Showing posts with label duplicate. Show all posts
Showing posts with label duplicate. Show all posts

Tuesday, May 12, 2009

done my "duplicate"

selepas.. ntah la bpa hari, aku pun tak ingat, akhirnya short story ni siap..
banyak juga yang aku rancang macam lain, last last jadi macam lain coz tersilap plan.. haha..
last post ni cam crowded sket, btol2 rush nak siapkan..
masa tak mengizinkan..
tapi harapnya tak da la tanda tanya apa2 yg x jelas..
lpas ni sambung study, tak tau lagi bila nak meringankan tangan menulis kat blog ni..

to those yg going to for upu, mara or jpa wish u all luck!
yg dah pergi matrik, rasanya tak terlambat lagi nk wish good luck for u all..

~salam persahabatan~

duplicate (last post)

continue from previous post...

“Aku dapat surat lawyer semalam. Ayah Julia nak bahagikan harta dia lagi lepas dua puluh lima tahun ni. Kau dah tahu kan?” Aliya memandang Shafik. Dia malas lagi mempersoalkan bagaimana Shafik tahu, mungkin itu urusan Julia dan Shafik.
“Dah.” Ringkas jawapannya.
“Habis tu, kalau korang dah tau, kenapa Julia lari? Sebab dia tak nak sign pembahagian harta tu? Kalau aku sign semua tu jadi tak sah? Sebab tu dia lari?” Dia mula mentafsir sendiri.
“Bukan macam tu lah. Kalau itu tujuannya, lepas tu Julia jugak yang kena tangkap atas sebab kes penipuan. Tak ke bodoh macam tu.”
“Dah tu, kanapa Julia lari?”
“Dia bukan lari. Nanti dia balik la. Kau tak perlu risau.” Shafik menjawab malas. Banyak lagi perkara lain yang perlu difikirkan.
“Nanti? Bila? Tiga hari lagi Julia sepatutnya tandatangan dokumen tu. Kalau melibatkan undang undang aku tak nak terlibat.” Aliya memberi kata putus.
“Kau ikut je boleh tak. Kitorang tahu la apa kitorang buat. Cik Julia tangah berusaha nak pulang ke Malaysia. Sabarlah.” Shafik terus berlalu. Dia malas bertekak.

“Are u ok?” Soal Haris.
“I’m ok.” Aliya menjawab. Dia masih teragak agak untuk masuk ke dalam bilik Encik Hamidi. Dia mengharapkan keajaiban supaya Julia muncul di saat ini.
Julia, kau tau, kalau aku masuk tandatangan sekarang, kau dengan aku sekali masuk lokap.. Waaaa.. kau takper la, kat oversea, aku ni..
“Masuklah. Dah lama diorang tunggu.” Haris mula mengarahnya.
Dia memandang Haris. Ya, Haris je yang boleh tolong aku. Kalau dia tau aku bukan tunang dia, mesti dia pergi cari Julia tu. “Haris, I nak beritahu u something.”
“Apa?” Haris hairan.
“Actually, I sebenaranya…” Ayatnya terhenti di situ. Julia pernah pesan kalau orang keempat tau, aku dengan orang keempat akan dihapuskan. Macam mana ni.
“Ouh, Cik Julia dah ada di sini. Masuklah Cik Julia. Dah lama kami menunggu.” Encik Hamidi tiba tiba muncul di muka pintu.
“A’a. saya memang dah nak masuk.” Aliya memandang sekali lagi Haris. “I masuk dulu.” Aliya tiada pilihan. Encik Hamidi menanti di situ.

“Kalau macam tu, semua dah jelas, sila turunkan tandatangan di surat penyerahan harta pusaka yang saya sudah sediakan. Nadia..” Setiausaha Encik Hamidi, Nadia menghulurkan fail yang sudah tercatat semuanya. Dihulurkan setiap seorang satu mengikut nama yang tercatat di hadapan.
Datuk Hamdan dan Datuk Azlan ternyata puas hati dengan aset yang dimiliki. Aliya Cuma berdiam diri. Masing masing mencapai pen untuk ditandatangani.
“Nanti dulu!” suara itu mengejutkan semua orang. Semua mata beralih ke arah pintu.
“Julia..” Aliya bersuara. Semua di situ makin keliru. Mereka memandang Julia dan Aliya silih berganti.
“Datuk Hamdan dan Datuk Azlan tak berhak ke atas harta tu. Sebab dua orang lain yang berhak ke atas harta tu dah ada di sini.” Julia bersuara lantang. Dia melangkah masuk ke ruang itu.
“Apa kau mengarut ni Julia. Ni siapa yang kau upah menyamar jadi kau ni?” Datuk Hamdar bersuara panic. Tidak jelas dengan apa yang berlaku.
“Dia tu, Syarifah Natasya Aliya Kasandra Syed Kamarul yang pak ngah cuba bunuh dulu. Pak ngah dah tak ingat? Dan ini mak saya yang pak cik ugut untuk bunuh kami berdua kalau dia tak tinggalkan Malaysia dua puluh lima tahun dulu? Pak cik ingat?” Seorang wanita muncul, dia berjalan di menghampiri Julia. Berumur dalam lingkungan lima puluhan.
“Kau buat cerita apa ni Julia, Pak cik tak pernah ugut mak kau, dia yang lari ikut jantan lain.” Lantang suara itu.
“Permainan kau dah tamat Azlan. Kembalikan hak hak anak aku.” Wanita itu bersuara tenang.
Tiba tiba pintu di ketuk. Tiga orang anggota polis perpakaian lengkap masuk. “Kami ada waran tangkap untuk menahan Datuk Azlan dan Datuk Hamdan kerana di syaki terlibat dengan kes ugut dan bunuh Syed Kamarul. Sila ikut kami ke balai.” Dua pegawai polis menghampiri Datuk Azlan dan Datuk Hamdan.
“Kau tunggu Julia, kau tunggu!” Datuk Hamdan memberi amaran sebelum melangkah mengikut pegawai polis tersebut.
Aliya melangkah keluar meninggalkan mereka di situ. dia ingin bersendirian. Julia cuba menahan, tetapi wanita di sisinya menghalang. “Biarkan dia berseorangan dulu. She need to be alone. Fikiran dia terlalu serabut untuk mendengar penjelasan dari Julia.”

Aliya membiarkan sepoi sepoi angin menampar wajahnya. Dia selesa berada di sini. Sudah tiga hari dia tidak menjejakkan kaki ke banglo mewah yang pernah dihuninya dulu. Tidak ramai orang di Masjid Putra hari ini. Dia mengambil udara di balkoni mengahadap tasik buatan manusia itu. Dia memerhati kawasan sekeliling, cantik, bangunan pejabat menteri jelas kelihatan.
“Bila u nak balik rumah?” suara itu mengejutkannya. Haris…
“Tu bukan rumah I.” Dia meleparkan pandangannya ke tasik. Tidak diendahkan Haris.
“Siapa cakap, Julia kan kakak u, tu rumah u jugak.”
“U dah tau semua kan? U dah tau sebelum ni I menyamar jadi Julia.” Aliya menduga.
“Ye, I tahu. I yang temukan u dengan dia kali petama dulu.” Haris turut mengalihkan pandangan pada tasik. Dia mencari cari bagaimana dia perlu mulakan. Dia yakin Aliya ternanti nanti kisah sebenar. “Lepas ayah u, Syed Kamarul berkahwin dengan mama u, Salina, diorang dikurniakan anak kembar, u dan Julia. Dua tahun lepas tu, Datuk Azlan dan Datuk Hamdan dapat tahu, ayah u dah wasiatkan semua harta pada u, Julia dan Puan Salina. Diorang marah sebab diorang sepatutnya turut dapat harta tu sebab harta Syed Majid, datuk u terlalu banyak diserahkan kepada ayah u dari diorang. Diorang tak berpuas hati. Menurut wasiat, kalau salah seorang pewaris tiada sebelum harta diserahkan kepada pihak tersebut, harta jatuh kepada Datuk Hamdan dan seterusnya pada Datuk Azlan. Oleh kerana terlalu terdesak, diorang mengugut akan bunuh u dan Julia kalau Puan Salina tak hilangkan diri ke luar negara. Waktu tu ayah u di Bangkok. Puan Salina tiada pilihan lain. Dia tak nak anak anak dia di cederakan. Bila ayah u balik, dia terkejut tengok mama u dah tak der, Datuk Hamdan dan Datuk Azlan buat cerita mama u ikut lelaki lain ke luar negara. Diorang suruh ayah u pergi cari mama u. diorang pujuk ayah u untuk bawak u sekali supaya hati mama u akan lembut ikut diorang balik Malaysia. Masa tu, pemandu ayah u Hamid dah agak sesuatu yang tak kena dengan cerita tu. Dia yakinkan, ayah u untuk tinggalkan u di Malaysia. Dia suruh ayah u tinggalkan u di rumah anak yatim kerana tak nak Datuk Hamdan dan Datuk Kamarul tau u tak ikut ayah u ke Australia. Ayah u cuma tinggalkan u di depan pintu rumah anak yatim malam tu. Dia letakkan tag nama Aliya pada baju u.” Haris berhenti sebentar. Dia memandang Aliya.
“Teruskan je. I dengar.” Aliya bersuara.
“Akhirnya perkara yang Hamid risaukan benar benar berlaku. Wayar brek kereta ayah u dipotong. Ayah u kemalangan masa ke lapangan terbang. Datuk Hamdan dan Datuk Azlan gembira waktu tu. Dia ingat u dah mati bersama ayah u. Waktu tu, Julia dangan u dah terpisah. U akhirnya di besarkan di rumah anak yatim tu, Julia pulak Datuk Azlan yang besarkan. Walaupun Julia dibesarkan di rumah Datuk Azlan, dia selalu kena dera. Sampai dua puluh satu tahun, Julia bebas. Harta yang sepatutnya menjadi miliknya, dah dimiliki. Tapi Cuma lima puluh satu peratus. Yang lain milik Datuk Hamdan dan Datuk Azlan. Diorang banyak gelapkan duit Indah Holding untuk naikkan syarikat diorang. Tahun 2002, kegiatan diorang tu di kesan. Tapi, Julia maafkan diorang. Sebab diorang yang besarkan Julia.”
“Kenapa diorang tak bunuh Julia sekali?” Soalnya.
“Diorang bijak. Kalau diorang bunuh Julia sekali, orang akan syak itu kerja diorang. Sebab semua jatuh ke tangan diorang. Malah, besarkan Julia pun taktik diorang supaya tak di syaki.”
“Mana korang tau semua ni?” Aliya penuh tanda tanya.
“Hamid tu sebenarnya ayah Shafik. Dia tak ikut pun ayah u ke lapangan terbang malam tu. Pada mulanya, dia nak terus rahsiakan hal ini kerana takut Datuk Azlan dan Datuk Hamdan akan cari dan bunuh u, tapi dia luahkan jugak semuanya pada Shafik sebelum dia meninggal tahun lepas. Shafik Cuma ceritakan pada I, dia takut kalau Julia tahu, dia akan cari u, dan Datuk Azlan dan Datuk Hamdan dulu dapat jumpa u.”
“So, kenapa tiba tiba Julia cari I? mana dia tau I hidup lagi?”
“Dua bulan lepas, Encik Hamidi panggil Julia ke pejabatnya. Dia beritahu pembahagia harta yang bakal berlaku lepas dua puluh lima tahun tu. Julia mula takut, dia tau, pembahagian itu akan menjatuhkan dia. Dan itu yang paling ditunggu tunggu Datuk Azlan dan Datuk Hamdan. I dan Shafik rasa jalan terbaik untuk selamatkan harta tu cuma dengan cari u dan Puan Salina. Kitorang bertiga buat kata putus untuk cari u. Dengan sedikit maklumat yang kitorang dapat dari rumah anak yatim tu kitorang cari u. kitorang cari u di gerai gerai makan sebab tau u kerja di situ. Akhirnya, Shafik jumpa u. kitorang dapatkan nombor phone u dari tauke gerai. Esok tu, Julia call u minta jumpa di hotel. U pergi jumpa dia. Lepas dia terangkan apa yang perlu u buat, dia tak yakin dengan u. dia risau. U macam tak boleh menyamar jadi dia. Dia riau kalau Datuk Azlan dan Datuk Hamdan dapat tau. U ingat tiba tiba masa bincang dengan Julia di hotel tu, dia mintak u tunggu kejap dengan Shafik dalam bilik?” Soalnya. Aliya mengangguk, segalanya makin jelas.
“Sebanarnya dia turun jumpa I di lobi. Dia cakap dia tak yakin nak u menyamar jadi dia. Tapi kitorang tak der pilihan lain. U perlu gantikan tempat dia sebab dia nak ke Australia cari Puan Salina. Kalau dia ambil cuti, dia risau Datuk Azlan dan Datuk Hamdan akan syak sesuatu sebab dia tak pernah ambil cuti panjang. I yakinkan Julia yang I akan bantu u. tapi I mintak dia rahsiakan yang I tau penyamaran u sebab I tak nak u terlalu bergantung pada I sehingga Datuk Azlan dan Datuk Hamdan perasan ada sesuatu yang tak kena. Akhirnya dia setuju. Lepas tu, Julia terus ke Australia cari Puan Salina. U ingat Shafik pernah beritahu saham yang dimiliki Julia Cuma tiga puluh empat peratus? Sebenarnya dia terlepas cakap. Dia sendiri perasan u mula curiga pada dia lepas tu.”
Aliya faham semuanya kini. Rupa rupanya Julia kakaknya dan Puan Salina ibunya. Tiba tiba telefon bimbit Aliya berbunyi, dia melihat screen. ‘Shafik..’
“Hello..”
“Hello Aliya, polis call I semalam, orang yang cuba tembak u tu dah serah diri di balai pagi tadi. U nak ikut I pergi balai?” Soal Shafik.
Serah diri? Siapa pulak orang ni…

