continued from previous post...
“Mama, Ju nak cakap sikit.” Julia memandang ibunya yang sedang menyelak album lama yang terletak di meja kopi ruang tamu mewah itu.
“A’a, kenapa?” tangannya terhenti.
“Boleh tak kita tunda vacation tu. Kita pergi minggu depan sekali lagi.” Julia bersuara perlahan menanti reaksi ibunya.
“Kenapa? Ju cakap semua dah prepare kan?”
“Bukan pasal preparation. Kat ofis, ada problem sikit. Kena tunggu masa yang sesuai la mama. Sekarang memang tak boleh tinggalkan ofis. Banyak benda nak disetelkan mama.” Dia bernada memujuk berharap ibunya faham.
“Ju, mama tak kisah. Bila bila pun tak pe. Ikut Ju lah. Kenapa dengan company tu? Ada masalah?” Puan Salina hairan.
“Masalah memang selalu ada mama. Kalau takder masalah, Ju tak payah masuk ofis setahun pun takper.” Dia berhenti sebentar. Mencari cari cara untuk menjelaskan apa yang patut pada ibunya. “Cuma masalah sekarang ni berat lagi. Biasalah mama, makin banyak persaingan. Tapi, InsyaAllah, semua boleh di handle. Tengoklah, ni anak siapa.” Dia memeluk ibunya.
“Ju, kalau Ju tension sangat, ada apa apa masalah, cerita pada mama. Kongsi dengan Haris.”
“Mama, Ju boleh settle sendiri la. Ju dah biasa dengan bisnes ni mama. Don’t worry.”
“Cik Julia!!” Suraya masuk selepas mengetuk.
Alahai minah sengal ni. Pagi pagi lagi dah takder kerja ke. Ada je.. “Kenapa?”
“Ahaaa..” Dia melibas libas beberapa helai kertas ditanganya.
“Amenda pulak tu. Jual kertas ke apa?” Julia malas melayan.
“Haisy Cik Julia, kalau ikutkan hati memang nak jual, tapi Cik Julia punya pasal, bagi free je. Haha..” Dia ketawa. Dia meletakkan kertas kertas tersebut dia atas meja, hadapan Julia.
Julia mengambil kertas kertas tersebut, menjeling sekilas kepada Suraya yang masih tersengih. Apa pulak la minah ni. Dia meneliti satu persatu. Dia tersenyum. “Macam ni la setiusaha saya, Suraya. Kalau macam ni, bukan Hilton Hotel, Palace of The Golden Horses pun saya boleh sponsor.” Dia tersenyum meleret.
“Betul Cik Julia? Tu yang saya sayang Cik Julia. Kalau Cik Julia nak mintak tolong apa apa, cakap je. Saya memang expert bab mencari info macam ni.” Dia ketawa lagi.
“Oklah Suraya. Awak boleh keluar. Thanks for this.” Julia memberi senyuman.
“No hal lah Cik Julia. Saya keluar dulu Cik Julia.” Suraya berlalu keluar.
Julia memandang Suraya yang berlalu. Dia memandang kembali kertas kertas di tangannya. HANA Enterprise.. Hana? Perempuan? Siapa Hana… Kau nak main kasar dengan aku. Dia menekan butang intercom. “Suraya, masuk sekejap.”
Baru beberapa saat kedengaran pintu di ketuk. Suraya muncul. “Kenapa Cik Julia?” Soalnya.
“Awak tolong check HANA Enterprise ni. Dari mana wujud syarikat ni. Tak pernah saya dengar. Saya nak tau siapa tuan punya company tu. Boleh tak?” Dia menghulurkan sehelai dari kertas yang dipegang kepada Suraya.
“HANA Enterprise? Boleh Cik Julia. Tapi mungkin lama sikit. Sebab syarikat baru ni, susah sikit. Saya nak contact kroni kroni lagi ni Cik Julia.” Dia tersengih.
Minah ni, nak kena cari kroni kroni pulak.macam macam betul. “Berapa lama?”
“Paling lama, sebelum minggu depan.”
“Lamanya. Saya nak cepat. Empat hari paling lama boleh?” Dia mula tawar menawar.
“Empat hari? Bolehlah Cik Julia, tapi saya nak kena guna banyak duit kalau cepat. Yelah, nak call sana, call sini.” Suraya bersuara perlahan.
“Awak ni. Macam macam. Yelah, berapa?” Julia mengeluarkan buku ceknya dari laci meja.
“Dua ribu.” Suraya tunduk. Takut melihat reaksi majikannya.
“Mak aii.. Call ke beli tiket kapal terbang pergi jumpa diorang.” Julia menggeleng geleng. Tangannya menggapai pen. Di tulis jumlah di buku cek tersebut. Di tarik helaian itu, di beri kepada Suraya.
