ni adalah "buah fikiran dari dapur"..
kemiskinan kah?
5 orang sahabat berjalan jalan.. si A, B, C, D dan E...
tiba2 mereka terjumpa beberapa pengemis di tepi jalan..
A: isy, kesian aku tengok.. nak bagi tapi xder duit kecik...
B: takpe, aku bagi.. (tak kisah pon duit kecik ke besar)
C: aku nak bagi, tapi bile bagi dekat sorang, yg lain mcm mne...
D: klau aku, aku tgk dulu, klau die cacat ke, xsihat ke, baru bagi..
E: tak nak lah aku kasi dekat org mcm ni.. ko tgk, dah sihat mcm tu, pergilah keje..
salah siapa sebenarnya pengemis2 ni berterabur di tepi jalan.. post aku kali bukan nk menghina atau mencela mana2 pihak tapi ingin mencuri sedikit kesedaran di hati kalian semua...
benar, dia sihat.. tetapi kenapa tidak bekerja??
buka minda seluas luasnya... buka mata sebesar besarnya.. sedangkan ribuan graduan universiti yang 3 4 tahun bertungkus lumus menghadap assignments, lecture, masih bergelut dengan masalah pengangguran.. apatah lagi mereka ini.. golongan yang mungkin tidak mengenal erti pendidikan mungkin... bebelan ini bukan untuk membela mana2 pihak, baik si pengemis mahupun si pemberi...
tahukah anda semua, di zaman Saidina Umar, tidak ada orang miskin..
bagaimana perkara ini berlaku...
suatu hari, seorang lelaki miskin, pergi meminta zakat..
seperti kebiasaan, si amil (pemberi zakat) memberi dua ekor kambing kepada lelaki tersebut..
lalu Saidina Umar menegur..
kenapa diberi dua ekor kambing, berikan 200 ekor kambing kepadanya...
lalu si amil patuh, memberi 200 ekor kambing kepada lelaki itu..
maka setelah beberapa bulam, bilangan kambing mula bertambah..
lalu berkuranglah seorang insan miskin...
logiknya, perkara mcm tu mungkin x mampu berlaku dalam masyarakat kita sekarang nih.. mna nk cari 200 ekor kambing utk diberi kepada beribu ribu orang kurang mampu di Malaysia nih...
tapi kita jugak bukan manusia yg bodoh utk cari inisiatif kan??
mampu ke kite nk sifarkan bilangan pengemis jalanan dan orang kurang mampu di malaysia?
YA! kita mampu..
setiap tahun, bile baca paper ade tagline besar besar..
KUTIPAN ZAKAT MENINGKAT TAHUN INI..
KESEDARAN MASYARAKAT TERHADAP PEMBAYARAN ZAKAT MENINGKAT
KUTIPAN TAHUN INI MENCAPAI.. (bla bla bla brape jute)
ape bezanya semua tu klau zakat yang di bertujuan dalam islam bagi mengubah kehidupan orang kurang mampu masih mencapai tujuan tersebut..
zakat yang di beri, RM200 setahun.. mampu ke RM 200 untuk setahun tu mengubah kehidupan diorang..
aku bukan menteri or ahli politik yg nak mengarah atau berlagak pandai..
tapi fenomena ini takkan berubah klau takde kesedaran dari semua...
mungkinkah beberapa percent dari kutipan itu, boleh diaplikasikan sebagaimana Saidina Umar mencapai tujuan tu..
bina ladang ternakan kambing ke, lembu ke, puyuh ke.. ape2 je lah.. n beri peluang pekerjaan untuk org2 yang memerlukan ni.. mungkin xde lah dapat mengubah diorang ni jadi kaya raya.. tapi sekurang kurangnya memberi pendapatan tetap kepada golongan2 ni..
kepada yang mungkin x mampu turun ke ladang, boleh je bukak any place for them all untuk menyumbang kemahiran diorang.. sekali gus memberi diorang pendapatan..
itu mungkin salah satu inisiatif dari berjuta juta jalan keluar yang ada.. kita punya akal, kita punya otak.. fikirlah..
jangan nak salahkan nasib, kerana diri miskin...
jangan nak salahkan takdir sekiranya kita daif...
satu pemberian Allah yang paling besar adalah, memberi umat umatNya membuat pilihan...
kita yang memilih untuk berjaya atau gagal,
kita yang memilih untuk berusaha atau berserah,
kita yang memilih untuk mengkritik atau membantu,
kita yang memilih untuk memberi atau menerima,
kita yang memilih syurga ata neraka..
so, tepuk dada tanya selera..
apakah hak kita untuk mengkritik si pengemis.. mereka juga manusia ciptaanNya...
kampunggal...
No comments:
Post a Comment