last thursday my classmate n i heading to physics lab.. first time we're there.. then our tutor came in.. introducing himself..
coz this is the first time, then we just having a briefing about the lab n the 5 experiments that we're going to do.. tiba2, tutor tu tanya, siapa yang sebenar benarnya tak berminat pon dengan engineering.. i just wonder, ade ke.. kalau tak, xkan ke sini..
for my surprise, 4 students raised up their hand.. there are..
1. fatehah- dia nak buat bisnes, just having an interview with jpa, tapi dia dapat offer upu utk ke sini, so she's in case of having no choice, come here.. but last week, she just get the offer from jpa in bisuness admin study , so dia tengah fikir fikirkan n waiting for the letter.. our tutor said, those who study in business admin takkan dapat buat engineering, but those yg buat engineering bila2 masa je boley buat bisuness study.. contohnya, an engineer that create the product, can sell the product and he know very well the function n how does it work.. but, a bisunessman, can sell the product but doesn't know the product well.. so fatehah, cmne? berat keputusan ni...
2. farouk - he doesn't like anything in calculation.. bila tutor tanya kenapa dia plih engineering then, dia cakap "saya suka engineering, tapi x suka kira kira.." we all, turned silent hearing that.. mcm mna tue?? lepas lama tutor kitorang pikir pikir then, "bro, kalau kau nak tau, in engineering, 80-90 percent is calculation" (that's the way our tutor talk to us, just 27 years old.. cam abg kitorang je..) farouk senyum je.. dia bagi tau, dia dapat offer buat medic di mesir bawah yayasan islam kelantan, tapi dia x minat medic.. confused!! kalau tak minat mengira, he should involve in medic isn't? our tutor said, "medic punya market, sampai mati pun orang nak pakai.. engineering belum tentu lagi, depend on economy.." betol tu.. kalau economy meleset pun, orang sakit, still pakai doctor kan??? tapi engineer... paham2 ar.. no money, no project, no work..
3. shafik - minat dengan medic.. dapat offer medic, tapi xnak pegi coz abg dia yang engineer di petronas cakap, jadi engineer duit banyak.. hahaha.. it's sound funny lak.. tutor cakap, "bro, kau tak semestinya bernasib baik macam abg kau.. kalau kau tak minat, macam mana kau nak berjaya dalam bidang ni. duit tak penting bro, yang penting puas hati dengan kerja kita tu.." betol kan??? but if his bro can help him a lot in this field, may be he can fall in luv with engineering..
4. faiz - wanna be a pilot. tapi tak lepas interview yayasan darul iman, terengganu.. dia cakap interview tu di buka hingga 23 tahun.. so, next year he gonna try again, until he get it... tutor cakap, "ok la jugak tu bro. pilot dengan engineer tak jauh.. kau boley je sambung bidang euronotik nanti.." maybe he's dissapointed because he failed in the interview, but he still got the chance isn't? 4 more times.. not everybody as lucky as that.. not everybody...
so, aku terpikir pikir, apa perasaan orang yang terpaksa study bidang yang dia langsung tak minat?? orang cakap, minat boleh di pupuk, betol ke?? i dont think so.. macam mana aku tak minat kimia sekarang n i hav to learn chemistry engineering.. bila kelas nak mula, aku rasa macam susahnya nak catch up.. tak suka chemical equation mostly.. bila masuk lab, buat eksperimen, da tau nnti report nk kna buat chemical equation, calculate the mol and all those things... waaaaa... boleh ke pupuk minat tu???
Saturday, June 13, 2009
Sunday, June 7, 2009
hari ni...
now, i'm at PTAR.. (perpustakaan Tun Abdul Razak) kat faculty of engineering..
tengah siapkan esemen computing engineering...
entah dah berapa hari tak siap2.. haha..
tapi sekarang da siap tu yang aku buat newpost nih..
tunggu kawan aku siapkan.. lpas tu gi makan semwentara tunggu klas pkol 2.10 jap lagi..
lapar giler...
tu la yang tak bestnya bila blajar time semester break ni.. kedai makan banyak buka lambat.. terpaksa menahan perut dulu la.. tiap2 pagi lak tu.. selalunya minum milo je, 3 in 1 tu la.. haha.. cam kat asrama.. tapi hari ni tak sempat..
takpe, jap lagi aku nak melantak habis habisan.. (aku kan hantu makan)
semalam masa aku ym dengan lin (amalina sahrom).. dia tanya aku, best ke u life..
hhuhu.. best la.. nak makan ape boley, lepas kelas lantak la nak pergi mana pon, nak balik umah ke, mall ke, lepak kat fak ke, suka hati.. pakai baju apa pegi kelas pon orang tak kisah, (except isnin n jumaat kena formal)..
tapi.... (mesti ada tapi).. money flow amat tidak bagus.. haha.. kalau tak pandai control.. habis... makan lagi la, bile dah jumpa makanan, smua nak beli.. haha.. da la mahal siot.. and the most important, kena pandai cari kawan... kalau yang bagos, insyaAllah, tak mudah hanyut.. Alahamdulillah, aku berkawan ngan org baek2.. haha.. budak2 STF.. whatever, study come first okeyh!!!!
Friday, June 5, 2009
friend?? penting ker?
how much a frenship is important for u?? kalau korang nak create one new frenship, korang sanggup berkorban tak?
i mean, kalau orang tu jenis yang tak bertolak ansur, boleh tak korang yang bertolak ansur walaupun rasional nya korang yang betol.. mungkin sesetengah orang akan cakap, dah dia tu tak betol, tak payah la kawan.. that's right.. tapi semua orang tak sama kan? so, kalau nak cari yang sebijik otak cam kita mang susah nak jumpa.. apa apa pon, mesti ada beza jugak kita dengan dia. so macam mna tu??
mungkin aku sekarang dalam kekeliruan memilih kawan.. yea.. lebey kurang la.. orang senang je cakap, cari kawan yang baik, yang tak pengaruhi kita.. tapi bukan senang dowh.. sometimes bila dia nak itu, ini, kita kadang2 terpaksa ikut, just nak senangkan hati dia.. yer la, tak nak la buat dia terasa or something like that.. i mean cam mengalah la dengan dia. tapi sampai bila?
