Monday, October 12, 2009

yang abadi... (1st post)

Anis mengaminkan doa. Ditatap Kaabah didepannya penuh syahdu. Dia membiarkan pandangan terlempar pada jemaah jemaah umrah yang sedang sibuk menunaikan ibadah masing masing. Semua sibuk mengejar ganjaran dari Allah dan tunduk bersyukur kepadaNya. Dia baru selesai tawaf sunat. Cuaca amat panas. Hampir mencecah 43 darjah celcius. Dia menghitung waktu ingin pulang ke hotel tempat dia dan keluarga menginap. Dipandangnya jam ditangan, sudah menunjukkan 5 petang. Terasa ingin pulang sebentar merehatkan diri.
“Umi, anis balik hotel dulu boleh? Nak mandi. Tak selesa nak solat maghrib nanti.” Dia memandang ibunya yang sedang menyelak nyelak al-Quran yang dipegangnya.
“A’a. baliklah dulu. Tanya Kak Lin dengan Mira sekali. Kalau diorang pun nak balik, baliklah dulu. Umi nak duduk sini sampai maghrib.” Ibunya memandang sekekliling mencari dua beradik itu.
“Diorang pergi toilet tadi umi. Lama lagilah tu. Ramai orang. Takpe, Anis balik dulu.”
“Yelah, nanti maghrib jangan lambat sangat datang. Karang takde tempat pulak nak solat di dalam.” Pesan umi nya. Dia mengangguk.
Dia mula bangun ingin meninggalkan rumah Allah itu. Disaat itu dia terpandang seseorang. Dia tersenyum.. Hatinya terusik melihat insan tersebut sedang menadah doa memohon kepada Yang Esa.
Dia akhirnya melangkah keluar dari Masjidil Haram. Dicapainya selipar yang di susun di rak luar. Dia mula melangkah. Bahang kepanasan terasa. Dia mempercepatkan langkah. Tidak sabar ingin melangkah ke dalam bilik penginapannya. Di hatinya masih terdetik tentang lelaki tadi. Sudah seminggu mereka menginap di hotel yang sama. Mungkin lelaki tersebut tidak sedar Anis sering memerhatikannya.
Anis menanggalkan tudung di kepala. Dia merebahkan badan di atas katil. Terasa dingin tatkala angin udara dari air-cond yang berada di atas ruang bilik itu menampar mukanya. Dia mencapai kamera di meja tepi katil. Dia melihat kembali gambar gambar yang diambil di Padang Arafah pagi tadi. Terasa kesal di hati kerana terlupa untuk berdoa di situ. Kata pemandu pelancong, baik jika doa semoga dipermudahkan jodoh di situ. Entah bagaimana dia begitu terleka mengambil gambar sehingga terlupa untuk berdoa. Di lihatnya satu persatu gambar yang diambil. Tiba tiba di terus bangun dari baringnya. Ditatap betul batul gambar itu. Ya Allah, gambar dia.. bila pulak aku terambik ni..
Anis melemparkan senyuman kepada penjaga kaunter hotel tatkala meninggalkan kunci biliknya di situ. Dia melangkah keluar, dia memandang dua orang yang sedang berjalan dihadapannya. Lelaki itu sedang memimpin ibunya. Berjalan seiring jemaah lain yang ingin ke Masjidil Haram. Anis tersenyum. Seringkali dia melihat lelaki itu memimpin ibunya ke masjid. Dia mempercepatkan langkah setelah tersedar dia mungkin lewat tiba di Masjid. Dia beristighfar, mengingatkan dia sedikit terleka akibat asyik memerhatikan pemuda tersebut.

