Hari ni aku nak masak kari ayam.. tengah nk cuci ayam yang baru dibeli dekat market, (market tu pasar, kang ade yg xtau plak) aku terpandang ayam2 jiran aku yang tengah berjalan jalan kt luar tu melalui tingkap dekat sinki tu… lepas tu aku terpandang telur ayam atas meja yang aku nak goreng kejap lagi…
Maka.. mcm biasa aku mula buat “theory dari dapur” aku…
1. kenapa tidak sama kandungan zat dalam sebiji telur ayam berbanding seekor ayam? Telur ayam kaya dgn kolestrol, ayam kaya dgn protein… Mungkin sebab telur ayam tu x makan apa2 lagi.. sedangkan seekor ayam dah mkn mcm2 benda…
2. kenapa kita boleh mkn 3 biji telur ayam, tapi x mampu mkn seekor ayam sedangkan ianya dua benda yang sama? (mcm bengong ja soklan ni) sebab mak ayam x larat nk bertelur telur yang sama besar dgn dia… sebab tu kita x dilahirkan sebesar sekarang..
3. kenapa ayam mkn kepala ayam? Tak paham? Bila aku hbs cuci ayam, kdg2 aku lempar kepala ayam keluar tingkap (takkan nk masak kpala ayam), tgk2 ayam2 kt luar tu berebut rebut kepala ayam tu… sedar x diorang tu kepala seekor ayam? Kepala sedara diorang sendiri… tak.. sebab diorang xde akal.. (mcmlah korang tak tau kan).. segala benda yang berbau mknan diorang telan.. isy3x.. ksian, x sedar mkn kepala kaum sejenis…
4. kenapa ayam kampung lagi kecik dari ayam daging (ayam di ternak)? Sebab ayam kampung miskin.. kais pagi mkn pagi, kais petang mkn petang.. ayam di ternak semua orang bagi mkn.. siap ada injection lagi.. BCG mungkin???
5. kenapa ayam bangun awal pagi berbanding haiwan lain? Macam biasa, ayam akan berkokok bila subuh.. kenapa ya.. sebab ayam kan rabun malam.. mcm pepatah “rabun ayam”.. so dia memang suka bila siang menjelma, boleh nampak.. tak sabar nak tunggu siang.. kok kok kok!!!
6. kenapa ayam jantan ada balung (yg mcm crown atas kepala), tapi ayam betina xde? Sebab ayam jantan xde duit nak beli untuk ayam betina jugak..so ayam jantan jelah yang ade crown…
7. kenapa ayam jantan je digunakan untuk sabung ayam, tapi ayam betina tak? Sebab ayam betina mcm wanita, kaum yang lemah..
8. kenapa dalam English ayam jantan dewasa dipanggil cock, ayam betina dewasa dipanggil hen, anak ayam di panggil chicken, tetapi bila dijadikan masakan semuanya dipanggil chicken, sedangkan yang dimasak ayam dewasa bukan anak ayam? Sebab bila di masak, kita tak tau tu ayam jantan atau betina, tapi kita tau, ia konfem2 pernah jadi anak ayam.. so kita panggil lah chicken… fried chicken, chicken curry, chicken soup…
Ni jelah, theory dari dapur aku untuk hari ni… tapi.. ada satu theory aku yang xde jawapan.. penat aku fikir..
Kenapa dunia pelacuran dikaitkan dengan ayam? Mak ayam, bapak ayam, anak ayam.. haisy, ksian ayam…
No comments:
Post a Comment