betol jugak kata orang.. lama2 dia naek lemak pulak.. fuh.. susah.. dia ingat kita ni senang je nak follow dia.. yang sebenarnya kita just nak jaga hati dia ja...
kalau dah lama kawan, senang je aku nak sound, yerla, da kenal rapat kan.. mesti la tegur menegur pon senang.. ni kalau da baru kenal susah la..
aku pon dah pening kepala pikir pasal kengkawan ni... aku cakap macam ni, bukan la orang yang aku tengah nak berkawan ni teruk tahap gaban ke apa.. diorang ok.. study come first.. Alhamdulillah, aku pun cam seronok study ngan diorang yang cepat giler pick up ape yang lecturer ajar kat depan n we share a lot in study.. and diorang byk mengajar aku.. cuma social life kitorang tak sama.. tu yang buat kadang2 kitorang tak berapa selesa with each others...
aku try to follow their ways and at the same time try to constant to be the old naimah..

Sunday, May 31, 2009
a student again???
orentasi dah hbs khamis ari tu.. Thank God.. everything is fine..
all the pm (pembantu mahasiswa) are great.. we learnt a lot from them..
i met a lot of my friends.. from sultanah asma and mat jiwa.. but more from sultanah asma..
majority ambik law.. i'm quite suprise on that.. in my room there are, Diana from shah alam, fatin from kelantan and hidayah from johor.. very varieties.. Alhamdulillah, semua baek2 je..
we can communicate with each other with no problem..
teramatlah lega coz engineering student je yang tak perlu naek bas ke fakulti.. just 200 meter away.. jalan dalam 10 minit dah sampai.. student law, sains n tesl terpaksa bersiap 1 hour earlier to wait for the bus.. if not, there are going to walk more than half an hour to the faculty..
student engine relaks2 lagi baru nak bangun tido, diorang dah siap smua.. fuh, cayalah..
kekadang rasa lawak pon de gak.. rasanya budak engine la yang cam slow semacam je.. hahaha.. serius neh.. msa orentasi, budak law n tesl giler outstanding.. budak engine, cam tak tau apa2 je.. klau budak engine kena jawab apa2, jawapan slumber je, xder la cam tesl or law yang killer pnyer jwpan.. seriously, aku tengok law n tesl student cam pressure jugak.. especially bila diorang tau muet kena band 4.. semestinya la kan.. and u know what we (engine student) should get for muet? at least band 1... so, bukan saja kitorang but law n tesl student pon terkejut.. kenapa rendah sangat.. but, our answer is just simple.. "we dont need to speak to the mechines, ok.." that's clear enough isn't? hehehe..
for the whole foundation student, nisbah perempuan:lelaki = 5:3 dari semua. but in engine, nisbah perempuan: lelaki = 1:4... u can imagine la kan kan berapa sikitnya perempuan yang ambik engine.. sorrounded by boys... dalam kelas aku, lebey kurang 6 girls and 19 boys..
tomorrow, i'm gonna start my study.. my first class in university.. my subjects are, mathematics engineering, chemistry engineering, physics engineering, computing engineering, and introduction to engineering.. wo0w! all of engineering.. at my first sight at those subject, i'm feeling like there are going to destroy my brain.. waaaaaa..
whatever, i'll try my best.. aja aja fighting!!!!
Friday, May 22, 2009
kenapa engineer??
entah kenapa mata ini belum nak tido. walaupun dah lewat.. tiba tiba aku teringat dan terpikir kembali kenapa aku beria ria nak pilih kerjaya engineer sebagai cita cita aku...
alkisahnya..
sejak umo 6 tahun aku mula menyimpan cita cita ingin menjadi seorang fesyen designer. mungkin dipengaruhi kakak aku yang suka sangat lukis baju baju. aku mula tertarik. aku pun mula mengikut langkah dia melukis baju. pantang je nampak kertas, aku mula la melukis..
tabiat ni sampai aku habis sekolah rendah. masa tu, kalau buka buku teks aku, mesti ada punya aku tinggalkan kenangan hasil lukisan aku. nak kata cantik tu taklah. standard bdk skolah rendah. buku latihan aku jugak mesti ada punya gambar gambar baju yang aku lukis.
lepas habis skolah rendah, Alhamdulillah, aku mendapat 5A. mula menyimpan cita cita nak belajar di asrama penuh ataupun MRSM. tapi, nasib tak menyebelahi aku. aku cuma ditawarkan belajar di SMK Sultanah Asma, Premier School. oklah tu. masa di situ, aku masih meneruskan aktiviti tak berfaedah aku tu, lukis baju sana sini. pernah sekali tu, masa exam mid year, paper sejarah. aku habis jawab awal, bosan tunggu waktu habis, aku lukis baju dekat kertas soalan tu.. penuh kertas soalan tu dengan lukisan aku. lepas habis masa, kertas soalan dan jawapan di kutip. nak di jadikan cerita, lepas semua exam habis, aku kena demam campak, tak dapat ke sekolah. bila balik semula ke sekolah, kawan kawan aku cakap, masa cikgu sejarah tu bagi paper balik untuk discuss, dia takder kertas soalan untuk rujuk, memandangkan aku tak hadir, dia guna kertas soalan aku. alangkah terkejutnya cikgu aku tengok gambar baju penuh kat situ. siap kena perli la aku. markah ciput je pon sempat lagi nak melukis.. haha.. ingat lagi aku pada cikgu tu, Cikgu Aishah bt Tom.