Aliya dan Shafik beriringan masuk ke ruang pejabat hospital. Mereka terkejut ketika di maklumkan pihak polis pesalah itu telah dimasukkan ke hospital bahagia pagi tadi. Selepas berurusan dengan pihak pentadbiran mereka di bawa jururawat ke bilik pesakit. Aliya memandang simpati kepada pesakit pesakit mental di di situ.
“Ni biliknya. Kalau ada apa apa panggil jururawat di luar.” Jururawat itu tersenyum lalu meninggalkan mereka.
Mereka berdua menapak masuk ke ruang itu. Mereka terkejut melihat wajah itu. Aliya seperti ingin rebah. “Diana…” lemah suaranya.
Gadis itu mengalih. Dia tersenyum, tetapi air matanya mengalir. Dia turun dari katil. Rambutnya berserabut. Dia menghampiri Aliya. “Cik Aliya..” Aliya terkejut di saat namanya di panggil. Rupa rupanya gadis ini turut tau penyamarannya dulu. Dia menarik tangan Aliya keluar dari bilik itu. Aliya Cuma menurut. Shafik mengikut di belakang.
Dia menyuruh Aliya duduk di bangku bersebalahannya. Aliya melihat ramai pesakit pesakit bermain di padang itu. Tidak kurang ada yang murung bersendirian dan ada yang cakap seorang diri
“Cik Aliya, saya nak cerita pada Cik Aliya, Cik Aliya nak dengar?” Soal gadis itu. Dia memandang sepi wajah Aliya. Aliya cuma mengangguk.
“Saya benci Datuk Hamdan. Dia pernah rogol adik saya. Saya benci dia. Bila satu hari Cik Julia panggil saya Linda, saya mula syak ada sesuatu yang tak kena. Tak mungkin Cik Julia silap. Saya dah tiga tahun kerja di situ dengan Cik Julia. Bila saya tau Cik Julia nak berkerjasama dengannya untuk jual satu peratus saham, saya tak setuju. Datuk Hamdan jahat. Dia cuma nak jatuhkan syarikat tu. Saya tau, kalau Cik Julia mati, semua saham akan jadi milik Encik Haris. Saya seronok kalau Encik Haris yang pegang syarikat tu, dia tak pernah ikut kata kata Datuk Hamdan. Lepas hampir habis waktu kerja saya tunggu di belakang tiang tingkat tujuh. Saya tau Shafik letak kereta di situ. bila saya cuba tembak Cik Julia, saya dengar Shafik jerit nama Aliya, tembakan saya tersasar. Saya terkejut. Tak mungkin Shafik silap nama. Saya mula pasti ada sesuatu yang tak kena. Lepas Shafik dan Cik Julia tertiarap di atas lantai, saya sebenarnya masih di belakang tiang tu. Saya tak tau bagaimana nak lari dari situ. bila Shafik sibuk tenangkan Julia, pegawai keselamatan tu sibuk memeriksa kereta yang saya tembak, saya keluar dari situ. saya mendekati Cik Aliya.” dia terhenti di situ. dia ketawa.. Aliya terkejut. “Korang bodoh kan, kenapa korang langsung tak hairan macam mana saya boleh berada di situ dalam masa yang singkat, sedangkan tak siapa yang tau siapa yang ditembak. Masa tenangkan Cik Aliya, saya perasan, takder cincin tunang di tangannya. Cik Julia takkan tanggalkan cincin tunang tu. Seminggu Cik Aliya tak masuk pejabat, saya geledah fail kewangan syarikat. Saya ambil fail kewangan tahun 2002. Dalam tu ada rekod pecah amanah yang Datuk Hamdan pernah lakukan. Saya fotostat dan sebarkan pada client Datuk Hamdan. Cik Aliya pun tak perasan saya tertinggal fail tu dia atas meja hari tu. Lepas tu saya dengar Cik Aliya, Encik Haris dan Shafik nak lunch sekali. Saya ikut korang semua waktu tu. Saya ada dibelakang korang. Tapi korang tak perasan sebab rambut palsu dan baju yang ditukar. Bila Cik Aliya ke tandas, saya dengar semua yang Encik Haris dan Shafik bincangkan. Saya dapat tau kenapa Cik Julia ke Australia. Saya seronok sebab Datuk Hamdan akan jatuh jugak. Dan kalau Puan Salina dijumpai, Datuk Hamdan akan ditangkap sebab Puan Salina boleh mendakwanya. Saya buka surat dari Puan Salina yang saya simpan. Dah lama surat tu saya simpan, tak beri pada Cik Julia sebab saya curiga siapa Puan Salina. Saya ambil alamat tu dan faks kan pada Cik Julia dia Australia. Akhirnya Cik Julia jumpa Puan Salina. Saya dapat tau Datuk Hamdan dah tertangkap. Dendam saya dah terbalas. Sebab tu saya pulang ke tempat asal saya.. hahaha..” Gadis itu ketawa gembira. Dia menarik narik rambutnya.. “Pandai tak saya?” dia ketawa lagi. Aliya Cuma mengangguk. “Saya pandai kan? Saya pandai kan Cik Aliya? haha” dia ketawa lagi.. Aliya memandang Shafik.
Semuanya sudah jelas.. terlalu jelas..

the end...

Monday, May 11, 2009

duplicate (seventh post)

continued from previous post...

“Julia, u nak lunch tak?” Haris mengikutnya berjalan ke biliknya.
“Tak nak. Tak lapar.” Aliya tidak mengendahkan Haris.
Haris mengeluh. Tidak faham dengan seorang ini. “Jomlah. I dah booking tempat ni.” Haris menolak pintu bilik Aliya setelah gadis itu menutupnya selepas melangkah masuk.
“Nak pergi lunch ke?” Soal Shafik yang berada di sofa.
“A’a.. Tapi ada orang tu jual mahal.” Haris menyindir..
“Ouh.. Orang mana tu?” Shafik mengerling sekilas kearah Aliya. Aliya berpura pura sibuk dengan fail fail di atas meja.
“Ada la sorang tu. Kita dah booking nak lunch dekat hotel, dia tak nak.” Haris membelek belek majalah di sofa. Di duduk bersebelahan Shafik.
“Ouh, ye ke? Kalau orang yang ni nak tak boleh ke?” Shafik menuding jari kearah diri sendiri. Haha.. dia ketawa..
“Yang ni?” Haris menuding jari kearah Shafik. “Boleh. Tapi bayar sendiri la.. haha.” Dia memandang kembali pada Aliya. “Jomlah Julia. Nanti lunch hour habis. Shafik ikut sekali ni.” Dia masih memujuk.
Shafik memandang Aliya. apa la yang kau belek belek fail tu. Kau ingat kitorang tak perasan ke, kau belek fail yang sama je dari tadi... “Kalau Cik Julia tak nak ikut, saya nak ikut Encik Haris. Kalau ada orang datang nak tembak Cik Julia, Cik Julia call saya ye. Saya datang secepat mungkin. Kalau sempat, Alhamdulillah, kalau tak, saya mintak maaf banyak banyak ye Cik Julia..” Shafik tersenyum ingin ketawa. Sengaja di usiknya.
Kurang asam kau Shafik. Aliya mencebik. “Nak pergi la ni. Sapa cakap tak nak. Tak nampak ke tengah semak fail ni. Kejap la.” Aliya sekali lagi membuka fail yang sama.
“Julia, tu bukan fail kewangan syarikat 2002 ke? Buat apa u semak fail tu?” Haris memandang tulisan pada luar fail itu. Jelas tertulis KEWANGAN SYARIKAT 2002.
Aliya, menutup fail, dipandangnya muka depan fail tersebut. Alamak.. Macam mana boleh ada atas ni pulak ni. Dalam beribu fail, kenapa ni pulak yang ada atas meja ni.. “La.. Diana la ni.. orang dah cakap, Bawak masuk yang 2008. Dia ni… memang tak boleh harap.” Aliya menghempas fail tersebut tanda marah.
Jadi tak lakonan aku?

