continued from previous post..
Alia memerhatikan Anis yang memakai mask pada mukanya.
“Tu la kau, takde pasal, cari pasal. Kang dah kena masker cake. Padan muka tu.” Alia menyindir.
“Diam.. Diam.. aku tengah fikir..” Anis memejam mata.
“Fikir apa pulak. Aku rasa kau tak payah nak fikir fikir dah. Kau buat je kerja kau. Tak payah nak kisah pasal dia.”
“Tak boleh.. Tak boleh..” Anis menggeleng.
“Apa yang tak boleh pulak, aku takut kau tu yang gila lama lama.”
“Kau ada terfikir tak, kalau Datuk Jamal tu buat bomoh bomoh dekat dia supaya lupakan aku?” Anis meneka.
“Ada ke macam tu?” Soal Alia pelik.
“Isy, ada la. Pesal takde pulak. Orang cakap kalau kena bomoh, dia jadi macam biol biol sikit. Macam Afiq sekarang lah..”
“Kau ni biar betul. Takkan Datuk Jamal tu nak buat macam tu.”
“Unta tu bukan boleh kira.” Anis mendengus.
“Apa? Unta? Unta apa pulak ni?” Alia hairan.
“Kau tak tau ke? Dalam bahasa arab, Jamal tu maksud unta.”
“Kau ni menipu ke apa?” Alia tidak percaya.
“Aku tak tipulah. Kau pergi bukak dictionary tengok.. Aku tau la. Dulu kan aku belajar arab kat sekolah. Bukan macam kau, masuk kelas jerman asyik tidur je.” Dia menyindir.
“Eyh, kau sedapnya mengata aku. Ouh, unta ye.. Memang macam unta orang tua tu.”
“Takpe, aku yakin, aku akan tau jugak nanti.”
“Yelah tu. Kau tu tiap tiap hari yakin, tapi tak pernah jugak tau.”
“Kau tunggulah Lia. Akan ku korek habis habisan kenapa jadi macam ni..”
Anis memerhatikan kerja pembersihan tapak pembinaan. Panas terik. Dia sesekali berlindung di bawah pokok berdekatan. Seorang penyelia pembinaan mendekatinya.
“Cik Anis seorang?” Soalnya.
“A’a. Bos ada hal dekat luar.”
“Boleh saya tengok pelan tak Cik Anis?” Soal lelaki itu.
“Saya tak bawak. Takde dengan saya. Encik Afiq yang pegang. Esok saya mintak dia datang.” Anis senyum.
“Eh, takpe. Nanti saya pergi ofis sendiri. Lagipun datang sini bukan ada apa lagi. Baru clearance.”
“Takpe, bos awak tu rajin.” Anis tersenyum.
“Takpelah Cik Anis, lagipun saya nak balik kampung petang ni, balik Kedah. Hantar anak isteri balik kampung. Tengah cuti sekolah ni.” Lelaki itu memberitahu.
“Ouh, mesti jam jalan. Cuti sekolah dah start.” Anis berbual ramah.
“Mestilah Cik Anis, tapi takpelah, anak anak pun dah rindu kampung.”
“Boleh saya tanya something tak?” Soalnya.
“Tanya apa?” Soal lelaki itu.
“Pada pendapat awak la kan, awak percaya tak benda bomoh bomoh ni?” dia terdiam sebentar. “Maksud saya, yelah awak kan pernah duduk dalam komuniti kampung.. Er jangan salah faham, saya pun asal kampung jugak cuma tak pernah ambik tahu hal hal ni. Awak percaya ke?” Dia menyoal. Lelaki tersenyum sedikit ingin ketawa.
“Kenapa Cik Anis tanya pasal benda benda ni?” Soalnya kembali.
“Saja, saya nak tau..”
“Ada je benda benda macam ni Cik Anis. Tapi bergantunglah. Kalau yang kuat amalan, banyakkan berdoa, InsyaAllah dilindungi dari benda benda macam ni.”
“Ada tak yang boleh buat orang tu, lupa pada orang lain. Maksud saya, lupakan kawan kawan ke, ahli keluarga ke, kekasih ke?” Soalnya lagi.
“Benda benda macam ni melibatkan makhluk halus Cik Anis, rasanya takde yang mustahil. Kenapa ni Cik Anis? Ada yang terkena ke?” Soalnya ingin tahu.
“Haa? Eh, takde.. Tekde.. Saja tanya.” Anis tersenyum.
