continue from the previous post...
Aliya melangkah masuk ke kamar serba mewah itu. Wow! Best gila bilik ni. Siap ada tv, computer, sofa.. bilik ke rumah dalam rumah ni? Ahaha.. lantak la.. Aliya merebahkan badannya diatas katil. Fuh, lega. Dia memandang siling. Dalam fikirannya berkira-kira, betulkah tindakannya ini.
Tiba-tiba ketukan pintu menghentikan lamunannya. Mak Jah muncul di muka pintu. “Cik Julia nak makan? Mak Jah dah sediakan semua. Hari ni Mak Jah sediakan lauk kegemaran Cik Julia.” Wanita itu melemparkan senyuman.
“Ouh, ye ke. A’a, kejap lagi saya turun.” Mak Jah terus berlalu. Aliya membetulkan baju dibadannya, lantas turun dari katil. Lauk kegemaran? Apa la yang Julia ni suka makan ni. Lupa pulak aku nak tanya. Jangan la dia suka makan benda pelik pelik pulak. Mati aku.
Aliya melangkah ke ruang makan. Dilihatnya Shafik sudah menunggu di situ. Dia maklum, Julia selalunya akan makan bersama Shafik jika makan di rumah. Dia mengambil tempat duduk. Dipandangnya satu persatu lauk di atas meja. Matanya tertangkap pada mangkuk besar di tengah meja tersebut. Masak lemak ketam. Dia memandang Shafik.
“Cik Julia, ni Mak Jah masakkan masak lemak ketam kegemaran Cik Julia.” Tangan Mak Jah ditunjukkan pada mangkuk besar tersebut. Aliya Cuma tersenyum tawar. “Mak Jah masuk dapur dulu ye, makanlah Cik Julia.” Mak Jah ingin berlalu pergi.
“Eh, Mak Jah tak…” Ayat Aliya terhenti. Alamak, macam mana boleh lupa ni. Mak Jah mana makan sekali dengan aku. Aduhhh…
“Kenapa Cik Julia?” Soal Mak Jah yang langkahnya terhenti. Shafik menarik muka. Tidak puas hati dengan tindakan Aliya.
“Eh, tak. Mak Jah boleh sediakan sirap ais tak? Dahaga.” Aliya tersenyum. Shafik menjeling tajam.
“Boleh. Cik Julia tunggu kejap ye. Mak Jah buatkan.” Mak Jah berlalu ke dapur.
“Oi, Cik Julia tak minum air sejuk la waktu makan nasi.” Shafik menegur tajam.
“Ah, lantak la. Julia ni nak minum.” Aliya menjeling. Dilihatnya lauk sekali lagi. Terliur dia melihat sambal ayam. “Apa lagi, jomlah makan.” Dicedokkan nasi ke dalam pinggannya. “Weh, Cik Julia baca doa makan tak? Haha.” Aliya ketawa. Berniat cuma ingin berjenaka.
“Kau rasa lawak ke benda tu?” Shafik bersuara garang. “Tu, ketam tu, makan la. Favourite Cik Julia.” Pelawaan Shafik bernada arahan.
“Weh, aku tak makan ketam la.” Aliya bersuara rendah. Diperhatikan ketam itu. Dia memandang sekilas ke arah Shafik.
“Kau ni, makan pun memilih. Makan je la. Kau tengok ketam tu ada berapa?” Soal Shafik padanya.
“Lima. Kenapa?” Aliya menyoalnya kembali.
“Kenapa? Makan la semua tu. Kalau kau tak makan, nanti Mak Jah perasan kau bukan Cik Julia. Kalau Cik Julia dia boleh habiskan tujuh ekor.” Shafik mula menyuapkan nasi ke dalam mulut. Aliya terjegil.
“Habiskan semua ni? Kau dah gila ke apa. Aku sekor pun tak makan. Kau nak suruh aku makan lima ekor? Kau la yang makan. Kau makan bagi pihak Julia.” Aliya mengarah. Diambilnya seketul ayam dimasakkan ke dalam pinggan. Dibiarkan lauk ketam itu tidak bersentuh.