Mereka beriringan masuk ke dalam ruang makan hotel tersebut. Makanan dipesan.
“Dah lama tak makan dekat sini kan.” Haris memandang Aliya.
Dah lama? Seumur hidup aku mana pernah makan dekat sini. Dari kecik makan dekat rumah anak yatim, pastu bila dah kerja dekat gerai. Tak kuasa aku nak habiskan duit makan di sini. “A’a.. dah lama kan. Bila last kita makan dekat sini? I dah lupa..” Aliya tersenyum
Ahahaha.. terasa ingin ketawa Shafik melihat lakonan Aliya kali ini. terer jugak kau berlakon ye.. boleh la jadi pelakon terbaik tahun ni. Betul ke diorang pernah makan sini? Entah entah Encik Haris cuma nak test kau. Kalau betul, habis kau kali ni!
“U dah lupa?” Haris memandangnya pelik. Aliya mula resah. Tu la kau, yang memandai tanya tu pesal. Mati aku kali ni. Apa nak jawab ni. Tiba tiba pelayan datang menghidangkan makanan. Aliya sedikit lega.
Perbualan itu dihentikan. Mereka menikmati makan tengahari. Cuma bunyi sudu dan garfu kedengaran diselangi beberapa soalan dan jawapan.
“I’m going to the ladies..” Aliya bangun selepas selesai makan.
Kini tinggal mereka berdua. Haris memandang Shafik. Sudah lama dia menunggu peluang untuk mereka duduk berdua. Ada yang perlu mereka bincangkan. Mereka tidak sedar ada mata yang memandang, ada telinga yang mendengar.
Segalanya seperti dirancang..

“Ye, Cik Julia. Macam mana?” Soal Shafik. Dipandang sekeliling takut sekiranya ada yang memasang telinga. Mak Jah sibuk di dapru. Pak Mad sedang mencuci kereta.
“Ada sesiapa tahu ke aku dekat Australia ni?” Soal Julia.
“Tak Cik Julia. Tak der orang lain yang tahu.” Jawab Shafik meyakinkan Julia.
“Aku dapat surat, ada klu. Dia bagi alamat.” Jawabnya.
“Alamat? Cik Julia dah pergi?”
“Tak. Aku takut perangkap. Kau pasti pak ngah dengan pak cik aku tak tau Aliya sedang menyamar jadi aku?”
“Saya tak boleh jamin Cik Julia. Tapi saya tak nampak apa apa yang membolehkan diorang syak. Diorang sibuk fikir pasal saham tu je. Cik Julia, selepas Cik Julia, siapa yang berhak ke atas saham tu? Encik Haris kan?” Soalnya pada Julia.
“A’a, Haris. Kenapa?” Dia hairan dengan soalan Shafik.
“Ada orang lain Cik Julia. Orang ketiga.” Shafik bersuara yakin.
“Maksud awak?” Soal Julia ingin tahu.
“Tak mungkin Datuk Hamdan dan Datuk Azlan. Diorang baru je habis meeting, dengan Aliya hari tu. Aliya belum bagi sebarang kata putus lagi. In fact, she’s interested with that one point two million ringgit. Kalau diorang bunuh dia hari tu, diorang yang rugi.”
“Diorang tu bukan boleh dijangka. Diorang tu gila.” Julia mendengus geram.
“Tak Cik Julia, be professional. Mungkin orang yang sama beri Cik Julia alamat tu.”
“Kalau betul ada orang lain, siapa? Siapa lagi yang tau aku kat sini. Melainkan korang yang cakap.” Dia mula berprasangka.
“Cik Julia tak percayakan saya?” Shafik mula bersuara tegas.
“Bukan macam tu. Tapi… Ah, entahlah. Berapa lama lagi aku ada masa?”
“Dalam dua minggu Cik Julia. Minggu depan, bila bila masa surat tu akan sampai dekat pejabat. Cik Julia yakin boleh balik Malaysia sebelum dua minggu ni?” Shafik menyoal risau.
“Aku akan cuba. Kalau tak dapat, aku ikut je klu tu.” Dia seperti menyerah.
“Cik Julia, jaga diri.” Shafik mula risau.
“Kau jangan risaukan aku. Kau jaga Aliya.”

“Cik Julia, Datuk Hamdan nak jumpa. Dia tunggu di bilik mesyuarat.” Diana menjenguk di pintu.
“La, nak apa lagi orang tua tu. Serabut la aku dengan dia tu. Oklah, oklah.. awak suruh dia tunggu.” Aliya menghempaskan pen di meja.
Bila nak mati entah dua orang tu. Tak boleh tengok orang senang sikit.
Dia melangkah malas ke bilik mesyuarat. Pintu di buka. Dia melihat Datuk Hamdan menunggu di situ. Riak mukanya kelihatan marah.
“Kenapa pak ngah tak jumpa di bilik saya je.” Soalnya cuba beramah.
“Tak kuasa aku nak masuk bilik kau tu.” Dia bersuara bengis. Aliya mengetap bibir.
Hai, melampau la ni.. aku cakap elok elok kau main kasar pulak.
“Kalau ikutkan hati, saya pun tak kuasa nak jumpa pak ngah.” Dia menjawab bersahaja.
“Hey budak kurang ajar, apa kau tak puas hati hah? Apa kau dah buat pada client client aku?” Bengis lelaki itu bersuara.
Aliya memandang hairan. Client? Aku sendiri tak tahu bisnes apa dia buat, mana aku nak tau siapa client dia. “Saya tak faham.”
“Kau jangan buat tak faham. Kau yang tarik semua clients aku masuk Indah Holding kan? Dulu kau jugak yang cakap, bisnes kau dengan client kau, bisnes aku dengan client aku, sekarang ni apa? Jangan pura pura tak faham. Kau CEO, takkan kau tak tau client kau yang bertambah.” Tinggi nada itu. Keras bunyinya.
Bukan aku yang cakap, Julia yang cakap.kau pergilah tanya dia. Eeiiiiii… “Kalau client tu nak masuk sini, takkan saya nak halau diorang. Lagipun, pak ngah pun ada share dalam syarikat ni kan? Pak ngah jugak untung.” Aliya cuba menenangkan keadaan.
“Aku tak ingin untung dari syarikat ni. Kau dengar sini, kalau kau nak syarikat kau ni boleh jalan lagi, kau jangan cuba nak ganggu client aku.” Datuk Hamdan menepuk meja itu kuat. Aliya tersentak. Lelaki itu beredar. Aliya duduk di situ. dia terasa buntu.
Siapa yang harus dipersalahkan kalau semua clients tu datang ke syarikat ni.
Tiba tiba pintu bilik itu di ketuk. Shafik masuk. “Sabarlah. Datuk memang macam tu.” Dia mengambil tempat di sebelah Aliya.
“Kau dengar semua tadi?”
“Aku ada di luar. Suara dia cukup kuat untuk aku dengar.” Masing masing terdiam. Shafik mula berkira kira.
Aku pasti, orang ini bukan calang calang orang. Petama, cuba membunuh Julia, kedua, beri klu beralamat pada Julia, ketiga tarik semua clients besar Hamdan Holding ke syarikat ini. apa motifnya, dan siapa dia… Julia, lima hari je lagi.. please.. surat tu dah ada atas meja kau. Bila bila Aliya, Datuk Hamdan dan Datuk Azlan akan baca.

Aliya meneliti sampul surat di atas mejanya. Tertulis nama Syarifah Natalia Julia Kasandra. Dia tertanya tanya samada dia perlu buka atau tidak. Intercom nya di tekan, “Diana, surat atas meja ni, dari siapa?”
“Lawyer Cik Julia, Encik Hamidi.”
“Ouh, ok.. ok..” Dia melepaskan punat intercom itu.
Lawyer? Kenapa? Perlu ke buka ni.
Tiba tiba suara Diana muncul di intercom, “Cik Julia, Datuk Hamdan tunggu di talian, nak saya sambungkan ke?”
Ya Allah.. Apa lagi dia nak. “Ye, sambungkan.”
“Hello Julia.” Lain suara itu kedengaran. Seperti baru mendapat berita gembira.
“Kenapa pak ngah?” Aliya menyoal.
“Kau dah baca surat lawyer tu? Betul kan cakap orang. Tuhan tu Maha Adil. Kau tengok, baru je kau nak jatuhkan aku, kau dah dapat balasan.” Kedengaran suara itu ketawa di hujung talian. Aliya memandang surat itu. Masih di tangannya.
“Julia sibuk pak ngah. Nanti Julia call balik.” Dia pantas mematikan talian. Tangannya merobek sampul tersebut. Surat bersaiz A4 itu ditarik keluar. Dia berdebar debar.
Dia membaca surat itu. Dia terkesima. Rangkap ketiga diulang berkali kali.

Berpandukan wasiat Allahyarham Syed Kamarul bin Syed Majid bertarikh 4 Mac 1984, selepas dua puluh lima tahun, kesemua saham dan hartanya akan dibahagikan sama rata diantara ketiga tiga warisnya. Yakni kini di antara Cik Syarifah Natalia Julia Kasandra binti Syed Kamarul, Datuk Syed Hamdan bin Syed Majid dan Datuk Syed Azlan bin Syed Majid. Segala urusan pembahagian harta telah diuruskan secara terperinci di syarikat guaman kami. Dengan ini, kami memohon kerjasama Cik untuk hadir ke pejabat guaman seperti yang dinyatakan untuk mendengar pembahagian harta dan menurunkan tandatangan penerimaan.
Cik Syarifah Natalia Julia Kasandara akan menerima tiga puluh empat peratus selaku anak pewaris, Datuk Syed Mazlan akan menerima tiga puluh tiga peratus dan Datuk Syed Azlan tiga puluh tiga peratus masing masing sebagai adik pewaris.


Aliya terdiam di situ. tiga puluh empat peratus? Dari lima puluh satu peratus? Dia memejam mata sejenak. Terkejut dengan isi surat itu. Betul kata orang, kadang kadang orang dah mati pun masih nak menyusahkan orang lain. Julia mana ni.. Apa reaksi dia..Datuk Hamdan dan Datuk Azalan tak perlu lagi bersusah payah untuk jatuhkan Julia. Gabungan saham mereka sudah cukup untuk jatuhkan dia. dia mengetap bibir mengingatkan riak muka Datuk Hamdan dan Datuk Mazlan.
Tiba tiba terlintas sesuatu di fikirannya. Tiga puluh empat peratus? Dia yakin, Shafik pernah manyatakan jumlah saham itu milik Julia. Begitu tepat sekali, Datuk Hamdan tiga puluh tiga peratus dan Datuk Azlan tiga puluh tiga peratus. Shafik bukan tipu aku, tapi dia beritahu pembahagian saham yang bakal berlaku. Mana dia tahu?


to be continued..

Sunday, May 10, 2009

duplicate (sixth post)

continued from previous post...

