Saturday, May 9, 2009

duplicate (fourth post)

continued from the previous post...

“U ok ke tak? Nak pergi klinik ke?” Haris menyoal.
Prinsip no 5: never say no to Haris. “Er.. A’a..” Aliya membetul betulkan pinggangnya.
“Ok, then. I pergi inform pada Diana and Rina, lepas tu kita pergi. U tunggu I dekat sini.” Haris berlalu pergi. Sempat memberi senyuman pada Shafik yang memandang penuh tanda tanya.
Shafik menghampiri Aliya yang duduk di kerusi tetamu. “Kau kenapa ni? Dah kena belasah ke apa ni?” Dia menyoal hairan. Dipandangnya Aliya, mencari jawapan.
“Aku… Aku jatuh kerusi.” Tatakala itu juga Shafik tergelak besar. Dia akhirnya cuba menahan tawa melihat Aliya yang sudah mencuka. Dia mula ingin bersuara, tetapi tawanya masih bersisa.
“Haha.. Kau ni dah silap duduk ke apa. Adoii.. haha.. Dah tu, kau blah macam tu jer la?” Soalnya semula.
“Dah tu, kau nak aku duduk situ buat macam takder apa yang jadi?” Nadanya mula tinggi.
Tawa Shafik terus terhenti. “Dah tu, sakit sangat ke?” Dia mula menyoal Sirius. Risau jugak kalau apa apa yang berlaku. Dia sendiri yang perlu menjawab pada Cik Julia.
“Tak.. Sakit sikit je.” Ringkas jawapannya. Dia sendiri sudah malas bersuara.
“Betul ke nak pergi klinik? Kalau sikit je, tak payah la.” Shafik menambah lagi.
“Kan Julia dah pesan, never say no to Haris.” Aliya masih membetulkan pinggangnya.
“La.. Kau ni.. bertempatla.. kalau dah tak perlu, tak payah la. Karang lagi sekali kau malu kena gelak dengan doktor tu pulak..” Shafik tersenyum. Dia cuba menahan tawa.
“Yelah, yelah.. Tapi aku nak balik. Tak kuasa aku nak duduk sini.” Dia mula mengarah.
“Suka hati kaulah.” Shafik menjawab ringkas. Dia mula menelefon pemandu untuk menjemputnya dengan Aliya.
Seraya itu, Haris masuk. “I dah inform diorang. Meeting pun I dah tangguhkan. U nak pergi sekarang?” Haris menyoal.
“I tak jadi pergi. Sikit je ni. I nak balik berehat kat rumah je.” Aliya menjawab perlahan. Dipandangnya wajah Haris.
Alahai, gentleman nye Haris ni. Bukan macam sorang tu, tau gelak dengan buli aku ada la. Patut la Julia sayang nak mati tunang dia.
“Nak I hantarkan?” Soal Haris.
“Tak. Takpe. Shafik dah call Pak Mad. I balik dengan diorang.” Aliya tersenyum.
“Ouh, ok then. I hantarkan u sampai bawah.”

