Tuesday, May 12, 2009

duplicate (last post)

continue from previous post...

“Aku dapat surat lawyer semalam. Ayah Julia nak bahagikan harta dia lagi lepas dua puluh lima tahun ni. Kau dah tahu kan?” Aliya memandang Shafik. Dia malas lagi mempersoalkan bagaimana Shafik tahu, mungkin itu urusan Julia dan Shafik.
“Dah.” Ringkas jawapannya.
“Habis tu, kalau korang dah tau, kenapa Julia lari? Sebab dia tak nak sign pembahagian harta tu? Kalau aku sign semua tu jadi tak sah? Sebab tu dia lari?” Dia mula mentafsir sendiri.
“Bukan macam tu lah. Kalau itu tujuannya, lepas tu Julia jugak yang kena tangkap atas sebab kes penipuan. Tak ke bodoh macam tu.”
“Dah tu, kanapa Julia lari?”
“Dia bukan lari. Nanti dia balik la. Kau tak perlu risau.” Shafik menjawab malas. Banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan.
“Nanti? Bila? Tiga hari lagi Julia sepatutnya tandatangan dokumen tu. Kalau melibatkan undang undang aku tak nak terlibat.” Aliya memberi kata putus.
“Kau ikut je boleh tak. Kitorang tahu la apa kitorang buat. Cik Julia tangah berusaha nak pulang ke Malaysia. Sabarlah.” Shafik terus berlalu. Dia malas bertekak.

“Are u ok?” Soal Haris.
“I’m ok.” Aliya menjawab. Dia masih teragak agak untuk masuk ke dalam bilik Encik Hamidi. Dia mengharapkan keajaiban supaya Julia muncul di saat ini.
Julia, kau tau, kalau aku masuk tandatangan sekarang, kau dengan aku sekali masuk lokap.. Waaaa.. kau takper la, kat oversea, aku ni..
“Masuklah. Dah lama diorang tunggu.” Haris mula mengarahnya.
Dia memandang Haris. Ya, Haris je yang boleh tolong aku. Kalau dia tau aku bukan tunang dia, mesti dia pergi cari Julia tu. “Haris, I nak beritahu u something.”
“Apa?” Haris hairan.
“Actually, I sebenaranya…” Ayatnya terhenti di situ. Julia pernah pesan kalau orang keempat tau, aku dengan orang keempat akan dihapuskan. Macam mana ni.
“Ouh, Cik Julia dah ada di sini. Masuklah Cik Julia. Dah lama kami menunggu.” Encik Hamidi tiba tiba muncul di muka pintu.
“A’a. saya memang dah nak masuk.” Aliya memandang sekali lagi Haris. “I masuk dulu.” Aliya tiada pilihan. Encik Hamidi menanti di situ.

“Kalau macam tu, semua dah jelas, sila turunkan tandatangan di surat penyerahan harta pusaka yang saya sudah sediakan. Nadia..” Setiausaha Encik Hamidi, Nadia menghulurkan fail yang sudah tercatat semuanya. Dihulurkan setiap seorang satu mengikut nama yang tercatat di hadapan.
Datuk Hamdan dan Datuk Azlan ternyata puas hati dengan aset yang dimiliki. Aliya Cuma berdiam diri. Masing masing mencapai pen untuk ditandatangani.
“Nanti dulu!” suara itu mengejutkan semua orang. Semua mata beralih ke arah pintu.
“Julia..” Aliya bersuara. Semua di situ makin keliru. Mereka memandang Julia dan Aliya silih berganti.
“Datuk Hamdan dan Datuk Azlan tak berhak ke atas harta tu. Sebab dua orang lain yang berhak ke atas harta tu dah ada di sini.” Julia bersuara lantang. Dia melangkah masuk ke ruang itu.
“Apa kau mengarut ni Julia. Ni siapa yang kau upah menyamar jadi kau ni?” Datuk Hamdar bersuara panic. Tidak jelas dengan apa yang berlaku.
“Dia tu, Syarifah Natasya Aliya Kasandra Syed Kamarul yang pak ngah cuba bunuh dulu. Pak ngah dah tak ingat? Dan ini mak saya yang pak cik ugut untuk bunuh kami berdua kalau dia tak tinggalkan Malaysia dua puluh lima tahun dulu? Pak cik ingat?” Seorang wanita muncul, dia berjalan di menghampiri Julia. Berumur dalam lingkungan lima puluhan.
“Kau buat cerita apa ni Julia, Pak cik tak pernah ugut mak kau, dia yang lari ikut jantan lain.” Lantang suara itu.
“Permainan kau dah tamat Azlan. Kembalikan hak hak anak aku.” Wanita itu bersuara tenang.
Tiba tiba pintu di ketuk. Tiga orang anggota polis perpakaian lengkap masuk. “Kami ada waran tangkap untuk menahan Datuk Azlan dan Datuk Hamdan kerana di syaki terlibat dengan kes ugut dan bunuh Syed Kamarul. Sila ikut kami ke balai.” Dua pegawai polis menghampiri Datuk Azlan dan Datuk Hamdan.
“Kau tunggu Julia, kau tunggu!” Datuk Hamdan memberi amaran sebelum melangkah mengikut pegawai polis tersebut.
Aliya melangkah keluar meninggalkan mereka di situ. dia ingin bersendirian. Julia cuba menahan, tetapi wanita di sisinya menghalang. “Biarkan dia berseorangan dulu. She need to be alone. Fikiran dia terlalu serabut untuk mendengar penjelasan dari Julia.”

Aliya membiarkan sepoi sepoi angin menampar wajahnya. Dia selesa berada di sini. Sudah tiga hari dia tidak menjejakkan kaki ke banglo mewah yang pernah dihuninya dulu. Tidak ramai orang di Masjid Putra hari ini. Dia mengambil udara di balkoni mengahadap tasik buatan manusia itu. Dia memerhati kawasan sekeliling, cantik, bangunan pejabat menteri jelas kelihatan.
“Bila u nak balik rumah?” suara itu mengejutkannya. Haris…
“Tu bukan rumah I.” Dia meleparkan pandangannya ke tasik. Tidak diendahkan Haris.
“Siapa cakap, Julia kan kakak u, tu rumah u jugak.”
“U dah tau semua kan? U dah tau sebelum ni I menyamar jadi Julia.” Aliya menduga.
“Ye, I tahu. I yang temukan u dengan dia kali petama dulu.” Haris turut mengalihkan pandangan pada tasik. Dia mencari cari bagaimana dia perlu mulakan. Dia yakin Aliya ternanti nanti kisah sebenar. “Lepas ayah u, Syed Kamarul berkahwin dengan mama u, Salina, diorang dikurniakan anak kembar, u dan Julia. Dua tahun lepas tu, Datuk Azlan dan Datuk Hamdan dapat tahu, ayah u dah wasiatkan semua harta pada u, Julia dan Puan Salina. Diorang marah sebab diorang sepatutnya turut dapat harta tu sebab harta Syed Majid, datuk u terlalu banyak diserahkan kepada ayah u dari diorang. Diorang tak berpuas hati. Menurut wasiat, kalau salah seorang pewaris tiada sebelum harta diserahkan kepada pihak tersebut, harta jatuh kepada Datuk Hamdan dan seterusnya pada Datuk Azlan. Oleh kerana terlalu terdesak, diorang mengugut akan bunuh u dan Julia kalau Puan Salina tak hilangkan diri ke luar negara. Waktu tu ayah u di Bangkok. Puan Salina tiada pilihan lain. Dia tak nak anak anak dia di cederakan. Bila ayah u balik, dia terkejut tengok mama u dah tak der, Datuk Hamdan dan Datuk Azlan buat cerita mama u ikut lelaki lain ke luar negara. Diorang suruh ayah u pergi cari mama u. diorang pujuk ayah u untuk bawak u sekali supaya hati mama u akan lembut ikut diorang balik Malaysia. Masa tu, pemandu ayah u Hamid dah agak sesuatu yang tak kena dengan cerita tu. Dia yakinkan, ayah u untuk tinggalkan u di Malaysia. Dia suruh ayah u tinggalkan u di rumah anak yatim kerana tak nak Datuk Hamdan dan Datuk Kamarul tau u tak ikut ayah u ke Australia. Ayah u cuma tinggalkan u di depan pintu rumah anak yatim malam tu. Dia letakkan tag nama Aliya pada baju u.” Haris berhenti sebentar. Dia memandang Aliya.
“Teruskan je. I dengar.” Aliya bersuara.
“Akhirnya perkara yang Hamid risaukan benar benar berlaku. Wayar brek kereta ayah u dipotong. Ayah u kemalangan masa ke lapangan terbang. Datuk Hamdan dan Datuk Azlan gembira waktu tu. Dia ingat u dah mati bersama ayah u. Waktu tu, Julia dangan u dah terpisah. U akhirnya di besarkan di rumah anak yatim tu, Julia pulak Datuk Azlan yang besarkan. Walaupun Julia dibesarkan di rumah Datuk Azlan, dia selalu kena dera. Sampai dua puluh satu tahun, Julia bebas. Harta yang sepatutnya menjadi miliknya, dah dimiliki. Tapi Cuma lima puluh satu peratus. Yang lain milik Datuk Hamdan dan Datuk Azlan. Diorang banyak gelapkan duit Indah Holding untuk naikkan syarikat diorang. Tahun 2002, kegiatan diorang tu di kesan. Tapi, Julia maafkan diorang. Sebab diorang yang besarkan Julia.”
