continued from the previous post...
“Masuklah Amani, tak ada orang lain. Family aku semua balik Penang, sepupu aku kahwin.” Jemput Lisa. Dia sendiri susah ingin menolak apabila Ikmal memujuknya untuk menumpangkan Amani di rumahnya malam itu. Dia tahu Amani sendiri kurang selesa dengannya kini, walaupun sudah 4 tahun semua itu berlalu. Amani sendiri menurut sahaja Ikmal yang kononnya risau jika dia bermalam berseorangan.
“A’a. thanks.” Amani cuma menurut. “Kau tak ikut diorang balik Penang ke?” Soalnya ingin beramah.
“Tak. Lagipun kan hari ni Ikmal nak belanja. Hahaha.. actually adik beradik jauh. Aku pun tak kenal. So, malas nak pergi.” Lisa melemparkan senyumannya. Dia meletakkan kunci rumah di atas meja sudut di tepi pintu. “Kau nak minum apa apa tak? Aku ambilkan.” Mereka mengambil tempat di sofa.
“Tak apa, aku tak dahaga pun.” Amani memandang sekeliling ruang tamu itu. Rumah itu serba ringkas tetapi kemas. Segalanya lengkap.
“Kalau macam tu, kita naik atas lah yer, boleh kau rehat rehat. Mesti kau penat kan pagi tadi drive dari JB then ikut kitorang tengok movie pulak. Jom naik. Aku bawa kau rehat dalam bilik aku. Sory, takder guest room, rumah kecil je. Kau kisah tak?” Dia mula selesa berbicara dengan Amani. Lisa mula mendaki tangga.
“Eh, it’s okay. Mana mana pun takper.” Amani mengikut langkah Lisa naik ke tingkat atas.
Amani menggantungkan tuala pada penyangkut. Dia kemudian merebahkan badan ke atas katil. Terasa lega setelah seharian penat ke sini sana. Dia memandang ke atas siling. Terasa bermimpi berada di sini. Di bilik Lisa. Lamunannya terganggu tatkala Lisa mengetuk pintu, memberi senyuman padanya lalu melangkah masuk.
“Dah nak tidur ke?” soal Lisa selantas meletakkan punggung di atas katil.
“Tak. Kau dah nak tidur?” Soalnya kembali.
“Tak jugak. Kau tak penat ke?” Lisa mula merebahkan badannya di sebelah Amani. Masing masing memandang siling.
“Penat jugak, tapi mata pun tak nak terlelap lagi. Eh, kau apa plan lepas ni? Dah fikir nak kerja dekat mana?” Amani memulakan topic untuk mereka berborak.
“Tu lah. Aku pun tengah fikir ni. Alamatnya, bertambah lagi warga Malaysia yang menganggur agaknya. Haha..” Dia ketawa. Tetapi ada nada risau di situ.
“Kau ni… belum lagi cari, dah fikir nak menganggur. Takkan lawyer hebat macam kau tak laku. Hehe..” Amani sedikit memujuk.
“Banyak la kau. Kau tau, aku grad ni pun, result cukup cukup makan je. Lain la Aiman tu, first class degree. Baik aku jadi artis kan. Hehe..” Nadanya masih mendatar.
“Artis? Haha.. ke situ pulak. Match ke artis and law? Beza giler bidang.”
“Eh, siapa cakap? Ramai tau lepasan law jadi artis. Kau tengok je, Cheryl Samad, Lisa Surihani, Zed Zaidi, Yuna, Dira Abu Zahar. Ha… entah entah diorang pun lepas cukup cukup makan kot.. haha..”
“Kau.. tak baik lah. Tu bakat diorang. Lagipun rezeki diorang ke bidang tu. Kau pun, mungkin rezeki kau kat tempat lain. Ala, ilmu yang ada tu tak kemana. Bukan kau dah tau tempat kerja kau ke?” Amani bermain dengan jari jarinya.
“Ah? Tempat kerja apa?” Lisa bersuara hairan.
“Dapur lah. Kan Amirul dah melamar. Hahaha..” Amani ketawa lagi. Lisa mencubit lengannya.
