Wednesday, March 10, 2010

kebekuan melanda...

tarikh: 10 March 2010

tempat: Dewan Seri Budiman (DSB)

event: final exam paper maths.

maka hari untuk final exam first paper pun tiba.. aku bangun pagi2 lagi gi mandi n bersiap sedia nak iron baju..
memandangkan dewan seri budiman yang tak ubah seperti peti ais cap panasonic, aku pun ambik baju kurung yang aku selalu rasa panas bila pakai gi kelas....
terus iron baju...

pada mulanya aku nak pertimbangkan idea fatin supaya pakai sweater dalam baju kurung (walaupun idea ni paling x bernas yang pernah aku dengar), tapi yot membantah sekeras kerasnya, "nanti ko nampak macam pakai baju rugby..."
n aku pun bukan la gila lagi nak buat gu tu...

setelah menaiki teksi kenari milik pak cik k, kami tiba pada pukul 1.20 p.m di menara saas... pusing sini sana pilih tempat nak solat.. sekali tengok surau sebelah dsb penuh dengan budak asasi... sampai ke pintu.. ampa semua masok study situ, kat mana nak sembahyang pon aku konpius...

lalu aku dan kengkawan pun nekad la nak gi solat kat surau kakitangan wanita.. lantak lah, walaupun kitorang bukan kakitangan ataupun kepalaperut, kitorang rembat je masok..

lepas solat, terus g dsb. tunggu depan pintu dewan tu... sekali encik azmi buka pintu dewan tu, fuhhhhh, da dapat rasa penangan air cond dia yang macam dari kawasan kutub utara... aku da terketar ketar da.. tu belum masuk dalam lagi...

lepas boley je masuk dalam tuh, aku ambik tempat duduk agak tengah la jugak... sepuluh minit pertama, aku dah geselkan kedua dua tapak tangan aku... sejuk weyh.. aku takleh bayang macam mna nak duduk dalam tu 3 jam... mau jadi ais gak...

start je exam, aku dan 300++ manusia dalam dewan tu mula la memacakkan pen mencari cari jawapan untuk soalan2 dr huang tuh... sejam berlalu, aku steady lagi... elok dua jam.. aku da xtahan dengan kesejukan tuh..

aku pusing kiri, kanan.. semua orang macam tengah syok je menjawab macam xdak perasaan... aku tengok atas, mana la tau, kot2 air cond tu ada betoi2 kepala aku ja.. tu yang aku ja macam cacing kesejukan..

aku tengok la invigilator kat depan kot2 diorang pun macam dapat rasakan ke abnormal an air cond dalam tu.. semua nampak ok ja.. fuh, korang memang "hot" ar... pesal aku sorang2 je yang "cool" nih...

jam menunjukkan 4.20 p.m. dah 2 jam 5 minit kat dalam aku dah betol2 tak tahan sejuk.. tiba2 da turun air mata ni.. haissshhh, buat malu orang kampung (orang kampung x pakai air cond).. nasib baik air mata tu x tukar jadi air batu... dlam hati ni, Ya Allah, cepat la habes...(walaupun aku jwab pun x habes lagi)..

aku gagahkan tangan aku yang dah nak keras ni untuk menulis jawapan2 terakhir.. dah nekad, elok habes je jawab, nak kluar gi toilet.. elok 4.45 p.m., aku boley dikatakan dah siap memberi jawapan yang entah betol entah x... elok aku nak angkat tangan je, tiba2..


"this is your last 30 minutes, u are not allowed to leave this hall.."
MasyaAllah... aku lagi la nak nanges... setengah jam lagi???? miss, saya dah nak jadi statue da jap lagi...

aku pusing kiri, kanan...
halina kat sebelah kanan aku da mula tak tahan sejuk.. da nampak dia yang dah tak duduk diam.. izhar kar sebelah masih steady, shah kat depan pon ok je tengah jawab soklan.. faizzudin kat belakang aku sure dia mesti lagi ok.. huhu...

aku tengok jam tu berjuta juta kali.. apesal la jarum tu macam x berubah ubah lagi.. cepat la... tiba2.. aku terdengar bunyi yang kurang menyenangkan.. aku cuba dengar baik2.. (bukan kentut okeyh).. mak aiii. guruh sedang berdentam dentum... oiiii, jangan la hujan pulak... elok2 je hujan turun... aku rasa macam musim salji baru melanda malaysia smpai aku x sempat nak pergi universal traveller cari sweater... agaknya ni la perasaan ikan2 dalam peti ais tuh...

takde ape lagi aku selaku makhluk yang lemah dengan ujian air cond boley buat, besabo je la.. nak je aku gi potong wire air cond tu.. jam kat depan pulak macam x nak bergerak.. cepatt laaaaa...

setelah sekian lama menunggu, akhrnya jam menunjukkn pukol 5.15 p.m.. waaa.. akhirnya... time tu la jugak invigilator tu buat lengah2 lagi nak ambik mikrofon tu ckp masa dah habes.. hish...

lepas tu, kertas mula dikutip... dan waktu inilah jugak, kertas group aku yang paling lewat dia kutip... aku dah nak jadi incredible hulk.. geram bebenor... nak je aku gi depan bagi kertas dekat invigilator tuh.. elok dah dikutip... dia gi kira2 dekat 15 minit... aku dah pot pet pot pet.. bila dia nak suroh keluar ni... orang dah jadi ais ni tau ark....

dah 5.35 baru dia bagi keluar... masa tu lega tak tau nak cakap lah.. aku pun berjln keluar dari dsb tu... syafa ikot kat belakang.. sekali lalu kat tepi 1 meja tu, aku secara x sengaja tertolak meja tu sampai terbalik... bum!!! smua pandang...

gimik ar kejap suasana.. orang kecoh2.. aku pulak terus pusing belakang, dengan muka langsung x bersalah, "Syafa!!!" akibat tindakan spontan tu, semua orang ingat syafa yang buat meja tu terbalik.. maka si poyo2 izhar n the gang yang memang suka je nak cari pasal ngan kitorang ni mula la nak pot pet pot pet... "Ape ni syafa, orang laen pun xleh jawab gak, xde ar sampai terbalikkan meja..", "haisy Syafa, nak gadoh jom ar, gadoh ngan meja pulak.."

arh, diamlah korang.. aku budget nak blah cam tu je, sekali kena sound, "angkat la balik meja tuh.."
hish... aku dengan sebelah tangan yang penuh dengan pancil case, calculator, exam slip, bersusah payah nak angkat meja tuh.. tetiba shah yang baik hati ataupun dah simpati tahap cipan dengan aku yang x mampu nak tarik meja tu tolong aku.. thanks la eyh...

lepas tu, terus aku melulu keluar.. fuhhh, sekali keluar dari situ, aku rasa macam bru terlepas seksaan yang amat dahsyat... boley suggest kat jabatan penjara malaysia.. sumpah sejuk nak mati...

nasib baik la next paper dekat seksyen 7... boley gila aku kalau buat kat situ lagi...

No comments: