Saturday, May 2, 2009

aku.dia.kamu (sixth post)

continued from the previous post...

“Come in sayang. Pak Husin, tolong bawak masuk beg Amani ke dalam.” Arah Datin Salina pada pemandunya itu. Amani melangkah masuk. Terasa rindu pada rumah ini. Dia melangkah terus naik ke tingkat atas dan menuju ke biliknya. Pintu bilik di buka. Dia tersenyum melihat biliknya yang masih seperti 4 tahun dulu sewaktu ditinggalkan, cuma bertukar cadar.
“Tak pa, Pak Husin, letak je dekat situ.” Pak Husin meletakkan begnya lalu turun ke bawah. Dia menyelak langsir, dia benar benar rindu permandangan ini. Kolam renang di kelilingi pokok hiasan.
“Hai, baru sampai, dah teringatkan orang di sana ke?” Datin Salina memandang anaknya yang bersandar di dinding.
“Haha.. mana ada la mama. I just miss this view.”
“Lauk semua dah siap dekat bawah. Amani nak makan sekarang ke? Mama nak suruh Ati sediakan.” Soal Datin Salina.
“Tak apa mama. I’m full. Tadi atas flight dah makan banyak.” Dia menuruti mamanya yang mula duduk di katil.
“Siapa orang yang berjaya ubah anak mama ni? I’m impressed.”
“Mama, tak perlu ada orang untuk ubah kita. Sometimes we just go through something that make us realize that we don’t have to change to someone else to be the best.” Dia memeluk ibunya. Terasa rindu pada wanita berumur itu.
“Oh, yes? U’re good in talk right now. Amani nak guna Timah tak? Nanti mama suruh Pak Husin ambilkan di service centre. Mama hantar sana kelamarin. Dah lama tak ada orang drive.”
“Timah?!! Mama! I miss it so much! Haha.. u still remember that name.” Amani ketawa lagi. Dia mula teringatkan Aiman. Nama itu di beri Aiman untuk keretanya.
Dia selalu pinjamkan Aiman kereta tersebut sehingga kereta tersebut di gelar girlfriend Aiman, Timah. Dia pulak lebih banyak menghabiskan masa dengan Din. Dia lebih selesa menunggang Din untuk ke perpustakaan, tambah tambah lagi untuk lari dari kesesakan jalan raya. Tiba tiba dia teringat tentang e-mel yang di kirim Ikmal. Dia lupa kini dia berada di Malaysia. Pastinya dia menerima e-mel itu sekarang, waktu malam. Dia pantas mengambil beg galasnya. Laptopnya di tarik keluar.
“Hai, baru sampai pun dah nak kena inform si dia ke?” mamanya ketawa lagi.
“Mama, kan orang dah cakap, mana ada siapa la. Just nak check e-mel.” Amani menekan punat untuk laptopnya mula beroperasi.
“Yelah tu. Mama pergi tengok dulu wireless port tu switch on tak.” Datin Salina bangun lantas berjalan keluar.

Dear Cinderella,
See all these picture? This is our graduation pictures yang kitorang ambil tadi. Memang seronok. U know, Aiman got first class, I lupa nak cakap dulu. Memandangkan I and Aiman still single, takder orang nak kasi kitorang bunga. Haha.. sedih jugak tau. Luckily parents kitorang yang belikan. And last last kitorang geram sangat tengok orang lain dapat banyak bunga kitorang beli sendiri and exchange.. haha.. lantaklah kan, bukan selalu.. Lisa dapat banyak bunga, so kitorang curi one bouquet from her. Saja suka suka nak ambil gambar, bila nampak banyak bunga macam glamer sikit.. hehe.. this doesn’t mean yang kita dah jadi mamat bunga, ok. It just for fun. Semua orang pun macam tu.. huhu..
kitorang lucky coz Abang Aiman photographer, so banyak la pic yang kitorang ambil tadi.. tengok tak gambar bawah tu, baling topi tu, semua abang dia yang suruh kitorang buat. We’re having so much fun. Macam artis pun ada jugak.. haha..Amirul did propose Lisa today.. u know how? He gave her a bouquet of flower, then letak ring dekat flower tu. Tak sangka Amirul tu romantic jugak.. luckily, Lisa terima, kalau tak mau je dia baling bunga yang besar gabak tu masuk kolam depan tu rsasanya.
Petang tadi kitorang ikut Lisa to somewhere. Can u guess? Dia bawak kitorang pergi rumah dia. Having barbeque. Family dia semua ada. Masa kitorang sampai, semua dah sedia, kitorang tolong bakar sikit sikit je. Makan yang banyak. Huhu.. she got friendly family. Kitorang solat maghrib dekat situ, then baru balik.
Tomorrow my turn. So, I plan nak bawak diorang makan dekat Concorde Hotel. Kitorang dah makan dekat café, barbeque so kali ni I nak bawak diorang makan dekat hotel pulak. I ingat having lunch there is a good plan isn’t. I pun nak surprisekan diorang. Do u think this is a good idea after all? Only if u can answer..
Today, really made me tired, but it is wonderful. I’m really hoping that u’re right beside me to be with this all.
Ikmal Haiqal..
Amani tersenyum, sedikit cemburu dengan kegembiraan mereka. jika tidak pasti dia turut di sana untuk menjadi seorang graduan. dia membaca berulang kali dua perenggan terakhir.

