Farhana menaiki anak anak tangga perpustakaan itu. Dibawa bersama laptop kesayangannya. Dia menuju ke tingkat empat. Di situ tidak ramai pelajar yang sedang belajar. Rata ratanya lebih suka belajar di tingkat tiga.
Dilihatnya meja meja di situ kosong. Tiba tiba dia ternampak seorang lelaki di meja hujung, di tepi tingkap. Rasanya dia pernah lihat lelaki itu, rakan sekuliahnya. Tetapi dia tidak mengenalinya.
Dia meletakkan laptop, dompet dan telefon bimbitnya di atas meja, kemudian dia menarik kerusi untuk duduk. Dia memandang sekeliling. Sunyi. Cuma dia dan pelajar lelaki itu di situ.
Dia melihat jam di tangan, baru pukul 10.20 pagi. Tiga lagi rakannya masih mengikuti kuliah. Dia ingin menghabiskan masa disitu, sementara menunggu mereka untuk makan tengahari. Dia menghidupkan laptop nya. Dia membuka dari satu folder ke satu folder yang lain. Mencari cari sesuatu yang perlu di buat. Dilihatnya koleksi cerita cerita yang dikumpul. Dia menekan tetikus pada cerita korea kegemarannya ‘Baby and Me’. Dia memasang earphone pada telinga. Dia mula menonton cerita itu. Sesekali dia ketawa sendirian. Lelaki yang berada di situ memandangnya geram. Kemudian dia terdiam, memberi sepenuh konsentrasi pada cerita itu.
“Hahahaha..” Tiba tiba ketawanya pecah. Diketuk meja itu beberapa kali.
Tiba tiba dia terasa seperti ada sesuatu di sebelahnya, dia berpaling. Dia terkejut melihat lelaki tadi berdiri di sebelahnya. Dia mengurut dada beberapa kali. “Kenapa?” Soalnya.
“Kenapa? Kau ketawa macam kau tengah dalam panggung wayang kau tanya kenapa?” Tegas suara lelaki itu.
Farhana mancebikkan mulut. “Kau Kalau kau tak suka bising, kau turun bawah, tingkat tiga. Dekat situ semua senyap.”
“Amboi, amboi, amboi.. Ni, yang kau tengah duduk ni dalam library lagi, aku memang patot duduk sini. Yang kau tu yang patotnya keluar dari sini.” Geram lelaki itu.
Hek eleh, mamat ni, poyo pulak kau. “Hey, suka hati akulah nak bising ke, nak duduk mana ke. Kalau kau tak suka, kau pergi cari tempat kau suka.”
“Perempuan ni memang sikit je lagi nak kena dengan aku.” Lelaki itu menjegilkan biji mata. Dia kemudian berlalu. Malas melayan perempuan itu. Di capai semua buku bukunya lalu turun ke tingkat bawah.
Farhana mendengus. Geram dengan lelaki itu.
“So, nak makan apa?” Farhana menyoal ketika mereka melangkah masuk ke pintu utama pusat membeli belah itu.
“Apa apa jelah, lapar ni..” Sherina mengeluh.
“KFC jom..” Anis bersuara.
“KFC? Aduuhhh.. Kau ni, takde benda lain ke nak makan. Nando’s ke, Sushi King ke, boleh tahan jugak..” Farhana membangkang.
“Kawan kawan, dah lama kot aku tak makan KFC. Dekat kampung aku takde KFC. Aku terliur je tengok iklan dekat TV tu. Jomlah…” Anis memujuk.
“Haha.. Kesiannya dengar.” Melissa ketawa.
“Okay, okay. Jomlah.. Kesian pulak, kang ada orang makan screen tv tu..” Farhana menyindir. Mereka berjalan beriringan ke restoran tersebut.
“Guys..” Sherina bersuara. Mereka bertiga berhenti.. memandangnya penuh tanda tanya. “Aku nk pergi ATM machine kejap, korang masuk dulu, nanti aku pergi.” Sherina terus berlalu, tidak menungu persetujuan dari mereka bertiga.
Mereka bertiga berjalan menuju ke restoran KFC. Melissa mendekati meja bersama empat kerusi yang kosong. Dia duduk.
“Korang gi order eyh. Aku jaga tempat. Aku penat berdiri. Heheh..” Melissa tersengih memandang Anis dan Farhana.
“Yelah puan. Kau nak makan apa?” Anis manyoal. Diletakkan beg galasnya di atas kerusi bersebelahan Melissa.
“Twister set dengan Milo ice.”
“Kau jaga beg aku ni.” Anis sempat mengarah.
“Yelah, ada berapa juta ni sampai nak kena jaga betul betul ni..” Melissa menyindir.
“Ada la dalam lima enam juta..” Anis berlalu meninggalkan Melissa yang tersenyum mendengar jawapannya.
Tidak sampai sepuluh minit, Anis dan Farhana mendekati Melissa bersama dua dulang penuh dengan makanan.
“Sher? Dia pesan apa?” Soal Melissa.
