continued from previous post...
Shafik melangkah masuk ka dalam bilik Julia.
“Oih, duduk, duduk.” Dia mempelawa.
“Cik Julia, tak jemput pun saya duduk jugak.” Dia mengambil tempat.
“Ye la, kau.” Julia menyusun fail di atas meja yang berselerak.
“Busy ke?” Dia menyoal.
“Tak der lah. Kalau tak aku dah halau kau keluar. Haha..” Dia ketawa. “So, how is it? Kau dan Aliya..” Dia memandang Shafik.
“Urm.. Ok la, tak der lah sampai nak bertunang lagi macam Cik Julia dengan Haris tu.”
“Ye la kau. Kalau kau tak jaga adik aku baik baik, aku pancung kepala kau. Haha…” Gadis tu ketawa lagi.
“Cik Julia, saya sayang dia, saya mesti jaga dia baik baik. Dengar cerita nak pergi bercuti.” Shafik menukar topic.
“Lebih kurang macam tu lah. Tapi tengah cari tarikh lagi. Nak join ke?” Julia bergurau.
“Boleh ke? Boleh jugak. Berapa hari Cik Julia?” Shafik senyum.
“Banyak la kau. Kau nak ikut, kau pergi kawin dengan adik aku dulu. Lepas tu kau nak bawak dia pergi mana pun lantak kau la.” Julia memerli.
“Betol ni? Kalau macam tu, esok saya hantar rombongan. Ni puteri raja ni berapa puluh hantaran kena bawak ni Cik Julia? Air mata ke, jantung nyamuk ke..” Shafik ketawa.
“Wah, bukan main kau ye.” Julia membetulkan duduknya. “Actually, aku nak mama release tension kat sana. Kau tau la kan. Baru baru ni, doctor pesan, sakit jantung mama pun makin teruk. Kalau boleh nak mama luangkan masa jauh dari Kuala Lumpur yang busy ni.”
“Ouh, baguslah macam tu. Puan Salina mesti gembira dapat jumpa dan bercuti cuti dengan anak anak dia sekarang lepas berpuluh tahun.”
Julia meletakkan ganggang. Dia terasa panas mengingatkan panggilan yang baru diterima. Ni adalah pelanggan kedua yang menarik diri dari Indah Holding. Perkara sebegini tidak pernah berlaku. Takkan pak ngah dengan pak cik pulak yang buat macam ni. Diorang dalam penjara lagi. Belum lagi diikat jamin. Apa yang berlaku dalam Indah Holding sebenarnya… kalau dulu clients tinggalkan syarikat pak ngah sebab kes penyelewngan wang syarikat. Tapi Indah Holding tak pernah… kecuali ada yang berlaku di belakang pengetahuan aku..
“Haris..” Julia memanggil tatkala melihat lelaki itu buru buru ingin pulang.
“Julia, tak balik lagi ke?” Dia menghentikan langkahnya lantas mengalihkan pandangan ke arah Julia.
“Tak, actually I ada benda nak bincang dengan u. Tapi, u pun dah nak balik. Tak per lah. Esoklah.” Julia sedikit kesal.
“Ya, why not. What is it? I’m still here.” Haris memandangnya penuh tanda tanya.
“Tak, tomorrow is better. It’s a long day isn’t? everybody got tired. Datang lah rumah malam ni. Dinner di rumah I” Julia mempelawa.
“Sory, malam ni I nak siapkan semua paperwork. U pun tau kan, sekarang ni, we must be very competitive. Susah kalau terlepas projek lagi. Tadi I ajak lunch tak nak. Esok kita lunch together ok?”
“I kena settlekan problem dekat JB tadi. Ok, then. Tomorrow will do.”
“Ok, I balik dulu. Really tired.” Haris berlalu. Julia melangkah ke biliknya. Dia terhenti ketika melepasi meja setiausahanya, Suraya. Dia memandang tempat letek pen di atas meja itu. Barang kesayangan Diana. Hadiah dari adik tunggalnya. Julia memandang lama. Akhirnya dia mencapai bekas pen tersebut. Di bawa masuk ke dalam bilik.
