continued from previous post..
Hai, apalah nasib.. Anis menyusun fail-fail Meg Corporation. Semuanya perlu diserahkan semula kepada Encik Karim. Semuanya telah disemak, bahagiannya telah diselesaikan. Dia letak di tepi mejanya. Dia memandang jam diatas meja. Sudah dua lima puluh lima petang. Dia harus ke bilik Afiq pada pukul tiga. Dia mengeluh sebentar. Dipandang Idham yang berada di meja sebelahnya. Dia bangun berdiri, melepasi penghadang diantara mereka.
“Oi, Idham. Pelan baru ke?” dia menyoal Idham yang sedang sibuk meneliti pelan.
“Takde lah. Ni projek dekat Damansara tu la. Kejap lagi nak turun site. Tengok je siap siap, karang tak pening pening lagi.” Lelaki yang sudah empat tahun bekerja di situ bersuara.
“Dah banyak ke siap?” Anis menyoal lagi.
“Takde la. Baru lima puluh peratus. Baru siap beam. Projek biasa je ni, rumah kedai. Dengar kata kau dapat projek besar?” Lelaki itu senyum padanya.
“Boleh la. Tak tau lagi aku mampu handle ke tak. Kalau tak mampu, aku serah pada orang lain la.” Anis memberi jawapan.
“Kau ni, orang dah bagi peluang tak nak ambik pulak. Bukan senang dapat projek berjuta juta. Diorang bukan bagi dekat kau lepas tu diorang lepas tangan. Semua engineer pun akan pantau nanti. Nama je projek kau, tapi engineer lain campur tangan. Diorang pun turun jugak tengok projek.” Idham memberi dorongan.
“Senang la kau cakap, memang semua engineer tolong, tapi kalau jadi apa apa, aku jugak yang nak kena jawab.” Anis mempertahankan diri.
“Nak jadi apalah sangat. Lainlah kalau kau ni ambik duit projet tu, then beli materials yang tak bagus ke. Kalau macam tu, baru projek kau tu runtuh.”
“Amboi.. Amboi.. Amboi.. Mulut kau. Aku cili karang. Dahlah, dah pukul tiga. Karang bising pulak bos kita yang kiut miut tu.” Anis terus berlalu dari situ. Langkahnya dituju ke arah bilik di depan tempat duduknya.
Dia melangkah masuk selepas Nia setiausaha Afiq menyuruhnya masuk.
Lelaki itu memandangnya yang sedang melangkah masuh. “Duduklah.” Pelawa lelaki itu.
“Terima kasih Encik Afiq.” Dia duduk dihadapan lelaki itu.
Lelaki itu mencari cari fail di rak yang berada disebelahnya. Ditarik keluar fail berwarna kuning. Dia membelek belek sebentar fail itu. Anis cuma memerhatikannya. Sesekali dia mencuri pandang wajah lelaki itu. Dia tersenyum sendirian, terkenang saat dia merenung lelaki itu lapan tahun lalu. Wajahnya masih tidak berubah, cuma fesyen rambutnya sudah berubah. Lebih mengikut trend kini.
“Anis, Anis..” Lelaki itu memanggil tatkala melihat gadis itu merenungnya.
“Ah? Ar, ye Encik Afiq..” Anis terkejut. Dia tertunduk malu. Alamak, mesti dia perasan habes aku ushar dia.. segannnnnn...
“Lapar ke? Macam nak makan saya je.” Lelaki itu menyindir.
“Er, takde lah Encik Afiq.” Dia menjawab pantas.
“Kalau lapar, nak suruh pergi makan dulu. Karang kebijaksanaan awak tu tak berjalan pulak..” Lelaki itu masih manyindirnya.
Gadis itu Cuma menggeleng. Kau ni, memang suka nak peril aku ea.. nasib baik kau bos aku... eyh salah... Nasib baik aku dah lama syok dekat kau, kalau tidak dah lama aku bagi kau makan kerusi ni.