lepas habis exam tu, kitorang mulakan projek KH, projek kayu. waktu tu, kitorang kena siapkan folio projek tu. masa tu, kitorang di ajar bagaimana nak buat lukisan isometrik. dari situ, aku mula jatuh cinta dengan kerjaya arkitek. masa tu, bukan ja aku excited siapkan lukisan aku, lukisan kawan kawan aku pun aku tolong buatkan. aku teramatlah suka dengan dunia architecture. bermula waktu tu, aku mula menyimpan cita cita nak jadi arkitek. masa form 3, cikgu offer borang sekolah asrama penuh bagi sesiapa yang nk apply. aku tak lepaskan peluang tu. di Sultanah Asma cuma ada sains sosial dan sains tulen. kalau aku belajar sains sosial upper form nanti, aku tak berpeluang nk jadi arkitek, kalau sains hayat pulak, aku tak nak blaja bio. aku dengan confident nya menandakan pada kotak sains teknikal di borang asrama penuh tu.
lepas habis PMR, Alhamdulillah aku berjaya dapat 8A. aku mula menaruh harapan tinggi nak tinggalkan sekolah tu dan nak ke asrama penuh untuk belajar sains teknikal. lepas seminggu sekolah bermula (form 4 di sultanah asma), aku mula terfikir, walaupun aku dapat 8A, tak semestinya aku akan dapat asrama penuh. aku mula risau. lalu aku nekad mengambil langkah berjaga jaga. belajar sains sosial? tak mungkin. sains tulen? tak nak blaja bio. dengan drastiknya, aku mintak borang sekolah teknik. apa yang berlaku, aku tetap tak nak belajar di situ.
aku isi borang sekolah teknik tu di luar pengetahuan keluarga aku. pilihan pertama aku, SMT Tengku Jaafar, Negeri Sembilan. kawan baik aku yang suggestkan tempat tu. dia pun apply sama macam aku. kali ni, aku sedikit confident. tak mungkin 8A tak lepas sekolah teknik. lepas beberapa minggu, result sekolah asrama penuh keluar. Alhamdulillah aku dan kawan baik aku dapat tawaran belajar di SMS Sultam Mohamad Jiwa. kami buat keputusan untuk belajar di sana. pendaftaran, 31/1/2007. tiga hari selepas itu, kawan baik aku tu, dapat offer SMT Tengku Jaafar. aku pulak, tak dapat pun surat tawaran sekolah teknik. aku agak kecewa. kawan aku pulak pilih untuk belajar di sekolah teknik. diorang daftar pada 28/1/2007. masa hari diorang daftar tu, tiba tiba posmen datang rumah aku, kasi surat. tengok tengok aku pun dapat sekolah teknik tu. aku terus mesej kawan aku. dia suruh aku pergi. pengetua sekolah tu cakap, dalam masa seminggu pendaftaran masih diterima. tapi, keluarga aku tak bagi aku pegi. sebab utamanya aku memilih kejuruteraan awam. kononnya, tiada peluang pekerjaan.
aku mengalah. lalu aku mulakan kehidupan sebagai pelajar di SMS Sultan Mohamad Jiwa. aku belajar dua subjek yang sedikit asing bagiku, lukisan kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan. mula mula belajar aku sedikit susah nak biasakan diri dengan 2 subjek tu. lama kelamaan aku mula jatuh cinta dengan subjek lukisan kejuruteraan. aku suka lukisan geometrik. cuma gunakan compas dan pensil, banyak lukisan dapat dihasilkan. tapi dalam teknologi kejuruteraan aku kurang cenderung. mungkin kerana minat aku lebih kepada architechture. masa form 5, aku sedikit menonjol dalam lukisan kejuruteraan. minat aku mendalam sangat dalam subjek ni. Alahamdulillah, selalu jugak dapat highest.
sewaktu SPM hampir tiba, banyak kelas tambahan dijalankan. busy jangan cakaplah. satu hari seorang bekas guru di sekolah tu datang Cikgu Maimunah yang kini merupakan seorang engineer. dia buat kelas untuk subjek teknologi kejuruteraan. serius cakap, aku tak berapa suka subjek ni. satu hari, Cikgu Maimunah ajar bahagian elektrik. seharian kitorang belajar bab tu saja. entah kenapa, mungkin kerana cara penyampaiannya, aku mula berminat dalam bidang itu. kejuruteraan. dari situ, aku rasa kejuruteraan ni satu bidang yang amat menarik. lalu aku jatuh cinta pula dengan kejuruteraan. obviously more to electric..
lepas selesai SPM, aku mengisi borang upu dan matrik. harapan aku supaya dapat mencapai cita cita untuk menjadi seorang engineer. selepas result keluar, kecewanya tak mungkin aku lupakan. aku dapat b3 untuk fizik dan teknologi kejuruteraan. masa tu, aku rasa macam cita cita aku terlalu jauh untuk di gapai. aku cuma bertawakal.
Sekali lagi aku bersyukur kepada Allah, memberi aku sekali lagi peluang di dalam bidang engineering ini. aku ditawarkan untuk membuat foundation in engineering di uitm. sekarang, 2.35 pagi, enam jam dari sekarang aku akan mendaftar, dan mungkin selangkah untuk menggapai cita cita itu.. InsyaAllah...

go0d bye...
Alhamdulillah aku sempat siapkan "duplicate 2"...
penat jugak mata ni..
bangun pagi tadi, terus mula menaip sampai ke maghrib..
nasib baik berjaya siapkan kalau tak, tak tau bila nak sambung..
sebab...
esok aku dah nak mendaftar di uitm.. shah alam..
aku berharap dapat survive sebagai student dengan baik di sana.. InsyaAllah..
entah bila lagi nak menulis di blog ni..
got to miss this really much...
___________________________________________
that story agak berserabut.. n not so clear what actually happened..
i cant do it properly as short of time n my mind cant think properly now..
kalau berpeluang i'm really wanna write a new story..
already fall in luv in this field..
huhu..
but engineering still in my heart.. everlasting~
duplicate 2 (last post)
continued from previous post...
“Doktor.” Shafik berjabat tangan dengan Kamal, doktor yang merawat Diana.
“Sila duduk Encik Shafik.” Kamal menyelak nyelak fail Diana.
“Macam mana dengan Diana doktor?” Dia menyoal ingin tahu.
“Diana, setakat ni okey. Alhamdulillah, dia tak bersikap agresif seperti sesetengah pesakit. Dia banyak habiskan masa seorang diri. Dia banyak berfikir. Saya sendiri pun tertanya tanya, apa yang ada dalam fikiran dia.” Kamal tersenyum.