Shafik mengikut Aliya ke tempat meletak kereta. Hari ini Pak Mad mengambil cuti sakit. Shafik merasa hairan dengan Aliya yang berjalan pantas meninggalkannya di belakang. Ni apesal pulak ni. Aku ada buat salah ke. Rasanya hari ni, cakap pun belum dengan dia.
“Aliya, kau kenapa ni? Bad mood semacam je.” Dia menyoal. Dia memandang sekeliling sekiranya ada yang terdengar perbualan mereka. Tiada sesiapa. Cuma deretan kereta memenuhi tempat letak kereta yang terletak di tingkat tujuh itu.
“Suka hati akulah.” kau tanya kenapa? ouh, kau ingat sampai bila kau boleh tipu aku? Dia bergerak pantas menuju kearah keretanya. Shafik melangkah pantas cuba mengejar.
“Aliya!!!” Bang!! Satu tembakan kedengaran. Shafik sempat menolak Aliya sehingga tersungkur jatuh. Kedua dua mereka terbaring. Peluru itu terkena kereta yang berada di belakang Aliya. Siren kereta itu berbunyi kuat. Shafik pantas mengeluarkan pistol dari poket jaketnya. Dia mengheret badannya ke arah Aliya, memastikan Aliya selamat. Dia melihat Aliya yang sedang menekup mukanya dengan tapak tangan.
Shafik melihat kawasan sekitar. Tiada kelibat yang kelihatan. Dia bangun. Pistolnya diacukan sambil dia memandang sekeliling. Jelas kedengaran bunyi riuh suara orang ramai di dalam pejabat di tingkat tujuh itu. “Aliya, bangun. Bangun Aliya, dah tak der apa apa.” Dia tunduk, cuba menarik tangan Aliya untuk bangun. Aliya mengangkat mukanya. Jelas kelihatan muka itu penuh ketakutan. Air matanya mengalir laju.
“I don’t want to this anymore!!! I don’t want!” Lantang suaranya. Tangisannya makin kuat. Dua orang pengawal keselamatan lari ke arah mereka.
“Calm down.. calm down. We’ll make this settle.” Dia menyandarkan Aliya pada kereta terdekat. Dia mengusap ngusap belakang Aliya. berharap gadis itu semakin tenang.
“Encik Shafik, Cik Julia.. apa yang berlaku? Saya dapat laporan ada bunyi tembakan.” Pantas pengawal keselamatan itu menyoal. Seorang lagi menuju ke arah kereta yang baru terkena tembakan tersebut.
“Ada orang cuba cederakan Cik Julia. Dah telefon polis?” Soal Shafik, matanya memandang sekilas pada Aliya. gadis itu masih menggigil.
“Dah. Dalam perjalanan. Cik Shafik nampak ke orang tu?” Soal pengawal itu lagi.
“Saya akan bercakap sendiri dengan pihak polis.” Shafik meninggalkan pengawal keselamatan itu penuh tanda tanya. Terasa malas menjawab soalan itu. Dia menuju ke arah Aliya. dia duduk bersebelahan gadis itu. “We’ll wait the police to come. Then kita balik rumah. Bertenang.. bertenang.. everything will be fine.” Dia memegang erat tangan gadis itu. Dapat dirasakan kesejukannya. Aliya masih membatu. Ketakutan masih belum hilang.
“Cik Julia..” Shafik mengangkat pandangannya.
“Diana.. please, take care of her. Saya nak tunggu polis datang.” Shafik bingkas bangun. Dia biarkan Diana berada di samping Aliya. Rasanya Diana lebih tahu cara menenangkannya.
Dia mundar mandir di kawasan itu. Beberapa orang dari pejabat keluar untuk mengetahui apa yang berlaku. Dia bingung. Terasa resah. Keselamatan Aliya makin terancam. Ini bukan seperti yang dirangcangkan walaupun dia tahu risiko ini ada. tiba tiba kedengaran siren kereta polis yang baru tiba. Shafik berasa sedikit lega. Dia menghampiri seorang anggota polis yang baru turun dari kereta. Dia kenal benar lelaki itu.
“Kamal..” mereka berjabat tangan.
“Kami dapat laporan terdapat tembakan di sini. Kau ada di sini waktu tu?” Soal Inspektor itu. Anak buahnya yang lain memeriksa keadaan kereta tersebut. Mereka mula menarik tape kuning di sekeliling tempat kejadian bagi mengelakkan orang ramai berkerumun. Seorang anak buahnya datang ingin mengambil keterangan. “Tak pe, biar saya buat.” Inspektor Kamal mengambil buku dan pen yang dihulurkan anak buahnya.
“Ye. Aku dengan Cik Julia.” Dia menudingkan jari ke arah Aliya. “Someone try to kill her. Aku cuma nampak pistol yang diacukan disebalik tiang tu.” Dia menudingkan pula jari ke arah tiang yang berada lapan meter dari tempat dia berdiri. “Aku sempat tolak Cik Julia. Lepas nampak Cik Julia selamat, aku pandang ke arah tu, dah takder orang.” Dia bersuara kesal. Segalanya di catat pantas.
“Kau cuma Nampak pistol tu je?” Soal Inspektor Kamal.
“Ye, tu pun cuma hujung pistol yang diacukan pada Cik Julia.”
“Dah berapa lama?”
“Baru kejap tadi. Dalam lima sepuluh minit lebih macam tu la.” Matanya masih mengerling ke arah Aliya.
“Mana kereta Cik Julia?” Soalnya lagi. Matanya memandang sekeliling.
“Tu, BMW hitam tu.” Jarinya ditudingkan pada kereta tersebut yang cuma selang empat buah dari kereta yang terkena tembakan. “Kamal, boleh tak esok aku pergi balai dengan Cik Julia. Kita sambung beri keterangan dekat sana. Aku nak bawak Cik Julia balik dulu. She’s in trauma.” Dia makin risau melihat Aliya yang sudah kelu bersandar di kereta tersebut.
“Ok, ok.. Kau bawak Cik Julia balik dulu. Esok kau datang balai. Aku ambil keterangan.” Dia menepuk bahu Shafik. Memahami lelaki itu, rungsing memikirkan majikannya.

Shafik keluar dari bilik Julia. Dibiarkan Mak Jah menemani gadis itu di dalam. Dia berjalan turun ke bawah. Dia memandang sekeliling. Tiada orang. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dia mendail satu nombor. Dia menunggu resah untuk panggilannya diterima.
“Hello, ye Shafik. Is everything fine?” Jelas kedengaran suara Julia di hujung talian.
“Someone try to shoot her.” Shafik mematikan ayatnya di situ.
“What!!!” Kuat suara itu kedengaran terkejut. Shafik cuma berdiam. Sudah mengagak reaksi tersebut. “Macam mana boleh jadi macam tu? Dekat mana? How is she?” bertubi tubi soalan keluar.
“Dia selamat. Dekat car park, floor seven. Saya cuma nampak pistol yang diacukan kearah Aliya. Tak tahu siapa punya kerja.” Jawabnya tidak puas hati.
“Datuk Hamdan dengan Datuk Azlan ada masuk ofis dua hari ni?” Soalnya ingin tahu.
“Pagi tadi. Diorang ada meeting. Tapi Encik Haris ada sekali.”
“Aku dah agak dah. Polis macam mana? Diorang suspek tak Aliya tu bukan aku?” Suaranya kedengaran risau.
“Pasal polis semua ok. But, I think we got some problem here..” Dia bersuara perlahan.
“Kenapa?” Tidak sabar menanti jawapan Shafik.
“The worst part is, the killer heard I cried her name… Aliya.” Shafik terdiam sebentar menanti respon Julia.
“Shafik, u made everything worst!” Julia mematikan talian.

Shafik berjalan beriringan dengan Aliya keluar dari Balai Polis. Tiba tiba langkah Aliya terhenti. Shafik memandangnya penuh tanda tanya.
“Aku tak nak ikut kau balik. Cukuplah semua ni. Baru dua hari aku jadi Julia, aku dah nak kena tembak. Lepas ni apa lagi? Ada orang nak sembelih aku pulak? Dah.. Cukup setakat ni. Aku dah tak nak jadi Julia.” Dia berjalan meninggalkan Shafik. Tidak menghampiri kereta yang dinaiki mereka ke situ.
Shafik mengejar. Dia menarik tangan Aliya supaya berhenti. “Aliya, kau dengar sini. Julia, tak der dalam Malaysia sekarang. Kalau kau keluar je dari pintu pagar tu sekarang, orang masih ingat kau Julia. Kalau kau dah tak menyamar pun orang nak bunuh kau jugak. Kenapa, kau ingat diorang nak datang tanya dulu ke kau tu Julia ke tak?” Nadanya sedikit bergurau.
“Kau ingat dah habis lawak ke tu? Kau tau tak ni melibatkan hidup dan mati.” Aliya berhenti berkata kata. Kata kata Shafik ada benarnya. Dia tak punya pilihan. Kini sekurang kurangnya dia ada Shafik yang sering mengawasinya. Jika dia bersendirian, apa apa boleh berlaku. Dia makin takut memikirkannya. Alahai.. kena mengalah lagi ke ni.. apa apa je lah.. yang penting aku masih boleh hidup.. kurang ajar kau Julia.. kau tinggalkan aku di sini jadi mangsa untuk dibunuh.. apa yang kau dah buat sebenarnya hah!!!

Akhirnya Aliya melangkah lagi ke dalam pejabat selepas seminggu bercuti.
Rasa macam melangkah cari maut je bila masuk ofis ni. Takpe Aliya.. takpe.. kejap je.. Shafik dah janji Julia akan balik tak lama lagi.. kau sabar je.. walaupun janji dia tu tak boleh pakai.
“Cik Julia nak surat khabar?” Soal Diana. Langkah Aliya terhenti di depannya.
Aliya, tak der lagi prinsip si Julia tu. Sekarang, biar aku jadi aku sendiri. Lantaklah apa nak jadi. “No more newspaper.” Aliya melangkah masuk. Shafik Cuma tersenyum pada Diana yang kelihatan hairan. Dia mengikut langkah Aliya ke dalam bilik itu.
Baru saja dia ingin bersandar pada kerusi, pintu bilik itu diketuk. Haris melangkah masuk. “Dear, Datuk Hamdan dan Datuk Azlan tunggu u di bilik mesyuarat. Diorang nak jumpa u jugak. They need your decision.”
Isy! Orang tua dua ekor ni.. tak tau ke diorang aku ni baru je terselamat dari kes pembunuhan yang gila tu. Ada jugak yang aku baling kasut karang. Yang si Haris ni satu. Yang kau ikut cakap diorang tu kenapa.. isy.. geram!!! “Ok,then.” Dia bangun, melangkah ingin keluar. Ditinggalakn Shafik seorang diri di dalam bilik itu.

