continued from previous post..
“Tu pesal tu?” Idham menyoal.
“Urm? Takde apa lah..” Anis membuka pelan yang baru diterima.
“Sampai Encik Afiq terjerit macam tu, kau buat apa?” Idham menyoal lagi.
“Isy kau ni, aku cakap takde apa, takde la.” Anis malas melayan.
“Kau ni, takut aku. Macam macam betul.”
“Oi, kau ingat aku buat apa. Tadi kan aku tertutup pintu dia kuat sikit, tu la yang di marah tu.”
“Ye la, yang kau tutup kuat kuat tu pesal? Dia marah kau ke? Kau jangan cakap tadi tu kau tak sengaja. Nampak sangat kau yang tarik pintu tu kuat.” Idham tidak berpuas hati. Inginkan penjelasan.
“Betul lah, takde apa apa. Aku nak test je, pintu tu kuat tak lagi, kalau tak, boleh suruh kontraktor tukarkan yang baru.” Anis betul betul malas melayan.
“Apa apalah. Malas nak bertekak dengan kau.” Idham mengalah.
“Idham. Cik Nisa ada datang sini ke tadi?” Anis menyoal. Matanya terpandang pada kertas nota kecil diatas mejanya.
“A’a.. Dia nak jumpa kau. Tengok kau takde, dia tinggalkan nota tu.” Idham member jawapan.
“Kau ni, kenapa tak cakap aku kat dalam bilik Encik Afiq...” Anis menyoal.
“Dah, aku dah cakap. Dia tak nak masuk dalam.”
“Tak nak masuk? Kalau dia masuk kan senang. Taklah aku kena fire sorang sorang tadi.” Anis mengeluh.
“Kau ni, kau tak faham dia tu. Biarlah dia.”
“Kenapa dengan dia? Dia ada masalah dengan Encik Afiq ke?” Anis menyoal ingin tahu.
“Biarlah, kau tak payah nak sibuk.” Idham tidak menghiraukannya.
“Kau ni, nenek aku cakap tak baik tau cakap separuh separuh nanti jatuh longkang.”
“Kau jangan lepas aku cerita ni kau pergi sambung cerita dekat orang lain pulak.” Idham member amaran.
“Mana ada. Kau ni, macam tak tahu dekat sini aku kawan dengan kau je.” Anis memberi jaminan.
“Ye la tu. Korang perempuan, bukan boleh percaya sangat ni.”
“Tengok, korang ni kalau salah sikit sebab perempuan, salah sikit sebab perempuan. Karang takde pintu aku nak hempas aku hempas jugak penghadang ni karang..” Anis sudah naik geram. Dari bilik Afiq tadi perempuan asyik disalahkan.
“Eh kau ni. Sabarlah. Aku nak cerita lah ni.” Idham mula memujuk melihatkan Anis yang sudah naik berang.
“Tak payahlah. Aku nak buat kerja.” Anis meneruskan kerjanya. Malas lagi memikirkan apa yang sebenarnya berlaku antara Afiq dan Nisa. Tapi jauh di sudut hatinya ingin tahu.
“Ni aku nak beritahu ni. Cik Nisa tu, dulu ada scandal dengan Encik Amirul sepupu Encik Afiq. Lepas tu Encik Afiq macam tak setuju lah, yelah beza umur diorang tu jauh. Lepas tu, Encik Amirul dah tak rapat denga Cik Nisa. Sebab tu yang Cik Nisa tu, kurang baik sikit dengan Encik Afiq.” Idham meringkaskan cerita. Malas hendak mengungkit kisah lama.
“Pandai pulak kau cari cerita.” Anis menyindir.
“Adalah sebabnya.”
“Sebab? Haa.. tengok tu, cerita separuh lagi..” Anis mengorek lagi.
“Isy kau ni kan. Nasib baik kau ni bukan kaki bercerita dekat pantry tu. Kalau tak, malas aku nak layan kau.”
“Eh kau, aku bukan macam tu, ok...” Anis mengingatkan.
“Yelah, yelah... Cik Nisa tu kakak tiri aku.” Perlahan suara Idham.
“Haa???” Anis menekup mulutnya.
“Dah, dah... Tutup cerita. Ni antara kau dengan aku je tau.” Idham memberi amaran.
“Ye, ye... Kita dua je.. Baik, kawan!” Anis mengenyitkan matanya. Pergh, scandal pun ada jugak.. Yang kau sibuk sangat tu pesal la Afiq oiii...