“Dia text aku nak snack plate.” Anis mengangkat makanan dari dulang ke atas meja. Diletakkan dulang kosong ke meja sebelah.
“Babes, Sher tu okay tak?” Farhana menyoal perlahan kepada mereka berdua.
“Pasal scholar tu ke?” Soal Anis.
“Yelah, dah tu takkan pasal ayam ni.” Farhana menghirup air coke di hadapannya.
“Dia cakap baru buat rayuan. Dua minggu lagi kot baru tau..” Melissa bersuara.
“Korang ada cakap dengan dia tak yang korang tolak tawaran belajar tu?” Soal Farhana.
“Gila apa kau. Kitorang ni waras lagi lah.” Anis bersuara tegas.
“Kalau dia tau, macam mana eyh? Marah? Ke happy sebab korang dah sacrifice untuk dia?” Farhana menyoal lagi.
“Oi, kau jangan ‘korang, korang’ pulak eyh. Kau pun sama. Kau tak sambung dekat US macam plan daddy kau kan?” Melissa memandang Farhana, garang.
“Aku lainlah, tu ayah aku. Aku tak rugi. Korang, offer scholarship, your dream school pulak tu..” Farhana masih meneruskan topic yang sama.
“Dia takkan tau pun kalau kita tak cakap.” Anis memasukkan potato wedges ke dalam mulutnya.
“Eyh, babes, u know what, we should celebrate because once again kita study sama sama. Dari secondary school, matrik, and now university. Kenapa tak terfikir hah?” Melissa memandang mereka berdua.
“Ni, tak cukup besar ke ni? Ayam sampai penuh meja..” Farhana tidak melayan. Dia terus makan, tidak meghiraukan Melissa.
“No, ni macam makan biasa biasa je. I mean, extraordinary. Haaa.. Kau faham tak maksud aku Anis?” Melissa cuba memancing undi Anis.
“Arr, aku faham satu je, celebrate. Yang aku tak faham, extraordinary. Kau nak buat apa? Mel, kita baru second week belajar. Banyak lagi masa. Empat tahun Mel.. Kau nak ajak kitorang balik Paris dengan kau pun boleh.” Anis memberi respond. Melissa mengalah. Terus diam.
Tiba tiba teringat ibu bapanya di Paris.
“Ni kenapa muka macam..” Ayat Farhana terhenti apabila Sherina menghampiri mereka.
“Sorry, orang ramai sangat. Dah lama ke?” Sherina memandang makanan makanan di atas meja.
“Lamalah jugak. Takde orang pun, dah pukul empat kan. Dah lama lunch hour.” Farhana meghulurkan set snack plate ke arah Sherina.
“Babes, I think I miss my parents.” Melissa memandang mereka seorang demi seorang.
“Hahh, dia dah buat dah. Kenapa tiba tiba pulak ni?” Farhana menyoal. Dipandangnya wajah sahabat itu.
“Sebab aku mention Paris tadi eyh? Sorry..” Anis tersenyum tawar.
Sherina terdiam tidak tahu hujung pangkal.
“No… Since register hari tu lagi. Semua orang parents datang, but me.. only my sister. It’s a big thing for me, entering university, takkan diorang tak boleh balik sekejap..” Melissa tertunduk..
“Alololo.. Kesiannya dia.” Farhana tersenyum mengusik Melissa. “Nanti aku call Pak Cik Mathew bagitau dia eyh.” Dia ketawa, cuba memujuk Melissa.
“U don’t have to. Takkan diorang tak tau, aku sedih sangat tau..” suaranya sebak. Farhana, Anis dan Sherina mula tidak keruan.
Anis mengosok gosok bahu Melissa. Cuba beri sokongan.
“Sabar eyh. Diorang bukan tak tau, Cuma mungkin diorang busy. I’m pretty sure nanti diorang balik Malaysia.” Sherina mula mengambil bahagian untuk memujuk.
Air mata Melissa masih turuh. Makin laju..
“Haaahh.. Sudah, fried chicken kau dah jadi chicken soup Mel..”
“Farhana!” serentak Anis dan Sherina menegur gurauan Farhana.
Farhana terdiam.
_________________________________________
to be continue..
on the next post..
“Diorang datang meminang Anis. Untuk anak sulung diorang, Akmal.” Salmah menatap wajah Anis. Anis terkedu mendengar kata kata ibunya.
Kesabaran Fahriz sudah hilang dia pusing ke belakang lalu mengambil fail milik Farhana sepantas itu mengangkat fail itu ingin di ketok perempuan itu. Farhana pantas bangun “Kalau berani buat lah!!!” Kuat suaranya cukup untuk satu dewan kuliah itu berpaling kearah mereka.
Farhana dan Fahriz masing masing terkejut. Membuat assignment bersama dan dalam masa tiga hari?? “Fill the form now, take the question, and you can get out. I will just talk to the rest, that take my class, as a class. Not a playschool!”
2 comments:
cool. ;D sila sambung ye. tp jgnla pjg sgt. -.- hehe
takdelah panjang..
nama pun short story..
huhuhu..
Post a Comment