“Boleh saya tau, apa penyebabnya Diana jadi macam ni?”
“Bagi pesakit macam Diana ni, dia tak mengalami tekanan yang membuatkan dia rasa tertekan. Dia lebih tenang. Cuma dia tak mampu nak kawal atau berfikir dengan waras apa yang dia lakukan. Dia tak dapat menilai apa yang dia buat, kalau sesuatu terlintas di fikiran dia, dia mampu laksanakan semua tu tanpa fikir akibatnya. Puncanya, saya kurang jelas kerana fail yang saya terima dari hospital yang merawat dia sebelum ini, tak lengkap. Tapi apa yang saya tahu, dia mengalami tekanan sewaktu melihat adiknya dirogol di depan mata dia sendiri.” Kamal menjelaskan panjang lebar.
“Maaflah kalau saya bertanya, adik dia di mana sekarang, kalau doctor tau.” Shafik menyoal lagi.
“Setahu saya, adik dia pun mengalami masalah yang sama lepas kejadian tu. Adik dia terima rawatan di hospital yang sama dengannya sebelum ini. Kenapa Encik Shafik tanya?” doctor itu menyimpan fail tersebut di dalam laci mejanya.
“Saya ingat kalau saya dapat jumpa adik dia, mungkin saya boleh bawa dia datang sini, jumpa Diana. Mungkin Diana boleh sembuh.” Shafik sedikit mengharap.
“Encik Shafik jangan risau. Diana baik baik di sini. Dia gembira di sini. Mungkin dunia luar tak sesuai untuk dia.” Kamal senyum pada Shafik ingin mengurangkan kerisauannya.
“Baiklah kalau macam tu doctor. Saya gembira kalau dia gembira di sini. Doctor, boleh saya jumpa dia?”
“Tak der masalah Encik Shafik. Sekejap, saya panggil nurse.” Kamal bangun menuju ke bilik sebelah.
Tidak lama kemudian, seorang jururawat muncul. “Encik Shafik, sila ikut saya.”
“A’a.” Shafik mengikut langkah jururawat tersebut.
“Encik Shafik dah lama kenal Diana?” Soal jururawat itu mula beramah.
“Sejak dia mula bekerja di syarikat Indah Holding. Dia setiausaha bos saya. Awak yang jaga dia ke?” Shafik masih mengikut langkah gadis itu.
“Ye, saya yang jaga dia. Diana seorang pesakit yang baik. Dia tak menganggu pesakit lain. Diana seorang yang bijak, tapi sayang dia menghidap penyakit ini.”
“Bagaimana awak tau dia bijak?” Shafik mula menguji pengetahuan jururawat itu tentang Diana. Dia ingin tahu.
“Diana suka bercerita. Dari apa yang diceritakan, saya yakin tak semua orang mampu berfikir macam dia. Encik Shafik tau, dia bussiness expert. Dia dan adiknya lepasan Oxford University. Mereka genius business. Setiap hari mereka akan bermain catur hampir dua puluh kali. Mereka percaya, setiap pergerakan mereka dalam permainan itu adalah rancangan untuk menjatuhkan musuh. Dia banyak ceritakan pada saya, zaman dinasti cina dulu, general tentera menggunakan catur untuk merancang teknik serangan yang terbaik dalam peperangan. Dari teknik peperangan pula, orang belajar cara membina bisnes yang berjaya. Awak mesti tau kan bagaiman orang mengaplikasikan teknik dalam buku Art of War ke dalam dunia bisnes.” Panjang lebar jururawat itu bercerita. Shafik mula tertarik.
“Saya tak nafikan, dia memang bijak merancang. Cuma, macam mana seorang business expert boleh menjadi seorang setiausaha?” Dia menguji lagi jururawat itu.
“Dia berjaya meyakinkan pihak hospital yang dia sudah sembuh. Secara realitinya, kalau Encik Shafik jumpa dia sekarang pun, Encik Shafik mesti yakin dia sudah sembuh. Tambah tambah lagi kalau Encik Shafik dengar pandangan dan pendapat dia. Dia memang bijak. Lepas dia keluar, tujuannya bukan lagi untuk mendapatkan kembali kedudukan dia yang dulu. Dia tak fikir pasal duit, yang penting dendam dia terbalas buat adik dan ayahnya.” Jururawat itu memandang sekilas pada Shafik, ingin memastikan jawapannya jelas.
“Ayah? Setahu saya adik dia saja yang ada.” Shafik semakin keliru. Dia inginkan penjelasan.
“Memang orang lain tak tau. Saya yang jaga dia Encik Shafik. Setiap hari dia bercerita pada saya. Ayah diorang seorang professor di IPTA, lepas diorang balik Malaysia, tamat belajar, diorang buka firma sendiri. Diorang beri khidmat kepakaran diorang dalam bisnes. Pelanggan diorang ramai. Boleh dikatakan, semua CEO diorang kenal. Termasuk seorang businessman terkenal, Datuk Hamdan kalau tak silap. Satu hari Datuk Hamdan mintak diorang jatuhkan company anak saudara dia. Diana dan adiknya tak nak. Itu bukan cara mereka berurusan. Datuk Hamdan terdesak. Dia culik Diana dan adiknya. Mereka di kurung di rumah ladangnya di Pahang. Lepas beberapa hari, mereka masih berdegil. Datuk Hamdan merogol adik dia depan mata dia. Mereka kemudian dibuang di tepi jalan. Diorang takder bukti nak libatkan Datuk Hamdan dalam kes itu. Datuk Hamdan begitu licik. Semua orang di beri rahsuah, bagi menjaga kedudukannya. Diana menjadi tertekan waktu itu. Adiknya terus mengalami masalah tekanan jiwa. Ayah diorang yang malu dengan keadaan adiknya, ingin menghantar adiknya ke luar negara. Tapi, adiknya tak mau. Waktu tu, Diana sekali lagi nampak sesuatu yang tak mungkin dilupakan. Adiknya membunuh ayahnya sendiri. Pembunuhan yang kejam. Lepas tu, Diana turut mengalami masalah mental. Dan itulah apa yang Encik Shafik nampak sekarang.” Langkah jururawat itu terhenti. Shafik turut menghentikan langkanya. Dia melihat ke arah pandangan jururawat itu dilemparkan.