Anis membetul betulkan tudung. Umi, abah, Kak Lin dan Mira duduk di bangku sedikit jauh darinya. Tempat di situ sudah penuh, jadi dia duduk jauh sedikit dari mereka sambil menunggu penerbangan pulang ke Malaysia. Dia termenung sendirian. Entah bila lagi berpeluang menjadi tetamu Allah di tanah suci ini.
“Nak, ni ada tempat orang ke?” Sapa seorang lelaki lewat 50-an kepadanya. Dia sedikit terkejut.
“Tak, takde pakcik. Duduklah.” Anis melemparkan senyumannya. Lelaki itu terus duduk.
“Nak datang dengan siapa?” Soal lelaki itu setelah lama mereka berdua mendiamkan diri.
“Dengan keluarga. Mak, ayah, adik dengan kakak. Pak cik? Datang dengan siapa?” Anis mula menyoal.
“Tu haa..anak pak cik dengan isteri.” Jari telunjuk lelaki itu terarah kepada suatu sudut. Anis memandang kea rah itu. Dia terpana. Lelaki itu dan ibunya.
“Yang pakai baju biru tu ke pak cik?” soalnya ingin pasti.
“A’a yang itulah.” Anis mengangguk. “Anak tunggal pak cik.”
“Ouh, pak cik dari mana?” dia menyoal lagi.
“Gombak. Isteri pak cik sakit. Dia nak sangat datang ke sini. Pak cik takut sangat kalau permintaan dia tak dipenuhi. Alhamdulillah. Allah beri peluang kepada kami.”
“InsyaAllah pak cik. Kalau niat kita baik, Allah sentiasa bersama kita. Boleh saya tahu, isteri pak cik sakit apa?” Anis menyoal sopan. Terasa ingin tahu.
“Kanser paru paru.”
“Dah lama ke pak cik?”
“Lebih kurang setahun. Dah lama kami rahsiakan hal ini dari anak kami. Kami tak nak perkara ini menganggu pelajaran dia. Tapi pak cik tak boleh lagi. Pak cik tak nak nanti anak pak cik akan salahkan pak cik. Lepas dia tahu, terus dia mintak pak cik daftarkan dia belajar di Malaysia saja di Lim Kok Wing. Dia nak belajar dalam Malaysia. Nak jaga mama dia.” Ayatnya terhenti di situ. Dia mengesat air matanya. Anis terdiam. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
“Taklah pak cik. Kalau saya di tempat anak pak cik, saya mungkin buat perkara yang sama. Seorang anak itu paling dekat dengan ibunya.” Anis berharap dapat menenangkan lelaki itu.
“Tapi anak anak ni kadang kadang diorang tak faham. Diorang tak pernah tahu kenapa orang tua diorang buat macam tu.”
“Sabarlah pak cik. Seorang anak mungkin takkan faham selagi dia tak duduk di tempat tu. Macam saya, sampai sekarang baru saya faham kenapa umi selalu suruh jaga pergaulan, kenapa umi selalu tak dapatkan apa yang saya nak, kenapa saya perlu buat itu dan ini.” Anis mula bersuara setelah mencari kata kata yang terbaik buat situasi ini.
“Mungkin pak cik yang selalu terlupa perkara tu. Pak cik cuma fikir di kedudukan sendiri. Fikir segala yang pak cik aturkan sudah cukup sempurna.”
“Kita manusia biasa pak cik. Manusia yang sering cari kesempurnaan. Sedangkan kita tahu, tak ada yang sempurna diantara kita. Sebab tu lah kita ada lakukan kesilapan. Cuma antara kita baikinya atau terus biarkan ia jadi satu kesilapan.”
“Hmm.. Pak cik mintak maaf. Tiba tiba menganggu anak. Pak cik sendiri tak tahu apa yang pak cik buat ni betul atau tidak. Pak cik rasa terlalu berat untuk semua ni.”
“Eh, takpe pak cik. Kadang kadang ada benda yang perlu kita luahkan pada orang yang kita tak kenal.” Anis tersenyum.
“Akak..” Anis berpusing ke arah panggilan itu. “Umi panggil.” Anis Cuma mengangguk, mengarahkan Amira untuk pergi dahulu.
“Takpe lah pak cik, banyakkan bersabar. Mungkin masa itu akan buat dia faham. Saya masih mentah untuk menasihati pak cik, tapi cukuplah sekadar saya dapat berkongsi, ujian Allah itu hanya untuk hambaNya yang mampu hadapinya.makin kita dekatkan diri kepadaNya, makin ringan kita rasakan ujian itu. Takpe lah pak cik, flight saya lagi setengah jam. Saya pergi dulu. Assalamualaikum…”