“Takpe lah, kita teruskan je la, bincang pasal projek ni.” Anis mula bersuara bagi menghentikan sindiran Afiq.
“Ni fail projek tu. Projek dari Syarikat Indah Holding. Bangunan pejabat sebelas tingkat. Awak tengok lah fail tu. Ada detail untuk budget dari site clearance sampai finishing. Including security system. Drawing building tu Nisa tengah siapkan. Awak pergi jumpa dia, discuss pasal budget sekali.” Afiq menerangkan panjang lebar.
Anis membelek belek fail tersebut. “Landscap?” Dia mengerutkan dahinya. Melihat butir butir dalam fail.
“Pasa landscap nanti kita ada landscap designer kita sendiri. Awak pergi jumpa dia dengan Nisa, nanti Nisa boleh scale kan drawing tu untuk space landscape sekali.”
“Nisa tu yang mana satu Encik Afiq.” Dia menyoal, dari tadi mendengar nama itu. Nama itu begitu familiar. Dia pasti Nisa bukan calang calang arkitek, setiap projek besar pasti di handle nya.
Fuh.. Afiq mangeluh. “Dekat dahi saya ni ada tulis ‘tempat pertanyaan’ ke? Awak pergi lah cari kalau dekat dahi sesiapa kat luar tu ada tulis ‘tempat pertanyaan’ awak pergi tanya diorang.” Afiq bersuara sinis. Pantang baginya sekiranya soalan remeh temeh disoal kepadanya.
“Saya mintak maaf Encik Afiq.” Anis mengetap bibir. “Bila meeting dengan Indah Holding?” lelaki itu terdiam lama mendengar soalan Anis.
“Dua minggu lagi. So, by weekend of the next week, I want all settled. Drawing, presentation untuk inner and outer design, model, description.”
“Baik Encik Afiq. Nanti saya uruskan.” Anis bersuara tenang. Fail ditangannya di tutup.
“Ok, then. Awak boleh start uruskan projek tu. Pergi la cari mana mana manusia nama Nisa dalam company ni.” Lelaki itu menyindir lagi.
Anis tersenyum tawar. “Saya keluar dulu Encik Afiq. Terima kasih.” Anis bangun ingin berlalu.
“Good luck!” Afiq tersenyum padanya.
“Thanks..” Gadis itu tersenyum. Pertama kali melihat senyuman ikhlas dari lelaki itu. Dia berlalu pergi..
“Idham. Mana nak cari manusia bernama Nisa ni?” Dia berdiri di sisi rakan sekerjanya itu.
“Cik Nisa arkitek tu?” Idham berpaling kepada Anis.
“Ye la, arkitek tu.” Anis menunggu jawapan.
“Dah nama pun arkitek, dekat bahagian drawing and design la. Dia pegang projek ni jugak ke?” Idham menjawab.
“A’a la. Kalau tak buat apa nak jumpa dia.”
“Ouh, bila kena present?”
“2 minggu lagi. Ni yang nak kena settle cepat cepat ni.”
“Company besar memang macam tu, semua nak cepat. Oklah, aku nak pergi site ni. Karang lambat, lepas ofis hour jalan jam. Bukan tak tau area damansara tu.” Dia mengambil pelan pelan diatas meja. Dia bangun untuk berlalu.
“Ok, thanks for the information.”
“No big deal.” Lelaki itu berlalu pergi. Anis memandang fail di tangannya. Fuh, let’s work up Anis...
“Macam mana projek baru? Ok?” Shikin menyoal.
“Boleh la.. Tengah tunggu arkitek tu siapkan drawing. Lepas tu nak siapkan specification, description, presentation.”
“Fuyyo.. Kawan aku dah jadi engineer berjaya dah ni.. Hehe..” Gadis itu ketawa.
“ Banyak la kau. Karang aku lingkup kan projek company dia baru dia tau.” Anis mendengus.