Pintu bilik itu di buka. Aliya memandang sepi kedua dua wajah itu. Dia dan Haris mengambil tempat.
“So, Julia, macam mana? Dah buat keputusan?” Soal Datuk Hamdan.
“Julia ingat pak ngah datang sini nak tanya khabar Julia.” Dia menyindir tajam. Haris terkedu seketika.
Datuk Hamdan dan Datuk Azlan berpandangan. “Yeah.. kalau Julia dah boleh duduk di sini, rasanya jelas yang Julia dah sihat. Lagipun tak ada kecederaan pun kan.” Datuk Azlan menyindir kembali.
“Kalau ada pun pak ngah dengan pak cik nak ambil tahu ke. Sakit Julia ni tak menguntungkan sampai dua perpuluhan empat juta pun.” Dia membidas semula. Haris mula risau dengan tindakan Aliya. kedua dua orang tua itu mengetap bibir. Geram.
“Er, Datuk, kita mulakan je mesyuarat ni. Datuk nak kata putus Julia kan?” Haris cuba mengalih topic. Tidak mahu Aliya memanjangkan lagi masalah.
“Ye, kami nak dengar tu je. Kami tak kuasa nak duduk sini lama lama.” Tegas suara Datuk Hamdan.
“Saya pun tak ingin nak buang masa saya. Keputusan saya ada di tangan Haris.” Aliya menjawab pantas. Malas lagi dia nak berselindung. Dibiarkan Haris terkejut dengan tindakannya.
Haris berfikir sejenak. Dua perkara perlu dipertimbangkan. Nyawa Julia dan masa depan syarikat ini. “Macam ni lah Datuk, buat masa sekarang Cik Julia terima dulu offer ini. dia akan jualkan sahamnya satu peratus. Tapi, kami nak berkerjasam dulu dengan Inter Web selama sebulan. Kalau semuanya ok, kita buat perjanjian dan Cik Julia jualkan sahamnya.” Julia terkejut.
Jualkan saham? Kalau dalam sebulan ni Julia tak balik macam mana? Aku yang akan jualkan saham Julia?
Datuk Hamdan dan Datuk Azlan berfikir sejenak. Mereka terasa seperti bermain tarik tali dengan Julia dan Haris. “Baiklah.. Pak ngah akan berbincang dengan Inter Web.” Kedua dua lelaki itu bangun, terus keluar. Berang dengan keputusan yang deperolehi.
Aliya memandang Haris. “U cakap I tak boleh jual saham tu. Kenapa u cakap macam tu tadi?”
Haris memandang fail di hadapannya. Apa saja keputusan ini, ni adalah jalan terakhir untuk menjaga keselamatan Julia...
to be continued..

Saturday, May 9, 2009

duplicate (fifth post)

continued from the previous post...

Prinsip no 8: pastikan Haris selalu ada untuk buat sebarang keputusan. Aliya terdiam sebentar. Mencari cari apa yang perlu diperkatakan untuk mempertahankan Haris untuk berada di situ. Haris masih di situ tidak berganjak. “Kalau pak ngah dengan pak cik nak Haris keluar, boleh. Julia pun akan keluar. No more meeting.” Aliya mula meletakkan syarat. Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang tahu bertapa takutnya aku berdepan dengan dua orang manusia ini. Dia berdebar debar menanti reaksi kedua dua lelaki itu.
Mereka saling berpandangan. Haris tersenyum puas hati. “Baiklah. Pak ngah pun malas nak membuang masa. Suka hati Julia lah.” Lelaki itu bersuara, mengalah. “Marilah, kita mulakan.” Lelaki itu menyelak nyelak fail di depannya. “Ni..” lantas lelaki itu menolak fail tersebut kepada Julia. Julia mengambil, sedikit berang dengan tindakan lelaki itu.
Kalau nak bagi, bagi la elok elok. Dah tua nak mampus pun menyakitkan hati orang lagi.
Aliya menyelak satu persatu isi fail tersebut. Dia membaca kesemuanya. Kertas kerja? Untuk membeli 5 peratus saham Indah Holding. Aliya memandang sekilas ke arah Haris. Dihulurkan fail itu kepada Haris.
“So, macam mana? Setuju?” Lelaki itu bertanya lagi. Aliya pasti, itu adalah pak ngah Julia, Datuk Hamdan. Yang sebelahnya, pak cik Julia, Datuk Azlan.
Aliya mencari kata kata yang harus diberikan. Dilihatnya Haris masih belum habis meneliti fail tersebut. “Er.. Apa yang untungnya kepada Indah Holding?” Dia menyoal.
Patut ke soalan ni? Ah, lantaklah..
“Julia, kalau kita berkerjasama dengan Inter Web, diorang akan jadi business partner kita. Semua urusan ICT, diorang uruskan. Kita boleh batalkan kontrak dengan E-First. Can’t u see dah berapa banyak yang kita keluarkan untuk bayar E-First dalam setahun.” Datuk Hamdan bersuara cuba meyakinkan Aliya.
“Berapa?” Soalnya pantas.
Alamak! Pesal aku tanya macam ni. Aku kan CEO, mesti la aku tahu. Aduhh..
Datuk Hamdan dan Datuk Azlan berpandangan. Pelik dengan soalan itu. Datuk Azlan mula berbicara. “It’s nearly one million isn’t per year. Kalau kita berkerjasama dengan Inter Web, we can save that amount. Cuba Julia bayangkan kalau dah lima tahun. We can have new project and get more income for the company.”
Sejuta? Banyak tu.. kalau lima tahun, dah lima juta. Betul, boleh buat projek baru. Tapi ni bukan company aku pun. Prinsip no 9: semua keputusan di tangan Haris. Dia memandang Haris mencari jawapan.
“Proposal ni bagus. Everything is clear. Tapi, mungkin Julia perlukan sedikit waktu untuk semak semula proposal ni. This is a big decision.” Haris memandang Aliya. Terasa janggal melihat Julia kurang tegas dengan percakapannya hari ini. Aliya cuma mengangguk tanda setuju dengan cadangan Haris.
“Ok, then. Tapi jangan lama sangat Julia. Rezeki bukan selalu datang bergolek. And remember, satu peratus saham diorang nak beli dengan harga satu perpuluhan dua juta.” Kata-kata Datuk Mazlan mengejutkan Haris dan Aliya. Terjegil biji mata Aliya.
satu perpuluhan dua juta? Banyaknya. Ni shopping sepuluh tahun pun tak habis.
“Berapa peratus saham Julia yang Julia perlu jualkan?” Soalnya, mula tertarik.
“Terpulang. Kami faham Julia, Julia sayang saham peninggalah arwah ayah Julia. Kalau Julia berikan satu peratus pun tak apa. Pak ngah dengan pak cik masing masing jualkan dua peratus. Julia masih pemegang saham majority. Oklah Julia. Kami balik dulu. Tapi fikirkan, Julia boleh selamatkan sejuta untuk syarikat setiap tahun, dan Julia sendiri dapat satu perpuluhan dua juta.” Datuk Hamdan mengakhiri kata katanya. Mereka berdua keluar.
Aliya memandang Haris. “Don’t tell me that u are going to sell your share.” Haris memandangnya.
“Kenapa?” Dia menyoal. Ingin melihat pendapat lelaki itu.
“Kalau u jual saham tu, saham u tinggal lima puluh peratus. Sama dengan jumlah saham diorang. Individunya, u memang pegang majority share. Tapi, kalau u lihat secara keseluruhan? U sebenarnya, sama je dengan diorang. Fifthy, fifthy.” Lelaki itu memandangnya.
Aliya memandangnya hairan,
lima puluh peratus? Bukan ke Shafik cakap saham Julia hanya tiga puluh empat peratus. Something wrong somewhere… bermakna sekarang Julia ada lima puluh satu peratus saham. Siapa yang betul ni.. tak mungkin Haris tipu. Dia tak tahu aku bukan Julia, takkan dia boleh tersilap cakap macam ni. Ini bermakna Haris betul. Julia ada lima puluh satu peratus saham. Atau, Haris dah tahu aku bukan Julia, dia ada rancangan nak jatuhkan Julia dengan pergunakan aku yang tak tahu apa apa. Siapa yang betul sebenarnya, Shafik? Haris? Atau Datuk Hamdan dan Datuk Azlan.
“Julia, Julia..” Aliya tersedar dari fikirannya yang sudah terbang jauh.
“Ya.. Ya.. U cakap apa?” Soalnya pada Haris.
“U ni tak sihat ke?” Soal Haris pelik.
“Takder lah. I ok. Ok je..” Aliya melemparkan senyuman.
“So, u nak jual tak saham tu?” Soalnya lagi.
“I.. I fikirkan dulu nanti. Oklah, I nak siapkan kerja dulu. I pergi dulu. May I?” Julia menghulurkan tangannya pada fail yang masih dipegang Haris. Haris menghulurkan padanya. Aliya melangkah keluar. Dia menuju ka biliknya. Di tinggalkan Haris seorang diri di bilik mesyuarat itu.
“Diana, ambilkan saya fail B.O.D Indah Holding. Saya tunggu di dalam.” Aliya melangkah masuk ke dalam biliknya setelah melihat Diana mengangguk.
Dia mengambil tempat di kerusinya. Dia mula risau. Dipandangnya computer disebelah. Baru sahaja dia ingin membuka computer tersebut, Diana mengatuk pintu, lalu masuk.
“Ni, Cik Julia. Ada apa apa lagi?” Gadis itu meletakkan fail berwarna hitam itu di atas mejanya.
“Tak. Awak boleh pergi.” Dia membuka fail itu. Ditelitinya satu persatu. Akhirnya dia menjumpai sesuatu yang di carinya. Syarifah Natalia Julia Kasandra Syed Kamrul memiliki lima puluh satu peratus saham. Syed Hamdan Syed Majid, dua puluh lima peratus dan Syed Azlan Syed Majid, dua puluh empat peratus. Haris benar. Kenapa Shafik berbohong. Ah, biarkan dulu perkara itu. Dia lebih pusing memikirkan kata kata Datuk Hamdan dan Datuk Azlan dengan kata Haris.
Punat intercom di tekan, “Diana, awak minta Encik Haris masuk bilik saya.”
“Baik Cik Julia.”
Julia membuka sekali lagi fail yang baru di beri Datuk Hamdan tadi.
Benar, ini menguntungkan Indah Holding. Bukan sedikit jumlahnya. Malah jumlah yang ditawarkan untuk satu peratus saham juga tinggi.
“Julia..” Haris melangkah masuk ke dalam. Dia duduk di kerusi berhadapan Aliya. “So, macam mana?” Haris menyoal.
“Apa masalahnya kalau share tu sama, lima puluh, lima puluh. Diorang still tak boleh ambil keputusan tanpa persetujuan I.” Dia menduga Haris.
“Julia, memang diorang tetap perlukan persetujuan u. Tapi u kena ingat, kalau diorang bergabung, Inter Web tu berada di sebelah diorang. Dia yang akan jalankan project ICT. Kalau u tak bersetuju dengan diorang. Inter Web boleh hentikan project ICT. Untuk sabotaj u.” Haris memandang tepat ke mata Aliya. dia benar benar ingin Aliya faham.
“Kalau diorang hentikan semua project ICT tu, diorang jugak yang akan rugi, ni company diorang jugak.” Aliya masih menekan. Dia ingin benar benar jelas. Sehingga hampir terlupa dia sedang berada di tempat Julia yang mana Julia mungkin tidak bertanya sebegitu.
“Cik Julia, u ingat Inter Web tu boleh maju dengan dapat project dari company ni saja? Lima peratus saham yang diorang beli tu, tak menggugat syarikat besar macam Inter Web tu. Cuba u fikir kalau project ICT tu tak berjalan, syarikat akan rugi berganda. Siapa yang akan tanggung semua tu? Absolutely u. sebab u pemegang saham terbesar. Inter Web boleh continue project dengan company lain. Datuk Hamdan dan Datuk Azlan, masing masing ada syarikat sendiri. U? apa yang u akan buat lepas tu? Tanggung semua hutang bank? Come on Julia, jangan sebab satu perpuluhan dua juta tu u nak musnahkan company ni.” Haris bernada memujuk setelah tegas mempertahankan pendapatnya.
Aliya terdiam berfikir. Memang benar cakap Julia, semua keputusan perlu di rujuk pada Haris. Dia bukan calang calang orang. Dia tahu semuanya. Ini bermaksud, Datuk Hamdan dan Datuk Azlan cuba memasukkan Inter Web sebagai pemegang saham supaya Julia terpaksa terikat dengan keputusan mereka dalam mengendalikan syarikat ini. kurang ajar orang tua tu. Apa sebenarnya yang diorang nak. Julia.. mana kau pergi.. ini bukan masanya kau nak makan angin di luar negara. Baliklaaa.. Dia kemudian terfikir tentang Shafik. Kenapa dia tipu pasal saham tu.. semuanya bermain di fikiran..


to be continued...

duplicate (fourth post)

continued from the previous post...

