continue from previous post..
Farhana menghirup air sirap limau yang berada dihadapannya. Mellisa masih menyuapkan nasi ke dalam mulut. Sherina dan Anis bangun pergi ke sinki untuk membasuh tangan. Dilihatnya sekeliling. Tidak ramai orang di kafe fakulti kejuruteraan kimia itu. Tiba tiba dia terdengar ringtone telefon bimbit Anis. Dipandangnya Mellisa, tertanya sekiranya mereka perlu menjawab panggilan itu bagi pihak Anis. Baru sahaja Farhana ingin mencapai telefon bimbitnya, Anis muncul di situ.
“Tu haa.. Ada orang call.” Farhana menjuihkan mulutnya kearah telefon bimbit itu.
“Mak aku, kejap eyh..” Anis meninggalkan mereka di situ, di bawa telefon bimbit bersamanya.
“Tu pergi mana tu?” Soal Sherina yang sudah selesai membasuh tangan,
“Mak dia call.” Farhana menjawab.
“Eyh, Fahriz..” Sherina memandang kearah satu sudut kafe itu. “Kejap eyh, aku nak pulang note.” Sherina membuka beg galasnya lalu mengeluarkan beberapa keeping kertas bersaiz A4. Dia bangun menuju ke satu meja di hujung kafe.
Farhana memandang wajah lelaki yang dihampiri Sherina. Dia menjeling. Lelaki itu, yang ditemuinya di perpustakaan semalam. Tidak lama kemudian Sherina menghampiri mereka semula. Dia duduk. Menutup zip begnya.
“Kau kenal kambing tu?” Soal Farhana.
“Kambing? Kambing mana?” Sherina menyoal hairan.
“Tuu.. Kambing yang kau jumpa tadi tu..”
“Ouh, Fahriz? Dia tu kan satu kuliah electronic dengan kita, kau takkan tak perasan?” Sherina mengerling sekilas ke arah lelaki itu. “Yang kau ni takde ribut takde taufan, tiba tiba panggil dia kambing ni kenapa? Dah sewel ke apa..”
“Urm, dia tu, kawan kau tu, memang poyo sangat sangat. Menyampah aku. Yang kau tu pergi jumpa dia buat apa tadi?” Farhana menyoal lagi.
“Pulangkan note. Aku nak pinjam note Alia, tapi dia tengah guna, masa tu pulak dia baru lepas salin note Fahriz, so dia pass je la dekat aku note Fahriz tu. Kau tau, note dia kemas gila. Lagi kemas dari note aku.” Sherina ketawa.
“Yelah tu. Entah entah dia saja buat macam tu, yelah syok lah dia korang pinjam pinjam note dia..” Sinis suara Farhana.
“Eleh, kau nak mengata dia, kau tu pernah buat note tak? Pegang pen pun tak pernah time lecture.” Sherina menyindir. Farhana menjeling tajam.
“Guys, petang ni aku kena balik kampung.” Muncul Anis tiba tiba.
“Petang ni? Kenapa?” Sherina terkejut.
Anis memandang kedua ibu bapanya, penuh tanda tanya. Dari semalam tadi dia tertanya tanya kenapa ibu bapanya menyuruhnya pulang. Sedangkan cuti pertengahan semester masih lambat lagi. Cuti hujung minggu ini juga dia di kerah pulang. Pastinya ada sesuatu yang penting.
“Kenapa abah? Ibu?” Dia mengambil langkah untuk mula bersuara tatkala mereka berdua masih membisu.
“Salmah, kamu cakaplah dengan dia.” Arahan Khalid itu menimbulkan lagi kerisauan dalam diri Anis. Apakah yang terlalu mustahak sehingga masing masing berat untuk membuka mulut.
“Anis, Anis tahu kan ibu dengan abah sayang sangat dengan Anis.” Salmah berhenti di situ. Mencari penyambung yang sesuai.
