Monday, May 11, 2009

duplicate (seventh post)

continued from previous post...

“Julia, u nak lunch tak?” Haris mengikutnya berjalan ke biliknya.
“Tak nak. Tak lapar.” Aliya tidak mengendahkan Haris.
Haris mengeluh. Tidak faham dengan seorang ini. “Jomlah. I dah booking tempat ni.” Haris menolak pintu bilik Aliya setelah gadis itu menutupnya selepas melangkah masuk.
“Nak pergi lunch ke?” Soal Shafik yang berada di sofa.
“A’a.. Tapi ada orang tu jual mahal.” Haris menyindir..
“Ouh.. Orang mana tu?” Shafik mengerling sekilas kearah Aliya. Aliya berpura pura sibuk dengan fail fail di atas meja.
“Ada la sorang tu. Kita dah booking nak lunch dekat hotel, dia tak nak.” Haris membelek belek majalah di sofa. Di duduk bersebelahan Shafik.
“Ouh, ye ke? Kalau orang yang ni nak tak boleh ke?” Shafik menuding jari kearah diri sendiri. Haha.. dia ketawa..
“Yang ni?” Haris menuding jari kearah Shafik. “Boleh. Tapi bayar sendiri la.. haha.” Dia memandang kembali pada Aliya. “Jomlah Julia. Nanti lunch hour habis. Shafik ikut sekali ni.” Dia masih memujuk.
Shafik memandang Aliya. apa la yang kau belek belek fail tu. Kau ingat kitorang tak perasan ke, kau belek fail yang sama je dari tadi... “Kalau Cik Julia tak nak ikut, saya nak ikut Encik Haris. Kalau ada orang datang nak tembak Cik Julia, Cik Julia call saya ye. Saya datang secepat mungkin. Kalau sempat, Alhamdulillah, kalau tak, saya mintak maaf banyak banyak ye Cik Julia..” Shafik tersenyum ingin ketawa. Sengaja di usiknya.
Kurang asam kau Shafik. Aliya mencebik. “Nak pergi la ni. Sapa cakap tak nak. Tak nampak ke tengah semak fail ni. Kejap la.” Aliya sekali lagi membuka fail yang sama.
“Julia, tu bukan fail kewangan syarikat 2002 ke? Buat apa u semak fail tu?” Haris memandang tulisan pada luar fail itu. Jelas tertulis KEWANGAN SYARIKAT 2002.
Aliya, menutup fail, dipandangnya muka depan fail tersebut. Alamak.. Macam mana boleh ada atas ni pulak ni. Dalam beribu fail, kenapa ni pulak yang ada atas meja ni.. “La.. Diana la ni.. orang dah cakap, Bawak masuk yang 2008. Dia ni… memang tak boleh harap.” Aliya menghempas fail tersebut tanda marah.
Jadi tak lakonan aku?

Mereka beriringan masuk ke dalam ruang makan hotel tersebut. Makanan dipesan.
“Dah lama tak makan dekat sini kan.” Haris memandang Aliya.
Dah lama? Seumur hidup aku mana pernah makan dekat sini. Dari kecik makan dekat rumah anak yatim, pastu bila dah kerja dekat gerai. Tak kuasa aku nak habiskan duit makan di sini. “A’a.. dah lama kan. Bila last kita makan dekat sini? I dah lupa..” Aliya tersenyum
Ahahaha.. terasa ingin ketawa Shafik melihat lakonan Aliya kali ini. terer jugak kau berlakon ye.. boleh la jadi pelakon terbaik tahun ni. Betul ke diorang pernah makan sini? Entah entah Encik Haris cuma nak test kau. Kalau betul, habis kau kali ni!
“U dah lupa?” Haris memandangnya pelik. Aliya mula resah. Tu la kau, yang memandai tanya tu pesal. Mati aku kali ni. Apa nak jawab ni. Tiba tiba pelayan datang menghidangkan makanan. Aliya sedikit lega.
Perbualan itu dihentikan. Mereka menikmati makan tengahari. Cuma bunyi sudu dan garfu kedengaran diselangi beberapa soalan dan jawapan.
“I’m going to the ladies..” Aliya bangun selepas selesai makan.
Kini tinggal mereka berdua. Haris memandang Shafik. Sudah lama dia menunggu peluang untuk mereka duduk berdua. Ada yang perlu mereka bincangkan. Mereka tidak sedar ada mata yang memandang, ada telinga yang mendengar.
Segalanya seperti dirancang..

