continued from the previous post...
“U ok ke tak? Nak pergi klinik ke?” Haris menyoal.
Prinsip no 5: never say no to Haris. “Er.. A’a..” Aliya membetul betulkan pinggangnya.
“Ok, then. I pergi inform pada Diana and Rina, lepas tu kita pergi. U tunggu I dekat sini.” Haris berlalu pergi. Sempat memberi senyuman pada Shafik yang memandang penuh tanda tanya.
Shafik menghampiri Aliya yang duduk di kerusi tetamu. “Kau kenapa ni? Dah kena belasah ke apa ni?” Dia menyoal hairan. Dipandangnya Aliya, mencari jawapan.
“Aku… Aku jatuh kerusi.” Tatakala itu juga Shafik tergelak besar. Dia akhirnya cuba menahan tawa melihat Aliya yang sudah mencuka. Dia mula ingin bersuara, tetapi tawanya masih bersisa.
“Haha.. Kau ni dah silap duduk ke apa. Adoii.. haha.. Dah tu, kau blah macam tu jer la?” Soalnya semula.
“Dah tu, kau nak aku duduk situ buat macam takder apa yang jadi?” Nadanya mula tinggi.
Tawa Shafik terus terhenti. “Dah tu, sakit sangat ke?” Dia mula menyoal Sirius. Risau jugak kalau apa apa yang berlaku. Dia sendiri yang perlu menjawab pada Cik Julia.
“Tak.. Sakit sikit je.” Ringkas jawapannya. Dia sendiri sudah malas bersuara.
“Betul ke nak pergi klinik? Kalau sikit je, tak payah la.” Shafik menambah lagi.
“Kan Julia dah pesan, never say no to Haris.” Aliya masih membetulkan pinggangnya.
“La.. Kau ni.. bertempatla.. kalau dah tak perlu, tak payah la. Karang lagi sekali kau malu kena gelak dengan doktor tu pulak..” Shafik tersenyum. Dia cuba menahan tawa.
“Yelah, yelah.. Tapi aku nak balik. Tak kuasa aku nak duduk sini.” Dia mula mengarah.
“Suka hati kaulah.” Shafik menjawab ringkas. Dia mula menelefon pemandu untuk menjemputnya dengan Aliya.
Seraya itu, Haris masuk. “I dah inform diorang. Meeting pun I dah tangguhkan. U nak pergi sekarang?” Haris menyoal.
“I tak jadi pergi. Sikit je ni. I nak balik berehat kat rumah je.” Aliya menjawab perlahan. Dipandangnya wajah Haris. Alahai, gentleman nye Haris ni. Bukan macam sorang tu, tau gelak dengan buli aku ada la. Patut la Julia sayang nak mati tunang dia.
“Nak I hantarkan?” Soal Haris.
“Tak. Takpe. Shafik dah call Pak Mad. I balik dengan diorang.” Aliya tersenyum.
“Ouh, ok then. I hantarkan u sampai bawah.”
Aliya membetulkan kedudukannya di sofa itu. Dia sengaja ingin menonton televisyen di ruang tamu. Terasa terkurung di dalam bilik. Tiba tiba Shafik datang menghampirinya.
“So, macam mana dekat ofis tadi? Ok?” Shafik menyoal.
“Boleh la. Jatuh kerusi ja tak ok.” Dia menjawab.
“Meeting pasal apa tadi?” Soal Shafik mula ingin beramah.
“Mana nak sempat meeting apa.” Dia menjawab ringkas. Terasa malas melayan lelaki itu. Tiba tiba pertanyaan hinggap di akalnya. “Eh, siapa pak cik dan pak ngah Julia tu, hah.?”
“Hari ni diorang takder. Diorang memang jarang masuk ofis. Lagipun diorang bukan kerja di situ. nanti kau jumpa lah diorang.”
“Diorang tu jahat ke? Garang?” soalnya lagi.
“Jahat ke tak, mana la nak tau. Julia cuma pesan berhati hati dengan diorang kan.”
“Yelah, kalau kena berhati hati, mesti la diorang tu tak baik.” Aliya menyoal lagi.
“Suka hati kaulah nak fikir apa.” Shafik mula malas menjawab soal itu.
“Berapa saham diorang?”
“Pak ngah dan pak cik dia masing masing tiga puluh tiga peratus. Julia tiga puluh empat peratus.”
“Ouh, sama banyak la kiranya.” Aliya makin berminat
“Sama banyak? Kau tak paham ke ada beza tiga puluh tiga dengan tiga puluh empat tu?” Shafik menyoal lagi.
“Memang la. Kau ingat aku ni bengap sangat ke. Satu je kan bezanya, macam lebih kurang sama la.” Nada Aliya mula tinggi.
“Suka hati kaula. Malas aku nak bertekak.” Shafik mula ingin berlalu pergi. “Encik Haris.” Aliya mengalih ke belakang. Haris berdiri di situ. “Baru sampai Encik Haris?” Soal Shafik.
“A’a.. Baru je.” Haris menghampiri Aliya. duduk di sofa bertentangan dengannya. Shafik terus berlalu pergi. “Macam mana? Dah ok?” Soalnya.
“Ok.. Dah ok.. u dari mana?” Aliya menyoal. Apesal lah kau bengap sangat Aliya. kau tak Nampak ke jam pukul lima, mesti la dari ofis. Hisyyy…
“Ofis. Terus datang sini. U nak masuk ofis tak esok?” Soal Haris.
Prinsip no 6: jangan sesekali ponteng kerja. “Yup! I masuk ofis esok. Kaki ni, sikit je. Esok baik la.” Dia tersenyum. Dia sendiri berasa kurang selesa bercakap dengan tunangnya itu.
“U ni, memang kalau bab kerja, it come first kan. Kalau tak nak I nak informkan pada Diana esok. Esok B.O.D nak datang. Esok pagi I siapkan semua fail untuk u. U nak tambah apa apa yang penting ke?” Haris bersuara bersahaja.
BOD? Amenda tu. Butt of donkey? Ahaha.. apa aku nak jawab ni. Urmm.. never say no to Haris, “Ok, ok.. u sediakan. Thanks.” Aliya tersenyum. Dia memandang sekeliling. Mencari Shafik. Dia benar benar perlukan bantuan.
“Anyway, I think I should go. I datang pun nak tengok u dah ok ke belum. U rehatlah dulu. Hope u’ll get better soon. Kalau ada apa apa call I. I balik dulu.” Haris bangun ingin pulang. “I love u. take care dear.”
Prinsip no 7: Bila Haris cakap I love u, terus jawab I love u too. “I love u too. U nak I hantarkan ke depan pintu ke?” Soal Aliya.
“No, no.. u don’t have to. Take your rest. I pergi dulu.” Haris berlalu pergi.
Dibiarkan Haris berlalu sekian lama. “Shafik! Shafik!” Laungnya.
“Kau ni kenapa yang terpekik ni? Kau nak apa?” Soal Shafik yang baru datang dari biliknya.
“B.O.D tu apa?”
“MasyaAllah, kau ni kan. Board of Director. Kau nak jumpa sangat pak ngah dengan pak cik dia kan? Haa.. Esok boleh la kau jumpa diorang tu. Get prepared!”
Fuh…
“Diorang dah tunggu di bilik mesyuarat Cik Julia.” Diana memaklumkan.
“Ok, ok.. Haris mana? Dah pergi?” Soalnya.
“Encik Haris tunggu Cik Julia di luar.”
“Luar? Ouh, ok.. ok.. Kejap, saya nak ambil fail ni. Ni je kan?” Soalnya kepada Diana.
“A’a.. Tu jer. Saya keluar dulu Cik Julia.” Gadis itu berlalu pergi.
Alia melihat fail ditangannya. Apa la semua ni. Diorang suruh bawak, aku pun bawak. Satu benda pun aku tak tahu apa semua ni. Alah, bawak je la Aliya oi, bukan berat sangat pun kan.. dia melangkah keluar. Dilihatnya Haris sedang menunggu di luar.
“Jom! Diorang dah lama tunggu.” Haris mula melangkah. Aliya cuma menurut.
Pintu bilik mesyuarat dikuak. Dua orang lelaki lingkungan lima puluh tahun menunggu di dalam. Mata mereka tertumpu pada Aliya. Aliya sedikit kurang selesa. Terasa seperti lakonannya hampir terbongkar. Dia dan Haris mula mengambil tempat.
“Julia, pak ngah bukan tak suka, cuma pak ngah nak tegur sikit. Ni mesyuarat antara kita B.O.D, rasanya kita bertiga sahaja yang perlu hadir.” Lelaki yang berada paling hampir dengannya itu bersuara.
“Pak cik pun fikir macam tu. Rasanya tak perlu orang luar dalam meeting ni. Julia faham kan?” Seorang lagi bersuara.
Aliya terdiam. Belum sempat bersuara, dia sudah mula kelu dengan kata kata kedua dua orang itu. Biarkan Haris keluar? Habis aku? Di dalam bilik mesyuarat ni bersama dua orang lelaki ini? lelaki yang Julia langsung tak percayakan. Tanpa Haris, apa keputusan yang perlu aku buat? Apa yang perlu aku cakapkan…
to be continued...
No comments:
Post a Comment