“Kenapa diorang tak bunuh Julia sekali?” Soalnya.
“Diorang bijak. Kalau diorang bunuh Julia sekali, orang akan syak itu kerja diorang. Sebab semua jatuh ke tangan diorang. Malah, besarkan Julia pun taktik diorang supaya tak di syaki.”
“Mana korang tau semua ni?” Aliya penuh tanda tanya.
“Hamid tu sebenarnya ayah Shafik. Dia tak ikut pun ayah u ke lapangan terbang malam tu. Pada mulanya, dia nak terus rahsiakan hal ini kerana takut Datuk Azlan dan Datuk Hamdan akan cari dan bunuh u, tapi dia luahkan jugak semuanya pada Shafik sebelum dia meninggal tahun lepas. Shafik Cuma ceritakan pada I, dia takut kalau Julia tahu, dia akan cari u, dan Datuk Azlan dan Datuk Hamdan dulu dapat jumpa u.”
“So, kenapa tiba tiba Julia cari I? mana dia tau I hidup lagi?”
“Dua bulan lepas, Encik Hamidi panggil Julia ke pejabatnya. Dia beritahu pembahagia harta yang bakal berlaku lepas dua puluh lima tahun tu. Julia mula takut, dia tau, pembahagian itu akan menjatuhkan dia. Dan itu yang paling ditunggu tunggu Datuk Azlan dan Datuk Hamdan. I dan Shafik rasa jalan terbaik untuk selamatkan harta tu cuma dengan cari u dan Puan Salina. Kitorang bertiga buat kata putus untuk cari u. Dengan sedikit maklumat yang kitorang dapat dari rumah anak yatim tu kitorang cari u. kitorang cari u di gerai gerai makan sebab tau u kerja di situ. Akhirnya, Shafik jumpa u. kitorang dapatkan nombor phone u dari tauke gerai. Esok tu, Julia call u minta jumpa di hotel. U pergi jumpa dia. Lepas dia terangkan apa yang perlu u buat, dia tak yakin dengan u. dia risau. U macam tak boleh menyamar jadi dia. Dia riau kalau Datuk Azlan dan Datuk Hamdan dapat tau. U ingat tiba tiba masa bincang dengan Julia di hotel tu, dia mintak u tunggu kejap dengan Shafik dalam bilik?” Soalnya. Aliya mengangguk, segalanya makin jelas.
“Sebanarnya dia turun jumpa I di lobi. Dia cakap dia tak yakin nak u menyamar jadi dia. Tapi kitorang tak der pilihan lain. U perlu gantikan tempat dia sebab dia nak ke Australia cari Puan Salina. Kalau dia ambil cuti, dia risau Datuk Azlan dan Datuk Hamdan akan syak sesuatu sebab dia tak pernah ambil cuti panjang. I yakinkan Julia yang I akan bantu u. tapi I mintak dia rahsiakan yang I tau penyamaran u sebab I tak nak u terlalu bergantung pada I sehingga Datuk Azlan dan Datuk Hamdan perasan ada sesuatu yang tak kena. Akhirnya dia setuju. Lepas tu, Julia terus ke Australia cari Puan Salina. U ingat Shafik pernah beritahu saham yang dimiliki Julia Cuma tiga puluh empat peratus? Sebenarnya dia terlepas cakap. Dia sendiri perasan u mula curiga pada dia lepas tu.”
Aliya faham semuanya kini. Rupa rupanya Julia kakaknya dan Puan Salina ibunya. Tiba tiba telefon bimbit Aliya berbunyi, dia melihat screen. ‘Shafik..’
“Hello..”
“Hello Aliya, polis call I semalam, orang yang cuba tembak u tu dah serah diri di balai pagi tadi. U nak ikut I pergi balai?” Soal Shafik.
Serah diri? Siapa pulak orang ni…