Suraya mengambil. Dipandangnya cek itu. “Lima ribu? Cik Julia…” Dia terhenti di situ. Dia memandang Julia. Khuatir jika gadis itu tersilap tulis atau dengar.
“Apa yang awak nak buat ni, untuk selamatkan syarikat saya yang bernilai puluhan juta. Ok. Itu saja. Awak boleh keluar.” Julia menutup buku cek tersebut.
“Terima kasih Cik Julia.” Dia mula melangkah keluar.
“Suraya.” Sekali lagi Julia memanggil. Gadis itu menoleh. “Ni rahsia antara kita. Takder orang lain patut tahu. Rahsia, faham?” Dia mengingatkan gadis itu.
“Ouh, beres Cik Julia. Terkejut saya, ingatkan Cik Julia nak balik cek ni. Saya keluar dulu ye..” Dia keluar dari bilik itu.
Julia memerhati kertas di tangannya. Dia kemudian bangun. Mengambil beg tangan, lalu keluar.
“Cik Julia, nak ke mana?” Soal Suraya. Tatkala Julia melewatinya.
Langkah Julia terhenti. “Jumpa penasihat.” Julia mengenyitkan mata lalu berlalu.
Shafik membetulkan tali lehernya. Dia membelek belek surat surat yang baru diterima. Dilihat satu persatu mencari cari yang panting. Semuanya di masukkan ke dalam briefcase. Dia mengambil telefon bimbitnya di atas meja. Nombor telefon Aliya di tekan. Dia menanti jawapan.
“Hello,” suara Aliya kedengaran.
“Liya, jom keluar dinner malam ni. I jemput u pukul lapan.” Dia menanti jawapan dari Aliya.
“Dinner? Malam ni I kena makan dekat rumah. Mama masak special malam ni. U datanglah, makan sekali. Ajak Haris sekali.” Aliya pula mempelawanya.
“Malam ni? Tengoklah dulu. Kalau Haris boleh pergi, I pergi. Kalau tak, I malas nak pergi. Nanti I call u balik.”
“Oklah, kalau macam tu, nanti call confirm. Jangan lupa.” Aliya berpesan.
“Tak, tak lupa. InsyaAllah. Oklah, I nak balik dah ni. Nanti kalau keluar lewat, jam pulak. Penat. Nanti I call balik.” Haris ingin mengakhiri perbualan.
“Ok, drive carefully. Bye.”
“Bye..” Haris menekan punat menghentikan panggilan, dia memasukkan telefon bimbit ke dalam poket seluar.
Dia membelek belek beberapa helai kertas yang bercetak baru di faks kepadanya. Lama meneliti satu persatu. Dia menggeleng geleng. Dia melangkah keluar. Berjalan pantas menuju ke bilik Julia. Dia berhenti di hadapan meja Suraya.
“Encik Shafik. Enciik Shafik cari Cik Julia?” dia mengemas ngemas meja.
“Dah tu, takkan nak jumpa awak..” Shafik cuba membuka pintu bilik Julia.
“Eh, Encik Shafik.” Dia memanggil. Shafik mengalih.
“Apa lagi Suraya.” Shafik memandang Suraya.
“Cik Julia takder. Cik Suraya ada.” Dia ketawa. Shafik Cuma tersenyum. Dia cukup mengerti Suraya walaupun baru mengenali. Gadis itu suka benar bergurau.
“Yelah, Cik Suraya oi, mana Cik Julia pergi? Dah balik?”
“Saya pun tak pasti Encik Shafik. Dia kata nak pergi jumpa penasihat.” Suraya tersengih.
“Penasihat?” Shafik terdiam. Oh my god. She is too much..
“Cik Julia,” Suraya meletakkan satu fail di hadapan Julia.
Julia mengambil lalu melihat muka depan fail itu. HANA Enterprise. “Suraya, awak memang bagus. Empat hari.” Dia berasa gembira.
“Mesti la Cik Julia. Perempuan, tuan punya company tu.” Dia menjelaskan sedikit. Dibiar Cik Julia teruja ingin tahu.
Perempuan? “Tak per, awak boleh kaluar.” Dia tersenyum pada Suraya.
“Ok Cik Julia. Saya pergi dulu. Ada apa apa, panggil saya ok.” Dia mula melangkah keluar.
Kalau awak tak suruh saya panggil pun, saya panggil jugak. Dia mula membuka fail itu. Diperhatikan satu persatu. Air mukanya berubah. Tidak satu pun ditinggalkan, semuanya di baca. Selepas selesai dia menutup fail itu. Dia memandang ke luar tingkap. Tidak tahu apa yang harus di fikirkan. Dia memandang kembali fail. Dicapainya lalu di baling ke lantai. Jangan ingat nak main kasar dengan aku…
to be continued...
No comments:
Post a Comment