continued from the previous post...
“Oklah. I tunggu.” Amani akhirnya akur..
“U memang selalu lepak library ke malam malam?” soal Lisa. Mereka mula bosan menanti pesanan makanan yang belum sampai.
“A’a. xder benda nak buat. Lepak library ok la. Lagipon banyak benda boleh cari.” Amani melemparkan senyumannya. Dia memerhati kiri dan kanan menunggu pelayan datang menghantar makanan. Dia dapat menangkap beberapa mata yang memerhatikan mereka berdua. Mungkin aneh melihat seorang gadis cantik bersama seorang tomboy sepertinya.
“Patot la u punya result gempak je. Anyway, u dengan Aiman tu, ada something going on ke?” Soal Lisa bersahaja.
Mak ai.. pesal dia tanya? Jeles ke? Siot. Minah ni betul suka aku ke? Amani ingin mula menjawab tapi kehadiran pelayan menghentikan tindakannya. “Eh, apa la u ni. Kitorang kawan je. U jangan la fikir macam tu pulak.” Amani menghirup jus tembikainya. Tersenyum sekilas pada Lisa.
“Kalau ada pun apa salahnya kan? U both looking good together.” Lisa masih membicarakan tentang itu.
“Lisa. U tak faham I.” Amani mula rimas bila dirinya dikaitkan dengan insan bernama lelaki. Entah kenapa, dia lebih tertarik dengan kaum hawa, kaumnya sendiri.
“I faham..” Lisa seraya meletakkan tangan di atas tangan Amani. Amani kaget dengan tindakan Lisa. Dia sendiri bingung. Adakah Lisa benar benar faham dan benar suka padanya.. atau itu Cuma simpati buatnya.
Di satu sudut Ikmal memandang kedua dua gadis itu dari tadi. Dia kesal kerana jatuh cinta pada orang yang tidak sepatutnya. Yang mungkin tidak akan jadi miliknya.
Sebulan berlalu. Hubungan Lisa dan Amani makin akrab. Walaupun ramai yang berbisik bisik menjeling jelling melihat mereka beriringan ke sana dan sini, mereka masih bersama. Aiman, makin cuba mengelakkan diri dari Amani. Sakit hati, marah semua ada. Dia rasa seperti dipermainkan apabila sahabat baiknya sendiri dapat mamiliki Lisa. Tambahan pula dia tewas pada seorang gadis. Apa teruk sangatkah dia.
“Lisa, u nak makan apa? Macam biasa?” soal Amani. Lagaknya seperti seorang kekasih menyoal pasangannya.
“A’a. macam biasa je.” Dia mengangguk. Dia membiarkan Amani berseorangan ke kaunter untuk mendapatkan makanan.
“Lisa!” Lisa menoleh ke kiri mencari si pemanggil.
“Aiman. Hey, come! Join us.” Lisa menarik kerusi supaya dapat di duduk Aiman.
Aiman duduk lalu bersuara. “Tak pe. I dah makan. I nak cakap sikit dengan u.”
“Cakap dengan I? it’s sound important.”
“A’a. I nak u tahu, Am tu berkawan dengan u, dia bukan anggap u macam kawan biasa je tau. U faham kana pa yang I cakap ni?” Riak muka Aiman benar-benar Sirius. Dia memandang sekilas pada Amani yang sedang beratur ingin membayar makanan.
“Aiman, come on la. U pun macam orang lain jugak ke? Fikir macam tu, u berkawan dengan dia lagi lama kan. U kenal dia lagi baik.” Lisa mula protes.
“Lisa, sebab I kenal dengan dengan baik I nak u jauhkan diri dari dia. Dia just nak ambil kesempatan je.” Suara Aiman tegas.
“Ambil kesempatan? U cakap dia nak ambil kesempatan? Duit? U tau tak dia tu berganda lagi kaya dari I.” Nada suara Lisa masih di kawalnya.
“It’s not abaout money. U jangan buat buat tak faham apa yang I cakap ni. You’re clever enough to understand that.”
“No Aiman. I tak faham. I think u better go now. I tak nak Am tau yang kawan baik dia pun tak percayakan dia.” Pantas Lisa bersuara tatkala melihat Amani sedang menghampiri mereka. Aiman pantas bangun dan berlalu pergi. Panggilan Amani tidak dihiraukannya. Aiman, sebenarnya aku yang ambil kesempatan ke atas Amani. Kau silap..
“Kenapa tu?” Soal Amani melihat Aiman berlalu.
“Tak. Dia singgah kejap je. Dia nak pergi jumpa kawan.”
“kawan? Siapa?” Amani mengangkat kedua dua pinggan nasi dari dulang dilatakkan di atas meja.
“Entah. Tak sempat tanya. Dia nak cepat.”
“Oklah. Jom la kita makan. Karang sejuk nasi ni. Panas lagi ni, baru je mak cik tu keluarkan dari dapur.”
Lisa memandang ke kanannya. Ikmal di situ. Memerhatikan mereka berdua. Ikmal, kau tunggu.. kau akan rasa apa yang aku rasa…
No comments:
Post a Comment