“Mama dulu dekat Australia sorang sorang je?” Soal Aliya. Puan Salina masih memandang ikan ikan yang berenang bebas di kolam yang di bina di tengah tengah taman landskap banglo itu.
“A’a. Mama kerja dekat restoran. Kawan mama ada jugak datang kalau hujung minggu.” Puan Salina memberi makanan kepada ikan ikan.
“Ramai ke kawan mama?” Soalnya lagi.
“Rancak berbual..” Tiba tiba Julia datang.
“Eh, Kak Ju, dah lama sampai?” Dia memberi ruang kepada kakaknya untuk duduk.
Julia duduk di sebelah Aliya. “Baru je. Dah lunch ke ni?”
“Belum. Bolehlah Julia lunch dengan kami. Kami pun berdua je.” Puan Salina menutup bekas makanan ikan tersebut.
“Er.. Liya nak keluar makan dengan Shafik. Dah janji semalam.” Dia tersenyum.
“Ouh.. Pergi la. Mama tak kisah. Ju, tak ajak Haris keluar?” Soal ibunya.
“Tak. Dia busy. Tak perlah, boleh Ju temankan mama kan..” Dia memeluk ibunya.
“Mama, apa kata kalau kita pergi bercuti. Mama, Liya, Ju. Kita pergi mana mana then spend time together.” Julia memerhatikan ibunya yang sedang menyuap nasi. Aliya dari tadi sudah keluar.
“Ok, jugak tu. Nanti mama tanya Liya, mana dia nak pergi. Kalau kita nak pergi, berapa lama?” Soal Puan Salina mula tertarik dengan idea anak sulungnya itu.
Gadis itu diam sebentar. Dia tersenyum. “Seminggu. Ok tak mama?”
“Ok lah tu. Nanti lama pulak Ju tinggalkan ofis tu.”
“Nanti Ju cari tarikh yang sesuai. Ju pun tengah nak siapkan projek baru.”
Julia memandang sekilas muka depan surat khabar. Tidak satu pun yang menarik untuk di baca. Dia menekan punat intercom, “Suraya, tolong masuk sekejap.” Arahnya pada setiausaha barunya yang menggantikan tempat Diana.
Pintu biliknya diketuk. Lantas Suraya melangkah masuk. “Ye, Cik Julia. Ada apa?” Tangannya sudah bersiap dengan notebook.
“Hari ni saya ada appointment dekat luar tak?”
“Hari ni tak der Cik Julia.”
“Next month, tolong kosongkan appointment saya seminggu, saya nak bercuti dengan family. Nanti awak cari tarikh yang saya free, inform kan saya.”
Gadis itu mancatat pantas. “Lagi, Cik Julia?”
“Encik Haris ada?”
“Tak der. Dia keluar, hantar proposal dekat Intract Holding.” Gadis itu memandang sekilas notebooknya.
“Intract Holding?” Julia diam sebentar. Dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena.
“Ye Cik Julia. Intract Holding. Ada masalah ke Cik Julia?” Suraya mula tidak senang dengan riak Julia. Terasa seperti melakukan kesilapan.
“Tak, tak per. Shafik masuk ofis tak hari ni?”
“Ada Cik Julia. Nak saya panggilkan?”
“Ye, sekarang.” Gadis itu mengangguk lalu melangkah keluar. Shafik bukan lagi pengawal peribadinya. Dia sudah menjadi ketua bahagian sumber manusia. Julia memandang ke luar. Takkan Haris…
Puan Salina menghampiri Julia yang sedang menonton televisyen. “Cerita apa Ju?”
“Mama… Duduklah mama. The Covenant. Aliya mana?” dia memperlahankan suara televisyen.
“Aliya ada dalam bilik, ada panggilan.” Puan Salina membetulkan kusyen.
“Ouh, patut la tak keluar bilik dari tadi. Prince Shafik dia la tu.” Dia ketawa.
“Mama dah beritahu Aliya, dia cadangkan kita ke Langkawi. Ok tak?”
Julia membetulkan kedudukanny di sofa. “Langkawi? Ok, ok je. Julia tak kisah.”
“Mama bukan apa. Mama kesiankan Liya. Dari kecil dia duduk di rumah anak yatim. Tak pernah rasa kemewahan dalam hidup dia. Tak pernah dapat apa yang dia nak. Mama harap, dia gembira sekarang. Kalau boleh mama nak dia dapat apa yang dia nak.” Puan Salina mengucup dahi anak sulungnya itu.
“InsyaAllah mama. Dia akan bahagia. Mama jangan risau.” Julia senyum pada Puan Salina.
“Kalau kita pergi, bila?” Soal Puan Salina.
“Tu lah, Ju pun tangah tunggu Suraya blank kan one week appointment. Kejap, Ju confirmkan dengan dia.” Julia mencapai telefon bimbitnya. Nombor di dail, selepas menunggu sebentar, Julia mengeluh.
“Kenapa Ju?” Soal Puan Salina dia memandang tepat wajah anaknya.
“Voice mail. Dah tidur agaknya. Esok Ju confirm balik.” Julia meletakkan telefon bimbitnya di sisi. “Mama, konfem ni, Langkawi? Ju nak suruh Suraya survey everything for us.”
“Yup, Langkawi.”
to be continued...
No comments:
Post a Comment