italian job junior..
tempat: umah sendiri (room, to be exact)
hari:rabu
pihak yg terlibat: naimah.. najwa (adik aku)
alkisahnya: mak aku ajak kluar ngan dia, bli barang.. maka aku yang tgh menonton laptop, trus shut down n biar je la tbuka.. sebelum berangkat, aku kunci pintu bilik. takot gak la tinggal barang camtu ja.. even kunci pintu rumah pon..
setelah berjam jam keluar maka kami pun pulang.. aku tros nak masok bilik.. tiba2 baru teringat aku dah pi kunci pintu tu.. maka..
naimah: mak, kunci pintu bilik mana? tadi kunci masa nk kluaq tadi..
mak: la.. orang dah kata dah, jangan dok kunci bilik tu. kunci dia hilang..
naimah: (terkejut aku) lah mana nak tau. tu camna ni?
mak: try la cari kunci tu kat mana2.. mak nak pi tengok org sakit. mintak tolong najwa cari..
maka aku pun..
naimah: kak wa! tolong cari kunci sat. sah kena marah ngan abah kalau dia tau pintu bilik terkunci. ari tu dah la 2 bilik dah panggil org mai pecah pintu. mati la kak mah.. tolong cari sat..
najwa: tu la. lain kali tanya mak dulu.. hisy.. mana nak cari benda yang takdak..
naimah: tolong la sat. kita cari. satgi abah balik kerja dia tanya awat yang dok pulon nak pi kunci..
maka kami bertungkus lumus mencari.. aku pergi kluar, tengok kot tingkap.. sedeynyaaaa...
tiba2 adik aku muncul..
najwa: kak mah, kita jolok dengan kayu la..
naimah: nak jolok macam mana.. hang tau dak ada tombol tu. hang nak suroh kayu tu pusing benda tu mcm mana..
najwa: kita pikiaq la..
naimah: toksah dok mengarut. baik kita pi cari kunci..
aku pun masuk la dalam rumah.. cari kunci..
tinggal adik aku sorang kat luaq..
takdak ka orang dalam kampung aku ni yang pandai pecah rumah orang.. tolong mai pecah pintu bilik ni sat.. aku dah taktau nk buat macam mana lagi dah..
aku pun konon kononnya terer guna la jangka tolok.. dok jolok2 lubang kunci tuh..
lastnya, pintu xleh buka.. jangka tolok tu yang patah..
adik aku yang ada kat luaq tu menjerit..
najwa: kak mah! kak mah try kat dalam, cek try kat luaq..
naimah: suka hati hang la.. orang dah kata xleh, xmau dengaq..
tak lama lepas tu adik aku masuk..
najwa: kak mah, kita kena cari satu benda yang nak pulas tombol tu. pastu kita ikat kat kayu, jolok masok kat dalam bilik..
naimah: masalahnya benda pa yang nak pulas tu. satgi kak mah kerat jugak tangan hang ikat kat kayu tu.. (aku dah nak geram)
najwa: tu la.. kita kena pikiaq
naimah: hang pi la pikiaq..
tak lama selepas itu..
najwa: kak mah, tengok ni.. benda ni boleh bawak masuk kat tombol tu, pastu kita pulas la dia..
aku tengok benda yang adik aku pegang tuh.. botol kismis.. dia siap buat demo kat aku lagi.. masukkan lubang btol kismis tu dekat tombol.
naimah: besaq sangat lah..
najwa: kak mah cari la apa2 sumbat kat tepi ni.. bagi kecik sikit..
maka aku pun tersenyum.. betol betol betol!!!
naimah: mai kak mah buat. hang pi cari kayu kat luaq..
najwa: cek pi cari kayu, kak mah cari tau benda apa2 sumbat kat tepi lubang tu..
naimah: ya.. pi la cari kayu..
maka.. aku pun memerah otak.. nak guna benda pa la ni..
tiba2 mata aku terpandang atas almari tu ada bekas hantaran kakak aku.. ada span..
cam cantek je..
aku pun tarik turun..
maka, dengan segala ke kreatifan yang ada aku lekat span tu keliling, tepi lubang botol tuh..
habes rosak hantaran tuh.. kisah apa.. yang penting bilik tu terbuka..
selepas selesai.. aku keluar cari adik aku..
naimah: kak wa! jumpa dak gi? kak mah siap dah..
najwa: dak lagi... takdak kayu panjang.. ada yang pendek2 ja.. kita sambung guna browntape lah..
naimah: apa apa ja lah..
kami pun seperti wonderpat, berkerjasama.. tiba2...
terdengar suara orang bagi salam...
najwa: kak mah, ada orang mai..
naimah: isy! sapa pulak.. time orang dok buat kerja ni la dia nak mai..biaq la... buat xtau.. buat macam xdak orang kat umah..
tiba2 dengar tapak kaki orang tu menghampiri belakang rumah, dekat kami.. seorang mamat tiba2 muncul.. (siap pakai jaket ofis)
mamat: adik, ayah ngan mak ada kat umah?
naimah: takdak..
dia tiba2 pandang kayu yang aku tengah pegang tuh
mamat: tengah buat apa ni?
naimah: haa?? urm.. nak buka pintu bilik, terkunci..
mamat: awat, kunci xdak ka?
naimah: (banyak tanya la pulak) takdak, hilang..
mamat: dah tu, nak buat macam mana ni?
