continued from the previous post...
“Sekarang kita mulakan. Mula dari dalam rumah aku. Aku tinggal sorang. Big bungalow. Ada tiga buah kereta. Tapi kau tak payah drive kereta aku. Kau guna je kereta yang driver aku sediakan tu.”
“Dah tu, kemas rumah, masak?” Soal Aliya.
“Kau ni kan.. memang lembab la. Dah rumah aku besar besar macam tu takkan takder pembantu.” Nada Julia tinggi. Geram dengan Aliya.
“Tadi kau jugak cakap, kau duduk sorang je kat rumah tu.” Aliya menjawab. Dia tertunduk tatkala Julia mengjegilkan matanya.
“Kau ni.. kalau aku tau kau lembab macam ni, tak kuasa aku nak suruh kau menyamar jadi aku.” Dia melemparkan pandangan ke arah tingkap. Dia mula berfikir. Lama dia berdiri di situ. “Kejap. Aku nak keluar. Kau tunggu sini. Shafik, kau jaga perempuan ni. Kalau terlepas, siap kau.” Tajam amaran Julia. Pengawal peribadi itu cuma tunduk, tanda patuh.
“Kau nama Shafik ke?” Soal Aliya selepas lama mereka berdiam diri.
“Dah tu, kau tak dengar ke dia panggil aku apa tadi.” Tegas suara itu. Aliya memalingkan pandangannya ke arah lain. Aku tanya elok elok kau jawab kasar pulak.kau ingat aku nak sangat ke cakap dengan kau.boleh blah la! Siapa lah yang memandai tunjuk gambar aku pada perempuan sihir ni. Apa yang dia nak. Macam mana kalau ada orang sebenarnya nak bunuh dia. Aku yang jadi mangsa? Gila perempuan ni.
Lama mereka berdua mendiamkan diri. Aliya menarik keluar majalah dari bawah meja kopi. Dia menyelak nyelak satu persatu muka surat.
Tiba-tiba pintu dikuak. Julia melangkah masuk. “Oklah, memandangkan kau dah bersetuju kan. Kita tetap akan teruskan. Aku takder pilihan lain selain bijakkan kau yang kurang bijak ni.” Dia mendengus.
Panas telinga Aliya mendengar itu. Melihatkan pengawal peribadi itu masih di situ, dia menahan geram di dalam hati. Terasa ingin saja menarik rambut perempuan itu. “Kau nak aku buat apa lagi?” Soalnya. Rimas dengan suasana sepi itu.
“Kita sambung je yang tadi. Pasal rumah tu, takder masalah untuk kau rasanya. Kau tak habiskan banyak masa di rumah. Semua pasal pembantu tu, nanti Shafik kenalkan pada kau. Next, aku dah ada tunang. Dia..”
“Apa?! Tunang? Eh, kau nak aku berlakon jadi tunang kepada tunang kau jugak?” Aliya pantas memotong percakapan Julia. Julia bukan calang calang orang. Dia pasti orang di sekelilingnya jugak hebat hebat belaka.
“Dah tu? Kau nak menyamar jadi aku, tapi tak nak menyamar jadi tunang kepada tunang aku? Kau ni tak der otak ke apa?” Marah Julia.
“Yelah, yelah..” Aliya akur. Tiada guna protesnya.
“Tunang aku kerja bawah aku. Haris. Dia orang yang paling aku percaya. Company aku besar. Indah Holding. Pemegang saham syarikat tu, pak cik dan pak ngah aku. Kau jangan percaya langsung pada diorang. Apa pun keputusan yang kau nak ambil, kau mesti tanya Haris. Apa saja yang kau kena tandatangan, kau kena baca betol betol. Kalau kau confuse, terus call Haris.” Julia berhenti sebentar. Dia memandang ke luar jendela. Seperti berfikir sama ada keputusannya ini tepat.
“Kenapa kau percaya sangat dengan Haris?” Aliya menyoal. Dia berasa kurang yakin apabila insan bernama Haris itu terlalu dipercayai. Hebat sangatkah dia tu.
“Sebab aku tau dia boleh dipercayai. Kau jangan banyak tanya. Lepas ni, aku nak kau belajar tandatangan aku. Aku akan tunjukkan semua gambar staf ofis yang kau perlu kenal. Aliya, semua ni cuma antara kita bertiga, aku, kau, Shafik. Kalau ada orang ke empat yang tau, kau dengan orang keempat tu, mampos!” Julia berhenti di situ. dia memandang Aliya. Mencari keyakinan di sebalik wajah itu.
“Rumah ni ke?” Aliya menyoal Shafik tatkala kereta yang di pandu Shafik masuk ke perkarangan banglo besar.
“Dah tu, kau ingat aku nak bawak kau datang rumah siapa? Nenek kau?” Shafik bersuara bersahaja. Aliya menjeling tajam di tempat duduk belakang. Rumah itu benar-benar besar. Dia makin pasti, tugasan yang perlu dipikulnya amat berat.
Aliya membuka pintu kereta. Shafik yang baru sahaja turun pantas berjalan ingin membukakan pintu untuk Aliya terhenti. “Cik Julia tak pernah buka pintu kereta sendiri.” Tegurnya sinis.
“Manalah aku tau, dia tak cakap pun semalam.” Aliya menjeling.
“Cik Julia! Mana Cik Julia tidur semalam. Mak Jah risau..” Tiba-tiba seorang wanita berumur lingkungan lima puluh tahun muncul dari halaman rumah.
“Mak.. Mak Jah.. err..” Aliya mula bersuara. Dia sedikit kelu. Dipandangnya Shafik. Sahfik mengalihkan pandangan kea rah lain, biarkan gadis itu mencari tindakan sendiri..
Aliya, now u are Julia.. u are finished.. waaa.. mati aku.. Dia memandang Sekilas rumah mewah yang bakal dihuninya dan memulakan hidup baru.. boleh ke aku?
to be continued...
No comments:
Post a Comment