Tuesday, October 13, 2009

yang abadi... (2nd post)

continued from previous post...

“Papa..” Afiq mangikuti langkah ayahnya ke dalam pejabat sederhana besar itu.
“Kalau pasal pekerja baru tu, papa tak nak cakap apa apa pasal tu.” Datuk Jamal duduk bersandar di kerusinya.
“But u have to. Explain..” Afiq duduk di kerusi bertentang dengan ayahnya. Dipandang ayahnya yang malas melayannya.
“Explain? What? Doesn’t she’s good enough for that position?” Datuk Jamal memandang tepat ke wajah ananknya.
“U had been influenced by the answer.”
“So, apa tujuannya kita buat temuduga? Kita tanya soalan, diorang jawab. Bukan macam tu Moahamd Afiq?” Datuk Jamal tenang member jawapan.
“Ouh yeah? Something is going wrong right here I guess.”
“What?”
“Papa, she’s too young for you..” Afiq bersuara perlahan. Sedikit takut menyerkap jarang.
Datuk Jamal tersenyum. “But, she’s not too young for you..”
“Haha.. Papa, sejak bila kita buat interview cari jodoh pulak ni..” Dia membetulkan duduknya.
“Sekali sekala apa salahnya. Kita tukar view sikit. Asyik lelaki je. Try to see how good she gonna be.”
“Okay.. if that’s what u say.” Afiq mengalah.
“She will be perfectly well here.” Datuk Jamal masih mempertahankan pilihannya.
“We’ll see that. Jangan sampai nanti menangis nangis kalau kena turun site malam malam. That’s what I hate when working with woman.”
“Sudahlah, stop talking bout that. Let’s have our lunch. Ajak Amirul sekali.” Datuk Jamal bangun dari duduk menuju ke pintu pejabatnya, ingin keluar.
“Okay bos!” Afiq turut bangun mengikut ayahnya. Telefon bimbitnya ditarik keluar dari poket, di dail nombor sepupunya itu.

Amirul senyum pada pelayan yang baru mengambil pesanan.
“Am, nak tahu cerita terbaru tak?” Afiq mengerling sekilas pada ayahnya.
“Cerita? Hai, sejak bila kau jadi kaki bawak cerita pulak ni.” Amirul memandang sekilas Datuk Jamal di sebelahnya.
“Ouh, ni cerita panas ni. Ada la bos kita tu dah terpikat dekat minah mana entah. Siap ambil kerja lagi.” Afiq menyakat ayahnya.
“Wow, uncle.. Apa cerita ni? Anak dara mana ni uncle?” Amirul dan Afiq ketawa.
“Ketawa, ketawalah.. Kita tengok nanti siapa terpikat pada siapa..” Datuk Jamal senyum pada mereka yang masih mentertawakannya.
“Takpe uncle, takpe.. Uncle jangan risau, hensem lagi ni uncle. Boleh, boleh.” Diorang ketawa lagi. Datuk Jamal malas melayan. Seorang pelayang datang menghantar minuman dan minuman yang dipesan. Mereka diam sebentar membiarkan pelayan tersebut meletakkan minuman dan makanan yang dipesan.
“Ye la, pa. Siapa tak nak papa ni. Hensem, kaya, baik, gagah lagi perkasa. Hehe..” Afiq memicit micit bahu ayahnya.
“Dahlah, makan. Malas papa nak melayan kamu berdua ni.” Datuk Jamal menyuapkan makanan kedalam mulut.
“Marah nampak, uncle.” Amirul turut menyuapkan makanan ke mulut.
“Jangan pa, jangan marah. Karang turun lagi saham tu papa. Control macho eyh papa..” Afiq ketawa lagi.
Ting.. ting.. ting.. Datuk Jamal tiba tiba mengetuk sisi pinggan dengan garfu ditangannya.. “Makan, makan..”
“Ahaha..” kedua dua pemuda itu ketawa lagi. Gembira menyakat lelaki 60-an itu.
“Interview macam mana tadi? Okay?” Amirul memandang kedua dua orang bersamanya itu.
“Everything goes fine. Tu la yang aku cakap, papa ni dah jumpa awek baru.” Afiq menyambung makan semula. Dikilaskan pandangan kearah ayahnya. Datuk Jamal sudah malas ingin bersuara melayan kerenah anaknya itu.
“Ok, so did u mean she’s gonna be the new engineer there?” Amirul sedikit terkejut.
“Yup, my beloved cousin.. She is...”
“Wow.. Ok, then..” Amirul terdiam.

