Friday, May 1, 2009

aku.dia.kamu (fourth post)

continued from the previous post...

Lisa duduk tatkala Ikmal mendorong kerusi kepdanya. Ini bukan kali pertama Ikmal membawanya ke restoran mewah begini. Sewaktu mereka bercinta dulu, sering sahaja mereka ke sini. Seorang pelayan datang membawa buku menu, Ikmal dan Lisa mencapai buku tersebut dan membuat pesanan.
“Tak apa ke u ajak I keluar ni? Esok u ada exam kan.” Ikmal menyoal. Ditenungnya wajah itu. Make up tebalnya jelas kesihatan.
“Ikmal, u macam tak kenal I. everything just for u, ok.” Meleret senyumnya.
“Everything just for me? Haha.. that’s your final exam Lisa. U have to be serious with it.” Ikmal mengingatkannya. Lisa makin memandang remeh soal pelajarannya.
“Ikmal, u nak I jadi macam Amani tu ke? Belajar sampai tak ada waktu untuk diri sendiri. Opss! Sory, ok. I dengan dia tak sama. I’m a normal girl which need social life. Not like her, asyik dengan buku buku dia, tomboy life dia.” Lisa bersuara dingin.
“Lisa, I tak nak u cakap macam tu lagi. I tak suka.” Ikmal mendengus. Dia malas berbicara panjang soal itu.
“U don’t have to tell me that. I pun tak ingin nak cakap pasal pengkid tu.” Nada Lisa menyindir.
“Lisa!” Ikmal pantas bangun. Langkahnya laju meninggalkan ruang mewah itu. Dibiarkan Lisa yang terkejut dengan tindakannya. Beberapa mata memerhati drama yang baru berlangsung itu. Lisa bangun terus mengejar Ikmal.
“Ikmal, I’m sorry. I’m sorry, okay. I janji tak cakap macam tu lagi.” Lisa memaut lengan Ikmal. Ikmal mendengus. Lengannya direntap. Langkahnya di lajukan ke arah keretanya. Lisa masih mengejar.
Akhirnya Ikmal menghentikan langkahnya. “Lisa, asal u tahu, I berbaik semula dengan u bukan sebab I teringin sangat dengan u pun. I dah menyampah dengan u!” tinggi suara Ikmal. Mukanya jelas menyatakan bertapa marahnya dia. “U ingat, dengan u buat Amani macam tu, I akan terhegeh hegeh nak kan u semula? Hey, sedar lah sikit. Setakat muka cantik macam u, tapi hati busuk, tak ada orang yang ingin la!” Pangg!!! Satu tamparan hinggap di pipi Ikmal.
Air mata Lisa sudah mula mengalir. Dia terasa terhina. Dia terasa usahanya selama ini tiada makna. Dia rasa seperti seorang wanita yang benar benar berada di bawah tapak kaki Ikmal. “So, u masih nakkan perempuan bodoh tu? Hah?! U nak kan dia? Ok, fine! U pergi la dapatkan perempuan tu kalau u boleh! I nak tengok, kalau u hebat sangat. Prove it to me!” semakin tinggi suara Lisa. Mukanya sudah merah menyala. Dia mula mencabar Ikmal.
“U know why I want u back? Memang sebab I nak pisahkan dia dengan u. tapi bukan sebab I nakkan u. sebab I nak dia tahu yang kaum perempuan pun bukan semua bagus sangat. Ada jugak yang jahil macam u tu. I tak kisah kalau dia nak benci I atau dia tak cintakan I pun, yang penting dia dapat berubah. Tu dah cukup membahagiakan I. Mencintai seseorang tak semestinya kita memilikinya. I just want her to be happy and satisfy to be what she is.” Suara Ikmal makin mengendur. Matanya memandang Lisa. Lisa terdiam di disitu. Dia memandang ke bawah. Fikirannya kosong. Air matanya masih turun laju. “Did u know why I love her? Sebab 2 tahun lepas, dia sorang saja yang sudi berkawan dengan I, yang ikhlas berkawan dengan I. u ingat? U ingat tak Ikmal Haiqal yang u pernah tolak sebab I gemuk, sebab I hodoh? U ingat tak?!” Ikmal. Membuka pintu kereta, dimasukinya dan ditutup kasar. Di biarkan Lisa terkaku di situ.
Lisa melangkah longlai ke arah keretanya. Segala gala kata kata Ikmal masih terngiang ngiang di telinganya. He is Ikmal Haiqal? Haiqal? Budak gemuk tu? He is? So, selama ni dia cakap dia Ikmal Hakim, tu semua tipu. Dia tipu aku… untuk balas dendam? Kau tunggu Haiqal… aku akan buat lebih teruk dari ni…

Amani melangkah laju. Dia perlu segera pulang ke Johor Bharu. Selepas apa yang berlaku semalam, dia nekad bersetuju mengikut rancangan ayahnya untuk sambung belajar di luar negara. Dia tak mahu lagi tinggal di sini. Dia tak ingin lagi di sakiti dan di caci. Dia tak ingin lagi dipermainkan…
“Am..” satu suara memanggilnya dari belakang. Dia amat mengenali suara gadis itu. Langkahnya terhenti. Dia menoleh.
“Kau nak apa lagi Lisa?”
“Am, I’m sorry. I really don’t mean it last night.” Lisa memandangnya bersalah.
Amani memandang tepat wajah itu. Direnungnya tajam. Dia berjalan menghampiri Lisa. Pangg!! Ringan sahaja tangannya.Lisa terkedu. Tangannya ditekapkan pada pipi yang terasa panas itu. “Sorry lah. Aku terlupa nak beritahu yang aku dah tak ingin nak tengok muka kau lagi. Aku dah meluat. Kau, boleh blah. I don’t care u mean it or not.” Dia melangkah laju. Meninggalkan perempuan itu. Menyampah dia melihat perempuan itu, di hatinya terasa seperti ingin di robek robek wajah perempuan itu.