Aliya membetulkan kedudukannya di sofa itu. Dia sengaja ingin menonton televisyen di ruang tamu. Terasa terkurung di dalam bilik. Tiba tiba Shafik datang menghampirinya.
“So, macam mana dekat ofis tadi? Ok?” Shafik menyoal.
“Boleh la. Jatuh kerusi ja tak ok.” Dia menjawab.
“Meeting pasal apa tadi?” Soal Shafik mula ingin beramah.
“Mana nak sempat meeting apa.” Dia menjawab ringkas. Terasa malas melayan lelaki itu. Tiba tiba pertanyaan hinggap di akalnya. “Eh, siapa pak cik dan pak ngah Julia tu, hah.?”
“Hari ni diorang takder. Diorang memang jarang masuk ofis. Lagipun diorang bukan kerja di situ. nanti kau jumpa lah diorang.”
“Diorang tu jahat ke? Garang?” soalnya lagi.
“Jahat ke tak, mana la nak tau. Julia cuma pesan berhati hati dengan diorang kan.”
“Yelah, kalau kena berhati hati, mesti la diorang tu tak baik.” Aliya menyoal lagi.
“Suka hati kaulah nak fikir apa.” Shafik mula malas menjawab soal itu.
“Berapa saham diorang?”
“Pak ngah dan pak cik dia masing masing tiga puluh tiga peratus. Julia tiga puluh empat peratus.”
“Ouh, sama banyak la kiranya.” Aliya makin berminat
“Sama banyak? Kau tak paham ke ada beza tiga puluh tiga dengan tiga puluh empat tu?” Shafik menyoal lagi.
“Memang la. Kau ingat aku ni bengap sangat ke. Satu je kan bezanya, macam lebih kurang sama la.” Nada Aliya mula tinggi.
“Suka hati kaula. Malas aku nak bertekak.” Shafik mula ingin berlalu pergi. “Encik Haris.” Aliya mengalih ke belakang. Haris berdiri di situ. “Baru sampai Encik Haris?” Soal Shafik.
“A’a.. Baru je.” Haris menghampiri Aliya. duduk di sofa bertentangan dengannya. Shafik terus berlalu pergi. “Macam mana? Dah ok?” Soalnya.
“Ok.. Dah ok.. u dari mana?” Aliya menyoal. Apesal lah kau bengap sangat Aliya. kau tak Nampak ke jam pukul lima, mesti la dari ofis. Hisyyy
“Ofis. Terus datang sini. U nak masuk ofis tak esok?” Soal Haris.
Prinsip no 6: jangan sesekali ponteng kerja. “Yup! I masuk ofis esok. Kaki ni, sikit je. Esok baik la.” Dia tersenyum. Dia sendiri berasa kurang selesa bercakap dengan tunangnya itu.
“U ni, memang kalau bab kerja, it come first kan. Kalau tak nak I nak informkan pada Diana esok. Esok B.O.D nak datang. Esok pagi I siapkan semua fail untuk u. U nak tambah apa apa yang penting ke?” Haris bersuara bersahaja.
BOD? Amenda tu. Butt of donkey? Ahaha.. apa aku nak jawab ni. Urmm.. never say no to Haris, “Ok, ok.. u sediakan. Thanks.” Aliya tersenyum. Dia memandang sekeliling. Mencari Shafik. Dia benar benar perlukan bantuan.
“Anyway, I think I should go. I datang pun nak tengok u dah ok ke belum. U rehatlah dulu. Hope u’ll get better soon. Kalau ada apa apa call I. I balik dulu.” Haris bangun ingin pulang. “I love u. take care dear.”
Prinsip no 7: Bila Haris cakap I love u, terus jawab I love u too. “I love u too. U nak I hantarkan ke depan pintu ke?” Soal Aliya.
“No, no.. u don’t have to. Take your rest. I pergi dulu.” Haris berlalu pergi.
Dibiarkan Haris berlalu sekian lama. “Shafik! Shafik!” Laungnya.
“Kau ni kenapa yang terpekik ni? Kau nak apa?” Soal Shafik yang baru datang dari biliknya.
“B.O.D tu apa?”
“MasyaAllah, kau ni kan. Board of Director. Kau nak jumpa sangat pak ngah dengan pak cik dia kan? Haa.. Esok boleh la kau jumpa diorang tu. Get prepared!”
Fuh…

“Diorang dah tunggu di bilik mesyuarat Cik Julia.” Diana memaklumkan.
“Ok, ok.. Haris mana? Dah pergi?” Soalnya.
“Encik Haris tunggu Cik Julia di luar.”
“Luar? Ouh, ok.. ok.. Kejap, saya nak ambil fail ni. Ni je kan?” Soalnya kepada Diana.
“A’a.. Tu jer. Saya keluar dulu Cik Julia.” Gadis itu berlalu pergi.
Alia melihat fail ditangannya. Apa la semua ni. Diorang suruh bawak, aku pun bawak. Satu benda pun aku tak tahu apa semua ni. Alah, bawak je la Aliya oi, bukan berat sangat pun kan.. dia melangkah keluar. Dilihatnya Haris sedang menunggu di luar.
“Jom! Diorang dah lama tunggu.” Haris mula melangkah. Aliya cuma menurut.
Pintu bilik mesyuarat dikuak. Dua orang lelaki lingkungan lima puluh tahun menunggu di dalam. Mata mereka tertumpu pada Aliya. Aliya sedikit kurang selesa. Terasa seperti lakonannya hampir terbongkar. Dia dan Haris mula mengambil tempat.
“Julia, pak ngah bukan tak suka, cuma pak ngah nak tegur sikit. Ni mesyuarat antara kita B.O.D, rasanya kita bertiga sahaja yang perlu hadir.” Lelaki yang berada paling hampir dengannya itu bersuara.
“Pak cik pun fikir macam tu. Rasanya tak perlu orang luar dalam meeting ni. Julia faham kan?” Seorang lagi bersuara.
Aliya terdiam. Belum sempat bersuara, dia sudah mula kelu dengan kata kata kedua dua orang itu.
Biarkan Haris keluar? Habis aku? Di dalam bilik mesyuarat ni bersama dua orang lelaki ini? lelaki yang Julia langsung tak percayakan. Tanpa Haris, apa keputusan yang perlu aku buat? Apa yang perlu aku cakapkan…

to be continued...

duplicate (third post)

continue from the previous post...