“Ye, Cik Julia. Macam mana?” Soal Shafik. Dipandang sekeliling takut sekiranya ada yang memasang telinga. Mak Jah sibuk di dapru. Pak Mad sedang mencuci kereta.
“Ada sesiapa tahu ke aku dekat Australia ni?” Soal Julia.
“Tak Cik Julia. Tak der orang lain yang tahu.” Jawab Shafik meyakinkan Julia.
“Aku dapat surat, ada klu. Dia bagi alamat.” Jawabnya.
“Alamat? Cik Julia dah pergi?”
“Tak. Aku takut perangkap. Kau pasti pak ngah dengan pak cik aku tak tau Aliya sedang menyamar jadi aku?”
“Saya tak boleh jamin Cik Julia. Tapi saya tak nampak apa apa yang membolehkan diorang syak. Diorang sibuk fikir pasal saham tu je. Cik Julia, selepas Cik Julia, siapa yang berhak ke atas saham tu? Encik Haris kan?” Soalnya pada Julia.
“A’a, Haris. Kenapa?” Dia hairan dengan soalan Shafik.
“Ada orang lain Cik Julia. Orang ketiga.” Shafik bersuara yakin.
“Maksud awak?” Soal Julia ingin tahu.
“Tak mungkin Datuk Hamdan dan Datuk Azlan. Diorang baru je habis meeting, dengan Aliya hari tu. Aliya belum bagi sebarang kata putus lagi. In fact, she’s interested with that one point two million ringgit. Kalau diorang bunuh dia hari tu, diorang yang rugi.”
“Diorang tu bukan boleh dijangka. Diorang tu gila.” Julia mendengus geram.
“Tak Cik Julia, be professional. Mungkin orang yang sama beri Cik Julia alamat tu.”
“Kalau betul ada orang lain, siapa? Siapa lagi yang tau aku kat sini. Melainkan korang yang cakap.” Dia mula berprasangka.
“Cik Julia tak percayakan saya?” Shafik mula bersuara tegas.
“Bukan macam tu. Tapi… Ah, entahlah. Berapa lama lagi aku ada masa?”
“Dalam dua minggu Cik Julia. Minggu depan, bila bila masa surat tu akan sampai dekat pejabat. Cik Julia yakin boleh balik Malaysia sebelum dua minggu ni?” Shafik menyoal risau.
“Aku akan cuba. Kalau tak dapat, aku ikut je klu tu.” Dia seperti menyerah.
“Cik Julia, jaga diri.” Shafik mula risau.
“Kau jangan risaukan aku. Kau jaga Aliya.”

“Cik Julia, Datuk Hamdan nak jumpa. Dia tunggu di bilik mesyuarat.” Diana menjenguk di pintu.
“La, nak apa lagi orang tua tu. Serabut la aku dengan dia tu. Oklah, oklah.. awak suruh dia tunggu.” Aliya menghempaskan pen di meja.
Bila nak mati entah dua orang tu. Tak boleh tengok orang senang sikit.
Dia melangkah malas ke bilik mesyuarat. Pintu di buka. Dia melihat Datuk Hamdan menunggu di situ. Riak mukanya kelihatan marah.
“Kenapa pak ngah tak jumpa di bilik saya je.” Soalnya cuba beramah.
“Tak kuasa aku nak masuk bilik kau tu.” Dia bersuara bengis. Aliya mengetap bibir.
Hai, melampau la ni.. aku cakap elok elok kau main kasar pulak.
“Kalau ikutkan hati, saya pun tak kuasa nak jumpa pak ngah.” Dia menjawab bersahaja.
“Hey budak kurang ajar, apa kau tak puas hati hah? Apa kau dah buat pada client client aku?” Bengis lelaki itu bersuara.
Aliya memandang hairan. Client? Aku sendiri tak tahu bisnes apa dia buat, mana aku nak tau siapa client dia. “Saya tak faham.”
“Kau jangan buat tak faham. Kau yang tarik semua clients aku masuk Indah Holding kan? Dulu kau jugak yang cakap, bisnes kau dengan client kau, bisnes aku dengan client aku, sekarang ni apa? Jangan pura pura tak faham. Kau CEO, takkan kau tak tau client kau yang bertambah.” Tinggi nada itu. Keras bunyinya.
Bukan aku yang cakap, Julia yang cakap.kau pergilah tanya dia. Eeiiiiii… “Kalau client tu nak masuk sini, takkan saya nak halau diorang. Lagipun, pak ngah pun ada share dalam syarikat ni kan? Pak ngah jugak untung.” Aliya cuba menenangkan keadaan.
“Aku tak ingin untung dari syarikat ni. Kau dengar sini, kalau kau nak syarikat kau ni boleh jalan lagi, kau jangan cuba nak ganggu client aku.” Datuk Hamdan menepuk meja itu kuat. Aliya tersentak. Lelaki itu beredar. Aliya duduk di situ. dia terasa buntu.
Siapa yang harus dipersalahkan kalau semua clients tu datang ke syarikat ni.
Tiba tiba pintu bilik itu di ketuk. Shafik masuk. “Sabarlah. Datuk memang macam tu.” Dia mengambil tempat di sebelah Aliya.
“Kau dengar semua tadi?”
“Aku ada di luar. Suara dia cukup kuat untuk aku dengar.” Masing masing terdiam. Shafik mula berkira kira.
Aku pasti, orang ini bukan calang calang orang. Petama, cuba membunuh Julia, kedua, beri klu beralamat pada Julia, ketiga tarik semua clients besar Hamdan Holding ke syarikat ini. apa motifnya, dan siapa dia… Julia, lima hari je lagi.. please.. surat tu dah ada atas meja kau. Bila bila Aliya, Datuk Hamdan dan Datuk Azlan akan baca.