“Kalau terkena tu, kata orang bomoh yang buat tu je yang boleh sembuhkan. Tapi entahlah boleh percaya ke tak. Saya yakin dengan kuasa Allah, takde yang lebih berkuasa. Kalau kita berdoa, insyaAllah, Allah tu lagi berkuasa untuk sembuhkan.” Terang Idris panjang.
“Saya, ada sorang kawan. Tiba tiba dia tak ingat siapa saya, lepas tu dia berubah perangai. Jadi lain, lain sangat.” Anis bercerita semangat.
“Kalau orang bomohkan ni, dia ada sebab. Untuk manfaat dia. Cik Anis rasa ada manfaat ke orang nak bomohkan dia macam tu?”
“Mungkin orang tu tak suka saya kawan dengan dia?” Anis meneka lagi.
“Entahlah Cik Anis susah nak cakap. Tapi, lebih baik kita fikir positif. Mungkin ada sebab lain.. Bomoh bomoh ni, sekarang orang pun dah tak percaya..” Nasihat Idris.
“Ye ke? Tapi saya..”
“Oi.. Macam mana?” Anis terkedu di situ, ayatnya terhenti. Afiq tiba tiba berada di situ.
“Macam mana?” Soal Anis kembali, tidak mengerti.
“Macam mana clearance lah, takkan tanya pasal awak.” Anis mencebik. Mamat ni memang sengal lah sekarang..
“Ok je bos. Dalam dua hari insyAllah setel. Tinggal pokok pokok besar ni je yang nak kena tumbangkan. Ambil masa sikit. Lagipun, bahaya jugak ni, pokok ni tinggi, besar.” Ujar Idris.
“A’a.. Susah. Susah..” Anis mengangguk. Afiq tidak berpuas hati dengan reaksi itu.
“Apa susah, cangkuk je gigi awak dekat situ Anis, cabut pokok keluar.” Lancang dia bersuara. Anis memandang wajah itu, terkejut. Idris tersenyum menahan ketawa. “Semua susah..” Afiq menyindir lagi.
Kau ni bukan takat dah kena bomoh, kau dah kena rasuk sekali aku rasa…
Anis mengemas ngemas mejanya. Dia ingin pulang. Penat seharian bekerja, pagi tadi turun tapak projek, tengahari berjumpa Andrew untuk baiki pelan. Dia mengeluh seketika. Terasa berat untuk melangkah pulang mengingatkan jalan pasti sesak pada waktu ini.
Tiba tiba dia terdengar beberapa tapak kaki sedang menghampirinya. Dia menoleh. Afiq, Sara dan Eizy sedang berjalan beriringan. Sudah ingin pulang mungkin. Di biarkan saja mereka, malas dia untuk menegur.
“Cik Anis..” Tiba tiba Sara menegur. Anis tersenyum.
“U tak balik lagi?” Soal Eizy. Lelaki itu makin rapat dengan Afiq sekarang. Seringkali menghabiskan masa bersama.
“A’a, dah nak balik. Cuma nak tunggu kejap lagi. Jalan tengah jam kan.”
“Joinlah kitorang. Makan makan, lepak Old Town. Jomlah!” Ajak Sara beria ria. Anis menggelengkan kepala.
“Takpe, u all pergilah. Saya dah nak balik pun.”
“Jomlah, esokkan cuti. Awak ni..” Afiq mengajak. Ingin saja dia menyoal, sejak bila lelaki itu sudah pandai melepak di Old Town.
“Takpe lah bos..” Anis masih menolak.
“Awak jangan sampai kitorang tarik karang..” Afiq mengugut.
“Cik Anis, jomlah..” Sara masih memujuk.
“Oklah.. Saya pergi..” Anis mengalah akhirnya.
Seorang pelayan meletakkan empat potong kek dan empat cawan kopi di atas meja, Sara senyum pada pelayan tersebut.
“What a long day..” Eizy mengeluh.
“Yup..” Itu saja yang terkeluar dari mulut Afiq.
“Guys, lets play a game..” Eizy memberi cadangan. Anis mengalihkan pandangannya ke arah lain. Entah apa la lagi, idea budak budak gila ni..
“Sounds great! What is it?” Soal Sara.
“True or dare..” Eizy memberi cadangan.
“Yeah! Bagus bagus..” Afiq menyokong.
“No big deal..” Sara turut bersetuju. Mereka memandang Anis menanti reaksinya.