Aliya melangkah masuk ke kamar serba mewah itu. Wow! Best gila bilik ni. Siap ada tv, computer, sofa.. bilik ke rumah dalam rumah ni? Ahaha.. lantak la.. Aliya merebahkan badannya diatas katil. Fuh, lega. Dia memandang siling. Dalam fikirannya berkira-kira, betulkah tindakannya ini.
Tiba-tiba ketukan pintu menghentikan lamunannya. Mak Jah muncul di muka pintu. “Cik Julia nak makan? Mak Jah dah sediakan semua. Hari ni Mak Jah sediakan lauk kegemaran Cik Julia.” Wanita itu melemparkan senyuman.
“Ouh, ye ke. A’a, kejap lagi saya turun.” Mak Jah terus berlalu. Aliya membetulkan baju dibadannya, lantas turun dari katil. Lauk kegemaran? Apa la yang Julia ni suka makan ni. Lupa pulak aku nak tanya. Jangan la dia suka makan benda pelik pelik pulak. Mati aku.
Aliya melangkah ke ruang makan. Dilihatnya Shafik sudah menunggu di situ. Dia maklum, Julia selalunya akan makan bersama Shafik jika makan di rumah. Dia mengambil tempat duduk. Dipandangnya satu persatu lauk di atas meja. Matanya tertangkap pada mangkuk besar di tengah meja tersebut. Masak lemak ketam. Dia memandang Shafik.
“Cik Julia, ni Mak Jah masakkan masak lemak ketam kegemaran Cik Julia.” Tangan Mak Jah ditunjukkan pada mangkuk besar tersebut. Aliya Cuma tersenyum tawar. “Mak Jah masuk dapur dulu ye, makanlah Cik Julia.” Mak Jah ingin berlalu pergi.
“Eh, Mak Jah tak…” Ayat Aliya terhenti. Alamak, macam mana boleh lupa ni. Mak Jah mana makan sekali dengan aku. Aduhhh…
“Kenapa Cik Julia?” Soal Mak Jah yang langkahnya terhenti. Shafik menarik muka. Tidak puas hati dengan tindakan Aliya.
“Eh, tak. Mak Jah boleh sediakan sirap ais tak? Dahaga.” Aliya tersenyum. Shafik menjeling tajam.
“Boleh. Cik Julia tunggu kejap ye. Mak Jah buatkan.” Mak Jah berlalu ke dapur.
“Oi, Cik Julia tak minum air sejuk la waktu makan nasi.” Shafik menegur tajam.
“Ah, lantak la. Julia ni nak minum.” Aliya menjeling. Dilihatnya lauk sekali lagi. Terliur dia melihat sambal ayam. “Apa lagi, jomlah makan.” Dicedokkan nasi ke dalam pinggannya. “Weh, Cik Julia baca doa makan tak? Haha.” Aliya ketawa. Berniat cuma ingin berjenaka.
“Kau rasa lawak ke benda tu?” Shafik bersuara garang. “Tu, ketam tu, makan la. Favourite Cik Julia.” Pelawaan Shafik bernada arahan.
“Weh, aku tak makan ketam la.” Aliya bersuara rendah. Diperhatikan ketam itu. Dia memandang sekilas ke arah Shafik.
“Kau ni, makan pun memilih. Makan je la. Kau tengok ketam tu ada berapa?” Soal Shafik padanya.
“Lima. Kenapa?” Aliya menyoalnya kembali.
“Kenapa? Makan la semua tu. Kalau kau tak makan, nanti Mak Jah perasan kau bukan Cik Julia. Kalau Cik Julia dia boleh habiskan tujuh ekor.” Shafik mula menyuapkan nasi ke dalam mulut. Aliya terjegil.
“Habiskan semua ni? Kau dah gila ke apa. Aku sekor pun tak makan. Kau nak suruh aku makan lima ekor? Kau la yang makan. Kau makan bagi pihak Julia.” Aliya mengarah. Diambilnya seketul ayam dimasakkan ke dalam pinggan. Dibiarkan lauk ketam itu tidak bersentuh.
“Ni Cik Julia, sirapnya.” Mak Jah meletakkan jag air itu di atas meja. Matanya tertangkap pada masak lemak ketam yang tidak tersentuh. “Eh, Cik Julia tak makan ke masak lemak ketam tu?” Soal Mak Jah hairan.
Aliya terdiam. Tidak tahu jawapan yang harus diberi. “Mak Jah, ada lagi ke ketam tu. Cik Julia tengok ketam tu ada lima ekor je. Kalau makan dengan nasi tak cukup. Kejap lagi dia nak makan lepas habis makan nasi tu. Mak Jah jangan risau. Cik Julia akan habiskan punya lauk kegemaran dia tu.” Shafik tersenyum sinis memandang Aliya.
“Ada. ada lagi dalam periuk. Nanti Mak Jah ambilkan.” Mak Jah berlalu ke dapur.
“Kau tunggu la Shafik. Karang aku cucuk mata kau dengan kulit ketam tu.” Aliya mendengus.
Alahai.. bala apa yang menimpa aku ni. Baru sehari, mamat ni dah menyusahkan hidup aku. Agaknya nanti aku mati kena buli dengan dia ni sebelum kena bunuh dengan gangster yang nak bunuh si Julia tu.

