Friday, May 22, 2009

kenapa engineer??

entah kenapa mata ini belum nak tido. walaupun dah lewat.. tiba tiba aku teringat dan terpikir kembali kenapa aku beria ria nak pilih kerjaya engineer sebagai cita cita aku...

alkisahnya..
sejak umo 6 tahun aku mula menyimpan cita cita ingin menjadi seorang fesyen designer. mungkin dipengaruhi kakak aku yang suka sangat lukis baju baju. aku mula tertarik. aku pun mula mengikut langkah dia melukis baju. pantang je nampak kertas, aku mula la melukis..
tabiat ni sampai aku habis sekolah rendah. masa tu, kalau buka buku teks aku, mesti ada punya aku tinggalkan kenangan hasil lukisan aku. nak kata cantik tu taklah. standard bdk skolah rendah. buku latihan aku jugak mesti ada punya gambar gambar baju yang aku lukis.
lepas habis skolah rendah, Alhamdulillah, aku mendapat 5A. mula menyimpan cita cita nak belajar di asrama penuh ataupun MRSM. tapi, nasib tak menyebelahi aku. aku cuma ditawarkan belajar di SMK Sultanah Asma, Premier School. oklah tu. masa di situ, aku masih meneruskan aktiviti tak berfaedah aku tu, lukis baju sana sini. pernah sekali tu, masa exam mid year, paper sejarah. aku habis jawab awal, bosan tunggu waktu habis, aku lukis baju dekat kertas soalan tu.. penuh kertas soalan tu dengan lukisan aku. lepas habis masa, kertas soalan dan jawapan di kutip. nak di jadikan cerita, lepas semua exam habis, aku kena demam campak, tak dapat ke sekolah. bila balik semula ke sekolah, kawan kawan aku cakap, masa cikgu sejarah tu bagi paper balik untuk discuss, dia takder kertas soalan untuk rujuk, memandangkan aku tak hadir, dia guna kertas soalan aku. alangkah terkejutnya cikgu aku tengok gambar baju penuh kat situ. siap kena perli la aku. markah ciput je pon sempat lagi nak melukis.. haha.. ingat lagi aku pada cikgu tu, Cikgu Aishah bt Tom.

lepas habis exam tu, kitorang mulakan projek KH, projek kayu. waktu tu, kitorang kena siapkan folio projek tu. masa tu, kitorang di ajar bagaimana nak buat lukisan isometrik. dari situ, aku mula jatuh cinta dengan kerjaya arkitek. masa tu, bukan ja aku excited siapkan lukisan aku, lukisan kawan kawan aku pun aku tolong buatkan. aku teramatlah suka dengan dunia architecture. bermula waktu tu, aku mula menyimpan cita cita nak jadi arkitek. masa form 3, cikgu offer borang sekolah asrama penuh bagi sesiapa yang nk apply. aku tak lepaskan peluang tu. di Sultanah Asma cuma ada sains sosial dan sains tulen. kalau aku belajar sains sosial upper form nanti, aku tak berpeluang nk jadi arkitek, kalau sains hayat pulak, aku tak nak blaja bio. aku dengan confident nya menandakan pada kotak sains teknikal di borang asrama penuh tu.

lepas habis PMR, Alhamdulillah aku berjaya dapat 8A. aku mula menaruh harapan tinggi nak tinggalkan sekolah tu dan nak ke asrama penuh untuk belajar sains teknikal. lepas seminggu sekolah bermula (form 4 di sultanah asma), aku mula terfikir, walaupun aku dapat 8A, tak semestinya aku akan dapat asrama penuh. aku mula risau. lalu aku nekad mengambil langkah berjaga jaga. belajar sains sosial? tak mungkin. sains tulen? tak nak blaja bio. dengan drastiknya, aku mintak borang sekolah teknik. apa yang berlaku, aku tetap tak nak belajar di situ.

