Monday, July 19, 2010

SAHABAT

isy, pantang nk baca or dengar saya mencarut dengan penuh hilang kesabaran..

hari ni ada pulak yg nak bakar hati saya nk buat cecah air asam gamaknya..
tengah senang lenang hati gembira sebab makan nasi goreng yang sedap kt P19 tadi, saya dan cik baizura comel lotey yg di minati mamat2x ktc (termasuk shah khusunya) pergi ke P07 untuk kelas fevret saya, "Basic Electrical Engineering", alah yg buku electric circuit tuh...

sampai je dekat depan kelas, biasalah budak first year, skema mcm head prefect skolah, dah beramai ramai bertenggek atas tangga depan pintu sedangkan kelas lagi 15 minit..
n adelah mak minah, mak jenab, mak kiah tengah bergossip gossip kt tangga tu..

tetiba seorang makcik tu panggil saya..
K: naimah!
saya: a'ah..

lalu soal selidik bermula.. miss K tanya pasal btol ke miss X nk tukar masok u sini..
ahh.. saya dah tau knapa dia tanya..

miss X tu kwn sekolah menengah dia dulu..
n senang cerita bukan kawan tapi musuh tahap &*^%$..
ntahla mungkin pernah gadoh2x sampai tarik rambut kot..

saya angguk je... dah btol..
miss K tanya lagi, kolej mne..
kampunggal jawab lagi..
wah! bukan main hepy..
"nasib baek.." tu jawapan die!
bile tau miss X bukan kolej ktc..

di soal lagi..
course apa..
kampunggal jawab lagi..
"Alhamdulillah.." tu jugak jawapan dia! dan kengkawan dia yg x kenal pon miss X ni..
xtaulah gembira sebab x sama course atau die seronok sebab course die tu mungkin lagi HEBAT sangat..

saya terus blah.. berdiri sebelah baizura.. bersembang2x..
nk kurangkan sakit hati ni...

saya tau dia x suka miss X..
tapi x payahlah nk cakap atau buat perangai mcm tu..
bergossip kt tangga tu, cerita kt semua org anda mempunyai seorang musuh yg akan dtg ke sini..

agaknya tangga tu dah ada dalam senarai saksi mendengar umpatan anda di akhirat nnti..

tak kesahlah anda pernah bergadoh berebut boyfriend ke, berebut apa pon..
tolonglah lupakan benda2x zaman purba tu..

saya memang sakit hati tengok orang buat mcm ni..
sikit je lagi kasut kt kaki ni nak naek dekat pipi anda..
klau x siapa jugak yg rugi??
anda lah! sebab x masok kelas Dr Nik, tapi masok pusat kesihatan..

miss X tu adalah kawan baek saya di UiTM dulu..
antara kawan TERBAEK saya di sana..
tempat saya menangis, mengadu, berkongsi, teman pergi kelas..
x patot anda mengutuk dia mcm tu, di depan saya pulak tu!!!

saya bertoleransi dengan anda sebaik mungkin..
sepanjang orentasi, latihan bola jaring, di dalam kelas..
n tak kesahlah berapa banyak saya mengajar anda programming tadi..
anda sahabat saya, miss X pon sahabat saya..
saya tahu miss X ada kekurangan..
n lihatlah anda, bila anda berperangai mcm ni, anda tak rasa yang anda tu jugak ada kekurangan...

saya jugak pernah bergadoh, saya jugak pernah berselisihan faham..
tapi boleh x anda matang seiring dengan umur anda dan akal anda yang kononnya yang masuk ke universiti ini orang2x terpilih, CERDIK PANDAI, apa akal anda yg hebat tu x cukop nk fikir benda sekecil ni???

saya x kesah anda nk burukkan sesiapa..
itu hak anda..
saya dan manusia lain pon ada hak untuk memburukkan orang lain..
tapi tolong, hormati saya sebagai sahabat miss X..
jangan sampai saya yg terasa hati dengar awak mengutuk atau bercakap cakap buruk tentang miss X..

sebab kenyataannya, klau miss X buruk burukkan anda, saya pon terasa hati, dan terus tegur..
sebab saya dah kenal miss X lama..
saya x mampu tegur anda sebab kita baru sgt kenal..
kekuatan persahabatan kita belum cukop untuk buat saya nk menegur anda..

saya faham kalau anda xsuka dia..
sebaik baiknya simpan dalam hati ataupun lupakan terus..
jangan nk besar besarkan cerita ini hingga melibatkan orang lain yg xtau hujung pangkal pun tau cerita..

sudahlah, tulis banyak pon x guna..
anda x membaca pon blog ini..
di saat saya tulis ini, bukan saya marah atau geram dengan anda..
cuma sedikit kesal bila anda buat mcm tu tadi..
sekrang anda sahabat saya..
dan nampaknya saya perlu immune ini sikap anda dan mungkin boleh berhati hati supaya x menjadi product buah mulut anda..

kampunggal~
X + K = mintak2x lah korang x bertembung dlm utm ni..

No comments:

Daisypath Friendship tickers