Semua fail projek baru di keluarkan. Dia meneliti satu persatu. Siapa yang berani sabotaj aku macam ni…
Selepas selesai berkemas, Julia mengambil briefcasenya, dia melangkah keluar.
“Cik Julia, dah nak balik?” Shafik tiba tiba muncul. Julia terkejut.
“A’a.. Aku balik dulu.” Julia terus berlalu pergi.
Pesal pulak ni. Bad mood semacam je. Tadi ok je. Shafik memerhati Julia yang berlalu pergi, dia terpandang sesuatu… Cik Julia…
Aliya mengangkat semua pinggan ke dapur. Mak Jah mula membasuh pinggan. Puan Salina masih minum di meja makan. Julia menggigit epal yang masih terhidang di atas meja.
“Mama, ahad minggu depan kita pergi boleh?”
Aliya tiba tiba muncul di meja makan. “Tanya mama? Mama tu, kalau boleh nak pergi hari ni jugak..” Aliya ketawa.
“Mesti la, nak pergi holiday. Dah confirm semua ke?” Puan Salina mencapai buah epal di dalam bakul di depannya.
“Dah. Semua dah.Mama, apa kata kalau Haris dengan Shafik ikut sekali? Mesti best kan.” Julia memberi cadangan.
“Ha? Kenapa? Dah tu, nak biarkan syarikat takder Ju, Shafik dengan Haris seminggu? Mama rasa tak payahlah.” Puan Salina berpendapat.
“Liya pun rasa tak payah la. Nanti nak pergi mana mana pun susah.” Aliya tidak bersetuju.
“La, bukan kita ajak diorang dating seminggu. Kita ajak diorang ikut dua hari cukuplah. Kita buat barbeque ke, baru best. Ju bukan apa, ada la boyfriend orang tu, nak ikut. Kesian la, mama. Haha..” Julia ketawa. Dia mengerling adiknya.
“Kak Ju, pasal tu Liya tak tau ok. Liya tak ajak dia pun.” Aliya mula terasa di sindir.
Suraya melangkah masuk selepas mengetuk pintu. “Cik Julia, Cik Julia ada appointment dengan Datuk Ghazali petang ni. Di Concorde Hotel. Dua setengah petang.”
“Ok, thanks. Ada apa apa lagi?” dia memandang gadis itu. Gadis itu tersenyum. Julia memandang pelik. “Ni apesal ni? Ada masalah ke?”
“Err.. Cik Julia, saya bukan apa Cik Julia. Yelah, saya tau, saya baru je kerja dekat sini.
Cik Julia pun belum kenal saya lagi kan. Maksud saya tak kenal rapat. Tapi saya tak pernah lewat buat kerja kan.” Julia memandang pelik. Seperti ada yang tidak kena dengan gadis itu hari ini.
Dia ni apesal pulak ni, takkan dia ni pun sama dengan yang dulu jugak. “Cakap je, apa yang awak nak cakap sebenarnya.” Dia bersuara tegas.
“Tak Cik Julia. Minggu depan kan minggu setiausaha. Tak boleh ke kalau kita celebrate dekat Hilton Hotel?” Suaranya seperti tersekat sekat.
“Hilton Hotel?” Julia mengalih pandangannya keluar. Dia mengeluh sebentar. “Penting ke semua ni? Setiausaha saya dulu tak pernah kisah pun semua ni.” Dia memandang Suraya. Mula gadis itu masam. La, lupa pulak aku, Diana dulu memang tak sama dengan dia ni. Suraya normal.
“Bukan apa Cik Julia, semua kawan kawan saya pergi situ, bos diorang celebrate kat situ.” Suraya tunduk.
“Kawan kawan? Rapat ke?” Julia terasa seperti sesuatu yang bermanfaat padanya ada di situ.
“Mesti la Cik Julia. Cik Julia cakap je, secretary CEO company mana saya tak kenal. Semua saya kenal Cik Julia. Kamceng lagi.” Dia bersungguh sungguh.
“Ok, then. Awak booking tempat.” Julia akhirnya bersetuju.
“Betul Cik Julia? Terima kasih Cik Julia. Terima kasih.” Suraya mula tersenyum gembira.
It’s okay Suraya. Semua ni mesti ada balasannya ok… the game is just at the start…
to be continued...
No comments:
Post a Comment