Anis mendail pantas telefon bimbitnya. Dia menunggu panggilannya dijawab.
“Helo, ye Anis kenapa?” kedengaran suara Alia di hujung talian.
“Guess what? I got the job!” Suaranya berbunyi ceria.
“Ye ke? Alhamdulillah. Bila start?” Alia menyoal.
“Minggu depan insyaAllah. And u know who’s the bos?” Suara Anis begitu teruja.
“Shall I know?” Alia bertanya lagi.
“Yes, u should!” Anis menjawab pantas.
“Kau ni dah terpikat dekat bos sendiri ke apa ni?” Alia mula pelik dengan sahabat baiknya itu.
“Yup, memang aku dah terpikat. Dah lama dah.” Anis ketawa. Menanti kata kata dari sahabatnya.
“Kau ni, karang aku lempang jugak. Cakap la betul betul. Kenapa dengan bos tu? Hensem ke? Kawan lama kita ke?” Alia bersuara pantas.
“My Mr Cinta Mekah n his dad!” Kuat Anis bersuara. Alia masih terdiam lama. Berfikir fikir ayat yang baru diakatakan Anis.
“Oh my god! Is it? Are u serious? That man yang kau jumpa dekat mekah dulu tu? Yang kau pernah suka tu ke?” Soalan keluar bertubi tubi.
“Correction! Bukan pernah, tapi masih, okay.. Yes, he is. Kau tau, terkejut giler aku tadi masa masuk interview. Macam nak tersembam makan simen lantai tu. Pergh, memang la tak sangka.” Anis gembira bersuara.
“Woo.. Ni betul betul terkejut ni. Diorang kenal kau tak?”
“Banyak la kau punya kenal. Mana dia kenal aku, dia tak perasan pun kot aku dekat Mekah dulu tu. Tapi, aku rasa ayah dia ingat aku lagi. Hehe..”
“Ye la tu.. Perasan pulak kau eyh.. Macam mana interview tu? Dia tanya apa?”
“Tak tanya apa pun. Mr Cinta Mekah tu je yang tanya satu soalan. Kenapa aku nak kerja situ. Lepas aku jawab, ayah dia terus terima aku kerja situ. Kau percaya tak?” Alia masih berjalan menghampiri keretanya di tempat parkir kereta.
“Mak ai, tu je? Karang aku takut ayah dia pulak yang tersangkut dekat kau.” Alia ketawa.
“Oi, kau jangan. Dia tu dah macam ayah aku la. Tu la, aku pun terkejut jugak senang je dapat kerja ni.”
“Kau ni apply kerja cleaner ke engineer ni.”
“Eyh, kau baik baik sikit. Cleaner pulak kau cakap. Nak buat macam mana rezeki aku dekat situ. Entah entah jodoh aku pun dekat situ kot. Haha..” Gadis ketawa panjang.
“Haha.. Ye la tu. Jangan esok esok dok menangis sudah. Kadang kadang apa yang kita nak tu memang di depan mata, tapi kita tak dapat pun nak ambil.. Ingat tu..” Alia memberi pesanan. Sedikit risau jika kawannya itu kecewa kelak.
“Baik bos!” Ada sinar harapan pada suaranya...

Anis melangkah ke dalam pejabat itu. Baru minggu lepas dia datang untuk mencari kerja, sekarang dia sudah menjadi pekerja syarikat gah itu. Dia menghampiri penyambut tetamu di kaunter utama.
“Cik, saya datang nak laporkan diri. Pekerja baru.” Anis menghulurkan sampul surat yang diterimanya empat hari lepas. Gadis itu menarik keluar surat dari sampul. Dia memeriksa sesuatu dari computer di hadapannya.
“Sekejap ye Cik Anis.” Anis Cuma mengangguk. Diperhatikan kawasan sekeliling. Ramai yang berpusu pusu baru ingin masuk kerja. Dilihatnya gadis itu menelefon seseorang. Dia menunggu lagi.
Tiba tiba seorang wanita menyapanya dari tepi. “Cik Anis?” Anis menoleh kea rah itu.
“Ye, saya.” Dia melemparkan senyuman kepada wanita itu.
“Sila ikut saya ke dalam, saya tunjukkan tempat Cik Anis.” Wanita itu mula melangkah ke dalam.
Anis memandang sekilas kearah penyambut tetamu tadi. “Terima kasih.” Mereka saling bertukar senyuman. Anis terus melangkah mengikut wanita tadi.