Diana… dia melihat gadis itu, sedang memandang sepi pohon pohon dia taman rehat. It must be so hard for u…
“Julia,” Haris memanggil tatkala melihat gadis itu buru buru ingin pulang.
“Yup. Sory, tak perasan u. I nak balik cepat. Esok pagi pagi lagi dah nak bertolak. Takut jam on the way nak pergi KLIA. I tak packing lagi.” Julia menjelaskan semuanya.
“Ouh. Tak, I nak beritahu, Rector Enterprise nak hentikan kontrak.” Haris memandang Julia. Gadis itu benar benar berubah muka.
“Entahlah Haris, I pun dah tak larat nak fikir lagi pasal ni. I dah penat.” Dia sudah mula putus asa. Julia meletakkan briefcasenya di atas meja Suraya. Entah ke mana gadis itu.
“Ju, I faham. U kena uruskan family, company. Tapi, u kena kuat.” Haris cuba memberi semangat.
“Haris, please u tolong uruskan projek yang kita terlepas tu. I takder seminggu ni. Nanti balik sini I setelkan apa yang sepatutnya I setelkan.” Dia merenung jauh ke lantai. Jaga kau, HANA…
Julia menarik beg pakaiannya. Langkahnya diikut ibu dan adiknya. Mereka melepasi bahagian emigresen.
“Mama, kita duduk sini dulu. Nanti driver yang Julia dah arrange kan untuk jemput kita datang.” Julia memeriksa telefon bimbitnya.
“Besar kan airport Langkawi ni.” Aliya bersuara tatkala duduk di tempat menunggu.
“International Liya, mesti la besar.” Julia sempat menjelaskan sambil tangannya masih sibuk menekan pad telefon bimbitnya.
“Mama nak ke tandas. Liya temankan mama boleh?” Puan Salina malas menganggu Julia yang seperti sedang sibuk berkomunikasi dengan pemandu yang akan datang.
“A’a, jom. Kak Ju, kitorang pergi toilet.” Aliya bangun.
“Ok, ok. Kalau driver dah datang, Kak Ju call.”
“Cantiknya..” Aliya bersuara selepas membuka tirai pintu gelonsor bilik itu. Nampak permandangan laut yang indah. “Siapa yang suggest Kak Ju pilih resort ni? Kak Ju pernah datang ke?” Dia meneliti setiap penjuru, tepat pilihan kakaknya executive suite di Andaman Resort ini.
“Tak, kawan Kak Ju dah pernah datang sini. Cantik kan?” Julia merebahkan badan di atas katil.
“Mama suka tempat ni.” Kata Puan Salina. Dia berdiri di sisi Aliya memandang permandangan yang indah itu.
“Ye ke, mama? Ju dah agak dah. Mesti mama suka.”
“Kak Ju, sinilah. Tengok ni, cantik.” Aliya memanggil.
“Nantilah, kejap lagi. Nak dapat highscore dah ni.” Julia bersuara. Aliya memandangnya.
“La, Kak Ju main game? Kak Ju datang sini buat apa main game. Nanti sambung. Tak ke mana henfon Liya tu. Malam ni Kak Ju main la puas puas. Kak Ju, jom kita round round kat luar.” Dia memujuk kakaknya.
“Liya, seminggu kita kat sini kan. Petang ni ke bila bila boleh lagi nak round round. Kak Ju penat lah. Liya tak penat ke? Orang besi ke apa ni.” Julia mendengus.
“Yelah, yelah.” Aliya duduk di sisinya. Dia melihat kakaknya yang sedang bermain game di telefon bimbitnya. “Alah, Kak Ju, baru level tiga dah bising nak dapat high score?” dia ketawa.
“Oi, tunggu la kejap. Mana ada orang main terus ke level sepuluh.” Dia menampar tangan adiknya yang cuba menganggu tumpuannya.
“Adoi, sakitlah Kak Ju.” Aliya menggosok gosok tangannya.
“Haha.. Tu la, kacau orang lagi.”
Puan Salina Cuma tersenyum melihat gelagat anak anaknya.
“Oi, cantik cantik bersiap nak pergi mana?” soal Julia. Dia melihat adiknya yang membetulkan topi di kepala.
“Comel tak? Haha..” Aliya membetulkan reben di topinya. Lagaknya seperti ingin ke pantai.
“Perasan siot. Nak pergi mana?” Soal Julia lagi.
“Keluar kejap. Tengok pantai. Jomlah.” Dia memerhati wajahnya di cermin lagi.
“Tak nak lah. Penat lah. Malam ni Kak Ju ada projek bagus punya.” Dia tersenyum.
“Projek apa?” Dia menyoal. Suaranya sedikit tinggi sehingga Julia menjugilkan biji matanya memberi amaran supaya tidak menganggu ibu mereka yang sedang tidur. Aliya menekup mulutnya.
“Adalah. Surprise punya. Jangan pergi makan pulak tu. Simpan perut untuk malam ni.” Julia memesan kepada adiknya.
“Oo.. pasal makan ek?” Dia mula meneka.
“Ish, ada la. Nama pun surprise. Apa la. Dah, pergi main jauh jauh.” Dia menjelir kepada adiknya.
Haris menutup lampu biliknya. Dia mengambil briefcase. Ingin melangkah keluar. Tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi. Aliya..
“Ye, sayang.” Dia mula berbicara.
“U dekat ofis lagi ke?” Aliya bersuara lembut.
“I nak keluar, ada appointment kat luar. So, dah sampai Langkawi?” Lelaki itu menyoal kembali. Dia duduk semula di tempat duduknya.
“Dah, Kak Ju pilih tempat special. Best sangat. Mama pun happy datang sini.”
“Yeah? That’s great. I dekat sini kena setelkan semua masalah pasal Indah Holding hilang kontrak tu. Dah lima kontrak.”