“Ibu, ada apa ni?” Anis makin risau. Lain benar bicara ibunya malam ini.
“Apa saja yang ibu dengan abah buat ni untuk kebaikan Anis. Anis mesti tahu tu.” Salmah berhenti lagi. Jauh di sudut hatinya takut sekiranya perasaan anak sulungnya itu terguris jika dia menyatakan perkara sebenar.
“Ibu, jangan buat Anis tertanya tanya. Ibu cakaplah, kenapa ni?” Suaranya mula tegas.
“Anis ingat lagi Pak Cik Ismail?” Salmah memandang sekilas kepada suaminya. Mencari kekuatan untuk membongkar segala yang terpendam di hati.
Anis tertunduk. Argh, kenapa nama orang tua itu di sebut. Rimas benar dia dengan lagak orang kaya itu. “Ingat, kenapa?”
“Dia dengan Mak Cik Rohani datang minggu lepas. Diorang datang bawak hajat.”
“Hajat? Hajat apa? Ibu, ibu cakap terus terang jelah dengan Anis. Kenapa ni? Diorang nak apa?” Anis mula bernada sedikit tinggi. Mula mengesyaki apa yang cuba di sampaikan ibunya.
“Diorang datang meminang Anis. Untuk anak sulung diorang, Akmal.” Salmah menatap wajah Anis. Anis terkedu mendengar kata kata ibunya. Khalid masih mendiamkan diri. Mencari masa yang sesuai untuk bersuara.
Anis memandang kedua ibu bapanya silih berganti. “Cakap jelah Anis masih belajar. Baru masuk university, baru Sembilan belas tahun.” Anis berbicara, menyembunyikan kerisauan di hati. Jauh di sudut hatinya seperti tahu andainya mereka berdua sudah membuat keputusan untuknya.
“Anis tahu kan diorang dah banyak tolong kita. Pasal kes abah kena fitnah bakar rumah Pak Hamid tu. Diorang yang bayarkan peguam. Kalau diorang tak tolong, tak tahulah apa yang akan jadi, satu kampung benci dengan kita.” Salmah cuba memujuk anaknya.
“Ibu, kalau pasal duit untuk bayar peguam tu yang jadi masalahnya, Anis janji dengan ibu dan abah, nanti Anis akan usaha untuk kita bayar diorang semula. Mungkin lambat lagi, tapi Anis janji, kita akan bayar balik nanti.” Anis sudah hilang sabar. Air matanya bergenang. Jangan kerana wang ringgit, masa depannya tergadai.
“Anis, perkara tu berlaku masa kita tak ada duit kan? Tak sama Anis dengan nanti. Diorang dah banyak tolong kita. Mungkin kalau Anis terima Akmal, kita tak perlu rasa segan lagi dengan bantuan yang dah banyak diorang beri. Diorang dah banyak bantu kita Anis, takkan bila diorang mintak kita jalinkan hubungan ni, kita tak boleh. Kalau ibu dan abah tolak pinangan tu, lepas ni macam mana ibu dan abah nak berbaik lagi dengan diorang. Macam mana kami nak berbaik macam dulu lagi.”
“Ibu.. Ibu tak kesiankan Anis ke? Ibu fikir perasaan Anis tak?” Anis menyeka air matanya. Dia seperti tidak ada peluang untuk mempertahankan diri.
“Anis..” Akhirnya Khalid bersuara. Melihatkan isterinya juga sebak mendengar rintihan anak sulung mereka. “Anis ingat kami tak fikir pasal Anis? Sejak Anis dilahirkan sampai sekarang semua yang kami buat untuk Anis. Untuk kebaikan Anis dan keluarga kita.” Khalid memujuk.
“Kebaikan Anis? Ni bukan yang terbaik untuk Anis. Anis tak nak.” Anis bingkas bangun meninggalkan Salmah dan Khalid di situ.
Mereka terdiam. Tidak tahu bagaimana lagi ingin bercakap dengan gadis itu.