Aliya melangkah mengikut Shafik menuju ke dalam pejabatnya. Dia sendiri berasa janggal berada di syarikat besar ini. Dia cuma mengikut langkah Shafik, dia sendiri tidak tahu mana satu pejabatnya.
“Morning Cik Julia.” Sapa seorang gadis tatkala melewatinya. Aliya Cuma tersenyum.
Langkah Shafik akhirnya terhenti di hadapan seorang gadis. Aliya memandang Shafik. Kurang pasti kenapa mereka berhenti di situ. shafik menjelingkan pandangannya pada pintu di sebelah tempat duduk gadis itu. Tertera nama Syarifah Natalia Julia.
“Cik Julia, nak kopi ke?” Soal gadis itu.
Prinsip no 1: sentiasa minta surat khabar sebelum masuk ofis. “Tak pe Linda. Just bring my newspaper inside.” Aliya yang ingin melangkah masuk terhenti tatkala melihat Shafik dan gadis itu memadangnya pelik.
“Saya Diana, Cik Julia.” Gadis itu bersuara hairan.
“Saya ada cakap lain ke tadi? Betul la, saya cakap Diana. Awak yang tak dengar.” Aliya melangkah terus, biarkan mereka berdua penuh tanda soal.
Shafik mengikutnya ke dalam. Pintu di tutup. “Orang pekak pun boleh dengar la kau panggil dia Linda tadi.” Shafik bersuara tidak setuju dengan tindakan Aliya tadi. Dia duduk di sofa.
“Suka hati aku lah.”. Okla cara aku cover line tadi. Tu la namanya teknik orang pro. Hahaha.. Aliya biarkan saja perkara itu berlalu. Malas bertikam lidah dengan Shafik. Dia sendiri terkejut dan sedikit malu tadi apabila sedar dia tersalah nama. Dia mengambil tempat di tempat duduk Julia. Di alih kedudukannya membelakangkan meja. Dia melihat permandangan Kuala Lumpur terasa seperti berada di dalam drama tv pula. “Apesal dekat depan pintu tu, takder nama penuh Julia? Bukan nama dia ada pelik sikit ke kat belakang tu. Apa entah.” Aliya tertawa perlahan.
"Kau rasa nama kau tu sedap sangat ke?” Shafik menyindir. “Kau jangan ingat kau duduk dekat kerusi tu, kau dah hebat sangat. Tu sementara je.” Shafik mengingatkannya. Geram melihat gelagat Aliya.
Aliya Cuma mendiamkan diri. Malas bertekak dengan lelaki itu. Tiba tiba pintu biliknya di ketuk. Seraya Diana masuk. “Cik Julia, Cik Julia ada meeting setengah jam lagi. Dengan semua head of department. Cik Julia nak saya siapkan apa apa fail ke?” Soal gadis itu lagi. Ditangannya terdapat sebuah notebook kecil berserta sebatang pen.
Aliya memandang mejanya. Tidak tahu jawapan yang harus diberikan. Head of department? Aku nak mengarut amenda kejap lagi. Fail? Fail apanya, satu benda pun aku tak tau nak cakap pasal apa ni. Apa aku nak cakap dekat minah ni. “Er.. Tak per, tak payah.” Aliya menjawab ringkas.
“Baiklah Cik Julia. Kalau takder apa apa lagi, saya keluar dulu.” Aliya Cuma mengangguk. Gadis itu melangkah keluar. Dipandangnya Shafik.
“Boleh la setakat Diana yang lepasan diploma tu tertipu dengan kau.” Shafik menyelak nyelak majalah di depannya. Aliya membiarkan saja kata –kata lelaki itu. Ada perkara yang lebih penting harus difikirkannya. Meeting yang bakal di hadiri sebentar lagi.