“Kesian u.”
“It’s okay. I dah biasa. U call ni, Julia tak dengar ke?” Haris menyoal.
“Tak. Kalau tak, I tak call u lah. Haris, u datang lah sini. I bosan sorang sorang.” Aliya memujuk.
“Pergi sana? Liya, u nak Julia tahu pasal kita? Kan ada mama dengan Julia dekat sana. Apa yang bosannya.” Haris kurang senang dengan permintaan Aliya.
“Memanglah diorang ada. Tapi, diorang bukan nak temankan I pun. Haris, please. Tengoklah sekarang ni, I sorang sorang je. U datang ok, I book kan bilik di sini untuk u.” Aliya masih memujuk.
“Ye, ye. Malam ni I konfem balik. Tak boleh janji ok. I nak setelkan semua masalah di sini. U kena faham. Ok, I nak kena keluar ni. Nanti lewat, client tunggu lama.” Haris mula mengalah.
“Ok. I love you.”
Haris terus meletakkan telefon. Dia melangkah keluar. Di kepalanya berserabut memikirkan permintaan Aliya. “Nur, saya keluar dulu. Apa apa hal call handphone saya.” Dia melepasi meja setiausahanya…
“Kak Ju, nampak charger handphone Liya tak?” Aliya sibuk membuang satu persatu baju bajunya dari beg. Dia mencari cari.
“Mana Kak Ju tau, bawak ke tak?” Julia sibuk bersiap. Puan Salina masih di bilik mandi.
“Liya rasa Liya bawak. Alahai.. Bateri dah takder ni.” Aliya merungut.
“Guna la henfon Kak Ju dulu.” Julia menghulurkan telefon bimbitnya.
“Tak per. Nanti Liya keluar beli charger.” Dia masih melibas libas baju di atas katil.
“Liya nak call siapa ni? Orang bagi henfon tak nak guna.”
“Tak, tak der siapa. Kak Ju dah siap?” Dia berhenti mencari. Sudah putus asa.
“Oi, tak nampak orang dah cantik macam ni. Mesti la.” Julia membetulkan rambutnya.
Puan Salina keluar dari bilik mandi. “Amboi, dah siap semua anak mama.” Dia mencapai hair dryer dari laci meja solek.
“Mama mandi kalah tuan puteri. Berjam.” Julia bersuara.
“Ni apa yang bersepah ni Liya.” Puan Salina menolak baju baju Aliya yang disepahkannya.
“Cari charger. Liya rasa Liya bawak. Dah masukkan dalam beg kelmarin. Macam mana boleh tak der.”
“Guna lah henfon mama dulu.” Puan Salina menghulurkan henfonnya.
“Tak nak punya mama. Ju dah offer, dia tak nak.” Julia duduk di meja solek. Menanti ibunya bersiap.
“Bukan tak nak. Tapi, contact nombor ada dalam phone.” Aliya mencari alasan.
“Apa apa je lah Liya. Kak Ju tunggu di luar. Mama Ju tunggu di luar.” Julia melangkah keluar.
“Kejap Kak Ju, Liya nak ikut.” Aliya turun dari katil mengikut kakaknya.
“Haisy, sorang ni, orang nak duduk depan tu je pun nak ikut. Jomlah.” Mereka beriringan keluar.
“Cantiknya bintang. Kak Ju tengok bintang tu, yang besar tu, cantik kan.” Aliya memandang ke langit.
“Mana?” Julia turut memandang ke langit.
“Tu, yang besar tu.” Aliya menunjuk dengan jari telunjuknya.
“Cantik apa. Sama ja semua.” Julia mengalihkan pandangan ke arah lain.
“Alah, Kak Ju ni. Kak Ju, kita nak surprise apa ni dekat mama?”
“Kak Ju dah order seafood. Best punya.” Julia ketawa sambil mengangkat ibu jarinya.
“Seafood? Apa yang best sangat seafood tu.”
“Ni lain punya. Kita makan ala ala candle light dekat atas bot. Amacam?” Julia mengenyitkan matanya.
“Atas bot? macam mana nak makan?” Dia pelik.
“Liya ingat bot tongkang ke apa. Ni bot mewah la.”
“Wow, cam best je ni.”
“Mesti la, see the leg la. Haha..” Puan Salina tiba tiba muncul.
“Jom, mama dah siap ni. Nanti lambat lagi.”
“Okay. Jom.” Mereka beriringan.
Julia dan Aliya berjalan beriringan. Puan Salina tidak megikut. Dia menghabiskan masa di spa. Mereka melewati chalet chalet di situ.
“Kak Ju, mahal tak kos makan semalam?” Aliya menyoal. Dia Cuma melangkah mengikut kakaknya.
“Bolehlah. Tapi berbaloi. Kenapa? Nak bawak Shafik makan situ jugak ke?” Julia mengusik.
“Ish, Kak Ju, mana ada. Saja tanya, sebab memang puas hati lah Kak Ju. Best sangat.” Aliya senyum.
“Alamak, Liya. Kak Ju tertinggal henfon. Liya pergi dulu boleh.” Julia memeriksa beg bimbitnya.
“La.. Tak payahlah Kak Ju, nak buat apa henfon.” Aliya mengeluh.
“Tak boleh. Mama suruh call kalau nak balik bilik.”
“Alahai.. Oklah, oklah. Kak Ju pergi ambil. Liya tunggu sini.” Aliya duduk di bangku yang terdapat di situ.
“Buat apa tunggu sini. Liya ambil dulu kunci bilik ni, kat depan tu nampak tak dia tulis signboard, Rainforest Deluxe, kat situ la biliknya. Nanti Kak Ju sampai Kak Ju ketuk pintu. Kak Ju pergi dulu. Tunggu kat situ tau.” Aliya cuma mengangguk. Dia mula berjalan. Entah apa la idea Kak Ju lagi. Kononnya nak surprisekan mama. Nak tunjuk bagus punya view. Kalau tak bagus, jaga Kak Ju, penat orang jalan ni.