“U ok ke tak? Nak pergi klinik ke?” Haris menyoal.
Prinsip no 5: never say no to Haris. “Er.. A’a..” Aliya membetul betulkan pinggangnya.
“Ok, then. I pergi inform pada Diana and Rina, lepas tu kita pergi. U tunggu I dekat sini.” Haris berlalu pergi. Sempat memberi senyuman pada Shafik yang memandang penuh tanda tanya.
Shafik menghampiri Aliya yang duduk di kerusi tetamu. “Kau kenapa ni? Dah kena belasah ke apa ni?” Dia menyoal hairan. Dipandangnya Aliya, mencari jawapan.
“Aku… Aku jatuh kerusi.” Tatakala itu juga Shafik tergelak besar. Dia akhirnya cuba menahan tawa melihat Aliya yang sudah mencuka. Dia mula ingin bersuara, tetapi tawanya masih bersisa.
“Haha.. Kau ni dah silap duduk ke apa. Adoii.. haha.. Dah tu, kau blah macam tu jer la?” Soalnya semula.
“Dah tu, kau nak aku duduk situ buat macam takder apa yang jadi?” Nadanya mula tinggi.
Tawa Shafik terus terhenti. “Dah tu, sakit sangat ke?” Dia mula menyoal Sirius. Risau jugak kalau apa apa yang berlaku. Dia sendiri yang perlu menjawab pada Cik Julia.
“Tak.. Sakit sikit je.” Ringkas jawapannya. Dia sendiri sudah malas bersuara.
“Betul ke nak pergi klinik? Kalau sikit je, tak payah la.” Shafik menambah lagi.
“Kan Julia dah pesan, never say no to Haris.” Aliya masih membetulkan pinggangnya.
“La.. Kau ni.. bertempatla.. kalau dah tak perlu, tak payah la. Karang lagi sekali kau malu kena gelak dengan doktor tu pulak..” Shafik tersenyum. Dia cuba menahan tawa.
“Yelah, yelah.. Tapi aku nak balik. Tak kuasa aku nak duduk sini.” Dia mula mengarah.
“Suka hati kaulah.” Shafik menjawab ringkas. Dia mula menelefon pemandu untuk menjemputnya dengan Aliya.
Seraya itu, Haris masuk. “I dah inform diorang. Meeting pun I dah tangguhkan. U nak pergi sekarang?” Haris menyoal.
“I tak jadi pergi. Sikit je ni. I nak balik berehat kat rumah je.” Aliya menjawab perlahan. Dipandangnya wajah Haris.
Alahai, gentleman nye Haris ni. Bukan macam sorang tu, tau gelak dengan buli aku ada la. Patut la Julia sayang nak mati tunang dia.
“Nak I hantarkan?” Soal Haris.
“Tak. Takpe. Shafik dah call Pak Mad. I balik dengan diorang.” Aliya tersenyum.
“Ouh, ok then. I hantarkan u sampai bawah.”

Aliya membetulkan kedudukannya di sofa itu. Dia sengaja ingin menonton televisyen di ruang tamu. Terasa terkurung di dalam bilik. Tiba tiba Shafik datang menghampirinya.
“So, macam mana dekat ofis tadi? Ok?” Shafik menyoal.
“Boleh la. Jatuh kerusi ja tak ok.” Dia menjawab.
“Meeting pasal apa tadi?” Soal Shafik mula ingin beramah.
“Mana nak sempat meeting apa.” Dia menjawab ringkas. Terasa malas melayan lelaki itu. Tiba tiba pertanyaan hinggap di akalnya. “Eh, siapa pak cik dan pak ngah Julia tu, hah.?”
“Hari ni diorang takder. Diorang memang jarang masuk ofis. Lagipun diorang bukan kerja di situ. nanti kau jumpa lah diorang.”
“Diorang tu jahat ke? Garang?” soalnya lagi.
“Jahat ke tak, mana la nak tau. Julia cuma pesan berhati hati dengan diorang kan.”
“Yelah, kalau kena berhati hati, mesti la diorang tu tak baik.” Aliya menyoal lagi.
“Suka hati kaulah nak fikir apa.” Shafik mula malas menjawab soal itu.
“Berapa saham diorang?”
“Pak ngah dan pak cik dia masing masing tiga puluh tiga peratus. Julia tiga puluh empat peratus.”
“Ouh, sama banyak la kiranya.” Aliya makin berminat
“Sama banyak? Kau tak paham ke ada beza tiga puluh tiga dengan tiga puluh empat tu?” Shafik menyoal lagi.
“Memang la. Kau ingat aku ni bengap sangat ke. Satu je kan bezanya, macam lebih kurang sama la.” Nada Aliya mula tinggi.
“Suka hati kaula. Malas aku nak bertekak.” Shafik mula ingin berlalu pergi. “Encik Haris.” Aliya mengalih ke belakang. Haris berdiri di situ. “Baru sampai Encik Haris?” Soal Shafik.
“A’a.. Baru je.” Haris menghampiri Aliya. duduk di sofa bertentangan dengannya. Shafik terus berlalu pergi. “Macam mana? Dah ok?” Soalnya.
“Ok.. Dah ok.. u dari mana?” Aliya menyoal. Apesal lah kau bengap sangat Aliya. kau tak Nampak ke jam pukul lima, mesti la dari ofis. Hisyyy
“Ofis. Terus datang sini. U nak masuk ofis tak esok?” Soal Haris.
Prinsip no 6: jangan sesekali ponteng kerja. “Yup! I masuk ofis esok. Kaki ni, sikit je. Esok baik la.” Dia tersenyum. Dia sendiri berasa kurang selesa bercakap dengan tunangnya itu.
“U ni, memang kalau bab kerja, it come first kan. Kalau tak nak I nak informkan pada Diana esok. Esok B.O.D nak datang. Esok pagi I siapkan semua fail untuk u. U nak tambah apa apa yang penting ke?” Haris bersuara bersahaja.
BOD? Amenda tu. Butt of donkey? Ahaha.. apa aku nak jawab ni. Urmm.. never say no to Haris, “Ok, ok.. u sediakan. Thanks.” Aliya tersenyum. Dia memandang sekeliling. Mencari Shafik. Dia benar benar perlukan bantuan.
“Anyway, I think I should go. I datang pun nak tengok u dah ok ke belum. U rehatlah dulu. Hope u’ll get better soon. Kalau ada apa apa call I. I balik dulu.” Haris bangun ingin pulang. “I love u. take care dear.”
Prinsip no 7: Bila Haris cakap I love u, terus jawab I love u too. “I love u too. U nak I hantarkan ke depan pintu ke?” Soal Aliya.
“No, no.. u don’t have to. Take your rest. I pergi dulu.” Haris berlalu pergi.
Dibiarkan Haris berlalu sekian lama. “Shafik! Shafik!” Laungnya.
“Kau ni kenapa yang terpekik ni? Kau nak apa?” Soal Shafik yang baru datang dari biliknya.
“B.O.D tu apa?”
“MasyaAllah, kau ni kan. Board of Director. Kau nak jumpa sangat pak ngah dengan pak cik dia kan? Haa.. Esok boleh la kau jumpa diorang tu. Get prepared!”
Fuh…

“Diorang dah tunggu di bilik mesyuarat Cik Julia.” Diana memaklumkan.
“Ok, ok.. Haris mana? Dah pergi?” Soalnya.
“Encik Haris tunggu Cik Julia di luar.”
“Luar? Ouh, ok.. ok.. Kejap, saya nak ambil fail ni. Ni je kan?” Soalnya kepada Diana.
“A’a.. Tu jer. Saya keluar dulu Cik Julia.” Gadis itu berlalu pergi.
Alia melihat fail ditangannya. Apa la semua ni. Diorang suruh bawak, aku pun bawak. Satu benda pun aku tak tahu apa semua ni. Alah, bawak je la Aliya oi, bukan berat sangat pun kan.. dia melangkah keluar. Dilihatnya Haris sedang menunggu di luar.
“Jom! Diorang dah lama tunggu.” Haris mula melangkah. Aliya cuma menurut.
Pintu bilik mesyuarat dikuak. Dua orang lelaki lingkungan lima puluh tahun menunggu di dalam. Mata mereka tertumpu pada Aliya. Aliya sedikit kurang selesa. Terasa seperti lakonannya hampir terbongkar. Dia dan Haris mula mengambil tempat.
“Julia, pak ngah bukan tak suka, cuma pak ngah nak tegur sikit. Ni mesyuarat antara kita B.O.D, rasanya kita bertiga sahaja yang perlu hadir.” Lelaki yang berada paling hampir dengannya itu bersuara.
“Pak cik pun fikir macam tu. Rasanya tak perlu orang luar dalam meeting ni. Julia faham kan?” Seorang lagi bersuara.
Aliya terdiam. Belum sempat bersuara, dia sudah mula kelu dengan kata kata kedua dua orang itu.
Biarkan Haris keluar? Habis aku? Di dalam bilik mesyuarat ni bersama dua orang lelaki ini? lelaki yang Julia langsung tak percayakan. Tanpa Haris, apa keputusan yang perlu aku buat? Apa yang perlu aku cakapkan…

to be continued...

duplicate (third post)

continue from the previous post...