Amani terus keluar bilik mendapatkan ibunya, “Mama, tomorrow I’m going to KL.”
“Amani, baru je sampai dah nak ke sana sini. Tunggu la beberapa hari dulu.” Ibunya berubah muka.
“Mama. Kejap je. It’s just one day. Amani pergi pagi, malam Amani balik. Boleh ye?” Amani mula memujuk.
“No, u come back on the next morning. Mama tak nak Amani drive malam malam. Sorang je ke?” Soal ibunya risau. Bukan mudah melihat anak perempuannya keluar begitu sahaja. Dia merasa lebih risau sekarang dari dahulu ketika Amani masih belajar di sini.
“Boleh ke mama? Sayang mama.” Pipi ibunya di cium. Dia ketawa gembira.
“Kan mama tanya, sorang je ke?” Ciuman Amani langsung tidak menghilangkan risaunya.
“A’a la mama. Dengan siapa lagi.” Datin Salina mengeluh. Dia kenal benar dengan anaknya yang seorang ini. Kalau itu katanya, memang susah di ubah.

“fuh! Siot kau Ikmal. Kenapa tak belanja kitorang dekat Palace of The Golden Horses ke? Hehe..” Aiman menarik kerusi untuk duduk.
“Banyak la kau. Urm, aku dah reserve makanan semalam. Harap korang tak kisah, k.” Ikmal memandang sahabat sahabatnya.
“No hal punya. Kau yang belanja, kitorang tak kisah apa pun.” Amirul yang turut serta bersuara.
5 minit menanti, pelayan mula menghantar makanan. Sekejap sahaja, meja bulat yang besar itu penuh dengan makanan. Ikmal berpuas hati, dia gembira dapat berbelanja untuk sahabat sahabatnya.
“So, korang dah plan ke bila nak ke jinjang pelamin?” Soal Ikmal memandang Lisa dan Amirul.
“A’a, betul jugak tu. Kau Mirul, bukan belanja kitorang lagi. Kalau makan nasi minyak korang, kira langsai la. Tak payah belanja dah.” Aiman mencelah.
“Haha.. aku rasa aku belanja korang dulu pun lagi ok. Dari nak kena belanja beribu orang tu, kau ingat dua tiga ratus ringgit lepas ke? Bagi minum air je boleh la.” Amirul menjawab.
“Haiii, ayat tu bunyi nya macam lambat bebenor je ni. Karang aku jugak yang kawin dulu kot.” Aiman berseloroh.
“Kau Aiman? Haha.. Cik Timah tu pun dah tinggalkan kau.” Lisa mula bersuara. Mereka semua ketawa.
“Guys, may I join? Do you mind?” suara itu menghentikan ketawa mereka. Semua berpaling ke arah suara itu. Masing masing terasa seperti suara itu mengimbau satu memori.
“Amani?” Ikmal terus terbangun. Ditenungnya Amani. Yang lain terus terdiam. Lama kemudian, “Yea, have a sit.” Dia terasa seperti baru tersedar dari mimpi. Dia terus mendorong kerusi untuk Amani duduk.
“Hey, u all. Kenapa macam nampak hantu ni. Do I look weird?” Amani sedikit kurang selesa dengan tenungan mereka. Dia terasa seperti menganggu mereka.
“No. u’re not weird. But u look different. Ingatkan anak dara siapa la tadi. Hehe..” Aiman mula membiasakan diri dengan Amani yang berada di depannya sekarang. Entah kenapa dia terasa sukar untuk berbahasa kasar seperti selalu dengan Amani kali ini.
“Kenapa? Sebelum ni tak macam anak dara ke?” Amani ketawa kecil.
“Memang la. Tapi versi lain sikit. Kau ni, macam Jimmy Neutron la pulak, macam mana kau tau kitorang kat sini ni? Atau ni pon projek surprise orang tu jugak?” Aiman menjeling Ikmal.
“Oih, aku sendiri pun terkejut cipan ni, kau boleh cakap aku plan pulak.”
“Ada la orang tu hantar e-mel dekat aku semalam.” Amani tersenyum memandang Ikmal. Ikmal terkedu. Tidak disangka Amani membaca e-mel e-el tersebut.
Lisa mengambil keputusan untuk berdiam. Entah kenapa dia masih terbayang wajah Amani yang marah 4 tahun dulu, ketika pipinya mendapat tamparan sulung.
“Oh, ni ada orang jadi tukang reporter la ni? Apa lagi yang dia report? Cerita sikit dekat aku.” Aiman mula memusingkan badan menghadadap Amani. Dia mula selesa berbicara dengan gadis itu.
“Weh, sibuk lah kau Aiman.” Ikmal menolak bahu Aiman. “U bila balik Malaysia?” Ikmal mengalih topik.
Elok sahaja Amani ingin membuka mulut, Aiman memotong, “Weh, kejap, kejap. Kau cerita la dulu apa mamat ni asyik report dekat kau.” Aiman masih mempertahankan tajuknya.
“Haha.. tak ada apa pun. Tapi boleh la jugak aku tahu dua orang tu beli bunga untuk diri sendiri masa graduation day.. haha.” Amani ketawa lagi. Terasa mula selesa dengan mereka. Kali ini ketawanya bersama Lisa dan Amirul.
“Siot, kau cerita dekat dia benda tu?Kan aku dah pesan rahsia kita je. Aisey man..” Aiman menolak bahu Ikmal. Ikmal cuma menunduk muka, terasa malu. tidak disangka Amani membaca semua itu.
“Hahaha.. eh, Aiman. Hari tu kau cakap bunga yang besar tu siapa kasi? Secret admire kan? Aku tak tau pulak selama ni kau admire diri sendiri. Ni kes frust ngan Timah ke? Hahaha..” mereka ketawa lagi. Amani berasa senang dengan mereka. Terasa dekat bersama sama kawannya.
Ikmal memandang Amani, terasa rindu dengan gadis itu. Amani tersenyum..


to be continued...

No comments:

Daisypath Friendship tickers