“Anis akan dengar cakap kita. Saya tahu..” Khalid memandang keluar tingkap.
Farhana dan Sherina melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Hari ini mereka agak terlewat. Gaa gara dia mencari parking. Mereka memperlahankan langkah mencari tempat duduk kosong. Sherina kemudian menarik tangannya ke meja agak belakang. Cuma di situ tempat kosong yang tinggal. Farhana mencebikkan muka melihat dihadapannya Fahriz. Pintu dewan kuliah dibuka. Muncul Cik Anisah dengan beberapa fail di tangannya. Dia memasang beberapa kabel pada laptop yang sudah berada di atas meja pensyarah itu. Tanpa membuang masa dia terus memulakan kelas hari itu.
Farhana sesekali memandang sekeliling. Melihat pelajar pelajar yang sedang tekun menyalin nota. Dia bosan dengan kelas itu. Tiba tiba pennya terjatuh ke bawah. Dia mengeluh. Tunduk untuk mengambil pen tersebut, dia sedikit tertolak fail di atas mejanya. Dia tersenyum tatkala mencapai pen itu. Lalu mengangkat kepalanya untuk memandang kearah slide.
Dia terkejut melihat Fahriz yang sedang berpaling kearahnya.
“Hey, yang kau tolak kepala aku kenapa?” Memandang tepat wajahnya.
“Ni meja aku, yang kau sandar tu apa pasal?” Farhana menjeling Fahriz.
“Eyh, ini meja, university ni yang punya. Kalau kau dah nampak kepala aku ada dekat sini, yang kau pergi tolak fail kau tu kenapa?” Tegas suara lelaki itu, namun perlahan. Tidak mahu menganggu Cik Anisah yang mengajar di depan.
“Hey, suka hati akulah. Kau tu, tengok depan boleh?” Farhana menjeling tajam.
Fahriz berpaling ke depan semula. Mencatat nota dari slides yang di paparkan. Dalam hatinya terbakar. Entah kenapa dia tidak dapat menumpukan perhatian pada apa yang Cik Anisah sampaikan. Hatinya masih geram dengan si gadis di belakangnya itu.
“Okay class. Here I have assignments for you to settle, in a week.” Dewan kuliah yang tadinya sunyi bertukar bising. Masing masing mengeluh. Masa yang di beri terlalu singkat. “Silent please!” Dewan kuliah itu kembali sepi. “Okay, this is not single task. U have to be with your partner, I mean, two students for one assignment.” Sekali lagi dewan kuliah menjadi bising, tanda lega mendengar perkara itu. “Ok, I prepared a form. Before you left the hall, come in front and fill it with your name and your partner’s. I will key in the name in my computer by group. So whatever mark you get, your partner will get the same as yours. Jangan datang nak mengadu pada saya, yang partner awak tak buat kerja or anything. U have to handle it by yourself. The mark will be just the same, tak kira siapa buat banyak dan siapa buat sikit. And don’t think about copying other groups, because every group get different questions. Here on the my right, the question. Take each group, one. Ok.. Let me see.. Where I put the form huh..” Cik Anisah membuka fail yang dibawanya. Di belek satu persatu kertas. Dia masih tidak menjumpainya.
Dewan kuliah sudah mula bising. Masing masing ingin keluar memandangkan waktu kuliah sudah tamat. “Class! Silent! Kalau awak semua tak boleh diam, saya suruh awak buat assignment ini, by individual!” Tinggi suara wanita awal empat puluhan itu. Dewan kuliah kembali senyap. Tidak kedengaran sebarang bunyi kecuali bunyi wanita itu membelek belek fail fail yang dibawanya.
“Yelah, dah tu dengan siapa lagi.” Sherina membisik semula.