Aliya meneliti sampul surat di atas mejanya. Tertulis nama Syarifah Natalia Julia Kasandra. Dia tertanya tanya samada dia perlu buka atau tidak. Intercom nya di tekan, “Diana, surat atas meja ni, dari siapa?”
“Lawyer Cik Julia, Encik Hamidi.”
“Ouh, ok.. ok..” Dia melepaskan punat intercom itu.
Lawyer? Kenapa? Perlu ke buka ni.
Tiba tiba suara Diana muncul di intercom, “Cik Julia, Datuk Hamdan tunggu di talian, nak saya sambungkan ke?”
Ya Allah.. Apa lagi dia nak. “Ye, sambungkan.”
“Hello Julia.” Lain suara itu kedengaran. Seperti baru mendapat berita gembira.
“Kenapa pak ngah?” Aliya menyoal.
“Kau dah baca surat lawyer tu? Betul kan cakap orang. Tuhan tu Maha Adil. Kau tengok, baru je kau nak jatuhkan aku, kau dah dapat balasan.” Kedengaran suara itu ketawa di hujung talian. Aliya memandang surat itu. Masih di tangannya.
“Julia sibuk pak ngah. Nanti Julia call balik.” Dia pantas mematikan talian. Tangannya merobek sampul tersebut. Surat bersaiz A4 itu ditarik keluar. Dia berdebar debar.
Dia membaca surat itu. Dia terkesima. Rangkap ketiga diulang berkali kali.

Berpandukan wasiat Allahyarham Syed Kamarul bin Syed Majid bertarikh 4 Mac 1984, selepas dua puluh lima tahun, kesemua saham dan hartanya akan dibahagikan sama rata diantara ketiga tiga warisnya. Yakni kini di antara Cik Syarifah Natalia Julia Kasandra binti Syed Kamarul, Datuk Syed Hamdan bin Syed Majid dan Datuk Syed Azlan bin Syed Majid. Segala urusan pembahagian harta telah diuruskan secara terperinci di syarikat guaman kami. Dengan ini, kami memohon kerjasama Cik untuk hadir ke pejabat guaman seperti yang dinyatakan untuk mendengar pembahagian harta dan menurunkan tandatangan penerimaan.
Cik Syarifah Natalia Julia Kasandara akan menerima tiga puluh empat peratus selaku anak pewaris, Datuk Syed Mazlan akan menerima tiga puluh tiga peratus dan Datuk Syed Azlan tiga puluh tiga peratus masing masing sebagai adik pewaris.


Aliya terdiam di situ. tiga puluh empat peratus? Dari lima puluh satu peratus? Dia memejam mata sejenak. Terkejut dengan isi surat itu. Betul kata orang, kadang kadang orang dah mati pun masih nak menyusahkan orang lain. Julia mana ni.. Apa reaksi dia..Datuk Hamdan dan Datuk Azalan tak perlu lagi bersusah payah untuk jatuhkan Julia. Gabungan saham mereka sudah cukup untuk jatuhkan dia. dia mengetap bibir mengingatkan riak muka Datuk Hamdan dan Datuk Mazlan.
Tiba tiba terlintas sesuatu di fikirannya. Tiga puluh empat peratus? Dia yakin, Shafik pernah manyatakan jumlah saham itu milik Julia. Begitu tepat sekali, Datuk Hamdan tiga puluh tiga peratus dan Datuk Azlan tiga puluh tiga peratus. Shafik bukan tipu aku, tapi dia beritahu pembahagian saham yang bakal berlaku. Mana dia tahu?


to be continued..

No comments:

Daisypath Friendship tickers