Aliya memasukkan kunci ke lubang kunci. Selepas kunci di buka, dia memulas tombol itu, membuka pintu. Dia melangkah masuk perlahan.
“Liya..” Aliya terkejut. Dia menoleh ke sisi.
“Haris.” Masing masing terdiam.
“Kenapa u macam terkejut tengok I?” Haris menyoal.
“Macam mana u boleh ada dalam bilik ni? Bila u datang sini?” Aliya mula panik. Dia memandang ke arah pintu. Takut sekiranya Julia muncul.
“Are u joking? U call I semalam suruh I datang sini. Ambil kunci dekat receptionist kan.” Suara Haris sedikit berubah.
“Mana ada. I tak call u pun. Langsung tak call u lepas I sampai sini. Lagipun, semalam bateri henfon I habis. U jangan main main.” Aliya mula geram. Dia berkali kali memandang ke arah pintu khuatir kakaknya tiba.
Tiba tiba mereka mendengar bunyi tepukan tangan. Pandangan mereka berdua beralih ke muka pintu. Julia berdiri di situ. Dia memandang sinis mereka berdua. Dia berhenti menepuk tangan. “Kalau Aliya boleh menyamar jadi I, kenapa I tak boleh menyamar jadi dia kan. Kau tau mana charger henfon kau? Ada dalam tong sampah di airport. Aku sengaja habiskan bateri henfon kau, supaya kau tak dapat call jantan ni.” Dia melangkah masuk. Direnung mereka berdua yang terdiam tidak mampu membela diri. “Korang ingat sampai bila korang boleh rahsiakan semua ni? Sehari pun korang tak mampu. Hari pertama korang lunch sekali, Julia, kau cakap Shafik ajak kau launch, and u Haris, kononnya ada appointment di Intract Holding. Esoknya, Suraya beritahu Haris ke Intract, so I just wonder ke mana kau pergi sehari sebelum tu sebenarnya. Aku tanya Shafik, and exactly dia tak lunch dengan kau pun sehari sebelum tu Aliya. Korang pergi bercinta di mana?” Tegas sindiran Julia. “Malam tu pulak mama cakap Aliya dapat call, lama. Obviously nampak macam Shafik yang call kan. Aku cakap pada mama nak call Suraya, nak konfem tarikh ke sini, tapi sebenarnya aku call kau Haris. Line busy.”
“Kak Ju, Liya tak berniat nak buat Kak Ju macam ni.” Aliya cuba membela diri.
“Tak berniat? Tak berniat kau cakap? Rampas tunang kakak kau sendiri kau cakap tak berniat? Kau sedar tak aku dah pungut kau tu dari gerai tepi jalan! Macam ni kau buat pada aku?!”
“Julia! Cukup semua ni! Kalau u tak boleh terima hubungan kitorang, it’s fine. Kitorang akan pergi.” Haris mula bersuara. Aliya mula menangis.
Julia senyum. “Kau ingat aku kisah sangat ke korang nak bercinta? Kau ingat aku nak terhegeh hegeh sangat dekat kau. Pergi mamposlah korang berdua.” Julia menarik laci meja solek yang berada di situ. Dia mengeluarkan beberapa helai kertas dan sepucuk pistol. Tindakannya mengejutkan Aliya dan Haris.
“Apa yang kau nak buat ni Julia. Kau jangan buat gila.” Haris memberi amaran.
“Kalau aku dah gila, dah lama aku upah orang bunuh korang berdua yang menjijikkan ni dekat luar sana. Kau, Aliya! Kau bukan saja rampas Haris tapi mama juga. Semuanya mama mesti ikut kau. Alasannya, sebab kau pernah jadi anak yatim. Aku? Aku ni siapa pada mama. Aku yang pergi cari mama. Tapi mama hanya berpihak pada kau. Mama ingat kau terseksa sebagai anak yatim. Dia tak pernah terfikir yang aku ni membesar dengan maki hamun dari pak cik. Aku di dera, di hina. Aku lebih seksa dari kau, kau tau tak!!!” Dia meletakkan kertas tersebut di atas meja. Sebatang pen sudah berada di atas meja itu. “Aku boleh faham kalau korang cintakan satu sama lain. Aku boleh berkorban. Aku tak kisah nak lepaskan jantan tak guna ni pada kau Aliya.” Julia ketawa melihat muka mereka berdua yang ketakutan memandang pistol ditangannya.
“Apa kau nak sebenarnya?” Haris mula bersuara.
“Korang betul betul melampau kan. Kau Haris, memang bijak. Puas hati kau rampas lima clients Indah Holding? Tu je yang kau mampu buat untuk jatuhkan aku? Kau, orang yang paling aku percaya dalam syarikat tu kau tau tak? HANA Enterprise konon. Haris Amirul Natasya Aliya, itu nama company korang? Lepas aku tengok proposal yang company lain dapat dari HANA Enterprise, aku terkejut sangat. Tak mungkin proposal tu sama dengan Indah Holding. Completely same, even spelling mistake. Rupa rupanya kau yang copy semua proposal tu hantar pada company lain. Semua proposal company aku ku letak mana? Tong sampah?!” Dia bersuara tinggi. Julia tidak mampu lagi bersabar.
“Kak Ju, Liya tak tau pasal client Kak Ju.” Teresak esak suara Aliya.
“Kau tak tau? Berapa banyak kau labur duit kau dalam company tu? Company tu bawah nama kau. Takkan kau tak tau. Kau jangan nak perbodohkan aku lagi.” Aliya terus terdiam. Dia tidak mampu lagi mempertahankan diri.
“Apa yang kau nak?” Haris sekali lagi menyoal.
“Aku nak korang sign surat tu.” Haris terkejut. Dia mencapai surat tersebut. “Surat tu tanda persetujuan korang untuk bubarkan HANA Enterprise, dan korang mesti kembalikan semua clients Indah Holding. Lepas tu, korang berambus ke luar negara. Kalau bukan mama sedang sakit, tak boleh terima sebarang kejutan, aku takkan lepaskan korang. Dah lama aku hantar korang ke lokap sebab pecah amanah. Aku lepaskan korang sebab aku sayangkan mama, aku tak nak mama sakit. Jangan tunjuk muka korang di sini. Aku akan cari alasan untuk mama.” Julia memandang Aliya.