Aliya melangkah menuju ke bilik mesyuarat. Dia makin berdebar ebar. Dia membuka pintu. Tatkala itu, semua mata memandandang kearahnya. Wow! Ramainya. Satu, dua, tiga.. fuh ramai.. dia berjalan melangkah ke depan. Tempat duduknya. Prinsip no 2: Tengok semua orang sudah hadir ke mesyuarat, baru duduk. Aliya berdiri sebentar. Memerhatikan setiap orang yang hadir. Tiada tempat kosong. Hatinya lega. Jika tidak pasti dia perlu bertanya mana perginya orang yang tidak hadir itu. Dia terpandang sekilas Haris. Ini kali pertama dia melihat Haris. Tetapi dia sudah mengenali rupa lelaki itu melalui gambar yang di tunjukkan Julia.
Aliya kemudian duduk dia senyum sebentar. Prinsip no 3: selak apa sahaja fail yang ada di atas meja. Aliya mengambil fail yang berada di depannya. Diselak satu persatu. Tidak ada satu pun yang difahaminya. Dia Cuma ternampak graf-graf dan beberapa angka. Dia membaca beberapa ayat yang turut di taip diatas kertas tersebut.
Prinsip no 4: bersandar pada kerusi sebentar kemudian mulakan mesyuarat. Aliya meletakkan fail tersebut di atas meja. Dia kemudia bersandar di kerusi sehingga badannya sedikit terdorong ke belakang, dia terlalu bersandar dan akhirnya.. oh, no! bedebuk! Lagak bunyinya seperti nangka busuk jatuh. Adoiii!!Semua orang bangun terkejut.
“Cik Julia, Cik Julia ok ke?” Soal seorang lelaki yang berada hampir dengannya. Haris menghampiri. Menghulurkan tangan. Aliya menyambut tangan itu. Dia bingkas bangun. Terasa sakit seluruh badan. Dia melihat semua orang. Hampir kesemua sedang menahan ketawa.. Terasa ingin saja di sorok mukanya di bawah meja itu. Dia melangkah keluar pantas.
“Julia!” Haris mengejar..
Aliya!!! apa kau buat ni.. malu.. waaa.. tak nak dah duduk sini!!! Julia, cepat la kau balik! so, lepas ni macam mana aku nak berdepan dengan diorang ni.. pintu biliknya di kuak.

Shafik yang sedang terbaring di sofa melompat bangun. kenapa dia ni? bukan meeting baru nak mula ke. yang tehinjut hinjut ni pesal. baru habis bergusti ke apa sorang ni. Tiba-tiba seseorang masuk.
"Julia.." Aliya mengalih kebelakang. Haris..

to be continued...

Friday, May 8, 2009

duplicate (second post)

continued from the previous post...