Mereka menunggu wakil dari Indah Holding di Restoran Grand Blue Wave Hotel.Masing masing bosan menanti. Anis, Afiq dan Nisa memandang sekeliling tercari cari sekiranya mana mana wakil dari Indah Holding muncul. Anis membetul betulkan kerongsang yang dipakainya di tudung.
“Nak datang ke tak nak ni...” Anis mengeluh.
“Sabarlah Anis, this is how business work. Time is about making money.” Nisa senyum padanya.
“Yea.. Time is about making money.” Anis mengulangi ayat itu.
“They are here.” Afiq bersuara. Pandangannya terlempar kepada dua orang lelaki yang sedang menghampiri mereka. Afiq tersenyum kepada lelaki lelaki itu. Anis dan Nisa memandang dua orang tetamu itu.
“Sorry, we’re late.” Lelaki awal empat puluhan itu berjabat tangan dengan ketiga tiga mereka.
“Dah lama ke tunggu?” seorang lagi berjabat tangan dengan mereka.
“Not so.” Afiq bersuara tenang lantas mempelawa mereka duduk. Anis dan Nisa Cuma mendiamkan diri.
“Someone new?” Lelaki berkemeja biru gelap itu menyoal. Dia memandang Anis.
“Ouh, yeah. Meet our new engineer, Anis.” Afiq mula memperkenalkan pekerjanya itu. Anis melemparkan senyuman kepada lelaki itu. “Anis, this is Kamal,” Afiq menunjuk ke arah lelaki awal empat puluhan itu, “and this is Fahmi.” Lelaki berkemeja biru gelap itu memberi senyuman tatkala dirinya diperkenalkan.
“Nice meeting u.” Fahmi bersuara.
“Me too.” Cuma itu terkeluar dari mulutnya.
“Shall we begin?” Afiq bersuara. Dia member isyarat tangan kepada Nisa untuk menghulurkan fail yang berada dihadapannya.
“Yeah, let’s begin.” Kamal menyambut fail yang diserahkan oleh Nisa.
Mereka mula berbincang. Anis, Afiq, Nisa, Kamal dan Fahmi. Segalanya berjalan lancar. Segala persetujuan di buat. Masing masing berpuas hati.
“Ok, hope u guys doing the best for our company.” Fahmi menutup fail ditangannya.
“I give u my word.” Afiq senyum memberi harapan.
“Ouh, yeah. Before I forget.” Kamal mengeluarkan tiga keeping kad undangan. Dihulurkan kepada Anis, Afiq dan Nisa. “Our company annual dinner. Hope u all can be there tomorrow night.”
“Thanks, I’ll be there. InsyaAllah.” Afiq membaca kad undangan tersebut.
“Cik Nisa, Cik Anis... Hope both of u will also attend.” Fahmi mengharap.
“I guess I can’t make it. Tomorrow night i got something to do. Sorry, next year perhaps.” Nisa tersenyum.
“I’ll se bout that.” Anis tidak berani memberi janji. Kedua dua lelaki itu cuma mengangguk.
“Ok, then. We gotta go. Thanks for the great job.” Kamal meminta diri.
“Thanks for the project and your trust toward us. We’ll do our best.” Nisa yakin bersuara.
“Ok, hope to see the best too. Ok, we’ll make move.” Kamal dan Fahmi bangun dari duduk melemparkan senyuman mereka lalu berlalu dari situ.
“Fuh, Alhamdulillah.” Anis memasukkan beberapa helai kertas dihadapannya ke dalam fail. Masing masing mengemaskan fail fail di atas meja itu.
“Guys, I tak boleh balik dengan u all. I got something to do. Anis u balik la dengan Encik Afiq.” Nisa memberitahu.
“Ye ke? U balik naik apa?” Anis menyoal.
“Teksi.”
“If u’re going somewhere, I boleh hantarkan dulu.” Afiq mempelawa.
“It’s okay. I boleh balik sendiri. I pergi dulu. Sorry guys.” Nisa terus berlalu. Meninggalkan Anis dan Afiq di situ.
“Jomlah...” Afiq mengajak Anis pergi dari situ. Anis mengangkat fail fail tersebut dia mengikut langkah Afiq.
“So are u going tomorrow night?” Afiq menyoal memecahkan kesunyian antara mereka di dalam kereta.
“Tak kot. I’m not used to such things.” Anis menolak.
“U know what, this is what business is. When we’re not used to it, we have to used to it. When we hate it, we have to like it. When we have nothing, we have to show that we have everything.”
“That’s hipocryte.” Lancang Anis bersuara.
“Yeah, to make it simple. Business is hipocryrte.” Afiq masih memberi tumpuan pada jalan raya.
“Business is stupid.” Tiba tiba Anis mengeluarkan ayat itu. Dia menekup mulutnya.