Dear diary..
Dah sebulan aku pulang ke Malaysia. Rinduku pada Tanah Suci Mekah dan Madinah masih berbaki. Entah bila peluang itu akan datang lagi. Disaat ini jugak, bayangan makhluk Allah itu masih di fikiran ini.
Saat aku memandangnya sujud dan berdoa kepadaMu di hadapan Kaabah, saat aku terlihat dia yang sering memimpin ibunya ke Masjid.. di kala dia termenung panjang sambil merenung keindahan laut merah ciptaannMu.. saat dia ketawa gembira bersama keluarganya di ladang tamar.. ketika terpandang ketenangan wajahnya sewaktu melangkah masuk ke Masjidil Haram… tidak jemu jemu insan itu menadah dan meminta kepadaMu..
Disaat ini hati ini masih teringat pada insan itu.. Apakah pemilik wajah yang tenang itu milik hamba Ya Allah…

Anis menutup diari itu. Diletakkan di dalam loker.
“Anis!” Anis berpaling kea rah suara itu.
“Ye Lia, kenapa?” dia duduk di katil. Membetulkan selimut.
“Aku baru balik dari bilik IT. Aku dah try cari Mr Cinta Mekah tu.” Alia tersenyum.
“Serius? Apa yang kau dapat?” Anis menyoal, dia menunggu jawapan.
“Okay..Lim Kok Wing, 19 to 22 years old, Gombak, male.. aku cari dekat Friendster, my space, facebook. Dia keluarkan empat ratus lebih profile. Kau rasa aku patut bukak satu, satu ke?” Alia member jawapan.
“Tak pe lah Lia. Mungkin tu semua cuma berlaku untuk sepintas sahaja dalam hidup aku. Aku yang fikir lebih lebih.”
“Eh, apa pun, dia first love kau tau tak.”
“Kau pulak yang lebih lebih ni. Sudahlah, pergi tidur. Esok kau jugak yang mengantuk time add maths.” Anis mula membaringkan diri. Ditinggalakan kawannya yang baru ingin menukar baju.
“Aku atau kau yang lebih lebih tu tak tahulah. Tak pe, kalau adalah jodoh kau dengan dia, sampai sepuluh tahun nanti pun korang akan jumpa semula. Kau tunggu lagi tak time tu?” Dia memandang kearah Anis. “Anis?? Eh, tidur pulak dia..”
Aku tunggu sampai bila bila…

“Amacam? Dah ok tak?” Anis memandang ke arah cermin.
“Dah ok. Berapa kali aku nak cakap. Adoii.. Penat cakap dengan kau ni.” Shikin mendengus.
“Ye la, kau tahu tak first expression orang yang nak temuduga kita tu penting. Kalau dia tengok yang datang nak di temuduga tu pun macam selekeh je, diorang nak tanya pun malas.” Anis memeriksa fail makluma peribadinya buat kali terakhir.
“Apa apa je la.. Malas nak bertekak dengan kau ni. Makin tua, makin banyak cakap kau eyh. Dah, cepat pergi. Nanti kalau jam ke apa, susah pulak.”
“Babe, wish me luck!” Dia memandang lagi sahabatnya itu.
“Good luck friend!” Shikin menepuk bahu kawannya itu.