“Sekarang kita mulakan. Mula dari dalam rumah aku. Aku tinggal sorang. Big bungalow. Ada tiga buah kereta. Tapi kau tak payah drive kereta aku. Kau guna je kereta yang driver aku sediakan tu.”
“Dah tu, kemas rumah, masak?” Soal Aliya.
“Kau ni kan.. memang lembab la. Dah rumah aku besar besar macam tu takkan takder pembantu.” Nada Julia tinggi. Geram dengan Aliya.
“Tadi kau jugak cakap, kau duduk sorang je kat rumah tu.” Aliya menjawab. Dia tertunduk tatkala Julia mengjegilkan matanya.
“Kau ni.. kalau aku tau kau lembab macam ni, tak kuasa aku nak suruh kau menyamar jadi aku.” Dia melemparkan pandangan ke arah tingkap. Dia mula berfikir. Lama dia berdiri di situ. “Kejap. Aku nak keluar. Kau tunggu sini. Shafik, kau jaga perempuan ni. Kalau terlepas, siap kau.” Tajam amaran Julia. Pengawal peribadi itu cuma tunduk, tanda patuh.
“Kau nama Shafik ke?” Soal Aliya selepas lama mereka berdiam diri.
“Dah tu, kau tak dengar ke dia panggil aku apa tadi.” Tegas suara itu. Aliya memalingkan pandangannya ke arah lain.
Aku tanya elok elok kau jawab kasar pulak.kau ingat aku nak sangat ke cakap dengan kau.boleh blah la! Siapa lah yang memandai tunjuk gambar aku pada perempuan sihir ni. Apa yang dia nak. Macam mana kalau ada orang sebenarnya nak bunuh dia. Aku yang jadi mangsa? Gila perempuan ni.
Lama mereka berdua mendiamkan diri. Aliya menarik keluar majalah dari bawah meja kopi. Dia menyelak nyelak satu persatu muka surat.
Tiba-tiba pintu dikuak. Julia melangkah masuk. “Oklah, memandangkan kau dah bersetuju kan. Kita tetap akan teruskan. Aku takder pilihan lain selain bijakkan kau yang kurang bijak ni.” Dia mendengus.
Panas telinga Aliya mendengar itu. Melihatkan pengawal peribadi itu masih di situ, dia menahan geram di dalam hati. Terasa ingin saja menarik rambut perempuan itu. “Kau nak aku buat apa lagi?” Soalnya. Rimas dengan suasana sepi itu.
“Kita sambung je yang tadi. Pasal rumah tu, takder masalah untuk kau rasanya. Kau tak habiskan banyak masa di rumah. Semua pasal pembantu tu, nanti Shafik kenalkan pada kau. Next, aku dah ada tunang. Dia..”
“Apa?! Tunang? Eh, kau nak aku berlakon jadi tunang kepada tunang kau jugak?” Aliya pantas memotong percakapan Julia. Julia bukan calang calang orang. Dia pasti orang di sekelilingnya jugak hebat hebat belaka.
“Dah tu? Kau nak menyamar jadi aku, tapi tak nak menyamar jadi tunang kepada tunang aku? Kau ni tak der otak ke apa?” Marah Julia.
“Yelah, yelah..” Aliya akur. Tiada guna protesnya.
“Tunang aku kerja bawah aku. Haris. Dia orang yang paling aku percaya. Company aku besar. Indah Holding. Pemegang saham syarikat tu, pak cik dan pak ngah aku. Kau jangan percaya langsung pada diorang. Apa pun keputusan yang kau nak ambil, kau mesti tanya Haris. Apa saja yang kau kena tandatangan, kau kena baca betol betol. Kalau kau confuse, terus call Haris.” Julia berhenti sebentar. Dia memandang ke luar jendela. Seperti berfikir sama ada keputusannya ini tepat.
“Kenapa kau percaya sangat dengan Haris?” Aliya menyoal. Dia berasa kurang yakin apabila insan bernama Haris itu terlalu dipercayai. Hebat sangatkah dia tu.
“Sebab aku tau dia boleh dipercayai. Kau jangan banyak tanya. Lepas ni, aku nak kau belajar tandatangan aku. Aku akan tunjukkan semua gambar staf ofis yang kau perlu kenal. Aliya, semua ni cuma antara kita bertiga, aku, kau, Shafik. Kalau ada orang ke empat yang tau, kau dengan orang keempat tu, mampos!” Julia berhenti di situ. dia memandang Aliya. Mencari keyakinan di sebalik wajah itu.

“Rumah ni ke?” Aliya menyoal Shafik tatkala kereta yang di pandu Shafik masuk ke perkarangan banglo besar.
“Dah tu, kau ingat aku nak bawak kau datang rumah siapa? Nenek kau?” Shafik bersuara bersahaja. Aliya menjeling tajam di tempat duduk belakang. Rumah itu benar-benar besar. Dia makin pasti, tugasan yang perlu dipikulnya amat berat.
Aliya membuka pintu kereta. Shafik yang baru sahaja turun pantas berjalan ingin membukakan pintu untuk Aliya terhenti. “Cik Julia tak pernah buka pintu kereta sendiri.” Tegurnya sinis.
“Manalah aku tau, dia tak cakap pun semalam.” Aliya menjeling.
“Cik Julia! Mana Cik Julia tidur semalam. Mak Jah risau..” Tiba-tiba seorang wanita berumur lingkungan lima puluh tahun muncul dari halaman rumah.
“Mak.. Mak Jah.. err..” Aliya mula bersuara. Dia sedikit kelu. Dipandangnya Shafik. Sahfik mengalihkan pandangan kea rah lain, biarkan gadis itu mencari tindakan sendiri..
Aliya, now u are Julia.. u are finished.. waaa.. mati aku.. Dia memandang Sekilas rumah mewah yang bakal dihuninya dan memulakan hidup baru..
boleh ke aku?

to be continued...

duplicate (first post)

