Thursday, April 30, 2009

aku.dia.kamu (third post)

continued from previous post...

Lisa melihat lihat jam di tangan. Dia menanti Amani. Dia maklum dengan Amani. Kalau di dalam library, pasti lama masa yang dihabiskan. Tiba tiba henfonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Dia menarik keluar n93i miliknya dari poket seluar. Dia membuka mesej tersebut.
‘Lisa, I nak jumpa u kejap. I’m waiting at the place u park ur car.’ Dia tersenyum lebar. Terasa kemenangan menjadi miliknya setelah menerima mesej tersebut dari Ikmal.
“Kenapa ni? Tersengih sorang sorang. Siapa yang hantar mesej?” soal Amani yang baru keluar dari perpustakaan.
“U.. terkejut I. bila u keluar?” dia segera memasukkan henfon ke dalam handbagnya.
“Baru je. Sorry I lama tadi. U tau la kan, exam week dah nak start. Yang u tu tersengeh baca mesej sampai tak Nampak orang keluar. Siapa tu?” Soal Amani. Entah kenapa dia kurang senang melihat reaksi Lisa setelah membaca mesej.
“Urm.. kawan I. kawan lama. Er, dia baru balik dari US, dia nak jumpa I. I ingat next time kita lunch together. I really need to go now. Ok, I pergi dulu.” Lisa bergegas pergi tanpa menunggu sepatah kata dari Amani.
Amani masih berdiri kaku di situ, kaget dengan kelakuan Lisa.

“Dah lama tunggu?” Soal Lisa tatkala berdiri dalam jarak 3 kaki dari Ikmal yang bersandar pada kereta kelisa miliknya.
“Tak, baru je. Urm, u dah lunch? If u don’t…” Ikmal mematikan ayatnya di situ. Di biarkan Lisa memahami sendiri dan memberi jawapan.
“Yea. Ok. Lets go. Ur car?” Lisa menyoal inginkan kepastian samada mereka akan menaiki kereta Ikmal. Ikmal mengangguk memberi jawapan, lantas menuju ke keretanya di turuti Lisa.

Sudah dua minggu Lisa jauh darinya. Dia sedar Lisa kini lebih selesa bersama seseorang lelaki yang dia sendiri kurang pasti siapa orangnya. Panggilannya bagai tidak diendahkan Lisa. Dia bingung. Jika dulu dia benar benar tidak percayakan insan bernama lelaki, kini dia dipermainkan insan bernama wanita. Apa tidak ada siapakah di dalam dunia ini yang dapat dipercayai. Amani meratap sepi buku buku di atas meja belajarnya. Esok hari terakhir peperiksaan akhir. Seminggu peperiksaan ini, segalanya masih berjalan lancar walaupun hatinya sedikit keliru dan terguris dengan tindakan Lisa. Dia menyusun buku buku itu. Dia nekad ingin mencari Lisa malam ini. Esok selepas tamat peperiksaan dia akan berangkat pulang ke Johor Bharu. Dia tak mahu menghabiskan banyak masa di sini. Dia ingin penjelasan dari Lisa.

Dia tekan punat pada kunci keretanya, kereta dikunci lantas dia pantas melangkah ke flat kediaman pelajar tempat Lisa tinggal. Belum sempat kakinya diatur ke dalam bangunan tersebut, dia ternampak kelibat Lisa di tempat letak kereta. Lisa berpakaian cantik. Dress hitam paras lutut tanpa lengan. Rambutnya dibiarkan lepas, melepasi paras bahu.
“Lisa..” Amani menegur.
Lisa terkejut lantas menoleh ke belakang. Dia mengurut dadanya lega tatkala melihat kelibat Amani. “U. buat apa kat sini?” Lisa menyoal kurang senang.
“U nak ke mana?”
“Suka hati I lah I nak pergi mana. I nak cepat ni. Please..” Lisa bersuara tinggi, bernada memohon supaya Amani beredar.
“U nak jumpa lelaki tu ke? U ada apa dengan dia?” Suara Amani bergetar.
“Eh, kalau I ada apa pun dengan dia, u ada masalah ke? Kenapa u ingat I ni dah tak waras nak pilih u? hey, I’m a normal girl ok! U boleh tolong berambus tak? I ada hal yang lebih penting dari nak buang masa dengan u." kasar bahasa Lisa. Amani masih belum berganjak. dia menatap wajah Lisa sirius. "And if that doesn’t clear enough, let me tell u, I hate u. I hate u!” Lisa menolak kasar Amani yang berdiri menghalangnya untuk membuka pintu kereta.
“U hate me?!” Suara Amani mula kasar. “U hate me?! So, selama ni kenapa u cari I? kenapa? U tau tak, I lost my bestfriend just because of u. I let him go because I think I have u. if u hate me, kenapa u baik dengan I selama ni? Kenapa? Explain to me!” Amani sudah tidak dapat menahan api kemarahannya. Suaranya cukup tinggi sehinggakan membuat penghuni terdekat terganggu.
“Oh, u wanna know? Ok, I’ll tell u. I baik dengan u selama ni bukan sebab I nak kawan dengan u. sebab my exboyfriend dah jatuh cinta dengan Amani Suhaiza. Seorang gadis kasar, hodoh. And if u still want to know, I memang cari u selama ni, siapa Amani Suhaiza tu. And luckily, oneday, u yang datang pada I. and the best of all, I tak perlu nak upah mana mana jantan untuk dapatkan u, supaya Ikmal cemburu. Sebab I dah boleh buat kerja tu. I pasti dia dah benci dengan u yang sampai boleh nak jalinkan hubungan dengan kaum sejenis. Manusia jenis apa lah yang nak kan u. U memang dah memudahkan kerja I. so, u get everything clear? I nak pergi, ok?” Lisa menolak kasar Amani sehingga dia terdorong ke belakang. Dia pantas masuk ke dalam perut kereta. Menghidupkan enjin, seketikanya dia memandu pergi.
Amani berdiri kaku di situ. Dia kaget. Kata kata Lisa terngiang ngiang di telinganya. Air matanya mengalir perlahan. Dia tak mampu lagi berdiri.. dia rebah di situ.. dirinya terasa hilang sebentar dari dunia ini… apa pun yang berlaku, dia harus bangkit, esok hari terakhir final exam… dia tak ingin kecundang…


to be continued..

1 comment:

sazsd said...

aaaa..naema,da lagik xcta neh?
xpauas ati lagik laa..
smbung2~~

Daisypath Friendship tickers