“Ok, fine..” Anis mengalah. Tapi dia sendiri tidak setuju dengan benda ini. ini cuma untuk kanak kanak.
“Ok, lets start. First, take out our phone.. then we call anybody of us. Then who get the phone call first have to do the task. The one who call, become the task maker. Alright?” Eizy memberi arahan. Anis dan Afiq mengangguk faham. Anis cuma mendiamkan diri. “Ok, lets start.” Mereka masig masing bertindak pantas mendail telefon. Tiba tiba telefon Eizy berbunyi.
“Yes! Haha..” Afiq tersenyum gembira. “I want u to order six more cups of coffe and finish it..” Anis terlopong mendengar arahan itu. Sara pulak terus ketawa.
“Haha, u’re not gonna sleep for three days friend..” Sara masih ketawa.
“No big deal..” Dia terus memanggil seorang pelayan. Seorang pelayan perempuan datang. “I want six cups of coffee. Original please..” Dia senyum pada pelayan yang melihat sepintas lalu kopi di atas meja itu yan belum habis. Pelayan itu, mengangguk.
“Ok, sir. Anything else?” soalnya. Eizy menggeleng. Seketika kemudian, enam cawan kopi di hantar oleh pelayan yang sama ke meja itu. Eizy tersenyum sejenak kepada mereka dan terus meminum kopi kopi itu. Sehingga habis keenam enam.
“Eizy, u’re killing yourself. Tomorrow is holiday and u should sleep until the mid day..” Anis bersuara tersenyum.
“Gosh! Afiq kau memang kurang asam.” Afiq dan Sara ketawa.
“Ok, lets start again..” Afiq bersuara. Masing masing terus mendail sepantas yang mungkin. Tiba tiba telefon bimbit Anis berbunyi, tertera nama Afiq. Sesaat kemudia, telefon Sara berbunyi, tertera nama Eizy.
“Anis got the call first..” Sara tersenyum.
“Ok, what is it boss?” Dia menyoal Afiq. Dia sendiri gementar menunggu soalan.
“Did u see that waiter?” Afiq menunjuk ke arah seorang pelayan berbadan besar yang sedang berdiri di kaunter. Mereka semua berpaling ke arah itu. “Go and get his number..” Anis benar benar terkejut. This is too much..
“Bos, mana boleh. Tak naklah..” Anis enggan.
“Eyh, mana boleh tak nak. Kena jugak…” Afiq bertegas. Eizy dan Sara sudah mula ketawa terbahak bahak.
“Pergi la Cik Anis, senang je tu.” Sara mengusiknya.
“Ok, fine..” Anis bangun. Dia melangkah pergi. Tiga pasang mata tadi memerhatikannya.
“Yes miss, may I help u..” Soal lelaki berbadan besar itu.
“Yes, u may. Kawan saya, yang duduk dekat sana tu,” Dia menunjukkan jarinya pada Sara, “Nak kenal dengan awak, dia mintak nombor awak. If u don’t mind..” Anis tersenyum pada lelaki itu.
“Ouh, I think I cant help u that way.” Lelaki itu menolak.
“Pleaseee..” Anis tersenyum mengharap. Ni kalau bukan mamat bangang tu punya pasal, sumpah aku tak buat kerja bodoh ni.. kenapalah aku boleh ikut diorang ke sini..
“Ok, may I have your phone?” Lelaki itu mengalah.
“Yeah, of course..” Anis menyerahkan telefon bimbitnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menekan punat telefon itu. Telefon diserahkan kembali kepada Anis. Anis melihat sekilas screen telefon bimbitnya, tertera nombor telefon lelaki itu di situ.
“Thanks..” Anis senyum lalu berlalu.
“Guys, here it is..” Anis menunjukkan screen telefon bimbitnya kepada mereka.
“Great!” Eizy ketawa. Anis menurunkan telefonnya ke bawah meja. Di terus mendail nombor Afiq.
“Ok, lets start.” Eizy bersuara. Sesaat kemudian telefon bimbit Afiq berbunyi. Afiq terkejut.
“Cepatnya..” Sara terkejut.
“Gotcha!” Anis tersenyum puas.
“So What is it?” Soal Afiq.
“What was the last project u handled with me in Assway?” Soal Anis.
Afiq terdiam di situ. Sara memandang Anis.
“Anis, still talk about business? Come on!” Eizy menyindir.
“It’s okay, just a simple question isn’t? takkan bos tak ingat.” Kata Anis. Afiq masih terdiam, Sara memandang pelik pada Anis.