Aliya dan Shafik beriringan masuk ke ruang pejabat hospital. Mereka terkejut ketika di maklumkan pihak polis pesalah itu telah dimasukkan ke hospital bahagia pagi tadi. Selepas berurusan dengan pihak pentadbiran mereka di bawa jururawat ke bilik pesakit. Aliya memandang simpati kepada pesakit pesakit mental di di situ.
“Ni biliknya. Kalau ada apa apa panggil jururawat di luar.” Jururawat itu tersenyum lalu meninggalkan mereka.
Mereka berdua menapak masuk ke ruang itu. Mereka terkejut melihat wajah itu. Aliya seperti ingin rebah. “Diana…” lemah suaranya.
Gadis itu mengalih. Dia tersenyum, tetapi air matanya mengalir. Dia turun dari katil. Rambutnya berserabut. Dia menghampiri Aliya. “Cik Aliya..” Aliya terkejut di saat namanya di panggil. Rupa rupanya gadis ini turut tau penyamarannya dulu. Dia menarik tangan Aliya keluar dari bilik itu. Aliya Cuma menurut. Shafik mengikut di belakang.
Dia menyuruh Aliya duduk di bangku bersebalahannya. Aliya melihat ramai pesakit pesakit bermain di padang itu. Tidak kurang ada yang murung bersendirian dan ada yang cakap seorang diri
“Cik Aliya, saya nak cerita pada Cik Aliya, Cik Aliya nak dengar?” Soal gadis itu. Dia memandang sepi wajah Aliya. Aliya cuma mengangguk.
“Saya benci Datuk Hamdan. Dia pernah rogol adik saya. Saya benci dia. Bila satu hari Cik Julia panggil saya Linda, saya mula syak ada sesuatu yang tak kena. Tak mungkin Cik Julia silap. Saya dah tiga tahun kerja di situ dengan Cik Julia. Bila saya tau Cik Julia nak berkerjasama dengannya untuk jual satu peratus saham, saya tak setuju. Datuk Hamdan jahat. Dia cuma nak jatuhkan syarikat tu. Saya tau, kalau Cik Julia mati, semua saham akan jadi milik Encik Haris. Saya seronok kalau Encik Haris yang pegang syarikat tu, dia tak pernah ikut kata kata Datuk Hamdan. Lepas hampir habis waktu kerja saya tunggu di belakang tiang tingkat tujuh. Saya tau Shafik letak kereta di situ. bila saya cuba tembak Cik Julia, saya dengar Shafik jerit nama Aliya, tembakan saya tersasar. Saya terkejut. Tak mungkin Shafik silap nama. Saya mula pasti ada sesuatu yang tak kena. Lepas Shafik dan Cik Julia tertiarap di atas lantai, saya sebenarnya masih di belakang tiang tu. Saya tak tau bagaimana nak lari dari situ. bila Shafik sibuk tenangkan Julia, pegawai keselamatan tu sibuk memeriksa kereta yang saya tembak, saya keluar dari situ. saya mendekati Cik Aliya.” dia terhenti di situ. dia ketawa.. Aliya terkejut. “Korang bodoh kan, kenapa korang langsung tak hairan macam mana saya boleh berada di situ dalam masa yang singkat, sedangkan tak siapa yang tau siapa yang ditembak. Masa tenangkan Cik Aliya, saya perasan, takder cincin tunang di tangannya. Cik Julia takkan tanggalkan cincin tunang tu. Seminggu Cik Aliya tak masuk pejabat, saya geledah fail kewangan syarikat. Saya ambil fail kewangan tahun 2002. Dalam tu ada rekod pecah amanah yang Datuk Hamdan pernah lakukan. Saya fotostat dan sebarkan pada client Datuk Hamdan. Cik Aliya pun tak perasan saya tertinggal fail tu dia atas meja hari tu. Lepas tu saya dengar Cik Aliya, Encik Haris dan Shafik nak lunch sekali. Saya ikut korang semua waktu tu. Saya ada dibelakang korang. Tapi korang tak perasan sebab rambut palsu dan baju yang ditukar. Bila Cik Aliya ke tandas, saya dengar semua yang Encik Haris dan Shafik bincangkan. Saya dapat tau kenapa Cik Julia ke Australia. Saya seronok sebab Datuk Hamdan akan jatuh jugak. Dan kalau Puan Salina dijumpai, Datuk Hamdan akan ditangkap sebab Puan Salina boleh mendakwanya. Saya buka surat dari Puan Salina yang saya simpan. Dah lama surat tu saya simpan, tak beri pada Cik Julia sebab saya curiga siapa Puan Salina. Saya ambil alamat tu dan faks kan pada Cik Julia dia Australia. Akhirnya Cik Julia jumpa Puan Salina. Saya dapat tau Datuk Hamdan dah tertangkap. Dendam saya dah terbalas. Sebab tu saya pulang ke tempat asal saya.. hahaha..” Gadis itu ketawa gembira. Dia menarik narik rambutnya.. “Pandai tak saya?” dia ketawa lagi. Aliya Cuma mengangguk. “Saya pandai kan? Saya pandai kan Cik Aliya? haha” dia ketawa lagi.. Aliya memandang Shafik.
Semuanya sudah jelas.. terlalu jelas..

the end...

1 comment:

FaizRodzi said...

fuhh...
tamat akhirnya...
satu kisah yg menarik....

Daisypath Friendship tickers