“Sampai hati kau. Aku pun nak jadi wanita berkerjaya la. Kalau ada modal, teringin nak buka bisnes.”
“La, kalau kau belajar bisnes kan senang dulu. 3 tahun je degree, tak payah mengadap buku law yang tebal meninggi tu.”
“Nak buat macam mana. Parents aku nak sangat aku belajar law. Kononnya nampak hebat la anak diorang ni. Diorang tak tau anak diorang ni bukan pergi belajar sangat pun. Asyik kacau dan menyusahkan hidup orang je.” Masing masing terdiam. Amani sendiri tidak tahu bagaimana ingin memberi respon.
“Cerita lama lah Lisa.” Perlahan suara Amani.
“Amani, aku nak tanya kau, seriously, apa pandangan kau terhadap aku sekarang?”
Amani terdiam sebentar. Mencari cari jawapan yang tepat. “Aku suka kau sekarang. Lebih berterus terang, baik dan… macam macam lagi la.. aku pun tak sempat nak listkan la.. hehe..” Dia masih tidak pasti dengan jawapan yang harus diberikan.
“Kau dah betul betul lupa dengan apa yang aku dah buat pada kau dulu? Kau dah tak marah?” Soalnya lagi.
“Haha.. kau ni, baru aku cakap kau ni berteru terang, terus kau tanya pasal ni. Lisa, aku sendiri pun dah tak nak hidup dengan kenangan lama tu. Aku kan dah jadi Amani yang baru. So, semua tu macam tak pernah berlaku pada Amani ni. Babe, kalau aku still marahkan kau, tak tidur la aku kat sini sekarang. Dahlah, lupakan semua tu. Aku pun dah malas nak ingat.” Amani mengeluh kecil.
“Amani, aku betul betul minta maaf. Aku rasa macam bodoh sangat waktu tu. Entah kenapa la aku terfikir nak buat macam tu. Kononnya nak miliki cinta Ikmal. Kau tau, lepas kau pergi dulu, aku sedar yang sebenarnya aku bukan cintakan dia pun. Tu Cuma perasaan ingin memiliki. Yelah, kawan kawan aku ramai yang tergilakan dia. Bila dapat dia, aku rasa bangga. Tapi, bila dah sedar semua tu, baru aku tahu Amirul je yang betul betul sayangkan aku. Amani, seriously, Ikmal love you so much. Dia setia tunggu kau 4 tahun ni. Tiap tiap hari, nama kau mesti dia sebut. He really miss u this four years. Kau tetap Cinderella dia.” Lisa menyudahkan ayatnya. Dia mengalih pandangan pada Amani. Dilihatnya Amani mengalihkan pandangannya kea rah lain. Dia menjenguk kepala memandang wajah Amani. “La, dah tidur. Penat aku cakap sorang sorang. Amani, Amani..” Lisa menarik bantal peluknya. Matanya sendiri sudah mengantuk.
Amani membuka mata. Lisa, kau tak perlu cerita tu semua. Ikmal dah coretkan segala galanya untuk aku setiap hari. E-mel e-mel tu dah jelaskan semuanya. Sebab tu juga akhirnya ego aku runtuh dan aku pulang ke Malaysia. Sebab aku tak sanggup lihat dia menanti lagi. Aku pun rindukan dia…
Amani dan Ikmal melangkah masuk ke dalam Leisure Mall. Mereka berjalan beriringan. Amani Cuma mengikut langkah Ikmal. Mereka melepasi 1 demi 1 kedai. Langkah Amani terhenti semasa melewati kedai Red Modani. Matanya memandang sepasang kasut.
“Kenapa? Ada yang berkenan ke?” Soal Ikmal memerhati pandangan Amani.
“Tak. Saja tengok. Jomlah, makan. Lapar. Hehe..” Amani menarik tangan Ikmal untuk beredar dari situ.
“A’a..” Ikmal memandang sekilas kasut itu.
“Kita try Japanese food nak tak?” Amani member cadangan.
