah menengah? Awak tau pasal..” Ayatnya terhenti. Dia tidak tahu bagaimana ingin menyoal lagi.
“Pasal dia dah lama sukakan awak?” Alia menduga. Afiq mengangguk. “Awak cinta pertama dia. Dan satu satunya orang yang dia pernah cintakan. Dari kitorang belajar dekat sekolah, sampai sekarang.”
“Saya dah kecewakan dia.” Lelaki itu tersenyum tawar.
“Tak, itu takdir dari Dia. Kita tak boleh salahkan sesiapa.”
“Saya nak tanya awak sesuatu, dan nak jawapan yang jujur dari awak.” Dia memandang Alia. Alia mengangguk.
“Apa?” Dia menunggu soalan itu.
“Lepas dia balik dari Jerman, apa yang dia fikir bila saya tak jumpa dia di KLIA?” Afiq menanti jawapan.
Alia terdiam lama. Dia sendiri tidak pasti jawapan apakah yang harus diberikan.
“Kecewa, putus asa. Cari kekuatan untuk lupakan orang yang dah lupakan dia.”
“Lepas dia jumpa saya di sini?” Soal Afiq lagi. Alia tersenyum, teringat detik detik dia dengan Anis meneka apa yang sedang berlaku.
“Macam macam..” Alia tersenyum menahan tawa.
“Macam macam?” Afiq hairan.
“Yea.. Kitorang tiap tiap malam meneka apa sebenarnya yang jadi pada awak. Awak saja buat macam tu sebab takut dia marah. Sampai dia ingat awak dah kena bomoh.” Alia ketawa.
“Bomoh?” Afiq turut ketawa.
“Sampai Sara yang cerita pada dia apa yang berlaku.”
“Lepas tu?”
“Dia mula faham apa yang berlaku. Mungkin jodoh bukan milik awak dan dia. Mungkin sekadar seorang majikan dan pekerja.”
“I owe her my life twice. Saya tak nak kehilangan dia.” Afiq memandang jauh kawasan rehat itu.
“Takde siapa nak kehilangan dia. Sama sama kita..”
“Kak Lia!” Laungan itu menghentikan kata katanya. Amira berdiri di situ. “Kak Anis…”
Afiq turun dari kereta, ramai orang yang sudah menunggu di dalam masjid. Amirul yang sudah lama menunggu menghampirinya.
“Pesal lambat bro? ingatkan dah tak nak nikah. Boleh je aku gantikan tempat kau..” Amirul mengusiknya.
“Amboi, baru dapat baby ada hati nak pasang lagi satu.” Afiq membetulkan sampinnya.
“Dah la tu, dah hensem pun. Karang balik jugak tok imam tu penat tunggu kau.”
“Yelah, nak masuklah ni.” Amirul berjalan beriringan dengan Afiq. Dia melangkah masuk ke dalam masjid.
Dia tersenyum sebentar pada ayahnya yang sedang menunggu. Datuk Jamal duduk di sebelah Datuk Zamri. Dia kemudian duduk di hadapan imam.
Amirul mengambil tempat di sebelah Datuk Jamal.
“Uncle, bersemangat hari ni nampak.” Amirul menyindir.
“Ni haa, Datuk Zamri ni lagi bersemangat. Uncle steady je.” Datuk Jamal senyum.
“Mestilah, menantu sulung.” Datuk Zamri tersenyum gembira pada hari bersejarah anaknya.
Amirul mengerling sepintas kebelakang, melihat Nisa yang sedang meribakan anak mereka yang baru berumur empat bulan. Wanita itu duduk bersebelahan Sara yang cantik berbusana putih dengan bertudung. Dia kelihatan anggun berseri dengan wajah bakal seorang isteri.
“Tahniah, Sara..” Alia mencium kedua belah pipi Sara.
“Terima kasih.”
to be continue...
No comments:
Post a Comment