Aliya melangkah masuk ke kamar serba mewah itu. Wow! Best gila bilik ni. Siap ada tv, computer, sofa.. bilik ke rumah dalam rumah ni? Ahaha.. lantak la.. Aliya merebahkan badannya diatas katil. Fuh, lega. Dia memandang siling. Dalam fikirannya berkira-kira, betulkah tindakannya ini.
Tiba-tiba ketukan pintu menghentikan lamunannya. Mak Jah muncul di muka pintu. “Cik Julia nak makan? Mak Jah dah sediakan semua. Hari ni Mak Jah sediakan lauk kegemaran Cik Julia.” Wanita itu melemparkan senyuman.
“Ouh, ye ke. A’a, kejap lagi saya turun.” Mak Jah terus berlalu. Aliya membetulkan baju dibadannya, lantas turun dari katil. Lauk kegemaran? Apa la yang Julia ni suka makan ni. Lupa pulak aku nak tanya. Jangan la dia suka makan benda pelik pelik pulak. Mati aku.
Aliya melangkah ke ruang makan. Dilihatnya Shafik sudah menunggu di situ. Dia maklum, Julia selalunya akan makan bersama Shafik jika makan di rumah. Dia mengambil tempat duduk. Dipandangnya satu persatu lauk di atas meja. Matanya tertangkap pada mangkuk besar di tengah meja tersebut. Masak lemak ketam. Dia memandang Shafik.
“Cik Julia, ni Mak Jah masakkan masak lemak ketam kegemaran Cik Julia.” Tangan Mak Jah ditunjukkan pada mangkuk besar tersebut. Aliya Cuma tersenyum tawar. “Mak Jah masuk dapur dulu ye, makanlah Cik Julia.” Mak Jah ingin berlalu pergi.
“Eh, Mak Jah tak…” Ayat Aliya terhenti. Alamak, macam mana boleh lupa ni. Mak Jah mana makan sekali dengan aku. Aduhhh…
“Kenapa Cik Julia?” Soal Mak Jah yang langkahnya terhenti. Shafik menarik muka. Tidak puas hati dengan tindakan Aliya.
“Eh, tak. Mak Jah boleh sediakan sirap ais tak? Dahaga.” Aliya tersenyum. Shafik menjeling tajam.
“Boleh. Cik Julia tunggu kejap ye. Mak Jah buatkan.” Mak Jah berlalu ke dapur.
“Oi, Cik Julia tak minum air sejuk la waktu makan nasi.” Shafik menegur tajam.
“Ah, lantak la. Julia ni nak minum.” Aliya menjeling. Dilihatnya lauk sekali lagi. Terliur dia melihat sambal ayam. “Apa lagi, jomlah makan.” Dicedokkan nasi ke dalam pinggannya. “Weh, Cik Julia baca doa makan tak? Haha.” Aliya ketawa. Berniat cuma ingin berjenaka.
“Kau rasa lawak ke benda tu?” Shafik bersuara garang. “Tu, ketam tu, makan la. Favourite Cik Julia.” Pelawaan Shafik bernada arahan.
“Weh, aku tak makan ketam la.” Aliya bersuara rendah. Diperhatikan ketam itu. Dia memandang sekilas ke arah Shafik.
“Kau ni, makan pun memilih. Makan je la. Kau tengok ketam tu ada berapa?” Soal Shafik padanya.
“Lima. Kenapa?” Aliya menyoalnya kembali.
“Kenapa? Makan la semua tu. Kalau kau tak makan, nanti Mak Jah perasan kau bukan Cik Julia. Kalau Cik Julia dia boleh habiskan tujuh ekor.” Shafik mula menyuapkan nasi ke dalam mulut. Aliya terjegil.
“Habiskan semua ni? Kau dah gila ke apa. Aku sekor pun tak makan. Kau nak suruh aku makan lima ekor? Kau la yang makan. Kau makan bagi pihak Julia.” Aliya mengarah. Diambilnya seketul ayam dimasakkan ke dalam pinggan. Dibiarkan lauk ketam itu tidak bersentuh.
“Ni Cik Julia, sirapnya.” Mak Jah meletakkan jag air itu di atas meja. Matanya tertangkap pada masak lemak ketam yang tidak tersentuh. “Eh, Cik Julia tak makan ke masak lemak ketam tu?” Soal Mak Jah hairan.
Aliya terdiam. Tidak tahu jawapan yang harus diberi. “Mak Jah, ada lagi ke ketam tu. Cik Julia tengok ketam tu ada lima ekor je. Kalau makan dengan nasi tak cukup. Kejap lagi dia nak makan lepas habis makan nasi tu. Mak Jah jangan risau. Cik Julia akan habiskan punya lauk kegemaran dia tu.” Shafik tersenyum sinis memandang Aliya.
“Ada. ada lagi dalam periuk. Nanti Mak Jah ambilkan.” Mak Jah berlalu ke dapur.
“Kau tunggu la Shafik. Karang aku cucuk mata kau dengan kulit ketam tu.” Aliya mendengus.
Alahai.. bala apa yang menimpa aku ni. Baru sehari, mamat ni dah menyusahkan hidup aku. Agaknya nanti aku mati kena buli dengan dia ni sebelum kena bunuh dengan gangster yang nak bunuh si Julia tu.

Aliya melangkah mengikut Shafik menuju ke dalam pejabatnya. Dia sendiri berasa janggal berada di syarikat besar ini. Dia cuma mengikut langkah Shafik, dia sendiri tidak tahu mana satu pejabatnya.
“Morning Cik Julia.” Sapa seorang gadis tatkala melewatinya. Aliya Cuma tersenyum.
Langkah Shafik akhirnya terhenti di hadapan seorang gadis. Aliya memandang Shafik. Kurang pasti kenapa mereka berhenti di situ. shafik menjelingkan pandangannya pada pintu di sebelah tempat duduk gadis itu. Tertera nama Syarifah Natalia Julia.
“Cik Julia, nak kopi ke?” Soal gadis itu.
Prinsip no 1: sentiasa minta surat khabar sebelum masuk ofis. “Tak pe Linda. Just bring my newspaper inside.” Aliya yang ingin melangkah masuk terhenti tatkala melihat Shafik dan gadis itu memadangnya pelik.
“Saya Diana, Cik Julia.” Gadis itu bersuara hairan.
“Saya ada cakap lain ke tadi? Betul la, saya cakap Diana. Awak yang tak dengar.” Aliya melangkah terus, biarkan mereka berdua penuh tanda soal.
Shafik mengikutnya ke dalam. Pintu di tutup. “Orang pekak pun boleh dengar la kau panggil dia Linda tadi.” Shafik bersuara tidak setuju dengan tindakan Aliya tadi. Dia duduk di sofa.
“Suka hati aku lah.”. Okla cara aku cover line tadi. Tu la namanya teknik orang pro. Hahaha.. Aliya biarkan saja perkara itu berlalu. Malas bertikam lidah dengan Shafik. Dia sendiri terkejut dan sedikit malu tadi apabila sedar dia tersalah nama. Dia mengambil tempat di tempat duduk Julia. Di alih kedudukannya membelakangkan meja. Dia melihat permandangan Kuala Lumpur terasa seperti berada di dalam drama tv pula. “Apesal dekat depan pintu tu, takder nama penuh Julia? Bukan nama dia ada pelik sikit ke kat belakang tu. Apa entah.” Aliya tertawa perlahan.
"Kau rasa nama kau tu sedap sangat ke?” Shafik menyindir. “Kau jangan ingat kau duduk dekat kerusi tu, kau dah hebat sangat. Tu sementara je.” Shafik mengingatkannya. Geram melihat gelagat Aliya.
Aliya Cuma mendiamkan diri. Malas bertekak dengan lelaki itu. Tiba tiba pintu biliknya di ketuk. Seraya Diana masuk. “Cik Julia, Cik Julia ada meeting setengah jam lagi. Dengan semua head of department. Cik Julia nak saya siapkan apa apa fail ke?” Soal gadis itu lagi. Ditangannya terdapat sebuah notebook kecil berserta sebatang pen.
Aliya memandang mejanya. Tidak tahu jawapan yang harus diberikan. Head of department? Aku nak mengarut amenda kejap lagi. Fail? Fail apanya, satu benda pun aku tak tau nak cakap pasal apa ni. Apa aku nak cakap dekat minah ni. “Er.. Tak per, tak payah.” Aliya menjawab ringkas.
“Baiklah Cik Julia. Kalau takder apa apa lagi, saya keluar dulu.” Aliya Cuma mengangguk. Gadis itu melangkah keluar. Dipandangnya Shafik.
“Boleh la setakat Diana yang lepasan diploma tu tertipu dengan kau.” Shafik menyelak nyelak majalah di depannya. Aliya membiarkan saja kata –kata lelaki itu. Ada perkara yang lebih penting harus difikirkannya. Meeting yang bakal di hadiri sebentar lagi.

Aliya melangkah menuju ke bilik mesyuarat. Dia makin berdebar ebar. Dia membuka pintu. Tatkala itu, semua mata memandandang kearahnya. Wow! Ramainya. Satu, dua, tiga.. fuh ramai.. dia berjalan melangkah ke depan. Tempat duduknya. Prinsip no 2: Tengok semua orang sudah hadir ke mesyuarat, baru duduk. Aliya berdiri sebentar. Memerhatikan setiap orang yang hadir. Tiada tempat kosong. Hatinya lega. Jika tidak pasti dia perlu bertanya mana perginya orang yang tidak hadir itu. Dia terpandang sekilas Haris. Ini kali pertama dia melihat Haris. Tetapi dia sudah mengenali rupa lelaki itu melalui gambar yang di tunjukkan Julia.
Aliya kemudian duduk dia senyum sebentar. Prinsip no 3: selak apa sahaja fail yang ada di atas meja. Aliya mengambil fail yang berada di depannya. Diselak satu persatu. Tidak ada satu pun yang difahaminya. Dia Cuma ternampak graf-graf dan beberapa angka. Dia membaca beberapa ayat yang turut di taip diatas kertas tersebut.
Prinsip no 4: bersandar pada kerusi sebentar kemudian mulakan mesyuarat. Aliya meletakkan fail tersebut di atas meja. Dia kemudia bersandar di kerusi sehingga badannya sedikit terdorong ke belakang, dia terlalu bersandar dan akhirnya.. oh, no! bedebuk! Lagak bunyinya seperti nangka busuk jatuh. Adoiii!!Semua orang bangun terkejut.
“Cik Julia, Cik Julia ok ke?” Soal seorang lelaki yang berada hampir dengannya. Haris menghampiri. Menghulurkan tangan. Aliya menyambut tangan itu. Dia bingkas bangun. Terasa sakit seluruh badan. Dia melihat semua orang. Hampir kesemua sedang menahan ketawa.. Terasa ingin saja di sorok mukanya di bawah meja itu. Dia melangkah keluar pantas.
“Julia!” Haris mengejar..
Aliya!!! apa kau buat ni.. malu.. waaa.. tak nak dah duduk sini!!! Julia, cepat la kau balik! so, lepas ni macam mana aku nak berdepan dengan diorang ni.. pintu biliknya di kuak.

Shafik yang sedang terbaring di sofa melompat bangun. kenapa dia ni? bukan meeting baru nak mula ke. yang tehinjut hinjut ni pesal. baru habis bergusti ke apa sorang ni. Tiba-tiba seseorang masuk.
"Julia.." Aliya mengalih kebelakang. Haris..

to be continued...

Friday, May 8, 2009

duplicate (second post)

continued from the previous post...