“Ni Cik Julia, sirapnya.” Mak Jah meletakkan jag air itu di atas meja. Matanya tertangkap pada masak lemak ketam yang tidak tersentuh. “Eh, Cik Julia tak makan ke masak lemak ketam tu?” Soal Mak Jah hairan.
Aliya terdiam. Tidak tahu jawapan yang harus diberi. “Mak Jah, ada lagi ke ketam tu. Cik Julia tengok ketam tu ada lima ekor je. Kalau makan dengan nasi tak cukup. Kejap lagi dia nak makan lepas habis makan nasi tu. Mak Jah jangan risau. Cik Julia akan habiskan punya lauk kegemaran dia tu.” Shafik tersenyum sinis memandang Aliya.
“Ada. ada lagi dalam periuk. Nanti Mak Jah ambilkan.” Mak Jah berlalu ke dapur.
“Kau tunggu la Shafik. Karang aku cucuk mata kau dengan kulit ketam tu.” Aliya mendengus. Alahai.. bala apa yang menimpa aku ni. Baru sehari, mamat ni dah menyusahkan hidup aku. Agaknya nanti aku mati kena buli dengan dia ni sebelum kena bunuh dengan gangster yang nak bunuh si Julia tu.
Aliya melangkah mengikut Shafik menuju ke dalam pejabatnya. Dia sendiri berasa janggal berada di syarikat besar ini. Dia cuma mengikut langkah Shafik, dia sendiri tidak tahu mana satu pejabatnya.
“Morning Cik Julia.” Sapa seorang gadis tatkala melewatinya. Aliya Cuma tersenyum.
Langkah Shafik akhirnya terhenti di hadapan seorang gadis. Aliya memandang Shafik. Kurang pasti kenapa mereka berhenti di situ. shafik menjelingkan pandangannya pada pintu di sebelah tempat duduk gadis itu. Tertera nama Syarifah Natalia Julia.
“Cik Julia, nak kopi ke?” Soal gadis itu.
Prinsip no 1: sentiasa minta surat khabar sebelum masuk ofis. “Tak pe Linda. Just bring my newspaper inside.” Aliya yang ingin melangkah masuk terhenti tatkala melihat Shafik dan gadis itu memadangnya pelik.
“Saya Diana, Cik Julia.” Gadis itu bersuara hairan.
“Saya ada cakap lain ke tadi? Betul la, saya cakap Diana. Awak yang tak dengar.” Aliya melangkah terus, biarkan mereka berdua penuh tanda soal.
Shafik mengikutnya ke dalam. Pintu di tutup. “Orang pekak pun boleh dengar la kau panggil dia Linda tadi.” Shafik bersuara tidak setuju dengan tindakan Aliya tadi. Dia duduk di sofa.
“Suka hati aku lah.”. Okla cara aku cover line tadi. Tu la namanya teknik orang pro. Hahaha.. Aliya biarkan saja perkara itu berlalu. Malas bertikam lidah dengan Shafik. Dia sendiri terkejut dan sedikit malu tadi apabila sedar dia tersalah nama. Dia mengambil tempat di tempat duduk Julia. Di alih kedudukannya membelakangkan meja. Dia melihat permandangan Kuala Lumpur terasa seperti berada di dalam drama tv pula. “Apesal dekat depan pintu tu, takder nama penuh Julia? Bukan nama dia ada pelik sikit ke kat belakang tu. Apa entah.” Aliya tertawa perlahan.
"Kau rasa nama kau tu sedap sangat ke?” Shafik menyindir. “Kau jangan ingat kau duduk dekat kerusi tu, kau dah hebat sangat. Tu sementara je.” Shafik mengingatkannya. Geram melihat gelagat Aliya.