Dia tersenyum kepada orang yang duduk disebelahnya. Dia memandang sekeliling sekilas. Fuh, lapan puluh peratus lelaki. Ada chance tak ni.
“U fresh graduate ke?” Soal orang disebelahnya. Dia sedikit terkejut. Bagi la salam ke apa kalau ye pun.
“A’a.. Baru tengah cari kerja.” Anis Cuma tersenyum. Tidak ada mood untuk berborak.
“Tak ramai perempuan yang cuba mintak kerja ni. U rasa u boleh ke dapat ni?” Lelaki itu seperti sedang membakar perasaannya.
“Entahlah. Kalau ada rezeki ada la.” Anis Cuma tersenyum tawar. Ni yang susah ni kalau nak bersaing dalam bidang yang dimonopoli diorang ni.

“Cik Anis Farhah, sila masuk.” Setiausaha tinggi lampai itu memanggilnya masuk ke bilik temuduga. Dia berdebar debar. Dia melangkah masuk ke bilik sederhana besar itu.
3 panel sedia menunggu. Dia memerhatikan setiap orang dari mereka. Pandangannya terhenti pada seorang pemuda. Terasa seperti pernah dilihatnya. Dipandang seorang lelaki di sebelah pemuda itu. Dia memandang mereka silih berganti. Dia terpana… it’s him.. once again after 8 years.. after at the Tanah Suci.. Ya Allah…
“Cik Anis Farhah?” Pemuda itu menyoal apabila melihat Anis terdiam di situ.
“Ah? A’a.. Ya saya.” Anis melemparkan senyuman.
“Silalah duduk.” Pemuda itu seperti hairan melihatnya.
“Terima kasih.” Ketiga tiga orang dihadapannya membelek belek fail peribadinya.
“Baiklah Cik Anis. Good resume. Apa yang buat Cik Anis nak memohon pekerjaan ini, sedangkan Cik Anis mesti tahu Cik Anis perlubersaing dengan ramai lelaki di luar sana. What made u think, u as a woman can have this position and put all the men aside.” Pemuda itu menyoal. Dia memandang wajah Anis, seperti mengharap gadis itu kecundang dengan soalannya.
“I’m applying a job as a civil engineer. Bukan seorang buruh. Beza seorang lelaki dan seorang perempuan cuma terletak pada tenaganya. Untuk profession ini, saya rasa yang pentingnya adalah akal dan kebijaksanaan seseorang. Bukan tenaganya. Apalah yang mampu seorang jurutera yang kuat fizikal tetapi lemah mentalnya lakukan. Engineers contribute their expertise not their energy. Lelaki atau perempuan bukan masalah persaingan buat saya, tetapi ianya adalah kebijaksanaan.” Yakin dia bersuara.
Pemuda itu memandang lelaki disebelah kanannya. Mengharapkan pandangan lelaki tersebut. Seorang lelaki di hujung sekali cuma mendiamkan diri. Mencatat sesuatu.
“Papa, question..” Pemuda itu berbisik kepada lelaki disebelahnya.
“No question. Wait for the call, u’ll know when u gonna start to work here. Next week perhaps.” Lelaki itu akhirnya bersuara. Anis terdiam mendengan kata kata itu.
“I got this job?” Anis terus berdiri. Dia terkejut.
“Papa? What’s this?” Pemuda itu memandang lelaki itu penuh tanda tanya. Lelaki itu bangun ingin berlalu. Dia berhenti sebentar di sisi Anis.
“U always come with your great words…” Lelaki itu berlalu.
Pak cik… masih ingat kata kata saya… masih ingat saya..

to be continue...

3 comments:

FuTuRe L.A.E.P said...

perfect story..
sgt menarik utk dibaca..
pssst....based on exprience kew??
hehe...
aku ingt lg ang penah ceta sal cnta mekah ni..
jgn mara aaa...

kakni said...

naimah Vs anis
wah nekmah
life must be go on..
tp klu betui pon diorg ada syarikat senderi ker..hehe
lawak ja..
kakni doakan yg terbaik utk hg..

Aiman Amalina said...

naimah, sorry cuz I juz read this.
but dun worry, I'll continue reading till the end. hehe
best of luck!

Daisypath Friendship tickers