aku isi borang sekolah teknik tu di luar pengetahuan keluarga aku. pilihan pertama aku, SMT Tengku Jaafar, Negeri Sembilan. kawan baik aku yang suggestkan tempat tu. dia pun apply sama macam aku. kali ni, aku sedikit confident. tak mungkin 8A tak lepas sekolah teknik. lepas beberapa minggu, result sekolah asrama penuh keluar. Alhamdulillah aku dan kawan baik aku dapat tawaran belajar di SMS Sultam Mohamad Jiwa. kami buat keputusan untuk belajar di sana. pendaftaran, 31/1/2007. tiga hari selepas itu, kawan baik aku tu, dapat offer SMT Tengku Jaafar. aku pulak, tak dapat pun surat tawaran sekolah teknik. aku agak kecewa. kawan aku pulak pilih untuk belajar di sekolah teknik. diorang daftar pada 28/1/2007. masa hari diorang daftar tu, tiba tiba posmen datang rumah aku, kasi surat. tengok tengok aku pun dapat sekolah teknik tu. aku terus mesej kawan aku. dia suruh aku pergi. pengetua sekolah tu cakap, dalam masa seminggu pendaftaran masih diterima. tapi, keluarga aku tak bagi aku pegi. sebab utamanya aku memilih kejuruteraan awam. kononnya, tiada peluang pekerjaan.

aku mengalah. lalu aku mulakan kehidupan sebagai pelajar di SMS Sultan Mohamad Jiwa. aku belajar dua subjek yang sedikit asing bagiku, lukisan kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan. mula mula belajar aku sedikit susah nak biasakan diri dengan 2 subjek tu. lama kelamaan aku mula jatuh cinta dengan subjek lukisan kejuruteraan. aku suka lukisan geometrik. cuma gunakan compas dan pensil, banyak lukisan dapat dihasilkan. tapi dalam teknologi kejuruteraan aku kurang cenderung. mungkin kerana minat aku lebih kepada architechture. masa form 5, aku sedikit menonjol dalam lukisan kejuruteraan. minat aku mendalam sangat dalam subjek ni. Alahamdulillah, selalu jugak dapat highest.

sewaktu SPM hampir tiba, banyak kelas tambahan dijalankan. busy jangan cakaplah. satu hari seorang bekas guru di sekolah tu datang Cikgu Maimunah yang kini merupakan seorang engineer. dia buat kelas untuk subjek teknologi kejuruteraan. serius cakap, aku tak berapa suka subjek ni. satu hari, Cikgu Maimunah ajar bahagian elektrik. seharian kitorang belajar bab tu saja. entah kenapa, mungkin kerana cara penyampaiannya, aku mula berminat dalam bidang itu. kejuruteraan. dari situ, aku rasa kejuruteraan ni satu bidang yang amat menarik. lalu aku jatuh cinta pula dengan kejuruteraan. obviously more to electric..

lepas selesai SPM, aku mengisi borang upu dan matrik. harapan aku supaya dapat mencapai cita cita untuk menjadi seorang engineer. selepas result keluar, kecewanya tak mungkin aku lupakan. aku dapat b3 untuk fizik dan teknologi kejuruteraan. masa tu, aku rasa macam cita cita aku terlalu jauh untuk di gapai. aku cuma bertawakal.

Sekali lagi aku bersyukur kepada Allah, memberi aku sekali lagi peluang di dalam bidang engineering ini. aku ditawarkan untuk membuat foundation in engineering di uitm. sekarang, 2.35 pagi, enam jam dari sekarang aku akan mendaftar, dan mungkin selangkah untuk menggapai cita cita itu.. InsyaAllah...

5 comments:

Yon Yusuff said...

hahaha.che tom kutuk lukisan hg eh.
adeh..nsb bek tak ajaq klas aku.
kalau org tidoq waktu dia..dia marah ak?

farhanN said...

uitm tu u kita naimah...haha...mechi lg bez dari letrik...haha...pa pn all da bez

syikin said...

all d best dear~~
heheeh
bga ak....
gud luq noh~~
ak doakan sume bjaya

amalia said...

lorgh...~ aku pon igt lg
kes ank di"puji" sbb lukisan kat blakang paper sejarah!
wahahaha~
tp ckgu aishah tom sgt best kan?
bg tidur sat time tgh hari,ekeke~

ok lah Naimah,i wish ue all da best...
nnti kawen jgn lupa jemput aku!
xjemput pon aku p gak.....
hehe

Mohamad Nazmi Zaidi said...

well congratulations on having your track assessed on the way to becoming an engineer. I'm an engineer too! =D

Daisypath Friendship tickers