“Manalah tau kau dah ada kawan baru..” Farhana mengenyitkan matanya. Lalu ketawa perlahan. Tiba tiba tangannya tertolak fail diatas meja, sehingga tertolak kepala orang di hadapannya. Dia menelan air liur, takut. Dia sedar bertapa kuatnya dia tertolak itu tadi. Mahu sakit jugak kepala lelaki itu.
Fahriz menarik nafas dalam dalam. Kesabarannya mula hilang. Dia berpaling kebelakang. “Hey perempuan! Apa masalah kau?” Tajam suaranya namun masih belum cukup kuat untuk di dengar pensyarah di hadapan.
Farhana yang tadinya berpura pura memandang ke tempat lain, memandang lelaki itu. “Apa?”
“Apa? Kau tanya apa? Kau dah tolak kepala aku tadi. Kau tanya apa? Apasal kau nak cari pasal dengan aku ni?” Tajam pandangan lelaki itu. Farhana mula naik geram.
“Mana ada aku nak cari pasal dengan kau. Yang kau sandar kepala kau dekat meja ni kenapa? Padanlah muka kau.” Sinis Farhana membalas.
“Farhana..” Sherina menjegilkan matanya. Tanda marah.
“Kau ni betul betul memang dah gila ke hah? Lepas keluar dewan ni kejap lagi, kau tunggu, aku nak setel dengan kau. Kau tunggu..” Amaran tegas di situ. Fahriz memandang semula ke depan.
“Suka hati mak bapak kau panggil aku gila! kau tu yang gila kau tahu tak?!” Tajam suaranya.
Kesabaran Fahriz sudah hilang dia pusing ke belakang lalu mengambil fail milik Farhana sepantas itu mengangkat fail itu ingin di ketok perempuan itu. Farhana pantas bangun “Kalau berani buat lah!!!” Kuat suaranya cukup untuk satu dewan kuliah itu berpaling kearah mereka. Fahriz yang terkejut dengan jeritan itu perlahan lahan menurunkan fail tersebut ke atas meja. Dia berpaling ke depan. Jelas kelihatan Cik Anisah turut memandang kearah mereka bengis.
Farhana turut terkedu melihat Cik Anisah yang sedang memandang tepat kearah mereka berdua. Dia perlahan lahan duduk.
“What is happening right there?” Soal pensyarah itu. Tiada jawapan dari Fahriz dan Farhana. Masing masing masih lagi terkejut. “I’m asking! What is happening right there?!” Tinggi suara itu kali ini. Semua orang di dalam dewan kuliah terkaku.
“Nothing Miss.” Farhana menjawab. Terasa dia lebih menonjol ketika ‘peperangan’ tadi.
“You both, come in front..” Tegas arahan itu. Mereka berdua akur. Perlahan menuruni anak tangga dewan kuliah itu. Fahriz di depan diikuti Farhana di belakang. Mereka berdiri dihadapan Cik Anisah.
“Awak ingat kelas saya ni tempat bergaduh?” Soalnya. Ditatap tepat wajah kedua dua pelajarnya itu. “Awak ingat ni university bapak awak?” Semakin tinggi suaranya.
“Ni, isi boring assignment ini. Awak berdua satu group.” Farhana menelan air liur. Benar benar terkejut. “And submit by three days, starting tomorrow. Thusday, by eight thirty in the morning, on my table. Lewat seminit, siap kamu.” Farhana dan Fahriz masing masing terkejut. Membuat assignment bersama dan dalam masa tiga hari?? “Fill the form now, take the question, and you can get out. I will just talk to the rest, that take my class, as a class. Not a playschool!”
_________________________________________________
to be continue...
on the next post..
“Aku kena kahwin..” Perlahan suara gadis itu. Hahahah.. Sherina, Farhana dan Mellisa terus ketawa kuat.
“Kau menghadap laptop kau dari tadi, satu benda pun x dapat?” Fahriz menjegilkan matanya.
“Ibu aku call tadi. Dia cakap laki tu nak jumpa aku.”
No comments:
Post a Comment