Dia memandang sekeliling VIP Suite itu. Tidak pernah bermimpi akan dapat merasa melangkah ke hotel semewah ini. dia duduk di atas sofa empuk itu. Sudah hampir setengah jam dia menunggu. Dia sendiri tidak pasti siapa yang di tunggunya. Dia mendapat panggilan dari seorang perempuan yang ingin bertemunya di sini. Dia di sambut mesra ketika tiba tadi. Dia pasti perempuan itu bukan calang calang orang. Tiba tiba pintu bilik itu dikuak. Seorang gadis masuk. Aliya memandang wajah itu. Dia memerhatikan gadis itu. Wajah mereka seiras. Gadis itu melangkah masuk menghampirinya. Dia tersenyum memandang Aliya.
“Kenapa? Pelik? Aku pun pelik jugak bila ternampak gambar. Muka kita sama kan?” gadis itu duduk di atas sofa bertentang dengan Aliya.
“Apa kau nak?” Aliya menyoal. Dia masih memandang wajah itu. Persis wajahnya. Cuma rambutnya lebih pendek melepasi paras bahu. Pakaiannya juga lebih cantik, ternyata kena dengan tubuhnya.
“Aku nak bagi kau kerja. Kerja yang kau pasti takkan tolak.” Nadanya ternyata yakin. Mata gadis itu bertembung dengan Aliya.
“Kerja? Kau ni siapa? Macam mana kau kenal aku?” Aliya menyoal tidak sabar menanti jawapan.
“Aku Syarifah Natalia Julia Kasandra Syed Kamarul.” Dia terhenti di situ. Aliya tersenyum. Terasa kelakar mendengar nama itu. Perkataan ‘Kasandra’ itu seperti pernah didengarnya. Entah di mana. “Kenapa? Ada yang kau rasa kelakar ke?” Soal gadis itu tegas. Aliya cuma menggeleng. “Orang panggil aku Julia je. Kerjanya senang je, aku nak kau menyamar jadi aku. Boleh?” soalnya, matanya masih belum dialih ke tempat lain.
“Ha?! Untuk apa? Kenapa kena menyamar? Kau nak pergi mana?” Pantas soalan keluar dari mulutnya.
“Untuk apa? Kau Cuma perlu jadi aku. Buat apa yang patut aku buat, di rumah, pejabat. Aku ada hal yang perlu aku selesaikan di luar negara. Kau tak perlu sibuk nak tahu. Kau setuju?” Ringkas penerangan gadis itu.
“Eh, kau dah gila ke. Aku tak nak. Aku dah cukup selesa dengan hidup aku. Aku tak nak.” Aliya pantas bangun ingin pergi.
“Tunggu dulu Aliya. Kau belum dengar pun apa yang aku nak beri pada kau.” Langkah Aliya terhenti. “Kau boleh tinggal di rumah aku. Buat macam rumah kau sendiri. Semua gaji aku setiap bulan jadi milik kau. Kau nak terlepas lebih dari lima belas ribu ringgit sebulan?” Soal gadis itu. Dia menghampiri Aliya. Dia memandang Aliya mengharapkan jawapan.
“Aku tak nak. Duit kau tu tak menjamin keselamatan aku. Kau nak suruh aku ambil tempat kau sebab ada orang nak bunuh kau?” Soal Aliya, serkap jarang.
“Oi! Memandai je kau ni. Mana ada orang yang berani cari pasal dengan aku. Tapi, kalau kau tak terima, keselamatan kau lagi tak terjamin.” Gadis itu memandang lelaki yang mengiringinya tadi. Lelaki itu mengeluarkan pistol. Aliya terkesima. Terasa ajal berada di depannya. Dia menggeletar.
“Kenapa aku?” Aliaya menyoal. Terasa ingin lari dari situ.
“Eh, apesal kau bongok sangat ni hah? Dah tu kau nak aku suruh jantan depan kau ni menyamar jadi aku?” Gadis itu bersuara tinggi. Geram dengan soalan tersebut.
“Kenapa kau nak lari? Kau ada buat salah? Kau ada bunuh orang?” Aliya mula menafsir sendiri.
“Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Eh, kalau aku ada bunuh orang, dah lama polis tangkap aku dekat sini lah, bodoh. Sekarang ni, aku nak dengar, kau nak ke tak? Jawab aku cepat!” tinggi suara itu. Aliya terkejut.
“Kalau aku nak?” Aliya menyoal kembali.
“Well, aku dan kau tidur di sini, then aku ajar kau semua benda untuk jadi Julia.” Suara itu berubah lembut.
“Kalau aku tak nak?” soalnya lagi. Persis bermain tarik tali dengan gadis itu.
“Kalau kau tak nak, lima saat dari sekarang nyawa kau melayang. So, kau dah ada pilihan?”
“Kenapa kau nak bunuh aku? Aku tak buat salah pun pada kau. Kau biar je aku pergi. Aku janji tak cerita pada sesiapa.” Suaranya mula bernada merayu.
“Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Sekarang kau jawab kau nak ke tak?” Aliya tertunduk. Ingin mencari jawapan yang pasti. “Ahaa.. lagi satu, kalau kau nak cuba tipu aku, kononnya lepas kau setuju then kau nak bocorkan rahsia ni, kau ingat sini, orang aku ada untuk ikut kau dua puluh empat jam. So, kau jangan fikir nak tipu aku.” Gadis itu mengugutnya lagi.
Aliya memandang gadis itu. Dia benar- benar terjatuh dalam kandang harimau.


