Amani membetulkan topi yang dipakainya. Matanya meliar memerhati pelajar-pelajar yang lalu lalang di hadapan perpustakaan.
“Oit, sorry lambat.” Aiman mengetuk bahu Amani dengan buku yang baru dipinjamnya.
“Oih, bila kau keluar? Tak Nampak pon,” Amani menggosok gosok bahunya.
“Tu la kau. Mata je dekat pintu tu, otak tu entah ke mana. Tengah berangan ingatkan awek mana pulak ni? Haha..” Aiman mengambil tempat di sebelahnya.
“Ok lah, jom pergi makan. Karang habis pulak lauk dekat café tu, aku malas nak pergi tempat lain, jauh.” Amani terus bangun melangkah meninggalkan Aiman di bangku tersebut.
“La.. baru je nak duduk ni. Oi! Tunggu la..” Aiman bingkas bangun mengikut langkah gadis tomboy itu…
“Fuh! Nasib baik ada lagi sambal sotong fevret aku ni. Kalau tak, aku sumbat mulut kau dengan buku ni.” Amani mencedok sambal sotong ke dalam pinggannya yang sudah berisi nasi.
“Aku pulak yang salah? Iye la.. kau je yang betol.” Aiman mengambil sudu dan garfu kemudian terus bayar. Mereka beriringan mengambil tempat duduk.
“Ai, kau ni sejak bila pulak sensitive ni? Weh, PMS ke? Hahaha..”
“Gila kau. Nak buat lawak pon berpada la. Nama ja perempuan kau ni.” Aiman terus menyuapkan nasi ke dalam mulut. Malas melayan kerenah si sahabat.
“Mak aiii…” mata Amani terlekap pada seorang gadis.
Aiman memandang Amani lantas melemparkan pandangan kea rah yang sama. “Siot! Cun la pulak awek tu.”
“Oi! Kau jangan try ek.. Aku nampak dulu. Aku booking. Hehe..” Amani menghirup milo ais di depannya.
“Hek eleh. Ada hati kau. Kau ingat perempuan tu dah tak waras ke nak pilih kau.”
“Belum cuba belum tahu. Kau nak bertaruh tak?” Amani tersenyum.
“Kau serius? Ok. Jom ar try.” Aiman pintas bangun diikuti Amani. Mereka mendekati meja gadis tersebut.
“Hai, sorang je?” Aiman memulakan sapaan. Amani melemparkan senyuman pada gadis tersebut.
“A’a.. urm, you all ni student asasi law kan?” gadis itu memandang tepat mereka berdua.
“Wow. You kenal kitorang ke?” Amani mula menyoal. Terkejut dengan respons gadis tersebut. Mereka berdua mengambil tempat duduk..
“Tak la kenal. Tapi I tau la you student law. Kita 1 kelas. Maybe you all tak perasan I dalam kelas.” Gadis itu tersenyum lagi.
Aiman dan Amani tersenyum kerang busuk. Excited. “Ouh, ye ke? Ehehe.. kitorang selalu duduk dekat belakang, sebab tu tak nampak u kot.” Aiman mula berbicara ramah.
“By the way, I lisa. Lisa nadia.” Lisa menghulurkan tangan ingin berjabat.
Aiman pantas menghulurkan tangan sebelum Amani berbuat demikian. “I, Aiman. Panggil Aiman je.”
Amani lantas menghulurkan tangan selepas tangan Lisa dan Aiman dileraikan. “Am.”
“Am?” Lisa mengerutkan dahi.
“A’a Am..” Amani tersenyum.
“Amani Suhaiza.” Aiman bersuara pantas. Jawapannya menyebabkan dia di siku Amani.
“Amani Suhaiza? Ouh! So, u la Amani Suhaiza. Tak sangka it’s you.” Lisa kelihatan excited sekali.
Aiman dan Amani saling berpandangan. Masing-masing pelik dengan respon tersebut. “Ek? Kenapa? Kenapa dengan I?” Amani menyoal hairan.
“Selama ni I dengan kengkawan tertanya tanya siapa la Amani Suhaiza, the top scorer in law tu. Haha. Tak sangka betul ye. Dari nama u, we all ingat Amani Suhaiza tu ayu, with yhe long hair, high heels, specky of course, walking with all the books. Oh, gosh! It’s really surprising me.” Lisa ketawa lagi..
Pertemuan yang singkat dengan gadis bernama Lisa benar-benar member I tamparan hebat kepada mereka berdua. Mereka berjalan beriringan ingin pulang ke campus. Berjalan bersama, tapi fikiran mereka entah ke mana.
Aiman memandang sepi langit biru. Aku ingatkan kalau bersaing dengan Am ni, no hal. Takkan Lisa boleh jatuh hati dekat dia. Takkan Lisa yang cantik macam tu pun tak waras nak pilih boyfriend. Dah gila ke apa minah tu. Dah la siap mintak nombor Am lagi, aku? Kalau aku tak offer tadi, rasanya dia memang tak nak nombor aku. Apa yang aku perlu buat ni, I’m really like her…
Amani melangkah sepi. Fikrannya kosong. Pesal minah tu cakap pasal study pulak ni. Tapi, dia macam attracted je dekat aku. Biar betol. Takkan dia pun macam aku. Sekali tengok, macam kaki lelaki jugak dia ni. Aku kena ambik serius ke. Tapi manusia kan sukar diramal, agaknya, memang dia dah suka aku kot. Yerla, perempuan cantik macam dia, mesti ramai peminat. Ntah ntah dia dah fed up dengan lelaki.. urm.. siapa tau. Aiman? Alah.. ramai lagi perempuan lain ada kan…
Amani membelek satu persatu buku di rak tersebut. Itulah rutinny di malam hari. Menghabiskan masa di perpustakaan. Buku yang di cari masih belum di jumpai. Tiba-tiba dia merasa henfonnya vibrate dia dalam pencil case yang dipegangnya. Ni Aiman la ni. Kalau bukan nak pinjam kereta, mesti duit. Aku dah pesan jangan kacau aku bila dekat library, adoiii.
Dia terkejut tatkala ternampak nama Lisa tertera di screen henfonnya. Dia terus menekan punat answer. Telefon ditekapkan ke telinga, “Ye Lisa, ada hal ke?”
“Urm, u tengah buat apa?” Suara itu kedengaran.
“I? I dekat library. Kenapa?” Soalnya. Dia gembira Lisa menelefonnya, tapi di satu sudut dia berasa kurang selesa sekiranya waktu studynya terganggu.
“Ouh. I pergi sana boleh? Kita study sama sama?” suara itu sedikit nada memohon..
Amani memandang rak buku di hadapannya.. selama ini, dia memang selesa belajar seorang diri. Sekarang permintaan itu dari Lisa… bagaimana kalau Aiman tahu? Marah ke dia? jeles ke dia?
No comments:
Post a Comment