“That’s too much.” Afiq berubah nada. Sedikit tinggi bunyinya.
“Sorry bos.” Anis mula mendiamkan diri.
“Kalau ada masa pergilah. Kadang kadang sosial event macam tu penting. U need to know those in this business. Try to know people that u maybe gonna work with. Who know, your project going well and people really want you to handle their project.”
“So, I’ve really to go? Baiklah bos...” Anis mengalah.
Anis tersenyum pada penyambut tetamu itu. Dia berjalan masuk ke ball room itu. Cukup besar. Meja tetamu memenuhi ruang. Dia tercengang di situ. Ni yang aku malas nak datang ni. Dah jadi macam rusa masuk kampong dah. Mana nak pergi, mana nak duduk ni. Tetamu yang datang ada yang masih berdiri dan ada yang sudah duduk. Alunan muzik sedikit membingitkan telinga. Orang ramai masing masing berbual bercerita.
Beberapa mata memerhatikannya. Mungkin tidak pernah melihatnya.
“Cik Anis...” Anis menoleh kebelakang, memandang ke arah suara itu.
“Encik Fahmi.” Anis memberikan senyuman.
“I thought u’re not coming.” Fahmi memulakan bicara.
“Trying my best to adapt to such things.”
“Yeah, u really should to. Come, let’s have a seat. Your boss waiting there.” Anis terdiam mendengar perkataan ‘boss’ itu. Tetapi dia cuma menurut langkah Fahmi. Mereka menghampiri meja bulat di mana Afiq sedang duduk di situ bersama seorang tetamu.
“Afiq, this is your engineer coming.” Afiq menoleh, dipandangnya Anis. “Cik Anis, sila duduk.” Pelawa lelaki itu. Anis duduk di kerusi kosong di sebelah Afiq. Fahmi berlalu dari situ. Pergi bertemu beberapa tetamu lain.
“Ingatkan tak datang.” Afiq menyapanya.
“This is what business is.” Anis menyindirnya. Afiq tersenyum menahan ketawa.
“Ouh, lupa. Anis, this is my cousin Amirul. Amirul, this is Anis.” Mereka bertukar senyuman. So, ni la Amirul yang pernah ada scandal dengan Cik Nisa. Not bad...
“So, this is Anis..” Amirul memandang Anis. Gadis itu pelik.
“Ye, saya Anis. Kenapa?” Soal gadis itu. Terasa seperti lelaki itu pernah mendengar sesuatu tentangnya.
“Nothing. Afiq, ada cerita pasal u.” Seraya itu Afiq membesarkan matanya. Memberi isyarat untuk Amirul diam. Afiq takut sekiranya cerita dia menggosipkan Anis dengan papanya dulu terbongkar.
“Cerita?” Anis memandang sekilas pada Afiq. “Cerita apa?” dia ingin tahu.
“Urm.. cerita pasal u pegang projek sekarang ni.. Haa, cerita pasal tu lah.” Amirul cuba mengelak.
“May I join u all?” mereka berpaling pada suara itu.
“June, long time no see. Come, have a seat.” Amirul mempelawa gadis tinggi lampai persis seorang model itu. Afiq melarikan pandangan kearah lain. Dia mengeluh. Jelas tidak suka dengan kehadiran gadis itu. Gadis itu duduk disebelah Amirul.
“So, who is this?” June menyoal, pandangannya pada Anis.
“I’m Anis.” Anis berjabat tangan dengan gadis seksi itu.
“You guys...?” June menunjuk kearah Afiq dan Anis. Cuba menyerkap jarang sekiranya Anis dan Afiq sepasang kekasih.
“No, no.. I baru kerja dekat Assway. Bos I.” Anis cuba menafikan.
“Ouh I see. Engineer?” Gadis itu meneka lagi.
“A’a..” Ringkas jawapan Nisa.
“She’s handling project from Indah Holding.” Amirul cuba memulakan perbualan.
“Ouh yeah? Wow.. Projek besar kan? Bertuah lah u.” Anis cuma tersenyum mendengar pujian itu. Afiq masih membatukan diri.
“Biasa biasa je. Rezeki.” Anis senyum lagi.
“And u Afiq, lama tak dengar cerita. Tak rindukan I ke?” Gadis itu menyoal berani. Anis tertunduk terkejut.
“Banyak sangat benda nak kena rindu. Tak sempatlah nak rindukan u.” Sinis suara itu.
“Apa yang banyak sangat tu?” Soal gadis itu marah.
“Tukang gaji I, tukang kebun I, driver. And lot more important people.” Afiq bersuara bersahaja. June menarik muka. Anis dan Amirul mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur.