“Ni tempat Cik Anis.” Wanita it berhenti di satu meja. Di kirinya dan hadapannya turut ada satu meja, tetapi ada satu penghadang memisahkan mereka.
“Ouh, baik. Terima kasih.” Anis senyum lagi pada wanita itu. Masih bergaya walaupun sedikit berusia.
“Kejap lagi setiausaha Encik Karim datang, dia bagi fail pada Cik Anis, dia akan maklumkan kerja Cik Anis.”
“Ok..” Anis mengangguk tanda faham.
“Kalau macam tu, saya pergi dulu. Kalau Cik Anis takde apa apa nak buat lagi, nak berkenalan dengan kawan sekerja sekeliling pun takpe. Mungkin lambat lagi setiausaha Encik Karim serahkan fail tu. Encik Karim pun belum masuk lagi ni.” Wanita itu berterus terang.
“Baiklah, puan...” Anis terhenti di situ.
“Panggil je Kak Su. Semua panggil Kak Su je dekat sini. Kak Su setiausaha Datuk Jamal.” Wanita itu mesra berbicara.
“Baiklah, Kak Su. Saya pun Kak Su panggil Anis je la.” Anis tersenyum lagi.
“Hmm.. Ok la, Kak Su pergi dulu. Selamat bekerja.”
“Terima kasih Kak Su.” Wanita it uterus melangkah pergi. Anis memandang sekeliling. Tercari cari wajah itu. Tak masuk kerja ke mamat ni. Tiba tiba pandangannya terhenti di satu sudut. Dia memerhati pintu bilik yang bertentangan dengan tempat duduknya. Terdapat plat di pintu itu, ‘Pengarah urusan, Mohammad Afiq bin Datuk Jamal’
Dia tersenyum. Pergh, siap bilik dia depan tempat aku lagi. Hahaha.. dia tersenyum...

“Macam mana kerja hari ni, ok?” Shikin yang sedang membasuh pinggan menyoal.
“Ok...” Dia menjawab bersahaja. Matanya masih terlekap di kaca tv.
“Ok je la kau eyh. Buah hati depan mata.” Shikin mengelap tangannya pada tuala seraya berjalan kearah Anis yang sedang menonton televisyen.
“Nampak je depan mata. Tapi, bercakap pun belum.”
“Pergi la bertegur sapa.”
“Gila kau. Tak nak la.” Anis membesarkan matanya memandang Shikin.
“Suka hati kau la. Jangan nanti terlopong sudah.” Shikin membetulkan duduknya di sofa. Dicapai remote televisyen itu. Saluran televisyen di tukar.
“Kau tau tak, dia tu bos. Aku ni engineer biasa je. Segan la nak tegur tegur dia pulak.”
“Ye? Kalau macam tu, ada orang potong line lah nanti.” Shikin ketawa.
“Esok aku ada meeting pasal projek baru. Kalau aku ada kesempatan nak bersuara, boleh la.”
“Haaa.. Time ni la nak tunjuk power kawan..”

Afiq membelek belek fail dihadapannya. Semua staf yang berada di bilik mesyuarat itu turut membelek belek fail dihadapan mereka.
“Everything completed. Saya dah fikir, saya rasa Encik Karim sesuai untuk handle projek ni.” Afiq memandang tepat kearah Karim.
“Tapi Encik Afiq, saya tengah handle projek dekat Shah Alam tu. Meg Corporation tu.” Encik Karim menolak tawaran tu.
“Ye ke..” Dia terdiam sebentar.
“Encik Afiq, banyak ke peruntukan ni?” Idham menyoal.
“Dua perpuluhan empat juta. Nisa tengah siapkan drawing, then kita buat meeting sekali lagi dengan Indah Holding. Tengoklah keputusan diorang nanti.” Afiq membelek lagi fail itu.
“Cik Anis mungkin boleh cuba handle projek ni..” Encik Karim member pandangan. Anis terkejut. Dia terpana sebentar.
“Saya?? Eyh, tak kot Encik Karim.” Anis menolak. Projek dua point empat juta nak kasi aku?? Kang lingkop company bapak budak ni kang.
“Cik Anis, kalau tak tau boleh belajar. Dah tiga bulan Cik Anis kerja. Saya tengok semua ok. Mula mula semua rasa susah. Nanti okla tu.” Encik Karim memujuknya.
“Oklah, kalau macam tu. Anis, awak handle projek ni. Nanti jumpa Nisa, diskus drawing tu. Petang ni datang pejabat saya. Saya nak serah fail lengkap.” Afiq membuat keputusan. Dia percaya pada Karim.
“Tapi Encik Afiq, projek ni terlalu besar. Saya baru lagi.” Anis masih menolak.
“Kenapa kalau besar pun? Bukan awak nak junjung atas kepala awak pun bangunan tu. Bukan awak ke yang cakap, kebijaksanaan awak tu yang penting. Bukan tenaga awak. Ada masalah Cik Anis??” Afiq manyindirnya.
Kurang asam kau Afiq, kenakan aku.. Kau ingat aku tak boleh? Tengok sikit, ni Anis la..peperangan baru bermula..

to be continued...

2 comments:

syafawati said...

naimah naimah!!!!!!!
cepat sambung

FuTuRe L.A.E.P said...

haha..
pdan muka anis kena balik..
kua3x..

Daisypath Friendship tickers