Aliya Cuma mendiamkan diri. Malas bertekak dengan lelaki itu. Tiba tiba pintu biliknya di ketuk. Seraya Diana masuk. “Cik Julia, Cik Julia ada meeting setengah jam lagi. Dengan semua head of department. Cik Julia nak saya siapkan apa apa fail ke?” Soal gadis itu lagi. Ditangannya terdapat sebuah notebook kecil berserta sebatang pen.
Aliya memandang mejanya. Tidak tahu jawapan yang harus diberikan. Head of department? Aku nak mengarut amenda kejap lagi. Fail? Fail apanya, satu benda pun aku tak tau nak cakap pasal apa ni. Apa aku nak cakap dekat minah ni. “Er.. Tak per, tak payah.” Aliya menjawab ringkas.
“Baiklah Cik Julia. Kalau takder apa apa lagi, saya keluar dulu.” Aliya Cuma mengangguk. Gadis itu melangkah keluar. Dipandangnya Shafik.
“Boleh la setakat Diana yang lepasan diploma tu tertipu dengan kau.” Shafik menyelak nyelak majalah di depannya. Aliya membiarkan saja kata –kata lelaki itu. Ada perkara yang lebih penting harus difikirkannya. Meeting yang bakal di hadiri sebentar lagi.
Aliya melangkah menuju ke bilik mesyuarat. Dia makin berdebar ebar. Dia membuka pintu. Tatkala itu, semua mata memandandang kearahnya. Wow! Ramainya. Satu, dua, tiga.. fuh ramai.. dia berjalan melangkah ke depan. Tempat duduknya. Prinsip no 2: Tengok semua orang sudah hadir ke mesyuarat, baru duduk. Aliya berdiri sebentar. Memerhatikan setiap orang yang hadir. Tiada tempat kosong. Hatinya lega. Jika tidak pasti dia perlu bertanya mana perginya orang yang tidak hadir itu. Dia terpandang sekilas Haris. Ini kali pertama dia melihat Haris. Tetapi dia sudah mengenali rupa lelaki itu melalui gambar yang di tunjukkan Julia.
Aliya kemudian duduk dia senyum sebentar. Prinsip no 3: selak apa sahaja fail yang ada di atas meja. Aliya mengambil fail yang berada di depannya. Diselak satu persatu. Tidak ada satu pun yang difahaminya. Dia Cuma ternampak graf-graf dan beberapa angka. Dia membaca beberapa ayat yang turut di taip diatas kertas tersebut.
Prinsip no 4: bersandar pada kerusi sebentar kemudian mulakan mesyuarat. Aliya meletakkan fail tersebut di atas meja. Dia kemudia bersandar di kerusi sehingga badannya sedikit terdorong ke belakang, dia terlalu bersandar dan akhirnya.. oh, no! bedebuk! Lagak bunyinya seperti nangka busuk jatuh. Adoiii!!Semua orang bangun terkejut.
“Cik Julia, Cik Julia ok ke?” Soal seorang lelaki yang berada hampir dengannya. Haris menghampiri. Menghulurkan tangan. Aliya menyambut tangan itu. Dia bingkas bangun. Terasa sakit seluruh badan. Dia melihat semua orang. Hampir kesemua sedang menahan ketawa.. Terasa ingin saja di sorok mukanya di bawah meja itu. Dia melangkah keluar pantas.
“Julia!” Haris mengejar..
Aliya!!! apa kau buat ni.. malu.. waaa.. tak nak dah duduk sini!!! Julia, cepat la kau balik! so, lepas ni macam mana aku nak berdepan dengan diorang ni.. pintu biliknya di kuak.
Shafik yang sedang terbaring di sofa melompat bangun. kenapa dia ni? bukan meeting baru nak mula ke. yang tehinjut hinjut ni pesal. baru habis bergusti ke apa sorang ni. Tiba-tiba seseorang masuk.
"Julia.." Aliya mengalih kebelakang. Haris..
to be continued...
No comments:
Post a Comment