Friday, May 8, 2009

duplicate (first post)

Dia memandang sekeliling VIP Suite itu. Tidak pernah bermimpi akan dapat merasa melangkah ke hotel semewah ini. dia duduk di atas sofa empuk itu. Sudah hampir setengah jam dia menunggu. Dia sendiri tidak pasti siapa yang di tunggunya. Dia mendapat panggilan dari seorang perempuan yang ingin bertemunya di sini. Dia di sambut mesra ketika tiba tadi. Dia pasti perempuan itu bukan calang calang orang. Tiba tiba pintu bilik itu dikuak. Seorang gadis masuk. Aliya memandang wajah itu. Dia memerhatikan gadis itu. Wajah mereka seiras. Gadis itu melangkah masuk menghampirinya. Dia tersenyum memandang Aliya.
“Kenapa? Pelik? Aku pun pelik jugak bila ternampak gambar. Muka kita sama kan?” gadis itu duduk di atas sofa bertentang dengan Aliya.
“Apa kau nak?” Aliya menyoal. Dia masih memandang wajah itu. Persis wajahnya. Cuma rambutnya lebih pendek melepasi paras bahu. Pakaiannya juga lebih cantik, ternyata kena dengan tubuhnya.
“Aku nak bagi kau kerja. Kerja yang kau pasti takkan tolak.” Nadanya ternyata yakin. Mata gadis itu bertembung dengan Aliya.
“Kerja? Kau ni siapa? Macam mana kau kenal aku?” Aliya menyoal tidak sabar menanti jawapan.
“Aku Syarifah Natalia Julia Kasandra Syed Kamarul.” Dia terhenti di situ. Aliya tersenyum. Terasa kelakar mendengar nama itu. Perkataan ‘Kasandra’ itu seperti pernah didengarnya. Entah di mana. “Kenapa? Ada yang kau rasa kelakar ke?” Soal gadis itu tegas. Aliya cuma menggeleng. “Orang panggil aku Julia je. Kerjanya senang je, aku nak kau menyamar jadi aku. Boleh?” soalnya, matanya masih belum dialih ke tempat lain.
“Ha?! Untuk apa? Kenapa kena menyamar? Kau nak pergi mana?” Pantas soalan keluar dari mulutnya.
“Untuk apa? Kau Cuma perlu jadi aku. Buat apa yang patut aku buat, di rumah, pejabat. Aku ada hal yang perlu aku selesaikan di luar negara. Kau tak perlu sibuk nak tahu. Kau setuju?” Ringkas penerangan gadis itu.
“Eh, kau dah gila ke. Aku tak nak. Aku dah cukup selesa dengan hidup aku. Aku tak nak.” Aliya pantas bangun ingin pergi.
“Tunggu dulu Aliya. Kau belum dengar pun apa yang aku nak beri pada kau.” Langkah Aliya terhenti. “Kau boleh tinggal di rumah aku. Buat macam rumah kau sendiri. Semua gaji aku setiap bulan jadi milik kau. Kau nak terlepas lebih dari lima belas ribu ringgit sebulan?” Soal gadis itu. Dia menghampiri Aliya. Dia memandang Aliya mengharapkan jawapan.
“Aku tak nak. Duit kau tu tak menjamin keselamatan aku. Kau nak suruh aku ambil tempat kau sebab ada orang nak bunuh kau?” Soal Aliya, serkap jarang.
“Oi! Memandai je kau ni. Mana ada orang yang berani cari pasal dengan aku. Tapi, kalau kau tak terima, keselamatan kau lagi tak terjamin.” Gadis itu memandang lelaki yang mengiringinya tadi. Lelaki itu mengeluarkan pistol. Aliya terkesima. Terasa ajal berada di depannya. Dia menggeletar.
“Kenapa aku?” Aliaya menyoal. Terasa ingin lari dari situ.
“Eh, apesal kau bongok sangat ni hah? Dah tu kau nak aku suruh jantan depan kau ni menyamar jadi aku?” Gadis itu bersuara tinggi. Geram dengan soalan tersebut.
“Kenapa kau nak lari? Kau ada buat salah? Kau ada bunuh orang?” Aliya mula menafsir sendiri.
“Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Eh, kalau aku ada bunuh orang, dah lama polis tangkap aku dekat sini lah, bodoh. Sekarang ni, aku nak dengar, kau nak ke tak? Jawab aku cepat!” tinggi suara itu. Aliya terkejut.
“Kalau aku nak?” Aliya menyoal kembali.
“Well, aku dan kau tidur di sini, then aku ajar kau semua benda untuk jadi Julia.” Suara itu berubah lembut.
“Kalau aku tak nak?” soalnya lagi. Persis bermain tarik tali dengan gadis itu.
“Kalau kau tak nak, lima saat dari sekarang nyawa kau melayang. So, kau dah ada pilihan?”
“Kenapa kau nak bunuh aku? Aku tak buat salah pun pada kau. Kau biar je aku pergi. Aku janji tak cerita pada sesiapa.” Suaranya mula bernada merayu.
“Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Sekarang kau jawab kau nak ke tak?” Aliya tertunduk. Ingin mencari jawapan yang pasti. “Ahaa.. lagi satu, kalau kau nak cuba tipu aku, kononnya lepas kau setuju then kau nak bocorkan rahsia ni, kau ingat sini, orang aku ada untuk ikut kau dua puluh empat jam. So, kau jangan fikir nak tipu aku.” Gadis itu mengugutnya lagi.
Aliya memandang gadis itu. Dia benar- benar terjatuh dalam kandang harimau.


to be continued...

No comments: