continued from the previous post...
Prinsip no 8: pastikan Haris selalu ada untuk buat sebarang keputusan. Aliya terdiam sebentar. Mencari cari apa yang perlu diperkatakan untuk mempertahankan Haris untuk berada di situ. Haris masih di situ tidak berganjak. “Kalau pak ngah dengan pak cik nak Haris keluar, boleh. Julia pun akan keluar. No more meeting.” Aliya mula meletakkan syarat. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu bertapa takutnya aku berdepan dengan dua orang manusia ini. Dia berdebar debar menanti reaksi kedua dua lelaki itu.
Mereka saling berpandangan. Haris tersenyum puas hati. “Baiklah. Pak ngah pun malas nak membuang masa. Suka hati Julia lah.” Lelaki itu bersuara, mengalah. “Marilah, kita mulakan.” Lelaki itu menyelak nyelak fail di depannya. “Ni..” lantas lelaki itu menolak fail tersebut kepada Julia. Julia mengambil, sedikit berang dengan tindakan lelaki itu. Kalau nak bagi, bagi la elok elok. Dah tua nak mampus pun menyakitkan hati orang lagi.
Aliya menyelak satu persatu isi fail tersebut. Dia membaca kesemuanya. Kertas kerja? Untuk membeli 5 peratus saham Indah Holding. Aliya memandang sekilas ke arah Haris. Dihulurkan fail itu kepada Haris.
“So, macam mana? Setuju?” Lelaki itu bertanya lagi. Aliya pasti, itu adalah pak ngah Julia, Datuk Hamdan. Yang sebelahnya, pak cik Julia, Datuk Azlan.
Aliya mencari kata kata yang harus diberikan. Dilihatnya Haris masih belum habis meneliti fail tersebut. “Er.. Apa yang untungnya kepada Indah Holding?” Dia menyoal. Patut ke soalan ni? Ah, lantaklah..
“Julia, kalau kita berkerjasama dengan Inter Web, diorang akan jadi business partner kita. Semua urusan ICT, diorang uruskan. Kita boleh batalkan kontrak dengan E-First. Can’t u see dah berapa banyak yang kita keluarkan untuk bayar E-First dalam setahun.” Datuk Hamdan bersuara cuba meyakinkan Aliya.
“Berapa?” Soalnya pantas. Alamak! Pesal aku tanya macam ni. Aku kan CEO, mesti la aku tahu. Aduhh..
Datuk Hamdan dan Datuk Azlan berpandangan. Pelik dengan soalan itu. Datuk Azlan mula berbicara. “It’s nearly one million isn’t per year. Kalau kita berkerjasama dengan Inter Web, we can save that amount. Cuba Julia bayangkan kalau dah lima tahun. We can have new project and get more income for the company.”
Sejuta? Banyak tu.. kalau lima tahun, dah lima juta. Betul, boleh buat projek baru. Tapi ni bukan company aku pun. Prinsip no 9: semua keputusan di tangan Haris. Dia memandang Haris mencari jawapan.
“Proposal ni bagus. Everything is clear. Tapi, mungkin Julia perlukan sedikit waktu untuk semak semula proposal ni. This is a big decision.” Haris memandang Aliya. Terasa janggal melihat Julia kurang tegas dengan percakapannya hari ini. Aliya cuma mengangguk tanda setuju dengan cadangan Haris.
“Ok, then. Tapi jangan lama sangat Julia. Rezeki bukan selalu datang bergolek. And remember, satu peratus saham diorang nak beli dengan harga satu perpuluhan dua juta.” Kata-kata Datuk Mazlan mengejutkan Haris dan Aliya. Terjegil biji mata Aliya. satu perpuluhan dua juta? Banyaknya. Ni shopping sepuluh tahun pun tak habis.
“Berapa peratus saham Julia yang Julia perlu jualkan?” Soalnya, mula tertarik.
“Terpulang. Kami faham Julia, Julia sayang saham peninggalah arwah ayah Julia. Kalau Julia berikan satu peratus pun tak apa. Pak ngah dengan pak cik masing masing jualkan dua peratus. Julia masih pemegang saham majority. Oklah Julia. Kami balik dulu. Tapi fikirkan, Julia boleh selamatkan sejuta untuk syarikat setiap tahun, dan Julia sendiri dapat satu perpuluhan dua juta.” Datuk Hamdan mengakhiri kata katanya. Mereka berdua keluar.
Aliya memandang Haris. “Don’t tell me that u are going to sell your share.” Haris memandangnya.
“Kenapa?” Dia menyoal. Ingin melihat pendapat lelaki itu.
“Kalau u jual saham tu, saham u tinggal lima puluh peratus. Sama dengan jumlah saham diorang. Individunya, u memang pegang majority share. Tapi, kalau u lihat secara keseluruhan? U sebenarnya, sama je dengan diorang. Fifthy, fifthy.” Lelaki itu memandangnya.
Aliya memandangnya hairan, lima puluh peratus? Bukan ke Shafik cakap saham Julia hanya tiga puluh empat peratus. Something wrong somewhere… bermakna sekarang Julia ada lima puluh satu peratus saham. Siapa yang betul ni.. tak mungkin Haris tipu. Dia tak tahu aku bukan Julia, takkan dia boleh tersilap cakap macam ni. Ini bermakna Haris betul. Julia ada lima puluh satu peratus saham. Atau, Haris dah tahu aku bukan Julia, dia ada rancangan nak jatuhkan Julia dengan pergunakan aku yang tak tahu apa apa. Siapa yang betul sebenarnya, Shafik? Haris? Atau Datuk Hamdan dan Datuk Azlan.
“Julia, Julia..” Aliya tersedar dari fikirannya yang sudah terbang jauh.
“Ya.. Ya.. U cakap apa?” Soalnya pada Haris.
“U ni tak sihat ke?” Soal Haris pelik.
“Takder lah. I ok. Ok je..” Aliya melemparkan senyuman.
“So, u nak jual tak saham tu?” Soalnya lagi.
“I.. I fikirkan dulu nanti. Oklah, I nak siapkan kerja dulu. I pergi dulu. May I?” Julia menghulurkan tangannya pada fail yang masih dipegang Haris. Haris menghulurkan padanya. Aliya melangkah keluar. Dia menuju ka biliknya. Di tinggalkan Haris seorang diri di bilik mesyuarat itu.
“Diana, ambilkan saya fail B.O.D Indah Holding. Saya tunggu di dalam.” Aliya melangkah masuk ke dalam biliknya setelah melihat Diana mengangguk.
Dia mengambil tempat di kerusinya. Dia mula risau. Dipandangnya computer disebelah. Baru sahaja dia ingin membuka computer tersebut, Diana mengatuk pintu, lalu masuk.
“Ni, Cik Julia. Ada apa apa lagi?” Gadis itu meletakkan fail berwarna hitam itu di atas mejanya.
“Tak. Awak boleh pergi.” Dia membuka fail itu. Ditelitinya satu persatu. Akhirnya dia menjumpai sesuatu yang di carinya. Syarifah Natalia Julia Kasandra Syed Kamrul memiliki lima puluh satu peratus saham. Syed Hamdan Syed Majid, dua puluh lima peratus dan Syed Azlan Syed Majid, dua puluh empat peratus. Haris benar. Kenapa Shafik berbohong. Ah, biarkan dulu perkara itu. Dia lebih pusing memikirkan kata kata Datuk Hamdan dan Datuk Azlan dengan kata Haris.
Punat intercom di tekan, “Diana, awak minta Encik Haris masuk bilik saya.”
“Baik Cik Julia.”
Julia membuka sekali lagi fail yang baru di beri Datuk Hamdan tadi. Benar, ini menguntungkan Indah Holding. Bukan sedikit jumlahnya. Malah jumlah yang ditawarkan untuk satu peratus saham juga tinggi.
“Julia..” Haris melangkah masuk ke dalam. Dia duduk di kerusi berhadapan Aliya. “So, macam mana?” Haris menyoal.
“Apa masalahnya kalau share tu sama, lima puluh, lima puluh. Diorang still tak boleh ambil keputusan tanpa persetujuan I.” Dia menduga Haris.
“Julia, memang diorang tetap perlukan persetujuan u. Tapi u kena ingat, kalau diorang bergabung, Inter Web tu berada di sebelah diorang. Dia yang akan jalankan project ICT. Kalau u tak bersetuju dengan diorang. Inter Web boleh hentikan project ICT. Untuk sabotaj u.” Haris memandang tepat ke mata Aliya. dia benar benar ingin Aliya faham.
“Kalau diorang hentikan semua project ICT tu, diorang jugak yang akan rugi, ni company diorang jugak.” Aliya masih menekan. Dia ingin benar benar jelas. Sehingga hampir terlupa dia sedang berada di tempat Julia yang mana Julia mungkin tidak bertanya sebegitu.
“Cik Julia, u ingat Inter Web tu boleh maju dengan dapat project dari company ni saja? Lima peratus saham yang diorang beli tu, tak menggugat syarikat besar macam Inter Web tu. Cuba u fikir kalau project ICT tu tak berjalan, syarikat akan rugi berganda. Siapa yang akan tanggung semua tu? Absolutely u. sebab u pemegang saham terbesar. Inter Web boleh continue project dengan company lain. Datuk Hamdan dan Datuk Azlan, masing masing ada syarikat sendiri. U? apa yang u akan buat lepas tu? Tanggung semua hutang bank? Come on Julia, jangan sebab satu perpuluhan dua juta tu u nak musnahkan company ni.” Haris bernada memujuk setelah tegas mempertahankan pendapatnya.
Aliya terdiam berfikir. Memang benar cakap Julia, semua keputusan perlu di rujuk pada Haris. Dia bukan calang calang orang. Dia tahu semuanya. Ini bermaksud, Datuk Hamdan dan Datuk Azlan cuba memasukkan Inter Web sebagai pemegang saham supaya Julia terpaksa terikat dengan keputusan mereka dalam mengendalikan syarikat ini. kurang ajar orang tua tu. Apa sebenarnya yang diorang nak. Julia.. mana kau pergi.. ini bukan masanya kau nak makan angin di luar negara. Baliklaaa.. Dia kemudian terfikir tentang Shafik. Kenapa dia tipu pasal saham tu.. semuanya bermain di fikiran..
to be continued...
No comments:
Post a Comment