gangguan rendah diri adalah keadaan di mana seseorang itu merasakan dirinya berterusan berada dalam serba kekurangan. kekurangan yang dirasai membantutkan segala usaha untuk mencapai kemajuan dalam kehidupannya walaupun ia berpotensi untuk maju..
ciri-ciri individu yang mengalami rendah diri yang kronik:
-tiada keyakinan diri
-mempunyai pandangan negatif dan pesimis terhadap diri, orang lain dan kehidupan secara umum..
-sukar untuk berinteraksi secara sosial
-mempunyai keinginan untuk menganiaya orang lain..
-tidak gemar menunjuk-nunjuk aset yang dimiliki..
-cenderung untuk menghidapi tahap kebimbangan yang kronik..
kesan positif:
-sentiasa sedar dengan kekurangan diri yang ada. sifat ini menjadikan dia tidak mudah melakukan kesilapan kerana dia tahu apa yang mampu dia lakukan dan apa yang tidak mampu di lakukan.
-dia hidup dengan dunianya sendiri. orang yang datang dari golongan ini tidak suka menjaga tepi kain orang kerana mereka tidak mahu terbabit dengan sesiapa.
-tidak bersifat riak dan sombong. mereka menghormati perasaan orang lain kerana mereka memahami perasaan orang yang sering di persendakan.
kesan negatif:
-berpotensi untuk maju tetapi di halang oleh sifat tiada keyakinan diri dan pemikiran yang negatif.
-kegembiraan yang terbantut. selalu dalam keresahan dan kesedihan.
-membataskan keupayaan untuk bersosial dalam kelompok masyarakat. akibatnya menyisihkan diri dari rakan-rakan.
-penakut dan tiada keyakinan diri dalam semua aspek kehidupan terutama membabitkan diri secara sosial.
-tidak ada sifat daya saing dengan rakan-rakan seperjuangan.
faktor rasa rendah diri:
-kecewa atau tidak puas hati dengan kekurangan yang ada
-suka membandingkan kejadian atau kedudukan sendiri dengan orang lain
-tidak suka dengan aktiviti-aktiviti sosial
-gemar bersendiri dan sukar berkawan
-datang dari keluarga yang bermasalah dan susah
-sering dijadikan bahan ketawa dan usikan kawan-kawan
langkah mengatasi:
-lebih bersifat rasional dan terbuka. terima setiap kritikan sebagai peniup semangat untuk perbaiki kelemahan diri
-walaupun terasa banyak kekurangan tetapi pasti ada kelebihan dan jadikannya sebagai kekuatan yang mampu meransang pertumbuhan diri bagi mencapai kejayaan
-banyakkan bergaul dengan masyarakat sekeliling tanpa memikrkan pandangan mereka terhadap diri
-sertai aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang boleh membantu menambahkan keyakinan diri
-pilih kawan baik yang mampu beri kamu semangat bukan menjatuhkan kamu semata mata
langkah-langkah sekiranya berhadapan dengan golongan ini:
-selalu bertanyakan soalan khusus untuknya. sebut nama orang itu dan tanyakan soalan positif supaya dia mula berkomunikasi
-elakkan bertanya dalam bentuk soalan tertutup. soalan tertutup adalah soalan yang hanya memerlukan jawapan "ya," ataupun "tidak,"
-selepas bertanyakan soalan, kamu mesti diam sekatika dan beri ruang kepadanya untuk bercakap
-kamu tidak dapat menukar orang yang pendiam menjadi komunikator yang baik. setakat menjadikannya orang yang sanggup berkomunikasi pun sudah cukup baik.
No comments:
Post a Comment