“Hek eleh.. ye la tu..Dalam hati tu, wah, bahagianya terasa..” Shikin menjelingnya sekilas.
“Kau karang, aku sumbat jugak bekas mr potato ni masuk dalam tekak kau tu.” Anis mengangkat bekas mr potato di tanganya. Cuba di baling ke arah Shikin.
“Amboi, orang cakap sikit dah nak marah. “
“Dah tu, kau tu asyik nak sindir aku sangat. Dah lah dekat ofis mamat tu pun asyik nak sindir aku. Balik rumah, kau pun sama.”
“Ye ke? Pergh, Nampak sangat aku dengan dia sehati sejiwa. Jodoh aku kot tu.” Shikin cuba menyakatnya.
“Kau baik sikit, kalau kau dapat dia, bukan dia je kau dapat, penumbuk aku sekali kau dapat.” Anis ketawa kecil, menanti reaksi kawannya itu.
“Oi, dia lebih penting dari aku la ni eyh?”
“Senang cerita, lebih kurang la..haha..”
“Kurang asam punya kawan!”
Anis memerhatikan Nisa yang menarik keluar pelan yang sudah di gulung. Nisa membentangkan pelan tersebut.
“So, macam mana?” Nisa menyoal. Anis masih memerhatikan lukisan tersebut.
“I pergi pantry kejap, u tengok tengoklah dulu. U nak air apa apa tak?”
“Er, tak. Takpe.” Anis menolak. Matanya masih tertumpu pada lukisan itu.
“Ok..” Perempuan lewat tiga puluhan itu berlalu.
Anis masih memerhatikan pelan itu. Semuanya cukup sempurna. Tidak hairanlah dia selalu memegang projek projek besar begini. Ditelitinya satiap satu sudut lukisan itu. Terasa yakin client mereka akan berpuas hati.
“So, how is it?” Nisa muncul dengan segelas air di tangan.
“Great. Cuma I nak settlekan specification dia kejap lagi.”
“Oklah, bila I boleh konfem drawing ni kena betulkan ke tak? Load and structure.” Nisa meminta kepastian.
“I settlekan dalam tiga hari lagi, lepas tu I jumpa Ir, kalau dah lulus I datang jumpa u nanti. I email kan nanti.”
“Okay. Don’t do it in hurry. Nanti calculation silap, berkali kali kena reject dengan Ir. Lagi seminggu lebih kan.” Nisa memberi komen.
“Seminggu lebih? Encik Afiq cakap dia kasi dua minggu je.” Anis mula menarik muka hairan.
“Eyh, taklah, tiga minggu. Yang u tanya Encik Afiq tu kenapa. Dia tu memang pantang orang tanya soalan, kalau benda tu ada dalam fail. Dia memang tak suka, sebab tu maksudnya u tak baca fail tu betul betul.” Nisa ketawa kecil. Yakin Anis sudah dipermainkan.
“Dia dah kenakan I lah ni.” Anis mencekak pinggang.
Anis melangkah masuk ke dalam bilik Afiq setelah pintu diketuk.
“Duduk.” Afiq bersuara. Menunggu gadis itu duduk.
“Terima kasih Encik Afiq.” Anis duduk di situ.
“So, how’s everything going on?” Lelaki itu menanti jawapan.
“Ok. Drawing dah siap. Saya tengah buat calculation. Nanti nak hantar pada Ir.”
“Great. Kalau kena reject tu, perkara biasa. First time, memang susah sikit. Nanti lama lama awak biasa, mesti dah ok.”
“I’ll try my best.” Ringkas jawapan gadis itu. Entah kenapa terasa berdebar debar berhadapan dengan lelaki yang sudah lama dihatinya itu.
“Nisa ok dengan awak?” Lagaknya seperti majikan yang prihatin.
“Ok.. Saya boleh kerja dengan baik dengan dia. She’s good in her job.”