“It just an office with 10 floors.” Suara itu perlahan, suara itu keliru..
Anis memandang permandangan cantik dari Danga Bay. Hatinya sedikit tenang. Dia sedang menunggu seseorang.
“Cik Anis.” Sara muncul di situ.
“Sara.” Anis tersenyum padanya.
“Dah lama ke Cik Anis tunggu?” Soalnya.
“Tak, baru je..” Anis memandangnya. “Apa hal awak nak jumpa saya?” Anis menyoal.
“Saya tau, ada yang Cik Anis nak tau dan saya tau benda tu.” Sara menjawab.
“Yeah, memang saya nak tau sesuatu, dan kalau awak tau, boleh awak beritahu saya.”
“Pasal Encik Afiq kan?” Soal Sara.
“Ye, pasal Encik Afiq.” Pantas Anis menjawab.
“Saya tau, Cik Anis ada kerja di Assway dua tahun sebelum ni. Sebab tu Cik Anis keliru kenapa Encik Afiq tak kenal Cik Anis.”
“Ye, memang saya keliru dan saya tak faham kenapa..”
“Saya patut rahsiakan hal ni. Tapi disebabkan Cik Anis kenal Encik Afiq dan perkara ni dah buat Cik Anis tertanya tanya, saya akan beritahu.” Sara bersuara yakin.
“Saya bersedia nak mendengar.”
“Lima bulan lepas, Encik Afiq kemalangan. Kemalangan teruk. Masa tu dia nak pergi ke KLIA. Dia cakap pada saya, nak jumpa orang tersayang.” Sara diam sebentar. Anis terdiam, terkejut.
“Lima bulan lepas?” Anis tertanya tanya.
“Ye, saya masih ingat tarikh tu, 12 januari, hari lahir saya. Lepas kemalangan tu, Encik Afiq tak sedarkan diri dua hari, lepas sedar doctor sahkan Encik Afiq hilang ingatan.” Sara berterus terang.
“12 January..” Anis terkelu. Dia masih ingat tarikh itu, tarikh dia pulang ke Malaysia.
“Memang orang itu adalah Cik Anis.”
“Awak tau?” Anis pelik.
“Saya dah siasat penerbangan hari tu. Sebab saya tertanya tanya siapa orang tu. Yang ada penerbangan dari Jerman, Singapore, dan Johor. Saya lupakan perkara tu sebab saya tak dapat nak cari siapa orang tu. Semalam masa Cik Anis soal macam tu pada Encik Afiq, saya mula tertanya tanya. Kenapa Cik Anis tanya soalan tu. Mesti Cik Anis nak pastikan Encik Afiq ingat atau tak masa lalu. Maknyanya Cik Anis pernah kenal Cik Afiq. Saya check semula fail peribadi Cik Anis. Cik Anis pernah kerja di Assway. Jadi saya anggap Cik Anis tertanya tanya kenapa majikan Cik Anis tak ingat Cik Anis. Tetapi saya terpandang sebab perletakan jawatan Cik Anis, sambung belajar ke Jerman. Tarikh Cik Anis tamat belajar, awal bulan januiari lepas. Jadi saya buat kesimpulan di sini, Cik Anis orang tu. Dan sebab itu saya nak berjumpa Cik Anis dan terangkan semua ni. Sebab saya rasa Cik Anis berhak untuk tau..” Sara berterus terang.
“Jadi dia hilang ingatan?” Anis benar benar tidak menyangka.
“Ye Cik Anis, dia tak ingat apa apa. Saya harap Cik Anis faham. Takde siapa yang bersalah dalam hal ni. Dia sendiri tak mintak untuk lupakan Cik Anis.”
“Saya tak salahkan sesiapa Sara. Cuma ni buat saya sedar, apa pun yang berlaku saya dah di takdirkan bukan untuk dia.. Bila dia mengaku cintakan saya, saya terpaksa ke Jerman. Bila sayang pulang untuk cinta dia, dia ditakdirkan untuk lupakan saya.. Cinta dia bukan untuk saya..” Anis mengesat air matanya.
“Cik Anis masih cintakan dia?”
“Saya cuba sedaya upaya saya untuk lupakan dia.. mencintai dia sepuluh tahun, saya tak dapat lupakan dia dalam lima bulan.. Saya cuma dapat menipu diri saya..”
to be continue...
No comments:
Post a Comment