naimah: nak jolok ngan kayu.. (malas aku nak explain)
mamat: (ketawa).. saya dari syarikat *%$%^, nak buat survey sikit... air kat rumah ok tak? ada merah2 ka..
naimah: ok ja...
mamat: air minum selalunya macam mana? masak air..
naimah: guna water filter, elken..
mamat: ouh, bagus tak?
naimah: bagus kot.
mamat: bagus untuk kesihatan?
naimah: (soalan ape ni?? dia tak nampak ke aku yang sihat besar macam ni?) haaa?? bagus kot..
mamat: dah berapa lama pakai filter tu?
naimah: (banyak pulak dia soal) 3 tahun..
mamat: nama adik? (dia catat segala menda yang aku cakap tadi tuh dalam borang survey)
naimah: naimah
mamat: no telefon..
naimah: 017597****
mamat: ok, terima kasih.. selamat berjaya bukak pintu..
naimah: (senyum ja la).
dia pun blah.. fuh, gangguan btol..
kembali sambung bekerja
setelah siap sambung kayu, kami pun melekatkan botol tadi tuh dekat kayu..
dengan darjah kecondongan yang approximate (xkan nk amik protector plak) sebab nak masuk dari tingkat kat tepi.. so, kena la condong untuk menghala ke pintu...
setelah berjaya, kami pun menjolok masuk kayu tersebut..
dengan bangganya dah nak sampai je botol tu dekat tombol pintu, tiba2 xleh nak pusing pulak..
sumpah sedeh...
dahla penat..
dah berpeluh peluh.. kayu tu berat tak agak plak..
naimah: kak mah dah kata dah, kak wa.. tak semudah tu.. jam dah pukul bpa?
najwa: 4.40..
naimah: fuh.. mati ar.. abah nak balik dah.. macam mana ni??
najwa: jom la kita pikiaq dulu..
naimah: kak mah dah tak larat ar.. penat..
aku duduk dulu.. panat gila.. masuk utan tepi tu cari kayu.. dah la berat nak mati..
najwa: kak mah, tingkap dekat kepala katil tu kunci tak?
naimah: tak..
aku terus bangun tarik slidng window tuh.. sah, tak kunci..
najwa: haaa.. kita jolok kat situ la.. straight dengan pintu.. takyah condong2 dah..
awat la aku x terpikiaq tadi..
naimah: jom bukak balik tape tu. ikat balik botol tu bg straight.. tapi lagi jaoh la..kena cari kayu lagi panjang ni..
najwa: kita sambung la ngan kayu laen plak..
naimah: bapak ar, jenoh nak sambung lagi sampai 3 batang..
najwa: kak mah nak try ka dak?
naimah: ya la.. mai sini, nak sambung..
maka bersambunglah lagi kayu tadi..
naimah: dah, siap..
elok aku nak bangun angkat kayu tu ja..
ayah aku sampai..mampos la kena marah.. ari tu adik aku yang silap pi kunci pintu bilik yg 1 lg smpai kna upah org pecahkan tombol pintu.. lpas tu bilik akak aku plak tombol tu loose..
kali ni aku plak yang buat pasal..
pintu.. pintu...
ayah aku menghampiri kami.. agaknya pelik tengok amenda la kami tengah buat..
naimah: abah, pintu terkunci, kunci hilang..
abah: haaa.. eloklah..
ayah aku terus blah.. buat tak tau kt kitorang..
cuss.. lagi terbakar semangat aku nk bukak pintu.. takyah upah org datang pecahkan, aku nak buat sendiri jugak..
najwa: mcm mna kak mah?
naimah: mcm mna apa.. jom ar buat sampai boleh..
tengah nk start jolok, mak aku pulak balik..
dari jauh..
mak: dok buat apa tuh? dah boleh bukak pintu?
naimah: tengah nak bagi boleh lah ni..
mak aku menghampiri kami.. dia tengok benda yang aku tengah pegang tuh..
mak: benda apa tu yang bulat kat hujung kayu tuh? (mak aku siap ketawa2 lagi)
naimah: (boleh pulak dia dok gelak kat aku) sat la org nak try ni..
aku pun menjolok kayu tu menghampiri tombol pintu.. lenguh gila tengan..
mak: baca la Bismillah dulu.. Ya Allah, bagilah boleh..
naimah: (banyak pulak syarat dia) Bismillahirrohmanirrahim...
aku pun menjolok, dah masuk dalam lubang tu.. aku pun pusing2.. macam xdak kesan pun..
tiba2..
mak: berjaya!!!
naimah: haa?? berjaya apanya..
mak: larh, tak nampak ka dah bukak tuh..
naimah: (aku pun membesarkan mata aku yang rabun ni) haaaa.. dah boleh!!! Alahamdulillah..
lega gila.. selesai masalah aku...nsb baek boleh buka..
tapi mang adventure gila..
sejam setengah kitorang bertungkus lumus...
dan akhirnya..
huhu..
credit to my little sister najwa munirah..
5 comments:
hebat gle laa.haha
takot punya pasal..
hahaha..
lawak giler.
boleh pakai gak otak najwa..
len kali baca bismillah :)
tombol hg mesti mcm bilik aku punya.tp kes aku hr tu pintu tkunci sndiri.
solution : guna paip bulat.trus leh bukak.ekekeke.
takdak la bsusah payah guna jangka tolok.ekekekek.~
boleh jadi saintis ni pastu masuk kat youtube cara2 nak buka tombol pintu apabila terkunci dari luar..hehe
Post a Comment