“Ok je. Sushi King?” Soal Ikmal. Mereka masih berjalan beriringan melewati satu demi satu kedai.
“Nope. That one!” Jari telunjuknya menghala ke Inakatei Japanese Restaurant.
“Apa apa jelah. Jom!” Ikmal menarik tangan Amani memasuki restoran itu.
“Best jugak sushi kat sini kan?” Amani menghabiskan sushi terakhirnya.
“Bolehla. So, macam mana u spend your night semalam, ok?” soal Ikmal. Dia sengaja menyuruh Amani bermalam di situ supaya Amani lebih selesa dengan Lisa apabila dia melihat mereka berdua kurang bercakap bersama.
“Great! But we just had a short talk. Balik semalam 2 2 orang dah penat. So, bum! Tidur. Tapi pagi tadi kitorang prepare breakfast together. Kitorang masak..” belum sempat Amani menghabiskan ayatnya, nada dering telefon bimbit Ikmal menganggu ayatnya.
“Ops! Sory.. sory.. I’ll get the call. U tunggu kejap ye.” Ikmal berlalu pergi.
“La.. siapa pulak. Siap jawab dekat luar lagi.” Amani mengomel sendirian. Amani mengeluarkan telefon bimbitnya. Ada mesej. Tak perasan. Siapa pulak ni.
‘Amani, dah bertolak ke JB belum? Kalau dah sampai, inform. Risau kau drive sorang sorang.’
Dia tersenyum. Lisa. Dia pantas membalas.
‘Aku baru habis lunch, dalam pukul 2 aku bertolak. Risau ke? Jom ar ikut. Haha’
Dia menghantar mesej tersebut. Dia menunggu Lisa membalas. Belum sampai seminit, Lisa membalas.
‘Haha.. lamanya Ikmal culik kau. Boleh ikut ke? Tak boleh la. Kau ingat kau je kena culik? Aku kena pergi jumpa bakal mak mertua petang ni. Wish me luck!’
Amani tersenyum lagi. Terasa gembira buat Lisa.
‘Wow! Good luck. Kau jangan buat tak senonoh pulak nanti. Orang Penang cakap ape ntah aku lupa.. hehe.’
Dia pantas menekan punat ‘send’.
Dia menguis nguis pinggan. Menanti Lisa membalas. Telefon bimbitnya, bergetar. Dia segera membaca mesej tersebut.
‘loqlaq la.. haha.. anyway thanks. Get to go. Need to be ready. Da~’
Amani memasukkan telefon bimbitnya ke dalam tas tangan.
“Sorry, emergency call.” Ikmal duduk di tempatnya semula.
“Emergency?” Soal Amani hairan.
“Yup. But settled.” Ikmal memberikan senyumannya.
“Ok, then. Let’s go. I’m heading to JB. Don’t forget.” Amani menutup zip tas tangannya. Bersiap ingin bangun.
“Eh, kejap. Kejap.” Ikmal menghalangnya.
“Ha? Why?” Amani memandangnya hairan. Tiba tiba seorang pelayan datang menghampiri mereka. Dia membawa dulang bersama. Amani terjegil melihat sepasang kasut di atas dulang itu. Dia memandang Ikmal hairan, inginkan jawapan. “That was the high heels that I stared just now isn’t?”
Ikmal bangun menghampirinya. Dia berdiri di sisi Amani, di ambilnya kasut kiri, lalu dia melutut menghadap Amani. Amani terkejut. “Will you marry me?” pandangan Ikmal tepat ke mata Amani.
Amani ketawa. “Haha.. Ikmal! What type of joke is this? Stand up.” Amani mula memandang sekeliling. Beberapa mata memandang mereka. Ikmal masih memandangnya. “Why high heels?” Amani menyoal mengharapkan jawapan.
“Because in the history, there is no Cinderella that reject her prince.” Amani terdiam. Dia tidak mampu lagi bersuara. Tidak tahu apa yang harus di cakapkan.
“I wont change the history. I’m your Cinderella. I will.. I will marry you..”
tamat..
No comments:
Post a Comment