Majlis bermula. CEO Indah Holding memberi ucapan, dan majlis makan malam bermula. Afiq, Anis, Amirul dan June duduk menikmati makanan semeja. Setelah majlis makan itu selesai, Fahmi naik ke pentas. Dia menghampiri mikrofon di atas pentas.
“Terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir. That’s mean a lot for our company. Congratulation Indah Holding being 15 years in this industry. Now, we’re opening our new branch in Shah Alam. Masih lagi dalam pembinaan. Thanks to Assway Sdn Bhd, handling the project, Especially Encik Afiq. And shall I call Encik Afiq to be here on stage. We got something for u.” Seorang model keluar ke pentas memegang anak patung besar berupa katak. Tinggi lebih kurang o.75 meter.
Ramai tetamu ketawa melihatkan hadiah itu. Afiq, Anis, Amirul dan June terkelu di situ.
“U gotta be kidding me..” Afiq bersuara. Dia terpana. Belum pernah mana mana syarikat member hadiah sebuah anak patung kepadanya.
“U’re dying man.. That joke is too funny..It’s a frog..” Amirul menepuk nepuk Afiq. Dia menggeleng geleng kepala..
“Encik Afiq, sila naik ke pentas. This frog is our symbol for the year. Indah Holding can be anywhere, water or land.” Sekali lagi suara itu memecahkan keriuhan dewan besar itu.
“Oh, man.. I had rather be killed..” Afiq mengeluh. Anis sudah menekup mulutnya menahan tawa.
“Just go. They are waiting..” Amirul memberi cadangan.
Akhirnya Afiq bangun berdiri. Dia naik ke pentas. Fahmi menghulurkan patung itu kepadanya. Mereka berjabat tangan. Afiq senyum kepada semua tetamu di bawah, lalu turun. Kembali ke tempat duduknya tadi.
Anis masih menahan ketawa. Tatkala Afiq duduk Anis tersembur ketawa. Dia mengetuk ngetuk meja ketawa di situ. Amirul akhirnya ketawa juga.
“U guys better shut up, before i kill u both with this stupid frog.” Afiq menahan marah.
“Sorry.. sorry.. Aku bukan ketawakan kau. Aku ketawa tengok Anis ketawakan kau.” Ketawanya sedikit reda. Afiq berpaling kepada Anis yang senyumnya masih berbaki.
“Sorry bos. It’s just, benda tu cute sangat. Macam bos jugak.” Ketawanya sudah reda.
“This thing is cute? Then u take it.” Afiq meletakkan patung itu di atas riba Anis. Anis terkejut.
“Bos, apa ni. Nanti apa orang cakap. Diorang kasi dekat bos lah.” Anis menyerahkan patung itu pada Afiq.
“I don’t want it. U take it.” Afiq bertegas.
“Takpe lah bos, hari jadi saya dah lepas pun.. Bos ambik lah.” Anis masih ingin bergurau.
“Takpe, tu hari jadi tahun depan punya.” Afiq tidak menghiraukan Anis yang menghulurkan patung itu. Amirul tersenyum melihat gelagat mereka.
“Assalamualaikum..” Anis menanggalkan kasut. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Anak patung katak itu diseretnya masuk ke dalam rumah.
“Mak aii.. Tu anak katak mana kau usung tu?” Soal Shikin.
“Anak katak Afiq.” Dia merebahkan badan di sofa. Terasa letih.
“Woo.. Ni apa cerita ni? Kata pergi annual dinner company, tetiba yang sampai beranak katak ni apa hal ni?” Shikin ingin tahu.
“Tadi diorang kasi hadiah ni dekat dia. Dah tu dia tak nak pulak dia kasi lah dekat aku.” Anis menanggalkan tudung. Terasa benar benar mengantuk.
“Amboi.. Sweetnya.. Dia kasi hadiah dia dekat engkau..”
“Sweet apanya.. Dia kasi dekat aku lah, sebab dia malu nak usung benda ni pergi car park.” Anis membetulkan baringnya.
“Alah, tak kisahlah. Yang penting dia kasi dekat engkau. Bermakna ni..”
“Dahlah, aku nak tidur. Mengantuk dah ni.”
“Nah, ambik katak ni, peluk sekali.” Shikin meletakkan anak patung katak itu di badan Anis.
“Yelah Mr Frog..” Anis memeluk anak patung itu. Dia tersenyum, mengingatkan Afiq. Saya sayang awak dari dulu sampai bila bila...
to be continue..
1 comment:
part katak tu sgt klakar..
haha..
Post a Comment