“Aku takkan bubarkan HANA Enterprise.” Haris menolak. Dia berdegil.
“Aku bukan tanya kau nak ke tak. Aku suruh kau sign. Kalau kau tak nak..” Julia mengacukan pistol ke arah Haris.
“Kak Ju! Jangan Kak Ju.” Aliya semakin takut.
“Cik Julia!” Tiba tiba Shafik muncul di muka pintu.
“Shafik, apa kau buat di sini?” Julia menoleh ke arahnya.
“Cik Julia, ni bukan caranya. Kita settle kan cara baik Cik Julia.” Shafik mula memujuk.
Tangan Julia masih terarah pada Haris, Cuma matanya memandang sekilas pada Shafik. “Kau tak tau apa apa. Kau tak tau apa yang diorang dah buat pada aku.”
“Saya tau Cik Julia, saya tau.” Julia memandangnya tidak percaya. “Orag yang tak waras mungkin boleh beri idea terbaik ni Cik Julia, tapi Cik Julia lupa orang tak waras tak dapat menyimpan rahsia. Saya nampak Cik Julia keluar pejabat bawa bekas pen kegemaran Diana hari tu. Cik Julia jumpa dia kan? Dia yang plan semua ni kan?” Shafik berterus terang.
“Kalau kau tau, kenapa kau nak bela diorang ni?” Julia bertegas tidak mahu mengalah.
“Saya tak menyebelahi sesiapa Cik Julia, ini yang terbaik. Cik Julia, letak dulu pistol tu.” Julia tunduk. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Belum sempat Julia membuat apa apa Haris dengan pantas merampas pistol itu. Julia terkejut. Haris mengacukan pistol pada Julia.
“So, kau dah rasa hebat sangat?” Haris mula tersenyum sinis. “Kau ingat aku nak lepaskan company yang aku idamkan selama ni?”
“Haris, jangan apa apakan Kak Ju. Kita lari dari sini ok. Kita pergi sekarang. Haris…” Aliya cuba mengajak Haris berlalu. Haris masih kaku di situ.
“Tak Aliya, dia takkan lepaskan kita semudah tu.” Haris memandang tepat pada Julia.
“Kau memang tak guna.” Julia masih berani bersuara. Dia terasa geram kerana dipermainkan.
“Haris, kalau kau nak pergi, kau boleh pergi. Tak perlu sign surat tu pun tak per.” Shafik mula cari jalan penyelesaian terbaik. Yang penting cuma keselamatan Julia.
“Memang aku nak pergi. Tapi..” Bang!!! Tembakan itu tepat ke bahu Julia. Julia rebah di situ. Haris pantas menarik tangan Aliya lari keluar dari bilik itu. Shafik terduduk kaku. Terkejut dengan apa yang berlaku. Dia menghampiri Julia. Tangannya terketar ketar mengangkat kepala Julia, lalu dipangkunya.
“Cik Julia, Cik Julia! Bangun Cik Julia. Bangun Cik Julia. Jangan macam ni Cik Julia. Bangun!! Cik Julia, jangan tinggalkan saya. Saya sayang Cik Julia. Saya tak boleh hidup tanpa Cik Julia. Tolong bangun Cik Julia. Saya cuma ada Cik Julia dalam hidup saya.” Dia menangis disitu. Dia menekup bahu Julia, menahan darah dari keluar.
“Encik Shafik, sabar Encik Shafik ambulans dalam perjalanan.” Pegawai polis yang baru sampai itu melutut di sisi Shafik. Dia mengusap ngusap bahu Shafik cuba menenangkannya. Dua pegawai polis masuk memeriksa keadaan. “Encik Shafik, dua orang yang terlibat dah kami tahan di luar tadi. Encik Shafik jangan risau.”
Shafik mendekati Diana. Dia duduk di sisinya.
“Diana sihat hari ni?” soalnya.
“Shafik. Dah makan?” Gadis itu menyoal kembali.
“Eh? A’a.. dah makan.” Shafik sedikit keliru dengan soalan Diana yang tiba tiba.
“Cik Julia dah lama tak datang.” Diana mengeluh.
“Cik Julia, sakit. Dia ada di hospital.” Shafik bicara jujur.
“Sakit? Cik Julia kenapa? Rancangan yang Diana buat tu tak menjadi?” Gadis itu mula ingin tahu. Tu semua pasti menjadi Diana, pasti menjadi kalau Shafik tak pergi dan rosakkan rancangan tu. Kalau tak, mesti Haris dah tandatangan. Shafik yang rosakkan semuanya, tapi tu untuk kebaikan semua orang. Shafik ingat pihak polis akan datang lebih awal, dan semuanya akan selesai. “Shafik.” Gadis itu mengocak ngocak tangannya. Inginkan jawapan.
“Ha? A’a.. Menjadi. Mesti menjadi. Cik Julia Cuma tak sihat sedikit. Nanti dia sihat. Sekejap saja tu.” Haris berbohong. Dia tidak mahu gadis itu berfikir lagi.
“Diana nak melawat Cik Julia.”
“Nanti Cik Julia dah sihat, Shafik bawak dia datang sini. Diana tunggu Cik Julia di sini, okay.” Shafik cuba memujuk. Dia memandang Diana. Ada sesuatu yang ingin disoalanya. “Diana, hari tu Shafik ada terima faks pasal HANA Enterprise. Thanks, tapi macam mana Diana faks kan pada Shafik? Diana masih di sini kan.”
“Diana suruh orang lain yang faks kan.” Gadis itu menjawab bersahaja.
“Siapa? Cuma Shafik, Diana dan Cik Julia yang tau pasal ni kan?” Shafik mula keliru. Selama ini ada orang keempat?
“Adik saya, Suraya…” Shafik terkedu di situ.. She is not only got mental problem.. she’s murderer… everything well-planned... Shafik menggeleng geleng kepala, tidak percaya...
the end..

Subscribe to:
Posts (Atom)