continued from the previous post...
Hey, rindu giler dekat kau. Busy kau sekarang sampai merata aku cari tak jumpa jumpa. Atau kau yang nak lari dari aku kan. Aku rasa kalau aku cakap sorry sekarang pun dah tak ada gunanya kan. Kau pun dah tak nak ambil tahu pasal aku. Apa pun yang dah berlaku aku kena mula terima, walaupun agak susah. Kehilangan kau, kawan baik aku yang paling memahami aku memang satu benda yang menyedihkan aku. Kau tau, aku rasa, aku manusia yang paling bodoh. Aku tinggalkan sahabat yang baik untuk perempuan yang entah apa apa. Lisa tu bukan perempuan yang baik Aiman. Aku cakap macam ni bukan sebab dia dah tinggalkan aku atau mempergunakan aku. Aku cuma nak kau mula berhati hati lepas ni bila berdepan dengan kaum hawa. Haha, sekarang aku mula mengkritik kaum aku sendiri pulak kan. Apa yang berlaku ni buat aku sedar, baik atau buruk individu tu tak terletak pada jantinanya. Tapi individu tu sendiri. Aku sayang sangat sangat friendship kita dulu. Kalau aku mampu putar semula waktu, aku nak mulakan dari hari pertama kita jumpa Lisa. Tapi aku tak nak bertaruh untuk dapatkan dia, aku nak kita sama sama kutuk perempuan plastic tu.. haha.. anyway Aiman, aku nak sambung study ke US lepas ni. Aku rasa, dah tiba masanya aku ikut cakap ayah aku. Selama ni, aku asyik ikut kepala aku je kan. Tengok, inilah jadinya. Huhu… I’ll miss u and this place..
p/s: take care of Din. Kalau boleh aku nak jumpa dia lagi nanti.. hehe..
Aiman merenung sepi surat itu. Dia terasa kehilangan sesuatu. Sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya. Selama ini dia mula membenci gadis itu kerana menganggap dia perampas dan pentingkan diri. Akhirnya dia kehilangan orang yang benar benar memahaminya. Satu satunya orang yang sering membantunya dalam masalah, duit, kereta, pelajaran.. dia terasa sepi. Dia terasa keseorangan. Dia merenung bagasi bagasi yang sudah di kemasnya semalam. Esok dia akan pulang ke kampung. Dia akan mula melupakan semua kisah ini.. dia ingin pergi dari sini..
Ikmal menaip pantas. Ayat ayatnya di susun kemas. Dia tersenyum puas tatkala menyudahkan ayat ayatnya. Dia membaca semula, lantas menekan paparan ‘send’.. dia merenung ke luar jendela. Besok adalah hari konvokesyen. Dia melihat jubah yang tersangkut megah di dalam almarinya yang terbuka luas. Jauh di sudut hatinya mengharapkan ucapan tahniah dari Amani besok. Tiba tiba deringan henfonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia mencapai pantas henfon itu di atas katil. Ditekannya punat ‘read’..
‘Haiqal, tomorrow kau datang ambil aku boleh? Lisa, Atirah tumpang dia, aku segan lah. Parents aku nak datang lewat.’ Ikmal menekan punat ‘reply’.
‘boley je. Pukul 7 aku ambik kau. Kau dengan family tido kat mana ni?’ di pantas menekan punat ‘send’. 4 tahun berlalu, dia sendiri tidak percaya bagaimana dia boleh bersahabat baik dengan Aiman dan Lisa. Life is about unpredictable.. people can change..
Amani menyangkutkan sweater coat nya di belakang pintu. Terasa dingin di luar. Dia melangkah masuk. Bidai jendelanya di tarik. Senyumannya terukir melihat salji yang turun di luar. Baru sahaja dia meredah timbunan salji putih itu. Buku yang baru dibelinya diletakkan di sudut meja study. Dia kemudian duduk menghadap notebooknya. Dia tersenyum lagi melihat e-mel yang baru diterima.
Sender: Ikmal Haiqal, topic: tomorrow our graduation day!!
Amani menghalakan kursornya pada topic itu lalu di klik nya.
Dear Cinderella,
See the topic? Ahaha.. tomorrow our graduation day. Thank god, semua rehearsal dah selesai petang tadi, so we are waiting for tomorrow , our history day. U ingat lagi Amirul? Lisa is dating him right now. They look good together. I heard Amirul going to propose her tomorrow right after everything done. Parents Aiman dah sampai KL petang tadi, I pun tak tau mana diorang tido malam ni. Tak sempat I nak tanya.
I just wonder if u can come tomorrow.. (it’s sound impossible isn’t?).. masa rehearsal tadi, we all tertanya tanya kalau u ada mesti lagi best kan.. but, we bet that u’re more than happy to be right there. Pagi tadi, Aiman belanja kitorang breakfast. Kat mana lagi, ur fevret cafĂ© tu lah. Tengok je sambal sotong tu, Aiman terus teringatkan u. dia cakap, mesti dia kena ketuk kepala kalau dia lambat and u tak sempat dapat sambal tu. Sambal tu sama lagi tau rasanya walaupun dah 4 tahun. U miss sambal tu tak? Ehehe.. kalau ye, cepat balik Malaysia!!!
Petang esok giliran Lisa pulak belanja kitorang. Dia cakap nak bawak kitorang kat satu tempat. Dia nak surprisekan kitorang. We all are wondering kalau dia nak bawak kitorang picnic or makan atas pokok ke apa. but it’s sound interesting. Cant wait for that. And my turn on the next day. I pun tengah pikir lagi mana nak bawak diorang makan. Susah susah datang makan dekat rumah I je la. Suruh bibik masak, jimat pun jimat kan.. haha.. ok, sampai sini je hari ni, I kena tido awal, besok pagi pagi dah kena keluar rumah.
Lisa, we all really miss u.. hope to meet u soon..
Ikmal haiqal..
Amani menutup e-mel tersebut . dia menutup satu persatu internet connection nya. Notebook nya di shut down kan. Begitulah rutinnya 4 tahun di sini. Selepas tamat waktu kelas dia pasti menerima e-mel dari insan tersebut. Selama 4 tahun ini juga dia tidak pernah sekali pun membalas e-mel e-mel tersebut.
Tiada apa yang menghubungkan mereka. Dia sendiri tertanya tanya adakah Ikmal pasti dia membaca e-mel itu atau Ikmal cuma mencuba nasib menghantar e-mel e-mel itu dengan harapan Amani membacanya. Atau itu cuma catatan yang dianggap Ikmal sebagai diarinya dan tidak terlintas pun di fikirannya yang Amani tidak pernah terlepas dari membaca setiap e-mel tersebut.
Amani merenung setiap sudut bilik itu. Di tepi pintu, sudah diletakkan bagasi berisi baju bajunya dan segala kelengkapan diri. Di pintu almari, tersangkut, blaus dan jeans yang akan dipakainya sebentar nanti. Dia mengusap lembut rambutnya. Kini rambut itu sudah jauh melepasi paras bahu. Dia memandang sekilas tikel kapal terbang yang berada di sebelah notebook nya itu. Dia tersenyum lagi.. I’m coming Malaysia.. I’m coming home..
to be continued...
No comments:
Post a Comment