“Baguslah. Bila nak turun site?”
“Petang esok insyaAllah. Saya baru nak cari tempat tu petang ni, on the way balik rumah kejap lagi.”
“Baru nak cari? Dah seminggu ni, awak tunggu saya nak hantarkan ke?” Lelaki itu menyoal sinis.
“Bukan Encik Afiq, saya tunggu drawing tu siap. Lagipun saya tengah settlekan pasal landscap tu. Lepas tengok Encik Hafiz siapkan scale untuk landscape baru saya boleh beritahu Nisa luas bangunan tu. Tadi drawing tu baru siap.” Anis mempertahankan dirinya.
“Kalau macam ni, tahun depan pun tak siap la Cik Anis oi..” Afiq mengeluh.
“Saya dah cakap, saya baru lagi, kenapa Encik Afiq bagi projek besar ni pada saya. Saya tak mampu nak handle.” Anis tiba tiba bersuara berani.
“Amboi, mak cik.. Orang dah bagi peluang besar macam ni awak cakap macam tu. Awak nak projek kecil? Tu haa, majlis bandaraya ada buat projek nak besarkan tandas awam, awak nak?” sedikit tinggi suara itu.
“Sorry Encik Afiq.” Anis mengalah. Mungkin tindakannya tadi salah.
“Ni yang saya malas nak ambil engineer perempuan. Macam ni la jadinya.” Afiq memandang tepat wajah gadis itu. Anis tunduk, takut dengan pandangan itu.
“Saya janji pada Encik Afiq, saya akan handle projek ni sampai berjaya. Saya janji..” Anis memberanikan diri bagi meredakan keadaan.
“Janji? Tak payah janji, kalau awak tak janji pun saya akan pastikan awak settlekan projek ni.”
“Baik bos..” Anis cuma mampu bersuara mengalah. Takut bertikam lidah dengan majikannya itu.
“Sebelum hantar Ir, bagi saya tengok dulu drawing tu.” Afiq memberi arahan.
“Baik bos..” Dia mengulang lagi ayat itu.
“Siap sekali dengan specification. Cepat sikit, nanti bila kena reject, sempat siapkan on time.”
“Baik bos..” Gadis itu nekad memberi jawapan yang sama.
“Baik bos, baik bos.. Bos memang baik, kalau tak dah lama saya telan awak ni. Dah, itu saja. Pergi siapkan kerja awak.” Anis bangun ingin berlalu, tiba tiba sesuatu terlintas difikirannya.
“Bos, nak tanya sikit.” Dia berdiri di hadapan Afiq.
“Apa lagi Anis ooiii..” Afiq memandangnya.
“Tadi saya tengok fail tu, dia tulis tiga minggu, saya nak tanya, saya silap baca ke bos yang tak tau baca?” Gadis itu menyindirnya. Anis tersenyum. Afiq menarik muka. Terasa geram dengan gadis itu.
“Awak ni kan...” Afiq terhenti di situ.
“Takpe lah bos, saya faham. Orang yang busy kekadang memang baca pun dah tak betul. Saya pergi dulu bos,” Anis melangkah ingin berlalu. Dia tersenyum puas. Padan muka kau. Selalu sangat kenakan aku.
“Bukan saya baca tak betul, tu la gunanya orang yang reti baca fail, tipu orang yang tak pandai nak baca. Dah ada depan mata tapi tanya lagi macam orang buta. Faham Cik Anis???” Lelaki itu pantas menyindir. Anis yang sudah berada didepan pintu berhenti melangkah, dipandangnya Afiq.
“Faham bos!” dia keluar lalu... Bang!!! Dia menghempaskan pintu bilik itusehingga tertutup.
“Woiiii!!!!” Jerkah Afiq dari dalam..
Hahahaha.. padan muka kau... Anis tersenyum mendengar jerkahan Afiq..
to be continue...
1 comment:
haha..
suka adegan kena-mengena..
Post a Comment