Amani menyusun langkah kearah keretanya. Semua barang sudah dimasukkan ke dalam kereta pagi tadi. Dia ingin terus pulang ke rumahnya di Johor Bharu. Dia ingin tinggalkan tempat ini secepat mungkin. Dia membuka pintu kereta, tatkala itu, dia ternampak skuter Aiman yang tidak jauh dari keretanya. Dia membuka beg galasnya. Sepucuk surat dibawa keluar. Dia menuju ke arah skuter itu. Di usapnya skuter itu. “Din, aku maybe dah tak jumpa kau nanti. Kalau aku balik sini nanti, mesti Aiman dah tak pakai kau kan. Mesti dia dah beli kereta kan. Aku mesti rindu kau, Din. Kau jaga la Aiman baik baik. Kalau dia naik motor laju laju, kau marah dia yer.. haha.. ni aku aku kasi surat untuk Aiman. Aku letak sini, ok.” Amani menyelitkan surat tersebut di tempat duduk skuter tersebut. Dipandangnya skuter itu buat kali terakhir. Dia tersenyum, tetapi hatinya tetap sebak. Mungkin sedih meninggalkan Din, atau meniggalkan Aiman tanpa bercakap dengannya dulu.
“Amani…” Dia tersentap. Lamunannya terganggu. Lelaki itu…
Dia tak mengenali lelaki itu. Tetapi wajahnya mengingatkan Amani pada seseorang. “Kau nak apa? Kalau nak cari Lisa, aku tak tau dia kat mana.” Suaranya mendatar tetapi bernada kasar. Dia terus berjalan meninggalkan lelaki itu.
“Amani. I tak cari dia. I cari u.” lelaki itu memandangnya.
“Kau cari aku? Apehal? Ai, takkan minah plastic tu dah mengadu aku bagi tapak tangan aku ni dekat dia? dia nak rasa tapak kaki aku pulak la ni.” Kasar bahasa Amani.
Ikmal terdiam. Benar, Amani ini betul betul dah berubah. Dia bukan Amani yang dulu lagi. “You’ve changed a lot. Mana Amani Suhaiza yang dulu. Yang selalu cakap I’m a nice lady Cinderella..”
Amani terkaku di situ.. I’m a nice lady Cinderella.. kata kata itu sering diungkapnya tatkala dia sering menolong insan bernama Ikmal Haiqal 2 tahun lalu. Dan kini kata kata itu terdengar lagi. “Haiqal… it’s u.” Amani benar benar terkedu. Dia menatap wajah itu. Dia merenung lama. Dipandangnya tubuh itu, jauh sudah berubah. 2 tahun lalu ketika lelaki itu meninggalkannya, lelaki itu gemuk persis Bob AF. Kini..
“Yea. It’s me. I’m sorry Amani. I’m sorry.”
Amani dia seketika. Tercari cari maksud kata kata itu. “Kepala otak kau sorry. Eh, kau blah macam tu ja selama ni, tak cakap apa apa. Sekarang kau nak cakap sorry. Sekarang buat apa kau cari aku? Nak susahkan hidup aku lagi? Eh, kau pergi mampos lah. Aku dah meluat la dengan korang semua yang hipokrit ni. Blah la kau. Aku dah tak nak ambil tahu pasal korang semua.” Amani menengking kasar. Dia berjalan pantas ke keretanya.
“Ada sebab kenapa I buat macam tu Amani. I tau u sayangkan persahabatan tu. Tapi waktu tu I dah sukakan u, cintakan u Amani. I buat keputusan nak ikut parents I ke London just because I nak berubah. I nak ubah diri I supaya Cinderella tak malu dengan I. supaya u lebih appreciate I.” Ikmal memandang Amani yang sudah terhenti langkahnya.
“Malu? Alasan bodoh yang aku pernah dengar. Suka hati kau nak cakap apa. Aku dah tak ingin nak dengar semua tu.” Dia terus melangkah.
Ikmal terus mengejar. “U know, bila I balik Malaysia, I Nampak u dah berubah macam ni I kecewa sangat. Masa tu I tau dah tak guna kalau I cari u dan mintak maaf. Mesti u dah benci dengan I. then I decide untuk balas dendam pada Lisa. Tapi, makin lama I nampak u, u makin teruk dengan life u, I rasa balas dendam I tu tak ada gunanya. I patut berdepan dengan u mintak maaf. Tapi Lisa jadikan u senjata dia untuk tundukkan I. Dia..”
“Cukup!” tinggi suara Amani menghentikan kata kata Ikmal. “2 tahun dulu kau dah pilih jalan tu. So, sekarang ni kau dah sampai destinasi kau. Tolong jangan ganggu aku lagi.”
“Amani, I tau u akan ke US kan. I just wan t u to know, that I will wait for u. I will wait for u even for thousands years. I akan tunggu Amani. Sebab u saja yang akan ada di hati I..” Ikmal memerhati Amani yang sudah membuka pintu keretanya.
“Lantak kau la.” Dia pantas memasuki keretanya dan terus memecut laju meninggalkan tempat itu. Haiqal…Cinderella tu dah mati 2 tahun dulu.. dia dah mati untuk kau.. yang tinggal Cuma Amani yang kau lihat sekarang.. gadis yang diperbodohkan oleh korang semua..


to be continued...

No comments:

Daisypath Friendship tickers