“Sekarang kita mulakan. Mula dari dalam rumah aku. Aku tinggal sorang. Big bungalow. Ada tiga buah kereta. Tapi kau tak payah drive kereta aku. Kau guna je kereta yang driver aku sediakan tu.”
“Dah tu, kemas rumah, masak?” Soal Aliya.
“Kau ni kan.. memang lembab la. Dah rumah aku besar besar macam tu takkan takder pembantu.” Nada Julia tinggi. Geram dengan Aliya.
“Tadi kau jugak cakap, kau duduk sorang je kat rumah tu.” Aliya menjawab. Dia tertunduk tatkala Julia mengjegilkan matanya.
“Kau ni.. kalau aku tau kau lembab macam ni, tak kuasa aku nak suruh kau menyamar jadi aku.” Dia melemparkan pandangan ke arah tingkap. Dia mula berfikir. Lama dia berdiri di situ. “Kejap. Aku nak keluar. Kau tunggu sini. Shafik, kau jaga perempuan ni. Kalau terlepas, siap kau.” Tajam amaran Julia. Pengawal peribadi itu cuma tunduk, tanda patuh.
“Kau nama Shafik ke?” Soal Aliya selepas lama mereka berdiam diri.
“Dah tu, kau tak dengar ke dia panggil aku apa tadi.” Tegas suara itu. Aliya memalingkan pandangannya ke arah lain.
Aku tanya elok elok kau jawab kasar pulak.kau ingat aku nak sangat ke cakap dengan kau.boleh blah la! Siapa lah yang memandai tunjuk gambar aku pada perempuan sihir ni. Apa yang dia nak. Macam mana kalau ada orang sebenarnya nak bunuh dia. Aku yang jadi mangsa? Gila perempuan ni.
Lama mereka berdua mendiamkan diri. Aliya menarik keluar majalah dari bawah meja kopi. Dia menyelak nyelak satu persatu muka surat.
Tiba-tiba pintu dikuak. Julia melangkah masuk. “Oklah, memandangkan kau dah bersetuju kan. Kita tetap akan teruskan. Aku takder pilihan lain selain bijakkan kau yang kurang bijak ni.” Dia mendengus.
Panas telinga Aliya mendengar itu. Melihatkan pengawal peribadi itu masih di situ, dia menahan geram di dalam hati. Terasa ingin saja menarik rambut perempuan itu. “Kau nak aku buat apa lagi?” Soalnya. Rimas dengan suasana sepi itu.
“Kita sambung je yang tadi. Pasal rumah tu, takder masalah untuk kau rasanya. Kau tak habiskan banyak masa di rumah. Semua pasal pembantu tu, nanti Shafik kenalkan pada kau. Next, aku dah ada tunang. Dia..”
“Apa?! Tunang? Eh, kau nak aku berlakon jadi tunang kepada tunang kau jugak?” Aliya pantas memotong percakapan Julia. Julia bukan calang calang orang. Dia pasti orang di sekelilingnya jugak hebat hebat belaka.
“Dah tu? Kau nak menyamar jadi aku, tapi tak nak menyamar jadi tunang kepada tunang aku? Kau ni tak der otak ke apa?” Marah Julia.
“Yelah, yelah..” Aliya akur. Tiada guna protesnya.
“Tunang aku kerja bawah aku. Haris. Dia orang yang paling aku percaya. Company aku besar. Indah Holding. Pemegang saham syarikat tu, pak cik dan pak ngah aku. Kau jangan percaya langsung pada diorang. Apa pun keputusan yang kau nak ambil, kau mesti tanya Haris. Apa saja yang kau kena tandatangan, kau kena baca betol betol. Kalau kau confuse, terus call Haris.” Julia berhenti sebentar. Dia memandang ke luar jendela. Seperti berfikir sama ada keputusannya ini tepat.
“Kenapa kau percaya sangat dengan Haris?” Aliya menyoal. Dia berasa kurang yakin apabila insan bernama Haris itu terlalu dipercayai. Hebat sangatkah dia tu.
“Sebab aku tau dia boleh dipercayai. Kau jangan banyak tanya. Lepas ni, aku nak kau belajar tandatangan aku. Aku akan tunjukkan semua gambar staf ofis yang kau perlu kenal. Aliya, semua ni cuma antara kita bertiga, aku, kau, Shafik. Kalau ada orang ke empat yang tau, kau dengan orang keempat tu, mampos!” Julia berhenti di situ. dia memandang Aliya. Mencari keyakinan di sebalik wajah itu.

“Rumah ni ke?” Aliya menyoal Shafik tatkala kereta yang di pandu Shafik masuk ke perkarangan banglo besar.
“Dah tu, kau ingat aku nak bawak kau datang rumah siapa? Nenek kau?” Shafik bersuara bersahaja. Aliya menjeling tajam di tempat duduk belakang. Rumah itu benar-benar besar. Dia makin pasti, tugasan yang perlu dipikulnya amat berat.
Aliya membuka pintu kereta. Shafik yang baru sahaja turun pantas berjalan ingin membukakan pintu untuk Aliya terhenti. “Cik Julia tak pernah buka pintu kereta sendiri.” Tegurnya sinis.
“Manalah aku tau, dia tak cakap pun semalam.” Aliya menjeling.
“Cik Julia! Mana Cik Julia tidur semalam. Mak Jah risau..” Tiba-tiba seorang wanita berumur lingkungan lima puluh tahun muncul dari halaman rumah.
“Mak.. Mak Jah.. err..” Aliya mula bersuara. Dia sedikit kelu. Dipandangnya Shafik. Sahfik mengalihkan pandangan kea rah lain, biarkan gadis itu mencari tindakan sendiri..
Aliya, now u are Julia.. u are finished.. waaa.. mati aku.. Dia memandang Sekilas rumah mewah yang bakal dihuninya dan memulakan hidup baru..
boleh ke aku?

to be continued...

duplicate (first post)

Dia memandang sekeliling VIP Suite itu. Tidak pernah bermimpi akan dapat merasa melangkah ke hotel semewah ini. dia duduk di atas sofa empuk itu. Sudah hampir setengah jam dia menunggu. Dia sendiri tidak pasti siapa yang di tunggunya. Dia mendapat panggilan dari seorang perempuan yang ingin bertemunya di sini. Dia di sambut mesra ketika tiba tadi. Dia pasti perempuan itu bukan calang calang orang. Tiba tiba pintu bilik itu dikuak. Seorang gadis masuk. Aliya memandang wajah itu. Dia memerhatikan gadis itu. Wajah mereka seiras. Gadis itu melangkah masuk menghampirinya. Dia tersenyum memandang Aliya.
“Kenapa? Pelik? Aku pun pelik jugak bila ternampak gambar. Muka kita sama kan?” gadis itu duduk di atas sofa bertentang dengan Aliya.
“Apa kau nak?” Aliya menyoal. Dia masih memandang wajah itu. Persis wajahnya. Cuma rambutnya lebih pendek melepasi paras bahu. Pakaiannya juga lebih cantik, ternyata kena dengan tubuhnya.
“Aku nak bagi kau kerja. Kerja yang kau pasti takkan tolak.” Nadanya ternyata yakin. Mata gadis itu bertembung dengan Aliya.
“Kerja? Kau ni siapa? Macam mana kau kenal aku?” Aliya menyoal tidak sabar menanti jawapan.
“Aku Syarifah Natalia Julia Kasandra Syed Kamarul.” Dia terhenti di situ. Aliya tersenyum. Terasa kelakar mendengar nama itu. Perkataan ‘Kasandra’ itu seperti pernah didengarnya. Entah di mana. “Kenapa? Ada yang kau rasa kelakar ke?” Soal gadis itu tegas. Aliya cuma menggeleng. “Orang panggil aku Julia je. Kerjanya senang je, aku nak kau menyamar jadi aku. Boleh?” soalnya, matanya masih belum dialih ke tempat lain.
“Ha?! Untuk apa? Kenapa kena menyamar? Kau nak pergi mana?” Pantas soalan keluar dari mulutnya.
“Untuk apa? Kau Cuma perlu jadi aku. Buat apa yang patut aku buat, di rumah, pejabat. Aku ada hal yang perlu aku selesaikan di luar negara. Kau tak perlu sibuk nak tahu. Kau setuju?” Ringkas penerangan gadis itu.
“Eh, kau dah gila ke. Aku tak nak. Aku dah cukup selesa dengan hidup aku. Aku tak nak.” Aliya pantas bangun ingin pergi.
“Tunggu dulu Aliya. Kau belum dengar pun apa yang aku nak beri pada kau.” Langkah Aliya terhenti. “Kau boleh tinggal di rumah aku. Buat macam rumah kau sendiri. Semua gaji aku setiap bulan jadi milik kau. Kau nak terlepas lebih dari lima belas ribu ringgit sebulan?” Soal gadis itu. Dia menghampiri Aliya. Dia memandang Aliya mengharapkan jawapan.
“Aku tak nak. Duit kau tu tak menjamin keselamatan aku. Kau nak suruh aku ambil tempat kau sebab ada orang nak bunuh kau?” Soal Aliya, serkap jarang.
“Oi! Memandai je kau ni. Mana ada orang yang berani cari pasal dengan aku. Tapi, kalau kau tak terima, keselamatan kau lagi tak terjamin.” Gadis itu memandang lelaki yang mengiringinya tadi. Lelaki itu mengeluarkan pistol. Aliya terkesima. Terasa ajal berada di depannya. Dia menggeletar.
“Kenapa aku?” Aliaya menyoal. Terasa ingin lari dari situ.
“Eh, apesal kau bongok sangat ni hah? Dah tu kau nak aku suruh jantan depan kau ni menyamar jadi aku?” Gadis itu bersuara tinggi. Geram dengan soalan tersebut.
“Kenapa kau nak lari? Kau ada buat salah? Kau ada bunuh orang?” Aliya mula menafsir sendiri.
“Kau ingat aku ni jahat sangat ke? Eh, kalau aku ada bunuh orang, dah lama polis tangkap aku dekat sini lah, bodoh. Sekarang ni, aku nak dengar, kau nak ke tak? Jawab aku cepat!” tinggi suara itu. Aliya terkejut.
“Kalau aku nak?” Aliya menyoal kembali.
“Well, aku dan kau tidur di sini, then aku ajar kau semua benda untuk jadi Julia.” Suara itu berubah lembut.
“Kalau aku tak nak?” soalnya lagi. Persis bermain tarik tali dengan gadis itu.
“Kalau kau tak nak, lima saat dari sekarang nyawa kau melayang. So, kau dah ada pilihan?”
“Kenapa kau nak bunuh aku? Aku tak buat salah pun pada kau. Kau biar je aku pergi. Aku janji tak cerita pada sesiapa.” Suaranya mula bernada merayu.
“Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Sekarang kau jawab kau nak ke tak?” Aliya tertunduk. Ingin mencari jawapan yang pasti. “Ahaa.. lagi satu, kalau kau nak cuba tipu aku, kononnya lepas kau setuju then kau nak bocorkan rahsia ni, kau ingat sini, orang aku ada untuk ikut kau dua puluh empat jam. So, kau jangan fikir nak tipu aku.” Gadis itu mengugutnya lagi.
Aliya memandang gadis itu. Dia benar- benar terjatuh dalam kandang harimau.


to be continued...
Daisypath Friendship tickers