to be continued...

jom ketawa!!! hahaha..

baru baru ni, aku baru mendapatkan majalah remaja edisi 1 mei.. ni first time la aku bli majalah ni (selama ni dok baca yg org len ja), lpas dah mula berhenti dapatkan utopia.. tgk2 xbest mna pon la... lepas selak sikit2 aku pas la kat adik aku.. tb2 aku nampak dia n kakak aku dok gelak baca magazine tu..
aku pun dengan penuh tanda tanya dan soal, tarik ar magazine tu..
tiba2 aku ternampak headline.. "bakar kalori? ketawalah.." aku pon automatik tergelak..
rupa-rupanya, berdasarkan kajian yang dibuat di Vanderbilt University, ketawa sebenarnya boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh. ketawa memerlukan banyak tenaga kerana ia melibatkan pelbagai jenis otot di dalam badan, termasuk otot perut. tertawa yang terbahak bahak 15 minit sehari boleh menambahkan pembakaran kalori sebanyak 14.600 kalori dalam setahun..
so, aku, kakak n adik pon trus teregelak lagi.. hahaha.. tapi x kurus kurus pon.. tiap2 hari dok gelak jugak.. agaknya aku ni tlebih gelak kot.. dia cakap 15 minit sehari.. aku ni tiap2 15 minit dok gelak.. hahaha.. lagi 1, sebab dok gelak kat orang, tu yg lagi x berkesan tu... lepas ni jangan la korang tergelak tak bertempat pulak.. fakta pon fakta jugak, but make it rational to urself..
so, why worry??? gelak la.. hahaha..

Monday, May 4, 2009

mari mengundi!

tengok tajuk? huhu..
ni bukan pilihan raya, ok..
ni adalah survey nak tengok bpa ramai nk pegi matrik, asasi, dip or form 6..
nampak x poll kat sebelah kanan ni?
jalankan tanggungjawab anda..
tak kena mendaftar pon... tak perlu 21 tahun ke atas jugak..
ic pun aku tak mintak..
just giv me one click..
kalau nak comment gtau korang clik apa pon boley..
no hal.. sekupang pon tak rugi..

panik nak start study?

rasanya, ramai dah buat keputusan nak study mana.. since it's less than a week to go to matriculation college.. gila apa esok nak daftar ari ni baru decide kan..
panik? gelabah? takut?
___________________________________
mesti la smua tu ada.. tapi xtau la kalau ada yang relaks slumber badak je..
might be quite abnormal kot.. haha..
_________________________________________
bagi aku, paling x ska minggu orentasi.. fuh!
it's depend larh on the fasilitators n activities, kalau membosankan, tu lah yang paling sakit kepala dan hati..
-----------------------------
one more thing, having new frenz.. it's great kalau dapat yg kewl nice person.. kalau yang tak sekepala, fuh! tension tu..
----------------------------------------
kena cuba yang terbaek utk adapt wif new environment.. (buat yg pergi jengka, biasakan sikit diri dengan belantara.. hahah)..
---------------------------------
cara belajar pon, mesti beza kan.. dah tak ada cikgu saadah yang akan kejutkan aku kalau tido.. haha.. tak da cikgu rohah yang bagi great explaination, tak da cikgu zuraini yang nak layan kerenah aku yang ntah apa2, tak da lagi cikgu noraini yang slalu risau dengan result kita smua..
everything on our own..
------------------------------------------------------------
to all my frenz.. jaga diri, sahsiah, akhlak, agama..
semoga kejayaan bersama kita..
----------------------------------------
panic? chill larh!!
oit, pegi mana pon, keep in touch!
Daisypath Friendship tickers